Monday 9 April 2012

SENATOR : Empat Menteri Diperbaharui

KUALA LUMPUR: Dewan Negara telah memperbaharui jawatan senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selama tiga tahun.

Sementara itu, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah dilantik sebagai senator yang baru.

Raja Ropiah, 63, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian)dari Universiti Malaya tahun 1973, merupakan Ketua Wanita Umno Selangor dan Exco Wanita Umno Malaysia.

Semasa bercakap kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah itu, Raja Ropiah berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana pelantikan kali pertama itu untuk tempoh tiga tahun.

Katanya beliau akan memberi perkhidmatan terbaik untuk kepada rakyat khususnya di negeri Selangor.

Jamil Khir, 51, berkata, beliau melihat pelantikan semulanya sebagai Senator sebagai satu amanah yang harus dipikul dengan penuh tanggungjawab dalam meneruskan perkhidmatan kepada rakyat khususnya mengenai perkara berkaitan agama Islam.

"Saya akan melaksanakan dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan negara dan rakyat," katanya.

Beliau berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan dalam pelantikan tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive