Wednesday 17 October 2012

BN HANYA SENARAIKAN DALAM RMK-8, PAS PULA MENIPU DENGAN MENJADIKAN LEBUHRAYA KB-KK SEBAGAI PENIPUAN POLITIK PAS KEPADA RAKYAT KELANTAN ???



KUALA LUMPUR - Pas hari ini mendakwa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) melakukan dosa besar kerana gagal melaksanakan tuntutan rakyat - projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) yang dijanjikan lebih sedekad lalu.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, projek ini telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), tetapi apabila Perdana Menteri baru diganti, projek tersebut ditangguhkan.

Menurutnya, laluan lebuh raya tersebut sangat penting bagi membangunkan ekonomi setiap negeri dan memberi kemudahan kepada rakyat.

"Kegagalan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan janjinya membina lebuh raya KBKK, adalah satu dosa besar dan mereka gagal melaksanakan permintaan rakyat.

"Jadi Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa membinanya sendiri, tapi ini tidak bererti Kerajaan Pusat boleh melepaskan tangan dan saya boleh katakan inisiatif Kerajaan Pusat adalah negatif untuk kemajuan Kelantan," katanya kepada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Semasa penggulungan Bajet 2013 hari ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor didakwa cuba menutup kegagalan Kerajaan Pusat membina Lebuh Raya KBKK yang pernah dijanjikan pada 1996 apabila cuba mengalih kepada isu air Kelantan.

Shaziman turut memberitahu kerajaan tidak pernah membatalkan projek lebuh raya itu, sebaliknya hanya menangguhkan untuk penilaian semula dan ditangguhkan lagi pada RMK-11.

Shahziman juga berkata, kerajaan tidak yakin dana RM1.8 bilion boleh dicapai melalui kutipan yang dilancarkan oleh Kerajaan Kelantan.

Katanya, Kerajaan Pusat telah menganaktirikan kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) khususnya Kelantan walaupun Kerajaan Barisan Nasional (BN) sering melaungkan slogan mendahulukan rakyat.

Dalam pada itu, Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, Kelantan telah berjaya mengumpul RM4 juta melalui usaha rakyat yang berusaha untuk mewujudkan lebuh raya tersebut. - sinarharian

1 comment:

  1. kalau tak ada penerangan sebenar hal ini pd rakyat kelantan yg masih cetek internat kebanyakan pd masa skrg maka pas akan terus dapat menipu rakyat kelantan untuk mendapat menang dan kuasai kelantan pd pru 13.... harap sesi penerangan setiap minggu dapat diadakan sprt MTRK, TUKAR

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive