Ambiga
KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga menuntut agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditangguh sehingga kesemua lapan tuntutan yang dikemukakan pertubuhan itu sebelum ini bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil benar-benar menjadi kenyataan.
Katanya, kerajaan Malaysia patut meniru apa yang Bangladesh buat - menunda tarikh pilihan raya selama setahun bagi membersihkan senarai pemilihnya.
Beliau berkata demikian dalam satu debat bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyentuh topik mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di The Club dekat sini, malam ini.
"Saya nak tanya Khairy, bolehkah beliau memberi jaminan bahawa tuntutan ini dapat dilaksanakan sebelum PRU13?" kata Ambiga. -sH=