Showing posts with label hishammuddin. Show all posts
Showing posts with label hishammuddin. Show all posts

Wednesday, 2 April 2014

Tragedi MH370!!! Hishammuddin Kecewa Boeing Gagal Tolong Malaysia

Putrajaya Kecewa Dengan Boeing Kerana Gagal Tolong Malaysia Ekoran ketegangan yang terpaksa dihadapi dalam misi pencarian Malaysia Airlines MH370, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluahkan kekecewaan terhadap agensi-agensi antarabangsa dan pengilang Boeing 777-200ER apabila gagal menjelaskan misteri kehilangan pesawat itu.

Pemangku menteri pengangkutan itu berkata dalam satu temubual dengan stesen television China, CCTV, kritikan tidak adil dilontarkan kepada MAS mengenai cara berkomunikasi dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"MAS sentiasa akan melakukan tugas terbaik dalam berinteraksi bersama keluarga."Namun meletakkan MAS di kandang saksi masih tidak mencukupi, kita juga perlu sentiasa ingat apakah peranan dan tanggungjawab Rolls-Royce, Boeing dan semua agensi pakar.

Apakah pandangan mereka?" katanya dalam temubual bersama CCTV semalam. Petikan temuramah itu dimuat naik melalui akaun YouTube kepunyaan CCTV. Pada 8 Mac, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing terputus hubungan dengan pengawal trafik udara sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pencarian pesawat itu masuk hari ke-23. Hishammuddin juga turut mempersoalkan tindakan syarikat penerbangan itu menghantar kiriman pesanan ringkas (SMS) dalam bahasa Inggeris minggu lalu menyatakan tiada penumpang yang terselamat.

"Amat senang untuk kita menyalahkan orang. Saya tidak mempertahankan MAS. Mereka perlu menjawab mengenai SMS itu dan bagaimana mereka berhubung dengan ahli keluarga.

"Tapi pada masa sama, saya mahu melihat agensi antarabangsa turut tampil, kerana kita membayar jutaan ringgit membeli kapal terbang dan kepakaran mereka. Kini teknologi tersebut dipersoalkan seluruh dunia," katanya.

Boeing dan Rolls-Royce – syarikat yang membekalkan enjin bagi pesawat itu – dilihat tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai kehilangan MH370 itu biarpun difahamkan kedua-dua agensi itu bekerjasama dengan siasatan keselamatan udara Amerika Syarikat.

Minggu lepas, Wall Street Journal melaporkan pihak Amerika Syarikat berkata Boeing menyatakan kekesalan apabila kerajaan Malaysia mengambil masa tiga jam untuk melaporkan kepada wakil syarikat mengenai kehilangan pesawat itu. Tempoh tersebut jauh lebih panjang daripada biasa.

Pasukan Boeing dikatakan “agak kecewa dan tidak mempercayai proses”, menurut seseorang yang biasa dengan pandangan syarikat itu. Hishammuddin juga berkata Malaysia masih mencari motif jenayah yang mungkin berkaitan dengan kehilangan pesawat seperti pengganas, rampasan oleh anak kapal atau masalah psikologi.

Beliau berkata dalam kenyataan hari ini bahawa pasukan siasatan antarabangsa dan Malaysia masih berpegang pada perjanjian bahawa pergerakan MH370 konsisten dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam pesawat.

"Sehingga saat pesawat itu hilang dari radar tentera, pergerakan MH370 adalah konsisten dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu," katanya.

Monday, 24 March 2014

Australia Sahkan Objek MH370??? #PrayForMH370

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini mengesahkan penemuan dua objek di kawasan pencarian, kemungkinan serpihan milik penerbangan MH370 yang hilang, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pemangku menteri pengangkutan itu mengesahkan perkara itu pada sidang media hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini."Hari ini, Perdana Menteri Australia telah menghubungi Perdana Menteri memberitahu mengenai penemuan dua objek di kawasan pencarian.

"Dua objek tersebut berbentuk bulat dan segi empat," kata Hishammuddin.Hishammuddin berkata kemungkinan Kapal Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Success yang terlibat dalam misi pencarian dan menyelamat akan tiba di lokasi objek tersebut ditemui hari ini atau esok.

"HMAS Success ketika ini berada di kawasan tersebut dan kemungkinan objek tersebut dapat diambil dalam tempoh beberapa jam atau mungkin seawal pagi esok," katanya.

Dua objek tersebut menurut Hishammuddin dikesan menerusi radar milik HMAS Success yang berada di kawasan pencarian tersebut.

Ketika ini, enam kapal dan tiga helikopter milik Malaysia dikerahkan ke kawasan pencarian bahagian utara di sebelah koridor selatan Perth.

Pihak berkuasa Malaysia meminta Canberra mengambil tanggungjawab mencari di "Koridor Selatan" dalam usaha mencari Boeing 777 yang hilang pada pagi 8 Mac semasa perjalanan ke Beijing, China dengan 239 penumpang itu.

Satelit Australia sebelum ini mendedahkan penemuan dua imej satelit yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air.

Kerajaan Malaysia percaya, pesawat itu secara sengaja ditukar hala tujunya dan terbang beberapa jam selepas keluar daripada laluan asalnya – sama ada ke utara Asia Tengah atau ke selatan di Lautan Hindi.

Lautan Hindi yang ketiga terbesar di dunia mempunyai kedalaman purata lebih daripada 12,000 kaki atau dua batu (3.6 kilometer).

Ia lebih dalam daripada Laut Atlantik di mana masa dua tahun diambil untuk mencari bangkai pesawat Air France di dasar laut yang hilang pada 2009 walaupun serpihan terapung dapat dilihat dengan cepat di lokasi kemalangan.

Setakat ini, operasi mencari oleh tentera laut dan pesawat yang melibatkan lebih 10 negara gagal mencari MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dan mengalihkan laluan penerbangan dari laluan asal.

Selepas mendapat maklumat tersebut, Hishammuddin memberitahu empat pesawat telah dikerahkan ke barat daya Perth yang berkeluasan 2,500 kilometer. ~tmi

Saturday, 22 March 2014

Transkrip Komunikasi MH370 Yang Didedah Tidak Tepat – DCA


SEPANG, 22 Mac – Transkrip komunikasi yang dikatakan berlaku antara penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) dan kawalan trafik udara (ATC) pada malam pesawat dilaporkan hilang pada 8 Mac telah diklasifikasi sebagai tidak tepat dan “tidak sahih”.

“Transkrip itu tidak sahih dan tidak tepat. Saya perlu memaklumkan bahawa transkrip antara menara kawalan dan pesawat adalah tidak tepat,” kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau menyangkal transkrip yang disiarkan hari ini oleh media asing ‘The Telegraph’ semasa sidang media mengenai operasi mencari dan menyelamat pesawat itu yang masuk hari ke-15, di sini hari ini.

Turut hadir pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Ketika ditanya lagi tentang bahagian mana transkrip itu yang tidak tepat, Azharuddin tidak mahu mengulas tetapi berkata: “transkrip itu mengikut prosedur standard tidak boleh didedahkan kepada umum.”

The Telegraph dalam laporan esklusif bertajuk “Revealed: the final 54 minutes of communication from MH370′ mendedahkan komunikasi kokpit bermula semasa pesawat berada di landasan sehingga mesej terakhir pada 1.19 pagi iaitu ‘all right, good night’.

Lihat entri terdahulu di [SINI].

Transkrip komunikasi yang dikatakan antara pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid dan ATC bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang. Perbualan terperinci bermula pada 00.36.

Terdahulu, Hishammuddin berkata transkrip asal komunikasi antara MH370 dan menara kawalan telah diserahkan kepada pasukan penyiasat yang sedang menganalisis transkrip itu.

“Mengikut amalan standard dalam siasatan seperti ini, transkrip tidak boleh didedahkan pada peringkat ini. Saya bagaimanapun dapat mengesahkan bahawa transkrip tidak menunjukkan apa-apa luar biasa,” kata beliau.

Isu mengenai bateri lithium-ion yang dibawa di dalam kargo pesawat MH370 itu sekali lagi dibangkitkan media hari ini, meskipun Ahmad Jauhari telah menjelaskan secara terperinci mengenai perkara itu pada sidang media semalam, selain mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Bateri sebagai kargo adalah tidak berbahaya. Sebenarnya (bateri itu) tidak bahaya selagi dikendalikan mengikut spesifikasi garis panduan ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA),” katanya.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Nasib penumpang MH370 belum diketahui ketika 26 negara menggerakkan usaha mencari pesawat yang hilang itu.

Percarian MH370 Bakal Berakhir!!! Satelit China Temui Objek Dipercayai MH370???




Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin hari ini mendedahkan satelit China telah menjumpai objek yang berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

Menerima maklumat itu semasa taklimat hariannya petang ini, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata objek itu berukuran 22 meter panjang dan 30 meter lebar.

Beliau menambah bahawa maklumat itu disampaikan kepadanya oleh kedutaan China di Kuala Lumpur dan kerajaan China akan membuat pengumuman mengenai perkara itu lewat hari ini.


"(Berdasarkan) berita yang baru saja terima, duta negara China telah menerima imej satelit mengenai satu objek terapung di koridor selatan dan mereka akan menghantar kapal untuk mengesahkannya," katanya.

Menurut agensi berita Xin Hua, objek tersebut berada di selatan Lautan Hindi, kira-kira 120km daripada objek lain yang ditemui satelit Amerika Syarikat yang didedahkan oleh Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Khamis. - mk

Wednesday, 19 March 2014

Misi Pencarian MH370 Di Perluaskan 2.2Juta Batu Nautika Persegi - Hishammuddin #PrayForMH370

Operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 mencapai satu dimensi antarabangsa yang baharu meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika persegi yang dipanggil sebagai Koridor Selatan dan Utara.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kawasan itu amat luas dan ia merupakan sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan Malaysia secara bersendirian.

"Oleh itu, saya amat gembira begitu banyak negara yang tampil menawarkan bantuan dan sokongan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, kawasan mencari bagi koridor utara dan selatan itu dibahagikan kepada tujuh kuadran dengan setiap kawasan kuadran dianggarkan 160,000 batu nautika persegi.

"Pencarian itu masih diselaraskan oleh Malaysia manakala rakan-rakannya mengambil peranan yang semakin penting untuk menyusun dan menjalankan operasi di wilayah mereka sendiri dan dalam sektor pencarian yang dipersetujui," katanya dalam sidang media mengenai kemajuan operasi mencari dan menyelamat Penerbangan MH370 di sini, Selasa.

Penerbangan MH370 ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi mencari pesawat itu yang disertai pelbagai negara setakat ini, masih belum berhasil.

Hishammuddin berkata dari segi logistik, sejak 24 jam lalu Malaysia berusaha keras dengan negara-negara lain dengan menumpukan kawasan pencarian di koridor berkenaan.

Katanya, operasi mencari itu memfokuskan kepada empat tugas; mengumpul maklumat daripada pemantauan satelit, menganalisis pemantauan data radar, meningkatkan aset di udara dan daratan dan meningkatkan jumlah pakar teknikal dan perkara berkaitan.

Di koridor selatan, beliau berkata Australia dan Indonesia bersetuju mengetuai pencarian koridor di kawasan masing-masing dan begitu juga di koridor utara, China dan Kazakhstan bersetuju mengetuai pencarian di kawasan terdekat dengan negara mereka.

"Bagi aset udara dan daratan, saya telah bercakap dengan hampir kesemua para pemimpin Asean untuk memohon sokongan seterusnya termasuk aset dengan keupayaan mengesan bagi pemantauan laut dalam.

"Kita juga meminta rakan-rakan di peringkat antarabangsa yang telah membantu kita sebelum ini supaya meneliti semula data radar utama mereka," kata Hishammuddin.

Beliau berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggerakkan dua buah kapal lagi ke koridor selatan. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga menggerahkan dua pesawat C-130 ke sektor Indonesia bagi pencarian di koridor selatan.

Negara-negara lain yang menyumbang aset-aset ialah Amerika Syarikat yang menggerakkan sebuah pesawat P-8 Poseidon, dan akan menggerahkan semula sebuah pesawat P-3 Orion selain Australia yang mengerahkan tiga pesawat P-3 Orion dan sebuah pesawat Hercules C-130.

"New Zealand juga mengerahkan semula sebuah pesawat P-3 Orion untuk menyokong usaha pencarian yang dibuat Australia. Korea pula menjanjikan masing-masing sebuah pesawat P-3 Orion dan Hercules C-130," katanya.

Jepun pula menjanjikan dua pesawat P-3 Orion, dua C-130 dan sebuah jet Gulfstream dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pula masing-masing sebuah pesawat C-17 dan Bombardier Dash-8, katanya. - Sumber

Tuesday, 18 March 2014

MH370 - Hishammuddin Terpegun!!! Soalan Dari Wartawan Perancis #PrayForMH370


"Can you confirm that you are PM Najib’s cousin? Are you protected?" ... begitulah bunyi soalan yang diajukan oleh seorang wartawan wanita dari Peranchis kepada Hishamuddin Hussein menyebabkan beliau kelihatan terpegun dalam sidang media kehilangan Pesawat MH370 yang sudah masuk hari yang ke 11.

Sebelum menjawab Hishamuddin telah bertanyakan kepada wartawan tersebut beliau dari akhbar negara mana.

"Yes I can confirm that Najib is my cousin, and I do not know what am I supposed to be protected from," jawab Hishamuddin yang kelihatan agak tidak selesa dan terganggu menyebabkan para wartawan dalam dan luar negara di Sama Sama Hotel Sepang pecah perut gelak ketawa.

Polis Sedang Siasat Kemungkinan Juruterbang MH370 Membunuh Diri??? - Hishammuddin



SEPANG : Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri sebagai punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.

“Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri),” kata Hishammuddin.

Namun, ketika ditanya, Hishammuddin enggan menyatakan jika terdapat mana-mana daripada 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat tersebut mempunyai masalah peribadi.

“Tidak, saya tidak boleh komen buat masa ini,” kata Hishammuddin.

Turut didedahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dimatikan secara sengaja selepas melalui Kota Baru dan transponder dimatikan dekat Igari.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, berkata penghantaran terakhir dari ACARS adalah pada pukul 1.07 pagi, 8 Mac lalu tetapi tidak diketahui bila ia dimatikan.

Ia tidak dihantar 30 minit kemudian seperti diprogramkan.

Siasatan awal juga menunjukkan pembantu juruterbang yang bercakap buat kali terakhir dengan pusat kawalan trafik udara.

Komunikasi terakhir pembantu juruterbang itu adalah kira-kira pukul 1.19 pagi.

MAS turut berkata, ujian pskiometrik adalah prosedur standard untuk juruterbang dan anak kapal serta akan meneliti untuk memperkukuhkan prosedur pengambilan kakitangannya. - mstar-

Friday, 28 February 2014

Surat Terbuka Dari Anak Bang Non Untuk Hishamuddin???

SAYA merujuk kepada laporan The Malaysian Insider yang mendedahkan beberapa gambar rekahan pada beberapa kawasan landasan, termasuk sebuah ruang pesawat di KLIA 2.

Susulan daripada rekahan ini, sekali lagi saya menyeru kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar memberi penjelasan yang terperinci kepada kesemua rakyat Malaysia, apakah tindakan yang akan diambil ke atas kontraktor projek ini, yang pada ketika ini sudah jelas tidak mampu menghasilkan sebuah lapangan terbang yang berkualiti.

Sekiranya kerosakan seperti ini terjadi sebelum lapangan terbang ini dibuka, bagaimana pula keadaannya selepas dibuka? Saya amat bimbang dengan keselamatan rakyat Malaysia yang menggunakan kemudahan ini apabila ianya dibuka kelak.

Pemangku Menteri juga perlu menjelaskan, adakah kerosakan yang terbaru ini akan menangguhkan lagi pembukaan lapangan terbang ini, yang pada ketika ini dijadualkan akan dibuka pada 2 Mei 2014? Berapakah kos yang bakal ditanggung oleh pembayar cukai untuk membetulkan kerosakan ini?

Dan apakah kerajaan akan memeriksa dengan lebih halus kualiti pembinaan yang telah dijalankan oleh UEMC-Bina Puri, memandangkan pelbagai kelemahan demi kelemahan didedahkan sepanjang projek ini berlangsung?

Sudah tiba masanya kerajaan bertegas mengambil tindakan yang sewajarnya, memandangkan isu rekahan ini melibatkan keselamatan penumpang. Pemangku Menteri Pengangkutan telah membuat kenyataan, “Pihak yang terlibat dalam pembinaan dan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 diminta meletakkan kepentingan nasional bagi menjayakan permulaan operasinya pada 2 Mei ini.”

Dengan mengambil pendekatan yang sama, saya menggesa kerajaan Malaysia agar meletakkan kepentingan nasional dalam tindakan yang bakal diambil atas pendedahan yang terbaru ini.

Demi kepentingan nasional, kerajaan tidak boleh menyembunyikan atau berdiam diri atas kelemahan dalam pembinaan lapangan terbang ini. Pada Julai 2013, Pemangku Menteri Pengangkutan telah berkata satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pengangkutan untuk memantau projek KLIA 2 bagi memastikannya siap dalam tempoh ditetapkan, tanpa sebarang kelewatan lagi.

Beliau menambah jawatankuasa itu akan memberi laporan secara mingguan bagi membolehkan beliau memantau pelaksanaan projek itu secara lebih dekat. Saya ingin menuntut agar laporan-laporan jawatankuasa ini didedahkan untuk penelitian awam.

Pihak-pihak yang berkepentingan, termasuk orang awam, syarikat penerbangan kos rendah dan ahli politik berhak meneliti laporan-laporan ini untuk menyiasat kepincangan-kepincangan projek dan punca ia berlaku.

Seraya dengan itu, saya telah pun mengutuskan sebuah surat kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, memohon sebuah lawatan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat ke tapak projek KLIA 2, agar kami dapat memantau sendiri keadaan projek ini.

Saya menyeru Datuk Seri Hishammuddin agar menyambut baik permohonan saya atas nama ketelusan, dan mengaturkan lawatan ini dengan kadar segera.

Sekali lagi saya menyeru kerajaan agar menubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkenaan isu KLIA 2, dianggotai oleh wakil-wakil dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional – bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan Lapangan Terbang ini mematuhi spesifikasi piawaian keselamatan antarabangsa dan memberikan lebih kawalan kepada penyeliaan kos pembinaan KLIA 2.

Kerajaan tidak lagi boleh berdolak-dalik dalam isu ini, dan mesti membuat sesuatu yang drastik dengan segera, agar kepentingan nasional dapat dipelihara. 


Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Tuesday, 4 December 2012

HISHAMUDDIN MENCAMPURI URUSAN POLIS - MUSA HASSAN

DEWAN Pemuda Pas Pusat memandang serius terhadap pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menyatakan bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis.

Musa dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan oleh Hishammuddin.

Pendedahan tersebut tidak boleh dianggap satu pengkhianatan oleh bekas ketua polis tersebut tetapi maklumat yang wajar didedahkan dan disiasat dengan segera kerana ia melibatkan persoalan integriti pasukan polis Malaysia.

Tindakan Hishammuddin tersebut menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau Ketua Polis Negara saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Jesteru itu, Dewan Pemuda Pas Pusat mendesak agar satu Suruhanjaya Penyiasatan Bebas dapat diwujudkan segera untuk membuat siasatan lanjut dan dakwaan terhadap campur tangan Menteri Dalam Negeri terhadap pasukan polis yang dibongkarkan baru-baru ini. Sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan untuk membongkar segala kemungkinan penyelewangan dan salah laku yang berlaku.

Dewan Pemuda Pas Pusat juga mendesak agar Menteri Dalam Negeri bercuti sehingga siasatan yang dibuat itu selesai. Beliau perlu bersikap “gentleman” dan mengikut jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan mengambil cuti ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Dewan Pemuda Pas Pusat berharap agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu bertindak menjaga rakyat mengikut arus perundangan bukan menjaga parti politik serta mengikut arahan mereka semata-mata. Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive