Thursday, 12 April 2012

Banjir Di Kampar 1,145 Mangsa Dipindahkan

Dr Zambry berkata beliau telah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara memantau keadaan banjir dan operasi menyelamatkan mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

"Kita pohon kementerian terlibat di peringkat kebangsaan untuk membantu mangsa banjir di negeri ini dan kita telah arahkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) untuk memantau situasi ini," katanya.
Tinjauan di beberapa kawasan di Kampar hari ini mendapati terdapat puluhan kereta yang rosak tersadai di bahu jalan dan sehingga petang ini terdapat kawasan yang masih ditenggelami air.

Ban di tebing Sungai Kampar berhampiran Kampung Nyior juga rosak sepanjang kira-kira 20 meter mengakibatkan air dari Sungai Kampar melimpah ke kawasan berhampiran.Beberapa buah rumah juga kelihatan tenggelam hingga ke paras bumbung.

Seorang peniaga kedai perabot kayu jati di Kampung Nyior, Mohd Yusri Basiran berkata kesemua perabot di kedainya yang bernilai kira-kira RM600,000 musnah. "Saya tidak ada di kedai semasa air naik. Dua pekerja saya yang sedang tidur di salah sebuah bilik di kedai ini hanya menyedari air naik apabila air sampai ke paras katil pada kira-kira pukul 6 pagi ini," katanya yang membuka kedai perabot itu pada tahun 2010.

Katanya kesemua perabot berkenaan perlu dibaiki dan dicat semula.

"Kayu jati tidak rosak bila kena air. Tapi saya kena ganti kusyen pada kerusi dan sofa," katanya.
Sementara itu, Hairof Tak, 57, berkata beliau hanya menyedari air naik ketika beliau bangun tidur untuk ke tandas pada kira-kira pukul 7 pagi.

"Air naik begitu cepat. Saya dan isteri saya tidak sedar langsung. Kami hanya sempat menyelamatkan diri. Semua perabot dan barang elektrik termasuk televisyen dan mesin basuh tenggelam. Motosikal saya juga tidak sempat diselamatkan," katanya sambil menjelaskan rumahnya ditenggelami air hingga ke paras bumbung. mStar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive