Thursday 3 January 2013

NUR AMALINA DUTA PENDIDIKAN KELAB 'WE LOVE PM'


Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri dilantik sebagai duta pendidikan Kelab `We Love PM’ bagi sektor luar negara.

Difahamkan pelajar pintar tersebut yang sedang mengikuti pengajian perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland kini sedang bercuti di tanah air.


Satu majlis pelantikan beliau sebagai duta tersebut dikatakan akan diadakan di ibu negara petang ini sebelum pelajar itu kembali ke universiti esok untuk mengikuti pengajian.

Turut difahamkan, pelantikan Nur Amalina akan dilakukan oleh Pengerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) merangkap Penasihat Kelab `We Love PM’, Datuk Dr. Adham Baba.

Media pada tahun 2009 pernah melaporkan Nur Amalina bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor, mencatat 17 1A dalam SPM 2004 yang membolehkannya muncul sebagai pelajar yang mencatat 1A paling banyak dalam sejarah SPM.

Nur Amalina kemudian ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian di peringkat A-Level dan sekali lagi mencapai kecemerlangan apabila memperoleh 5A bagi program A-Level di Cheltenham Ladies College (CLC), Gloucestershire.

Pelajar tajaan Bank Negara Malaysia (BNM) itu ialah anak Melayu pertama lulus cemerlang dengan pangkat 5A bagi Matematik Tambahan, Matematik, Biologi, Kimia dan Ekonomi.

Nur Amalina kemudian diterima masuk ke College of Medicine and Veterinary Medicine di University of Edinburgh bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan, Surgeri dan Sains. - Sumber

3 comments:

  1. amalina wajib mendalami islam juga, barulah betul2 menjadi pelajar pintar tahap geliga, selamat di akhirat selamat di dunia, syabas utk amalina che bakri

    ReplyDelete
  2. hari tu elok je dia bertudung..tudung dah hilang ye dik?? huhu

    ReplyDelete
  3. layak ke jadi duta klu pndai bab dunia je klu bab akhirat gagal..dosa sehelai rambut tu sape tanggung sekarang..??pemimpin wajar bagi nasihat ajaran jangan remehkn hal akhirat ingatkan dunia jer..ekonomi bangunkn juga tapi jgn smpai hal2 agama dibelakangkn..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive