Thursday 12 April 2012

BIAR BETUL !!! Artis Join PAS kerana marah BN - Tuan Ibrahim

PAS berkata, konsep PAS untuk semua telah diterima bukan saja kepada orang politik tetapi golongan yang lain juga.

Bagi Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man beberapa artis lagi akan menyertai PAS tidak lama lagi.
“PAS sedia berdialog dan berbincang dengan artis mengenai konsep hiburan dalam Islam sesuai dengan perjuangan parti ini.

“Bagaimanapun, kita mengalu-alukan penyertaaan mereka ke dalam PAS,” kata beliau.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, artis menyertai PAS kerana mereka marah dan muak dengan apa yang berlaku sekarang.

Katanya, salah guna kuasa yang berterusan dan campur tangan politik dalam pelbagai institusi termasuk dalam persatuan artis.

“Mereka kecewa, mereka marah lalu mengambil tindakan menyertai PAS. Penyertaan artis dalam PAS diterima masyarakat umum,” kata Tuan Ibrahim. - mppO9

Apapun cuba tengok video ni....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive