Friday 28 February 2014

Surat Terbuka Dari Anak Bang Non Untuk Hishamuddin???

SAYA merujuk kepada laporan The Malaysian Insider yang mendedahkan beberapa gambar rekahan pada beberapa kawasan landasan, termasuk sebuah ruang pesawat di KLIA 2.

Susulan daripada rekahan ini, sekali lagi saya menyeru kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar memberi penjelasan yang terperinci kepada kesemua rakyat Malaysia, apakah tindakan yang akan diambil ke atas kontraktor projek ini, yang pada ketika ini sudah jelas tidak mampu menghasilkan sebuah lapangan terbang yang berkualiti.

Sekiranya kerosakan seperti ini terjadi sebelum lapangan terbang ini dibuka, bagaimana pula keadaannya selepas dibuka? Saya amat bimbang dengan keselamatan rakyat Malaysia yang menggunakan kemudahan ini apabila ianya dibuka kelak.

Pemangku Menteri juga perlu menjelaskan, adakah kerosakan yang terbaru ini akan menangguhkan lagi pembukaan lapangan terbang ini, yang pada ketika ini dijadualkan akan dibuka pada 2 Mei 2014? Berapakah kos yang bakal ditanggung oleh pembayar cukai untuk membetulkan kerosakan ini?

Dan apakah kerajaan akan memeriksa dengan lebih halus kualiti pembinaan yang telah dijalankan oleh UEMC-Bina Puri, memandangkan pelbagai kelemahan demi kelemahan didedahkan sepanjang projek ini berlangsung?

Sudah tiba masanya kerajaan bertegas mengambil tindakan yang sewajarnya, memandangkan isu rekahan ini melibatkan keselamatan penumpang. Pemangku Menteri Pengangkutan telah membuat kenyataan, “Pihak yang terlibat dalam pembinaan dan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 diminta meletakkan kepentingan nasional bagi menjayakan permulaan operasinya pada 2 Mei ini.”

Dengan mengambil pendekatan yang sama, saya menggesa kerajaan Malaysia agar meletakkan kepentingan nasional dalam tindakan yang bakal diambil atas pendedahan yang terbaru ini.

Demi kepentingan nasional, kerajaan tidak boleh menyembunyikan atau berdiam diri atas kelemahan dalam pembinaan lapangan terbang ini. Pada Julai 2013, Pemangku Menteri Pengangkutan telah berkata satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pengangkutan untuk memantau projek KLIA 2 bagi memastikannya siap dalam tempoh ditetapkan, tanpa sebarang kelewatan lagi.

Beliau menambah jawatankuasa itu akan memberi laporan secara mingguan bagi membolehkan beliau memantau pelaksanaan projek itu secara lebih dekat. Saya ingin menuntut agar laporan-laporan jawatankuasa ini didedahkan untuk penelitian awam.

Pihak-pihak yang berkepentingan, termasuk orang awam, syarikat penerbangan kos rendah dan ahli politik berhak meneliti laporan-laporan ini untuk menyiasat kepincangan-kepincangan projek dan punca ia berlaku.

Seraya dengan itu, saya telah pun mengutuskan sebuah surat kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, memohon sebuah lawatan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat ke tapak projek KLIA 2, agar kami dapat memantau sendiri keadaan projek ini.

Saya menyeru Datuk Seri Hishammuddin agar menyambut baik permohonan saya atas nama ketelusan, dan mengaturkan lawatan ini dengan kadar segera.

Sekali lagi saya menyeru kerajaan agar menubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkenaan isu KLIA 2, dianggotai oleh wakil-wakil dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional – bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan Lapangan Terbang ini mematuhi spesifikasi piawaian keselamatan antarabangsa dan memberikan lebih kawalan kepada penyeliaan kos pembinaan KLIA 2.

Kerajaan tidak lagi boleh berdolak-dalik dalam isu ini, dan mesti membuat sesuatu yang drastik dengan segera, agar kepentingan nasional dapat dipelihara. 


Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Adenan Angkat Sumpah KM Baru Sarawak

Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Barieng di Astana Sarawak di Kuching.

Baru menyambut ulang tahun ke-70 kelahirannya bulan lepas, Adenan yang berbaju Melayu gelap, melafazkan sumpah memegang jawatan kira-kira 9.38 pagi, melakar satu lagi detik bersejarah bagi Sarawak.

Pelantikan beliau hari ini menyusul selepas pendahulunya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengemukakan peletakan jawatannya pada 11 Feb selepas 33 tahun menjadi ketua menteri di negeri terbesar di Malaysia.

Adenan memulakan kerjaya politiknya pada 1979 apabila beliau bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Muara Tuang dalam satu pilihan raya kecil dan mengalahkan calon daripada Parti Rakyat Jati Sarawak (Pajar) Razali Sabang dengan majoriti 2,797 undi.

Beliau mengekalkan kerusi DUN Muara Tuang dalam enam pilihan raya negeri berikutnya sebelum bertanding dalam Pilihan Raya Parlimen ke-11 bagi kerusi Batang Sadong dan mengetepikan Adam Ahid daripada PAS dengan majoriti 9,371 undi.

Berikutan kemenangannya dalam pilihan raya parlimen, Adenan dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di peringkat persekutuan pada 2004 sebelum kembali ke arena politik Sarawak untuk bertanding dalam pilihan raya negeri pada 2006 dan memenangi kerusi DUN Tanjung Datu.

Beliau dilantik sebagai penasihat khas kepada Ketua Menteri pada 2010, diikuti dengan pelantikan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak pada 2011 setelah berjaya mengekalkan kerusi DUN Tanjung Datu dalam pilihan raya negeri pada tahun berkenaan.

Sebelum menceburi bidang politik, Adenan pernah bergelar wartawan apabila menyertai akhbar tempatan, 'Sarawak Tribune', dan kemudiannya meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang di Adelaide University, Australia.

- Bernama

Kes Blogger Lucah Alvin-Vivian Akan Disebut 14 April!!!!

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 14 April untuk sebutan semula kes pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghadapi tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan. Lihat artikel terdahulu di [ SINI ].

Hakim Murtazadi Amran menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharudin Wan Ladin memberitahu mahkamah, keputusan terhadap rayuan pasangan terbabit telah ditetapkan pada 10 April ini di Mahkamah Rayuan.

"Pasangan itu telah memfailkan rayuan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka di bawah Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan mereka dan rayuan berhubung kes itu akan diputuskan Mahkamah Rayuan pada 10 April," katanya.

Terdahulu, mahkamah turut membenarkan permohonan peguam Adilah Kamarzaman untuk mengecualikan kehadiran kedua-dua anak guamnya pada tarikh sebutan 14 April.

Pada 21 November lepas, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, untuk membatalkan pertuduhan dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dengan alasan pertuduhan yang dibuat terhadap mereka adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi logo halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan, di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai lepas.

Mereka juga didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama pada tarikh sama di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini mengikut Akta Hasutan 1948.

Mereka turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di https://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002. - Bernama

Luahan Aishah Anak Pasangan Yang Ditahan Di Sweden....


Aishah berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudara yang bernama Puan Shalena Hisham Makhzan sebagai ibu kandungnya yang sebenar.

Aishah juga berasa rapat dengan adik-beradik perempuan Puan Shalwati Nurshal, dan merasakan mereka seperti ibunya yang sebenar.

Aishah tidak berasa dekat dengan ibu sebenarnya.

Ketika mendengar ucapan nak perempuannya di mahkamah daerah Solna, Puan Shalwati Nurshal berasa cukup sedih dan hiba sambil membetulkan tempat duduknya.

Manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin kelihatan sugul apabila perkataan tersebut keluar daripada mulut anak prempuannya sendiri sambil menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.

Apabila ditanya, Aishah mengakui yang beliau juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik.

Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah. “Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50. “Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal,” kata Aishah.

Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa ‘marah dan sedih’, sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden. Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari 2014 yang lalu.

Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan.


Ada sesuatu yang dilalui oleh Aishah dan 3 adik beradiknya yang lain, yang kita tidak faham.

Ada sesuatu yang dilalui oleh ibu bapa Aishah, pasangan Malaysia di Sweden yang ditahan dalam kes penderaan anak2 yang kita juga tidak faham.

Maka, nak ulas benda2 yang kita tak faham sebab semakin lama kes ini dibicarakan dan disebut-sebut semakin ia mengelirukan dan mengecewakan..

Namun, kita berharap agar Aisyah dan 3 adik beradiknya yang lain boleh memahami situasi yang melanda keluarganya....

Sumber

Wednesday 19 February 2014

Pengetua Pusat Tahfiz Senang Lenang Hasil Perhamba Kanak2???

Tidak sampai satu jam perkongsian pendedahan mengenai Pengetua Pusat Tahfiz Amal yang mempergunakan kanak-kanak mengaut keuntungan melalui derma didedahkan, ada pula suara-suara sumbang atau lebih dikenali sebagai keyboard warrior mendakwa maklumat yang didedahkan My Media Hub berunsurkan fitnah. 

Sedangkan di penghujung post bertajuk Pengetua “Pusat Tahfiz Amal” enjoy sakan dikala kanak-kanak pungut derma (Wajib Baca) ada diselitkan sumber (url) maklumat tersebut. 

Terima kasih kepada keyboard warrior tersebut. Apa yang menariknya, dakwaan mengenai pengetua pusat tahfiz berkenaan bukanlah fitnah semata-mata. 

Perkara itu terbukti benar apabila blogger yang juga seorang wartawan Media Prima yang terkenal iaitu Mazidul juga pernah mendedahkan perkara yang sama. Baca pendedahan dari Mazidul di bawah: 

Ajaran SESAT Azhar Wahab telah difatwakan haram pada 21 September 2004.

Siapakah AZHAR WAHAB? Kita ketahui AZHAR, pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd dan Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, Kedah. Sila klik di sini untuk membaca maklumat lebih terperinci. Teliti nama di bawah ini. Cuma buangkan perkataan ‘YM Tuan Raja’ dan ‘Ibni’ daripada nama tertera itu. 

 HASILNYA? … SM AMIN, atau nama sebenarnya AZHAR WAHAB. Lihat antara produk dijual oleh remaja Pusat Tahfiz Amal, PTA diperhambakan di seluruh negara selama ini. Pengasas Al-Mansur dan Pusat ‘TAHFIZ’ Amal … 

 Beginilah rupanya … Hidup kaya-raya tetapi mengapakah remaja di bawah umur harus terus diperhamba? Saya secara terbuka, memohon SM AMIN atau AZHAR WAHAB untuk berhenti mengeksploitasikan remaja di bawah umur untuk memasarkan pelbagai produk keluaran syarikatnya. 

Aduan telah dikemukakan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor. Klik page ‘Hentikan Perhambaan Kanak-Kanak Dan Remaja‘, kongsikan informasi berhubung kegiatan tidak berperikemanusiaan itu bersama masyarakat dan pemimpin di Malaysia. Semoga tindakan berupaya dilaksanakan dengan kadar SEGERA. Sumber – BERSAMA MAZIDUL 

Monday 17 February 2014

Fitnah Gila Zul Noordin Tidak Berasas - Khalid

KLANG - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan laporan berita bahawa beliau enggan menandatangani surat peletakan jawatan bertarikh tunda sebagai Menteri Besar Selangor untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan itu.

Abdul Khalid berkata tidak ada surat seperti itu dan laporan itu tidak berasas.

"Saya tidak mahu komen isu-isu bersifat spekulasi kerana saya kini memberi tumpuan semata-mata pada pilihan raya kecil Dun Kajang," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan-kawasan di bawah pentadbiran PBT.

Abdul Khalid diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris Sabtu lepas bahawa beliau menghalang usaha itu apabila enggan menandatangani surat peletakan jawatan.

Beliau dilaporkan diminta menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan kepimpinan PKR tetapi beliau enggan berbuat demikian. Surat itu dilaporkan bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari mengundi bagi pilihan raya kecil Dun Kajang.

Sementara itu, Abdul Khalid berpendapat keputusan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dun Kajang sebagai calon bebas tidak akan mempengaruhi keputusan pilihan raya. - Sumber

'Sultan Melaka' Ajak Bang Non Tanding Di Melaka

‘Sultan’ yang suka bertwitter. Kini Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah mempunyai 7, 277 pengikut Twitter.

Salah satu Tweet, Sultan Melaka bertanya apakah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bertanding di Melaka.

“Anwar tak nak bertanding di Melaka? Melaka pun banyak isu. Sultan Melaka setuju kalau Anwar MB. Boleh kautim”.

Dalam salah satu tweet Sultan Melaka yang lain,

“Kalau beta pakai jersi Melaka macam Abg Nuar pakai jersi Selangor, okay tak?”.
Antara Twitt lain darinya,

“Beta nak sambung baca Sulatus Salatin. Rakyat Melaka harus berbangga, sultannya berjuang hingga dipenjara”.

“Beta nak masuk kerja dah ni. Biarlah beta jadi sultan yang faham denyut nadi rakyat. Beta tak ada elaun”.

“Apalah nasib, jadi sultan tak ada negeri”.
Sumber

BR1M 3.0 Akan Dimasukkan Ke Akaun Pada 22 Feb 2014

Tarikh pembayaran BR1M 2014 ialah bermula 22 Februari 2014. Ia akan dimasukkan terus masuk ke akaun bank pemohon.

Orang ramai boleh mengemaskini maklumat peribadi terkini untuk BR1M seperti akaun bank, alamat, ahli keluarga dan lain-lain secara online dengan melayari http://www.hasil.gov.my atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran.

Kepada pemohon yang masih tertanya-tanya samada anda berjaya atau tidak untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M): Anda sebenarnya boleh menyemak untuk mengetahui status permohonan BR1M anda melalui 3 cara iaitu:

Melalui telefon Pemohon juga boleh menyemak status BR1M dengan menelefon nombor hotline bebas tol Kementerian Kewangan Malaysia 1-800-222-500 atau nombor bebas tol
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716.

Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Melalui email Semakan BR1M 3.0 dan pertanyaan juga boleh dibuat menerusi email di alamat br1m3@treasury.gov.my.

Melalui pos bagi pemohon yang tidak menyatakan nombor akaun bank, keputusan permohonan BR1M 3.0 akan dimaklumkan melalui pos secara berperingkat-peringkat.

Jika berjaya surat itu juga akan menyatakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucer. Pemohon yang tidak berjaya boleh merayu, menggunakan borang rayuan yang boleh didapati di semua pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, atau boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my). - Sumber

Zaid Bertanding Demi Khalid & Selangor

KAJANG - Bekas Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim memberitahu keputusannya bertanding pada PRK Dun Kajang adalah kerana ingin menyelamatkan Selangor. Beliau juga yakin jika kemenangan berpihak kepadanya, kerusi menteri besar Selangor yang dipegang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga akan kekal. 

 "Kalau saya menang, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kalah, maka amanlah PR di Selangor. Khalid akan terus jadi menteri besar," katanya pada sidang media sempena pengumuman untuk bertanding sebagai calon bebas di PRK Dun Kajang, semalam. 

 Menurutnya, rancangan Anwar untuk mengangkat dirinya menjadi menteri besar, walau dengan sebab apa pun adalah satu tindakan politik liar yang tidak wajar direstui. 

"Cara dan teknik Anwar menggunakan kedudukan politiknya dalam PKR untuk merampas kuasa Khalid akan membawa perpecahan kepada PR. Jika Anwar menang di Kajang dan Khalid enggan berhenti secara sukarela, maka akan timbul krisis politik dan pentadbiran di Selangor. 

 "Demi menghormati prinsip demokrasi dan kestabilan politik berterusan di Selangor, rakyat Selangor perlu memastikan rancangan Anwar itu gagal," katanya. Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kehadirannya itu bukan untuk merebut apa-apa jawatan seperti yang diidamkan Anwar. 

 Zaid berkata, kewujudan beliau sebagai calon bebas dalam PRK kali ini adalah salah satu tindakan bagi memperkukuhkan PR. 

 "Saya bukan mahu jadi menteri besar atau perdana menteri. Saya mahu demokrasi dan politik sihat subur dalam negara. 

 "PR dalam bahaya di Selangor, permainan politik yang digunakan hari ini akan hancurkan saingan PR pada BN serta rosakkan PR. Maka, kita perlu balik pada (perjuangan) asal," katanya. 

 Ditanya bagaimana untuk PR terus kuat di Selangor, bekas ahli PKR itu berkata, ia boleh dilakukan jika beliau menang kerusi Dun Kajang. Menurut Zaid, mandat dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Khalid tidak boleh dikikis semata- mata menjaga kepentingan individu tertentu dalam PKR. 

 "Jika Khalid dan kepimpinan perlu disingkirkan, biarlah dilakukan melalui proses demokrasi yang sihat," katanya. -Sumber
 

Saturday 15 February 2014

Gempar- Foto Artis Akademi Fantasia Ditangkap Mencuri Basikal ???

Seorang artis kelahiran Akademi Fantasia 2013 ditangkap pagi tadi kerana mencuri sebuah basikal yang bernilai RM14,000 ketika cuba melakukan tindakan pecah rumah bersama tiga rakannya.

Menurut info yang diterima sebuah portal hiburan, bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 yang ditangkap itu berasal dari Sabah. Dia dan rakannya kini sudah dimasukkan ke dalam lokap untuk siasatan lanjut oleh pihak polis.

Berikut ialah dua keping gambar artis Akademi Fantasia dan rakannya yang ditangkap mencuri dan pecah rumah. Sebagai orang Sabah memang cukup malu dengan kejadian ini. - Sumber

4 Beradik Dinasihat Tidak Kembali Ke Sweden

KLUANG - Empat anak pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal dinasihati tidak kembali ke Sweden andai mereka dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan ibu bapa mereka.

Sebaliknya kata Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat, pihak pendakwaan Sweden boleh menghantar wakil mereka ke Malaysia untuk mengambil keterangan empat beradik berkenaan.

"Rekod keterangan terdahulu anak-anak mungkin akan dicabar kerana mungkin keterangan anak-anak ini adalah 'under duress'," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sepagi Bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di sini hari ini.

Katanya wakil SukaGuam akan ke Stockholm dalam masa terdekat bagi memberi sokongan kepada pasangan Malaysia itu.

Azizul Raheem dan Shalwati didakwa di mahkamah daerah Stockholm pada 10 Februari lepas atas tuduhan mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dalam beberapa insiden sejak September 2010 hingga Disember tahun lepas.

Perbicaraan kes mereka akan bermula 18 Februari ini dan dijangka mengambil masa 10 hari. Empat anak pasangan terbabit iaitu Aisyah (14 tahun), Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) kini dijaga oleh keluarga pasangan berkenaan di Kelantan.

Dalam masa sama, Khairul Anwar berharap dapat meyakinkan mahkamah Sweden mengambil keterangan terkini anak-anak terbabit bagi membuktikan tiada penderaan fizikal mahupun emosi. - Bernama

Jika Bersalah, Dipenjara Dan Selepas Itu Azizul & Shawati Dihalau Dari Sweden

Kita dimaklumkan media semalam tentang pasangan Azizul - Shalwati yang dikenakan hukuman penjara terlebih dahulu sebelum dihalau keluar dari Sweden sekiranya didapati bersalah di mahkamah negara itu nanti...

Itu yang dijelaskan oleh peguambela pasangan tersebut, Kristofer Stahre. Kalau dilihat dari satu sudut, penjelasan itu menunjukkan peguambela pasangan tu macam tak confident nak menang dalam kes tu...

Pelik betul. Takde langsung diceritakan apa yang akan terjadi kalau kedua pasangan itu didapati tidak bersalah. Bersalah saja yang disebut, tapi tidak bersalah depa tak sentuh langsung... apahal?

Kalau Azizul - Shalwati menang, boleh tak kalau undang-undang negara tu dan Kerajaan Sweden tu mintak maaf kat Azizul - Shalwati, Kerajaan Malaysia, rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam di dunia?

Macam tu la undang-undang dunia. Tak kira la kat Sweden ke.. kat Brazil ke.. kat Malaysia sekali pun, dah tentu ada kelemahan. Maklumlah.. ciptaan manusia. Nak harapkan PAS nak buat hudud? Dekat dekat PRU baru timbul hudud..

Undang-undang kat Malaysia ni misalnya, dah sepakat dah sahkan fakta air mani jumpa dalam salur anus tu milik siapa.. tiba-tiba hanya disebabkan kononnya "tak ikut prosedur pakar Ostolia" (padahal prosedur biasa pun dah memadai!), tiba-tiba penjenayah boleh lepas??? Itu contoh saja... bukan betul pun... heh!

Berbalik pada pasangan Azizul - Shalwati, rasanya kita perlu bersedia dengan berita buruk. Expecting the worst, hoping for the best. Kita buat solat hajat ramai-ramai kalau boleh. Konsisten doakan saudara kita kat sana yang sedang diuji Allah demi memastikan anaknya sujud padaNya...- Sumber
Pejabat Pendakwaraya Sweden telah mengemukakan permintaan agar kedua-dua pasangan dari Malaysia yang didakwa melanggar integriti anak-anak mereka supaya dihantar pulang.

Pendakwaraya, Anna Ardell telah meminta untuk dakwaan itu dikenakan kerana kedua-dua pasangan tersebut disyaki telah melakukan keganasan terhadap anak-anak mereka.

Kristofer Stahre, peguambela yang mewakili Shalwati Nor Shal berkata bahawa kedua-dua anak guamnya termasuk suami Shalwati, Azizul Raheem Awaluddin hanya akan dihantar pulang sekiranya mereka didapati bersalah dan telah menjalani hukuman di penjara.

Stahre menambah, jika anak guamnya itu didapati bersalah oleh mahkamah, maka ia akan tertakluk di luar bidang kuasa mahkamah untuk menentukan sama ada mereka akan menjalani hukuman itu di Sweden atau Malaysia.

Kadangkala, perjanjian dua hala antara negara-negara menetapkan sama ada atau tidak seseorang warga negara asing itu boleh menjalani hukuman di negara dimana mereka didapati melakukan kesalahan itu.

Namun, itu adalah sesuatu perkara yang lazimnya diangkat di peringkat politik dan bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan oleh mahkamah.

Apabila ditanya pandangannya mengenai persoalan kemungkinan Shalwati dan Azizul dihantar pulang dari Sweden dengan kadar segera sebelum mereka dihadapkan untuk perbicaraan semula yang dijangka akan memakan banyak kos kewangan.

Stahre berkata kewangan tidak menjadi isu dan semua individu adalah sama disisi undang-undang Sweden.

Mahkamah Sweden dan pendakwa raya di Sweden tidak pernah mengambil kira kos kewangan demi untuk keadilan dimana ini membawa maksud bahawa setiap individu adalah sekata di sisi undang-undang.

Tidak kira sama ada, individu itu kaya atau miskin dan dari mana juga dia berasal, kesemuanya akan diberi layanan yang sama di Sweden.

Shalwati dan Azizul dijangka akan dihadapkan secara berasingan ke mahkamah untuk perbicaraan yang akan bermula pada 18 Februari 2013.

Shalwati, adalah seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji dan suaminya, Azizul Raheem Awaluddin yang merupakan pengarah Tourism Malaysia telah didakwa di Mahkamah Stockholm pada Isnin atas tuduhan memukul anak mereka.

Pada 1979, Sweden menjadi negara yang pertama mengharamkan hukuman yang berbentuk fizikal terhadap kanak-kanak. - Mynewshub.my

Khalid Ibrahim Enggan Serah Jawatan - The Star


Akhbar The Star, milik MCA mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan enggan melepaskan jawatan MB untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid dikatakan akan menandatangani surat perletakan jawatannya yang telah disediakan oleh pimpinan PKR, tetapi mengelak untuk berbuat demikian.

Surat tersebut yang dipercayai bertarikh 23 Mac merupakan hasrat parti itu yang mahukan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memegang jawatan tersebut.

Tarikh itu dipilih kerana tarikh pembuangan undi PRK DUN Kajang dan ianya turut mengambil kira andaian bahawa Anwar akan memenangi PRK tersebut.

Andaian tersebut juga mengambil kira bahawa Anwar akan menyertai Majlis Mesyuarat Negeri sebelum diangkat sebagai MB kemudiannya. Khalid yang merasakan dirinya dipermain dan telah memberitahu pihak istana bahawa beliau tidak akan meletakan jawatannya itu menurut laporan itu.

Khalid telah menerangkan situasi politik semasa negeri Selangor kepada Sultan pada perjumpaan mingguannya dengan Baginda pada Rabu lalu. Kata akhbar itu lagi, Khalid kini dalam keadaan ceria dan selalu tersenyum. - Sumber

Nyamuk Pun Pandai Pilih Mangsa!!!

Musim kemarau. Perasan tak sekarang ini ada banyak nyamuk? Entah datang dari mana tiba-tiba nyamuk menyerang. Tiada air bertakung kerana tiada hujan tapi nyamuk buat kita naik gila. Siang macam tiada nyamuk, tapi bila malam, adui!

Ada juga orang lebih digemari oleh nyamuk. Habis badannya bintat-bintat. sedangkan orang lain relex jer. Berikut beberapa sebab kenapa nyamuk suka menyerang seseorang berbanding orang lain. Adakah anda orang malang itu?

Karbon dioksida

Nyamuk suka karbon dioksida. Ia menghidu mangsa melalui bau karbon dioksida. Seorang yang kuat bernafas (heavy breathers) lebih menarik minat nyamuk untuk menggigitnya. Sebab itu nyamuk suka menggigit orang yang tidur dan di sekitar muka kerana di sana kita mengeluarkan karbon dioksida. Wanita mengandung juga menarik minat nyamuk kerana dia mengeluarkan 21% lebih banyak karbon dioksida.

Arak

Nyamuk gemar orang yang minum arak. Minumlah beer atau apa-apa saja arak, nyamuk akan berarak ke arah anda dengan gembira. Ini kerana peminum arak akan mengeluarkan bau yang meningkatkan tahap keboleh-upayaan nyamuk mengesan si mangsa.

Darah O

Ini paling menyampah. Orang berdarah O digemari oleh nyamuk berbanding dengan darah A atau lain-lain. Orang darah O dikatakan mengeluarkan bau semulajadi sebagai penarik nyamuk. Darah O ini dikira donor, kerana darahnya boleh digunakan untuk menyelamatkan pesakit. Tapi kerana nyamuk suka memberi penyakit maka ia juga suka pada darah O.

Haba Panas

Nyamuk suka pada haba yang agak panas. Sebab itu ia banyak di kawasan iklim tropika. Jika seseorang mengeluarkan haba panas, misalnya berpeluh kerana menjalani workout, nyamuk juga akan datang untuk menghisap darahnya.

Banyak steroids dan kolestrol.

Nyamuk suka pada orang yang banyak steroid dan kolestrol di kulit. Kalau seseorang itu memakan ubat yang mengandungi steroid (contohnya tongkat ali), atau penggemar makanan yang banyak kolestrol (goreng-goreng), mungkin akan menjadi makanan hidangan nyamuk.

Bau hapak

Nyamuk suka kepada bau hapak, misalnya bau stokin yang tak dibasuh. Sebab itu nyamuk gemar tempat tertutup seperti almari dan sering menghurung kaki. Ini kerana kaki mengeluarkan peluh yang mungkin terdapat dicelah-celaj jari.

Warna gelap

Nyamuk suka mendekati orang yang memakai baju warna gelap. Warna hitam, biru dan merah digemari oleh nyamuk. Nyamuk akan menyorok di kawasan yang gelap di rumah anda, misalnya di celah-celah perabut gelap. Sebab itu juga nyamuk menghurung kepala bagi orang yang rambut hitam.

Kulit lembut

Nyamuk suka kulit yang lembut kerana mudah ia menggigit. Ini menyebabkan orang yang berkulit cerah lebih disukai nyamuk berbanding yang berkulit gelap (hitam). Anehnya nyamuk tidak begitu menggigit bayi kerana bayi kurang mengeluarkan bau yang digemari nyamuk.

Minyak wangi

Ada beberapa minyak wangi yang menarik nyamuk. Ini bergantung kepada ingredien minyak wangi tersebut. Minyak wangi yang berbau seperti bunga lebih menarik perhatikan nyamuk berbanding dengan wangian lain.

Jogging

Walaupun nyamuk suka menghurung orang yang tidur, tapi ia juga suka orang yang berjogging waktu pagi dan senja. Ini kerana orang yang berjogging akan bernafas kuat, berpeluh dan badan menjadi lebih panas. Nyamuk boleh menghidu bau peluh dan karbon dioksida orang yang berjogging ini walaupun dari jauh. Setelah mengetahui apa yang digemari nyamuk, kita boleh mencuba untuk mengelak dari digigit nyamuk.

Tapi bagi yang berdarah O, maaflah…tak boleh buat apa-apa kerana darah itu keturunan. Tapi anda masih boleh mengurangkan serangan nyamuk dengan mengelakkan diri dari perkara yang menarik perhatikan nyamuk.

Selain daripada itu carilah apa-apa remedy semulajadi yang boleh digunakan untuk menghalang pembiakan nyamuk dan menghapuskannya. Jika ada yang ingin menambah point, dipersilakan.

SUMBER: http://insects.about.com/od/flies/a/how-to-get-mosquito-bites.htm

http://www.universityherald.com/articles/3881/20130715/top-5-reasons-why-mosquitoes-bite-people-more-others.htm

Azmin Lebih Layak Jadi MB Selangor - Azwan Barpok

Pengacara Azwan Ali menganggap abangnya, Azmin Al, Timbalan Presiden PKR individu yang layak memegang jawatan sebagai MB Selangor. Menurut Azwan, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa itu sudah banyak berjasa kepada PKR dan negeri itu.

“Isu Menteri Besar ini bukan kerana dia abang saya, namun sudah tiba masanya kerusi MB Selangor itu diserahkan kepada orang bernama Azmin Ali. Orang nak cakap apa pun, memang dia layak.

“Pertama, dia antara yang menang majoriti besar di Selangor dan saya jumpa ramai orang dan mereka suka Azmin. Kepada haters Azmin, apa masalah mereka?

Yang mereka sakit hati Azmin Ali naik jadi MB apa hal,”? katanya dalam laporan media Azwan juga menyatakan Azmin orang kanan dan setia kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding sesetengah pegawai-pegawai peribadi (PA).

“Satu lagi, kenapa Azmin layak kerana dialah orang kanan Anwar Ibrahim yang paling setia. Kalau ikut PA lain, semua dah lingkup. Mereka tak kuasa dah dengan Anwar.

“Saya cabar Anwar Ibrahim jawab soalan ini. Lainlah kalau Azmin tak layak, sebaliknya dia memang layak pun. Ramai orang yang nak lihat dia jadi MB,” soalnya.

“Saya menyokong Azmin kerana semangat tinggi dia sebagai seorang abang yang menerima macam-macam cabaran dan cemuhan untuk bertahan dalam politik.

“Hanya sokongan moral sebagai seorang adik kepada abangnya. Tetapi, insha Allah saya tidak menjurus kepada perjuangan partinya”, kata Azwan lagi dipetik Rakyatnews.

Friday 14 February 2014

Shafee Didakwa Cuba Sembunyi Fakta - Bekas Pengarah JSJ

Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa sengaja menyembunyikan fakta daripada pengetahuan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, pendakwa raya dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu gagal memaklumkan kepada mahkamah bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merekodkan "keterangan yang panjang" daripada beliau berkenaan kandungan Akuan Bersumpah (SD) pada 5 Disember lalu.

Malah, hujah Shafee berkenaan pemalsuan kad pengenalan Mat Zain dalam SD berkenaan turut direkodkan dalam keterangan dan dokumen lain kepada SPRM.

"Saya mempunyai dokumen untuk membuktikan perkara ini. "Tiada kesilapan lain dalam SD berkaitan nama penuh saya atau alamat rumah atau maklumat peribadi lain selepas pembetulan dilakukan.

"Kesalahan itu sengaja diperbesar-besarkan oleh Shafee selepas beliau mendapati dirinya memberikan keterangan palsu dalam afidavitnya yang turut tidak dimaklumkan kepada mahkamah," kata Mat Zain.

SD Mat Zin ditolak sebagai bahan bukti di mahkamah atas alasan nombor kad pengenalan yang mengandungi kesilapan termasuk alamat yang dihitamkan atas alasan keselamatan beliau.

Dalam SD 31 muka surat itu, Mat Zain turut mendakwa Ketua Hakim Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah punca Pulau Batu Puteh jatuh ke tangan Singapura. Shafee juga, katanya, mengetahui perkara itu ketika perbicaraan di Mahkamah Dunia (ICJ) pada 2007.

Mat Zain berkata, beliau akan menulis kepada Gani sekali lagi untuk mendesak peguam negara itu menjalankan siasatan terhadap Shafee yang memberikan keterangan palsu dalam afidavitnya. - tmi

Renungan Pagi Jumaat - 9 Nama Anak Syaitan Menurut Sayyidina Umar Al-Khattab R.A

(1) ZALITUUN

Duduk di pasar / kedai. Tugasnya Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu

(2) WATHIIN

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah

(3) A'AWAN

Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga mengabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama

(4) HAFFAF

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, prostitusi, kelab malam & tempat yang ada minuman keras)

(5) MURRAH

Merosak dan melalaikan manusia dari Allah. Orang yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour dll

(6) MASUUD

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gossip, umpatan dan apa saja penyakit yang keluar dari kata-kata mulut

(7) DAASIM

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahanrumah tangga lagi)

(8) WALAHAAN

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yang lain

(9) LAKHUUS

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari - Share & semoga bermanfaat. InsyaAllah. - oleh Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Muhdalena Percaya Lelaki Amuk Imam Mahadi!!!

PUTRAJAYA - Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhdalena Ahmad memberitahu Mahkamah Seksyen di sini hari ini bahawa dia percaya lelaki yang ditembak mati dalam kejadian amuk bersenjatakan pedang samurai di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua tahun lepas, adalah 'Imam Mahadi'.

Muhdalena, 29, turut mengaku membawa pedang samurai dalam kejadian itu seperti mana diarahkan oleh 'Imam Mahadi' kerana percaya lelaki itu adalah pahlawan yang diutuskan Tuhan.

"Saya benar-benar percaya beliau adalah 'Imam Mahadi' dan perlu mematuhi arahannya kerana dia adalah seorang pahlawan yang dihantar oleh Tuhan untuk menyelamatkan umat manusia," jelas Muhdalena ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh.

[BERITA BERKAITAN: Lelaki amuk di JPM dakwa dia 'Imam Mahadi']

Beliau berkata demikian ketika membela diri terhadap empat tuduhan yang dihadapinya berhubung kejadian amuk di Kompleks B. JPM, Presint 1 di sini, pada kira-kira 2.30 petang, 9 Julai 2012. Dalam kejadian itu, Khalil Afendi Abdul Hahamid, 47, yang mengaku dirinya 'Imam Mahadi' terbunuh selepas terkena tembakan di bahagian ari-ari dan tangan kiri manakala Muhdalena cedera pada paha kanannya.

Wanita itu menghadapi tuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah, membawa senjata berbahaya, tidak mematuhi perintah polis agar meletakkan senjata yang dibawanya dan berada di premis itu yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan tanpa kebenaran.

Muhdalena memberitahu mahkamah beliau mula mengenali lelaki itu melalui blog 'Abu Bakar' yang dapat memberikan penjelasan berhubung pelbagai persoalan mengenai umat manusia bermula sebulan sebelum kejadian.

Lulusan bidang Perbandingan Agama dan Usulludin itu berkata lelaki berkenaan turut menulis dalam blog 'Arif Effendi' dan kemudiannya dalam 'Jaya Negara'.

Muhdalena berkata dia kemudiannya berpindah ke rumah 'Imam Mahadi' tiga atau empat hari sebelum kejadian itu di Seri kembangan, sebelum lelaki itu mendedahkan identiti sebenarnya sebagai Khalil Afendi Abd Hamid.

Katanya dia berpindah ke rumah 'Imam Mahadi' bersama suami dengan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Muhdalena, yang berpakaian serba hitam dengan seluar, tudung serta kot, sepanjang prosiding, berada dalam keadaan tenang, melainkan ketika menceritakan semula saat-saat dia ditembak dan menerima rawatan di hospital.

"Dengan perasaan marah, saya telah menjerit kepada semua yang berada di pekarangan kompleks untuk beredar. Saya ada mendengar bunyi tembakan tetapi tidak sedar saya telah cedera ketika itu.

"Saya melihat darah pancut daripada tangan Khalil Afendi dan terus berjalan ke arah kaki lima kompleks berkenaan sebelum sedar saya pun cedera di kaki akibat ditembak," katanya.

Dia berkata ramai orang telah berkerumun sekelilingnya dan salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa Khalil Afendi telahpun meninggal dunia.

Sebelum itu, ketika pemeriksaan utama oleh peguam M.Visvanathan, Muhdalena berkata dia telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan untuk kecederaannya dan beberapa hari kemudian telah dirujuk kepada pakar psikiatri yang telah mengesahkan bahawa dia telah mengalami penyakit kemurungan ketika kejadian.

Muhdalena berkata dia turut mendapat rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, di Tanjung Rambutan, Perak, yang turut mengesahkan beliau memang ada sindrom sebagai pesakit mental.

Hakim Mohamed Kamil Nizam menetapkan 24 dan 25 Feb ini untuk mendengar keterangan dua pakar psikiatri iaitu Dr Umi Adzlin Silim dari Hospital Putrajaya dan Pengarah dan Perunding Psikiatri Forensik, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh. - sumber

Wednesday 12 February 2014

Betulkah Ini Punca Sebenar Adenan Satem Dipilih Jadi KM Sarawak Oleh Taib Mahmud???

Tan Sri Adenan Satem akan mengambil alih jawatan ketua menteri Sarawak daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Perkara ini diumumkan Taib selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.

Peletakan jawatan Taib akan bermula pada 28 Februari. Taib juga dijangka akan menggantikan Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh sebagai TYT pada 28 Febuari ini.

Jika spekulasi ini benar, Taib perlu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan Pilihan Raya Kecil perlu diadakan di kerusi itu.

Adenan merupakan menteri tugas-tugas khas Sarawak dan juga ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Pada tahun 2011, beliau dipilih sebagai calon PBB dalam pilihan raya negeri Sarawak, untuk mempertahankan kerusinya Tanjung Datu, yang dimenanginya dengan majoriti yang selesa.

Beliau adalah antara tiga personaliti untuk mengambil alih jawatan ketua menteri. Dua lagi adalah Naib Presiden PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hassan dan Timbalan Presiden, Datuk Abang Johari Openg.

Taib memimpin Sarawak selama 33 tahun dan berkhidmat dengan semua perdana menteri Malaysia bermula sejak zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al -Haj. ~tmi

Tuesday 11 February 2014

Gempar!!! Jiran Dedah Perangai Buruk Pasangan Malaysia Pukul Anak Di Sweden

Mengejutkan apakah pendedahan ini benar hanya bersumber dari Blog dan media sosial hanya masa akan menentukan – MRM

Kini mereka didakwa memukul kesemua anak sejak 2010 dengan kayu, tali pinggang dan penyangkut baju. Pastinya pendakwaan dibuat setelah soal siasat polis Sweden atau mereka di paksa mengaku dan didera secara mental?

Kes pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden isu pukul anak tidak solat ini sudah berlarutan agak lama dan rakyat Malaysia sendiri keliru dan teragak-agak untuk mengecam tindakan pihak Sweden yang menahan reman pasangan terbabit dalam tempoh yang begitu lama.

Baca lanjut pendakwaan berat dikenakan keatas mereka hari ini – MRM Kini tersebar sekeping “print screen” tentang pendedahan bekas jiran senegara pasangan terbabit di Sweden.

Jiran tersebut mendedahkan yang pasangan terbabit sebenarnya hanya memberikan alasan ajar anak sembahyang untuk mempertahankan diri dari dicekup pihak berkuasa Sweden.

“Win kenal sangat Shalwati dan Azizul kat Stockhold tu. She herself seorang yang sangat sombong dan berlagak coz hubby pengarah Tourism, the hell. She’s so biadap. Once, she went out, winter lagik, sejuk beku and her kids came back home from school cant enter.

Luckily, her daughter was smart, came to my house, just 300m away, and tol me that she needs to call mum. Speaker on and mak dia maki dia semacam babe. Kesian the kids, Aisyah, Adam, Amar and Amir they were good kids.

The mum yang bengis macam singa betina. Cakap pukul anak pasal tak sembahyang itu alasan cheap defense jer. Lagi pun Stockholm Int School dan 2 kali panggil diorang counselling coz mother sooo biadap and always say,

“this is muslim way”

School check with other muslim parents from Saudi, Iran, Iraq, Jordan, Qatar.. other muslims mum said no, We never hit our kids, Muslim is kind to kids.

Memalukan Malaysian jer, luckily im not there anymore. Anway just pity the kids, if only mak depa SABAR dalam mendidik anak, kan sabar itu separuh daripada iman.”

Sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan. Cuma untuk pengetahuan! Kita tak boleh menghukum pasangan terbabit sedemikian hanya berdasarkan cerita di atas. Wallahua’lam…

http://mymedialab.blogspot.com

Sunday 9 February 2014

Gaduh - Polis Nafi Penyokong Pahang Maut???

Polis Pahang hari ini menyangkal dakwaan yang disiarkan dalam beberapa laman sosial kononnya seorang penyokong bola sepak Pahang maut dalam pergaduhan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

"Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan khabar angin sedemikian lebih-lebih lagi apabila disiarkan di laman sosial.

"Provokasi seperti ini tidak harus terjadi dan ia wajar dihentikan kerana boleh menjurus kepada pergaduhan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, polis hanya menerima empat laporan berkaitan pergaduhan yang berlaku di Kuantan serta Pekan dan siasatan terperinci masih dijalankan bagi mencari punca kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman turut menafikan perkara yang sama dan meminta pihak terbabit berhenti menyebarkan perkara itu di laman sosial.

"Tohmahan dan dakwaan itu tidak benar malah ada beberapa gambar yang dimuat turun di laman sosial itu juga adalah palsu. Perkara ini harus dihentikan segera kerana ia bakal mengundang kemarahan masyarakat khususnya peminat bola sepak negara kita selain boleh menyebabkan pergaduhan berpanjangan," katanya.

Jumaat lepas berlaku provokasi antara penyokong dua pasukan itu selepas tamat perlawanan Liga Super mengakibatkan berlaku pergaduhan di luar Stadium Darul Makmur dan hadapan IPD Pekan sehingga mencederakan beberapa orang penyokong dan orang awam.

Polis bagaimanapun berjaya meleraikan pergaduhan dan mengawal situasi berkenaan sebelum semua penyokong JDT kembali menaiki bas diiring pulang ke Johor. -

PT
Penyokong JDT seakan sudah merancang untuk melakukan pergaduhan dengan memakai penutup muka. Apakah para penyokong JDT terlalu kebal untuk diambil tindakan oleh FAM????

Seluar Dalam Gambar Masjid -Mydin Tarik Balik

Gambar seluar dalam kanak-kanak yang mempunyai gambar masjid yang dikeluarkan Thunder Storm Sdn Bhd dan dipasarkan di pasaraya besar Mydin mendapat kecaman pelbagai pihak setelah dimuat naik di Facebook.

Gambar di bawah yang dikongsikan di laman Facebook Saya Anak Melaka yang dianggap ramai pengguna Mydin tidak peka dengan produk tersebut.

Setelah dimaklumkan pihak Mydin bertindak segera mengeluarkan produk ini daripada rak pasaraya mereka. Thunder Storm Sdn Bhd, turut meminta maaf kepada umum dan membuat penjelasan seperti di bawah.

Diharap mereka lebih berhati-hati selepas ini.

Wednesday 5 February 2014

Kes SB Ditembak - Rakan Setugas Ditahan

Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes anggota cawangan khas yang maut ditembak di Bukit Persekutuan semalam.

Anggota berkenaan yang juga merupakan rakan setugas mangsa ditahan pada jam 7 malam semalam di Balai Polis Cawangan Travers.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, rakan setugas mangsa itu akan direman hari ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

“Positif atau negatif dia (rakan) terlibat akan diberitahu kemudian, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti. Suspek kini akan direman selama tujuh hari bermula hari ini,

“Pistol dan beberapa dokumen lain milik anggota berkenaan turut dirampas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan papan kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati hari ini.

Dalam kejadian semalam, anggota Cawangan Khas terbabit ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.

Difahamkan, kejadian itu disedari oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan yang kemudian melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut kira-kira jam 4.30 petang. – MyNewsHub

JDT Pula Buat Lawak????

JOHOR BAHARU 4 Feb. - Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), César Ferrando Jiménez hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan kejadian di dalam terowong masuk ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lepas.

Menurut peguamnya Datuk Baljit Singh Siddhu, dalam laporan itu Ferrando menyatakan bahawa beliau merupakan mangsa dalam kejadian itu.

"Jiménez berkata beliau adalah mangsa dalam kejadian itu tetapi T-Team telah memutar belit fakta," katanya kepada pemberita di Balai Polis Sentral Johor Baharu Selatan di sini hari ini.

Menurut Baljit, Ferrando menyatakan bahawa instruktur kecergasan T-Team telah bertindak menarik kolar bajunya, manakala pemain T-Team berjersi nombor 16 menolaknya.

"Kita akan lihat perkara ini secara terperinci dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana fitnah atau tohmahan mengenai perkara tersebut," katanya.

Setiausaha Kehormat JDT, Mohd. Fahmy Yahya turur hadir di balai polis tetapi pihak media yang turut berada di situ tidak diberikan salinan laporan polis tersebut. Perlawanan antara JDT dan T-Team di Stadium Larkin itu ditangguhkan selepas separuh masa pertama apabila T-Team yang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan permainan atas alasan keselamatan.

Semalam pemain T-Team, pihak pengurusaan dan jurulatih kecergasannya membuat empat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berhubung insiden itu.

Pemain dan jurulatih kecergasan T-Team yang didakwa terlibat ialah pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih Stefano Impagliazzo. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive