Monday 26 December 2011

Kenapa Bob Lokman disiasat Jaip????




KUANTAN – Bok Lokman, bekas pelakon, kini terkenal sebagai penceramah bebas dalam kalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.


Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.

Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.


Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.


Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.



Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.


Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.


“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu.

Thursday 15 December 2011

Gasak dakwa wujud salah urus tadbir dalam AKSB









Selepas Utusan Malaysia mendedahkan mengenai masalah air di Kelantan yang tercemar, hari ini Gerakan Selamatkan Kelantan (Gasak) tampil dengan dakwaan wujud salah urus tadbir dalam pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang menyebabkan bekalan air gagal disalurkan dengan baik.


Presiden Gasak, Nor Azli Ahmad mendakwa, masalah itu disedari oleh kepimpinan Kerajaan Pas Kelantan selepas surat terbuka mengenai perkara itu diedarkan secara meluas pada pertengahan 2010.


Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil, malah beberapa projek yang dilaksanakan sebelum ini tidak memberi impak yang besar kepada rakyat.


"Perkara ini telah didedahkan dalam sebuah laman blog, kelatekito.net semalam.


"Sebagai contoh, kita minta kepada AKSB supaya menjelaskan keadaan projek air tidak terhasil (NRW) yang menelan belanja RM130 juta dan siap sepenuhnya pada Ogos lepas.


"Projek NRW tidak perlu menunggu lama untuk melihat impaknya dan Gasak difahamkan berdasarkan kontrak NRW dapat dikurangkan sehingga 35 peratus daripada 48 peratus sebaik sahaja projek itu selesai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Pertengahan bulan lepas, Utusan Malaysia menyiarkan laporan khas berkaitan kualiti air di Kelantan yang dicemari logam-logam berat berbahaya.


Kandungan logam-logam seperti arsenik, besi dan mangan serta bakteria ditemui menerusi ujian makmal Kementerian Kesihatan dari 2008 hingga 2010 dan juga uji kaji yang dijalankan sendiri pihak Utusan Malaysia di makmal bertauliah swasta baru-baru ini.


Bekalan air bersih merupakan masalah utama bagi rakyat negeri ini sejak 1990, sehingga penduduk terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membina telaga tiub, membeli alat penyedut air dan tangki tambahan.


Nor Azli berkata, pencemaran mempunyai hubung kait yang amat rapat dengan masalah pengurusan dalam anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu.


"Kita minta masalah diselesaikan secepat mungkin sekiranya tidak mahu perkara ini dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


"Gasak tidak memberi amaran kosong dan kita akan mendedahkan beberapa dokumen penting mengenai masalah dalaman AKSB sekiranya keadaan mendesak," katanya

Thursday 24 November 2011

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran.

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!! 

Subject: Fw: Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!! 

Interesting info .. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nak kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran. 

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2 
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 
Letakkan no 2 selepas jawapan. 
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3 
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 
Letakkan no 2 selepas jawapan. 
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Harap dapat dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

Saturday 19 November 2011

Ekslusif - Konspirasi PAS, DAP & PKR Dalam Penggunaan Dakwat Kekal



Dakwat Kekal namun ianya tidak kekal dan tidak sesuai untuk digunakan oleh Malaysia dalam menghadapi proses Pilihanraya. Penggunaan Biometrik disarankan untuk ketelusan pengundian.

Dibawah ini Video yang Gomo rakamkan lewat pagi tadi mengenai Demo cara cara Dakwat Kekal digunakan jika berlangsung pilihanraya dan juga Cara cara menghilangkan dakwat kekal tidak sampai 5 Minit. Pohon saksikan sehingga tamat apa yang berlaku.

Indelible Ink


Dikeluarkan oleh syarikat GLC Mysore Paints & Vanish Ltd
dari negara India.
- Sebotol Indelible Ink mampu menampung seramai 700 orang pengundi
-Kekal 2 ke 3 di jari hari tampa menggunakan apa apa pencuci.

Jelas terbukti buat kita seluruh rakyat Malaysia bahawa Dakwat yang dikatakan kekal ini adalah tidak Kekal sama sekali sepertimana yang dinyatakan oleh pemimpin Pembangkang. Malah tuntutan pihak BERSIHyang mendesak SPR menggunakan Dakwat Kekal pada PRU 13 juga jelas terbukti agenda Jahat yang dirancang bersama PKR, PAS dan DAP demi memenuhi hasrat mereka menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak sihat.







Diatas ini merupakan bahan bahan yang mana terdiri dari Dakwat Kekal (Tak kekal pun) dan alat serta bahan peluntur yang digunakan bagi menghilangkan Dakwat yang dituntut oleh PAS,PKR dan DAP pada PRU 13 nanti.




APA MOTIF PAS, PKR & DAP YANG SEBENARNYA DALAM ISU DAKWAT KEKAL?
Untuk makluman semua, pihak pakatan pembangkang beriya iya mendesak SPR untuk menggunakan dakwat Kekal adalah bertujuan untuk mencetuskan huru hara dihari pengundian dijalankan pada PRU 13 kelak.
Caranya mereka akan memanipulasi keadaan yang mana mereka Jentera yang telah dilatih dalam menghilangkan dakwat Kekal akan menjalankan tugas menghilangkan dakwat yang ditanda dijari pada pengundi yang telah selesai bagi membolehkan pengundian dijalankan sebanyak 2 mahupun 3 kali dalam satu satu masa.
Bila berlaku hal sedemikian maka akan ada pula kumpulan yang yang memboikot sewaktu proses pengundian berjalan yang mana kita sendiri boleh bayangkan situasi yang tegang akan berlaku disetiap pusat pembuangan undi.


Dalam hal ini yang akan memperolehi keuntungan besar adalah Pakatan PAS, DAP dan PKR yang mana mereka akan menyatakan kepada rakyat bahawa proses pengundian telah tercemar dan tidak telus kerana ada yang telah membuang undi lebih dari sekali.

Malah PG juga berani nyatakan bahawa Pakatan Pembangkang akan menyediakan satu Team Khas yang akan melakukan rusuhan di setiap lokasi bagi memberikan tekanan kepada pihak SPR untuk membatalkan pilihanraya walaupun selepas keputusan pengundian diperolehi.


Setelah kekcohan ini berlaku pihak Pakatan Pembangkang akan memastikan agar pilihanraya diadakan semula dan tidak mustahil pada waktu ini rakyat akan terhasut dengan Agenda Pakatan Pembangkang yang menyatakan Barisan Nasional iaitu kerajaan menggunakan taktik kotor dalam proses pengundian.




Dan percayalah bahawa jika diadakan Pilihanraya semula walaupun tampa Dakwat Kekal Pakatan Pembangkang yang mana setelah tamat proses pengundian bukan lagi sebagai Pembangkang sebaliknya Kerajaan Malaysia. Ini lah motif utama mereka Pakatan PAS, DAP dan PKR kerana mereka tahu Rakyat mudah dihasut dalam proses pilihanraya dan itulah juga peluang buat mereka bagi menawan Putrajaya.

Mungkin ada yang beranggapan apa yang Gomo nyatakan ini hanya sekadar Fantasi dan bukan realiti namun PG nak berikan anda semua kenyataan dari Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi :
"ejen-ejen mengundi juga sudah tentu akan membantah mereka yang sudah dicalit dakwat kekal di atas jari kuku masing-masing daripada cubaan mengundi kali kedua. Apa yang berlaku ialah mereka telah diperdayakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika ketegangan di antara pengundi dan ejen-ejen mengundi berlaku di saluran mengundi di seluruh negara, pihak polis sudah memaklumkan kepada SPR bahawa mereka tidak mampu untuk mengawal ketegangan yang mungkin berlaku sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam pada hari mengundi. ."
Kenyataan diatas sudah jelas menyatakan bahawa jika berlaku kekecohan mengenai Dakwat Kekal ini,ketegangan tidak akan dapat dikawal seluruh negara dan ianya akan mengundang bencana buat rakyat Malaysia keseluruhanya.



Indelible Ink - utk buktikkan orang tu sudah pun mengundi. Tapi tak mengesahkan pengenalan orang tu.
Biometrik - mengesahkan identiti individu utk mengundi dan seterusnya direkodkan individu tersebut telah mengundi.

Yang mana Pilihan Anda?

Sumber; PAPA GOMO

Badut Rakyat: BONGKAR !!! 57 AKAUN ATAS NAMA ANWAR IBRAHIM DI BA...

Badut Rakyat: BONGKAR !!! 57 AKAUN ATAS NAMA ANWAR IBRAHIM DI BA...: SENARAI PENUH AKAUN MILIK ANAK BERANAK ANWAR IBRAHIM DAN KRONINYA DI ISRAEL BACA DENGAN TELITI SEBAB ANDA AKAN TERKEJUT BILA ADA NAMA YANG...

Sumber; Badut Rakyat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive