Showing posts with label Ambiga. Show all posts
Showing posts with label Ambiga. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Betino Bar Council Hentam BTN???

Pelacur tua Bar Council bernama Ambiga kini menyerang BTN pula ye? Dah takde modal lain nak menyerang kerajaan Barisan Nasional maka BTN pun jadilah janji dapat support dari PR.

Kalau si pelacur tua ni kata BTN tu mengajar atau membasuh otak Melayu menjadi Samseng dan Rasis, bagaimana pula dengan peserta BERSIH yang lepas?

Adakah mereka semua keluar dari BTN? Ambiga rasa apa yang BTN buat tu tak betul, tapi apa yang dia buat semua betul dan tepat, baso jenis BENGONG betul la keling sekor ni. - Sumber

Monday, 25 June 2012

SI BOTAK KEMBALI DENGAN GAYA TERSEKSI!!!!!



Ingat lagi tak dengan seorang wanita yang agak berumur jika berambut turut berkhemah di Dataran Merdeka bersama mahasiswa lain bagi menuntut pemansuhan PTPTN kepada pelajar Malaysia. Kakak Tua Botak ini juga lah yang lebih banyak melaungkan kata-kata provokasi supaya kumpulan yang digelar Dataran Occupy ini boleh berkhemah lama di dataran.


Woooo....Manyak seksi punya ini nenek orang. Agak- agak perempuan ni memang nak cari populariti lah. Mentang-mentang dah tak laku dalam industri seni, maka terpaksalah ikut politik untuk cari makan.

Ini lah salah seorang dari banyak-banyak artis yang ikut parti pembangkang yang agak nampak bodoh! Ini juga lah pengikut ambiga dalam LGBT! - Jawa Bernam

pT
Perempaun yang merupakan ikon bagi siswa demo PTPTN yang lalu.. inikah seorang manusia yang menjadi lambang perjuangan sekumpulan manusia siswa tempoh hari? Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Thursday, 24 May 2012

100 BERKUMPUL DEPAN RUMAH AMBIGA


Lebih 100 orang berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal.

Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.

Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".

Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.

Setakat ini, kumpulan pro-BERSIH Warga Aman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka masih belum kelihatan. -mk

pT
Di manakah Unit Amal Pas takkanlah jadi manusia penakut. ??

Wednesday, 23 May 2012

BIAR BETUL !!! RUMAH AMBIGA AKAN 'DISERANG' ESOK - MP PAKATAN


Ambiga

KUALA LUMPUR - Sekumpulan ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mahu membuat laporan bagi meminta polis menyiasat dakwaan usaha pihak tertentu yang cuba mencetuskan kekecohan di rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa pihaknya mendapat maklumat ada pihak yang cuba mencetuskan kekecohan di rumah Ambiga esok.

"Kita minta polis siasat perkara itu. Pada maklumat kita, selain daripada peniaga-peniaga yang akan membuka pasar malam di sini, ada pihak lain yang akan turut serta untuk membuat kacau,” katanya kepada pemberita selepas hadir untuk menyatakan sokongan moral kepada Ambiga di rumahnya di Bukit Damansara pagi tadi.

pT
Apa la hang ni Nurul Izzah,  lepas hang kutuk macam2 polis, belasah polis, maki polis..lepas tu senang2 hang nak pi buat report. Tapi jangan bimbang sebab Ambiga pernah dianugerahkan sebagai “Wanita Berani Antarabangsa Tahun 2010” dari Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton. Sudah tentu Ambiga bukan jenis penakut menghadapi apa jua bentuk serangan. Kalau dia jenis penakut sudah tentu dia tidak berani mengepalai BERSIH memburuk-burukkan kerajaan bagi pihak parti-parti pembangkang.

Tuesday, 22 May 2012

PETAK KUNING DIBERSIHKAN DBKL


Petaling Jaya: Kawasan jalan di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga, di Bukit Damansara yang dicat dengan petak kuning telah dibersihkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ambiga mengesahkan perkara itu melalui 'Tweeter'nya kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Menerusi Tweeter, beliau mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan DBKL yang bertindak membersihkan petak dan tulisan yang dicat dengan warna kuning di hadapan rumahnya pada Isnin, oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Bersih 4.0.

"DBKL bekerja pada lewat malam untuk membersihkan garisan kuning. Sekarang polis sedang membuat pemeriksaan. Penghargaan untuk PDRM dan DBKL, begitu juga jiran-jiran," katanya melalui Tweeter yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Dalam 'tweet' yang berlainan, Ambiga turut memuji sikap staff-staf DBKL di bawah 'En.Zulkifli' yang disifatkan peramah dan efisyen dalam menjalankan tugas.

Sehari kemudian, kumpulan yang diketuai Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md.Yunus mengecat 60 petak perniagaan di kawasan kediaman Ambiga untuk membuka gerai perniagaan pada hari Khamis dan Jumaat ini.

Walau bagaimanapun, Datuk Bandar Tan Sri Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata DBKL tidak akan memberi kebenaran kepada kumpulan ini berbuat demikian walaupun mereka mengemukakan permohonan kerana ia melanggar Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. -mstar

Monday, 21 May 2012

PAK SAMAD GUMBIRA - DBKL TIDAK BENARKAN PENIAGA BUKA PASAR MALAM DEPAN KEDIAMAN AMBIGA


Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, seseorang itu tidak dibenar menceroboh kawasan orang lain, justeru kumpulan yang menggelar diri "Bersih 4.0" mesti batalkan hasrat mereka.

"Mereka mesti memohon kebenaran kami tetapi kami tidak akan benarkan. Orang buat silap...kita jangan ikut. Kalau semua orang ikut buat salah dan tidak endahkan undang-undang apa akan jadi kepada negara kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sayap baharu Hotel Impiana KLCC di ibunegara hari ini.

Semalam, sekumpulan 60 peniaga dilapor merancang mengadakan pasar malam di hadapan kediaman Ambiga bagi mengaut semula kerugian mereka akibat perhimpunan anjuran Ambiga dan disokong pembangkang di ibu kota pada 28 April lepas.

Kumpulan itu juga dilapor akan tetap membuka gerai di kawasan terbabit jika permohonan permit mereka ditolak.

Mengulas lanjut, Ahmad Fuad berkata rakyat harus berhenti berbuat demikian kerana setiap kali perhimpunan berlangsung, DBKL terpaksa mengeluarkan belanja besar selain mengalih tumpuan daripada perkara lebih penting.

"Majoriti penduduk di Kuala Lumpur tidak mahu diganggu. Kita dikenali sebagai sebuah negara aman, mengapa nak buat perkara negatif?" katanya

pT
Betapa gumbiranya Pak Samad bila DBKL tidak membenarkan sekumpulan manusia merancang untuk mengadakan pasar malam di hadapan kediaman sahabat baiknya Ambiga. Tidak faham kenapa dan mengapa Pak Samad bersikap demikian.

CUKUP2 LAH TU PROTES BODOHKAN DIRI SENDIRI - GERAKAN


Parti GERAKAN menggesa kumpulan penjaja yang merancang untuk membuka gerai di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga supaya membatalkan rancangan tersebut.

Naib presiden Mah Siew Keong berkata tindakan mengadakan demonstrasi di hadapan kediaman peribadi "perlu dihentikan kerana ia bukan sebahagian daripada budaya Malaysia."

"Jika amalan ini diteruskan, kita mungkin ada protes di seluruh negara di hadapan rumah seseorang setiap minggu," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau juga gembira kerana "protes tosai" di hadapan rumah timbalan ketua polis negara juga dibatalkan.

Rumah Ambiga sebelum ini menjadi sasaran, bermula dengan tindakan sekumpulan peniaga membuka gerai pada 10 Mei lalu, diikuti demonstrasi oleh sekumpulan bekas tentera, lima hari kemudian.

Pada Khamis dan Jumaat ini pula, sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di lokasi sama dalam kempen yang dinamakan mereka "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3."

Tindakan itu dirancang atas alasan untuk menampung kerugian mereka akibat perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April di ibu negara.

pT
Kalau tidak batal pun ok , orang-orang BERSIH buat la apapun. Lagipun Mursyidul Am Pas pun sudah keluar kenyataan dulu. Iaitu WAJIB  menghadiri BERSIH 3.0. Mereka sudah dijanjikan syurga oleh pemimpin2 Pas.

Kata orang sebelah sana "ORANG BANGSA LAIN LEBIH HORMAT MENGHORMATI DARIPADA BANGSA MELAYU SENDIRI". Tetapi adakah orang2 Pas lebih menghormati bangsa lain yang kafir dari menghormati bangsa sendiri yang beragama Islam. Fikir-fikirkanlah!!!

Wednesday, 16 May 2012

wo0O !!! DBKL DAN POLIS JAGA AMBIGA



ambiga
KUALA LUMPUR - Polis dan anggota penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membuat rondaan di kawasan kediaman Datuk S. Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini.

Tinjauan Bernama mendapati dua buah van DBKL dengan 10 anggota penguatkuasa itu berada di situ petang tadi, di samping kereta peronda polis yang kelihatan mengawasi kawasan tersebut.

Menurut sumber DBKL, mereka berada di situ hari ini kerana menerima laporan ada kumpulan tertentu mahu mengadakan pasar malam di kawasan tersebut, yang mana menyalahi peraturan disebabkan tiada permit.

Ambiga yang merupakan penganjur demonstrasi yang bertukar menjadi ganas di ibu negara 28 April lepas membuat laporan polis pada 10 Mei lalu setelah sekumpulan peniaga berhimpun dan membuka gerai burger di hadapan rumahnya sebagai tanda marah akibat kerugian susulan perhimpunan tesebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata kawalan polis di hadapan rumah Ambiga merupakan kawalan biasa bagi mencegah jenayah di kawasan perumahan itu.

Wan Bari ketika ditanya sama ada polis akan menahan individu yang menganggu ketenteraman Ambiga, berkata: "Ianya bergantung pada peruntukan undang-undang.'


BIAR BETUL !!! KESIAN KAT AMBIGA,TOLONG JANGAN GANGGU - SAMAD SAID



samad-said_bersih
KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa beberapa pihak supaya berhenti mengganggu dan mengancam peribadi Datuk S Ambiga.

Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A Samad Said berkata, perbuatan tersebut tidak seharusnya berlaku kerana Ambiga telah berusaha untuk memperbaiki kesejahteraan rakyat di negara ini.

Menurutnya, pihak berwajib seharusnya  membela nasib Ambiga kerana tindakan beberapa pihak yang membuat demonstrasi di kediaman Ambiga. 

"Bukan hanya Ambiga seorang yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, sebaliknya ia disokong pelbagai pihak termasuk 19 ahli jawatan kuasa Bersih dan 84 pertubuhan bukan kerajaan serta ribuan rakyat di negara ini," katanya pada sidang media, semalam.

Beberapa peniaga dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) telah bertindak membuka gerai di sekitar kawasan kediaman Ambiga sebagai simbolik menuntut ganti rugi berjumlah lebih RM200,000 daripada 200 aduan penjaja kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman gara-gara perniagaan mereka terganggu ekoran Bersih 3.0.

Seramai 20 orang termasuk dari Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tunku Abdul Rahman berkumpul dan membuka gerai burger selama satu jam bermula jam 2 petang.

Tambahnya, perbuatan mengganggu Ambiga perlu dihentikan serta-merta.

pT
Buat demo bersih di Kuala Lumpur boleh ke Samad?... Menyusahkan orang lain cari rezeki boleh? ganggu ketenteraman awam boleh?... Polis dan pihak berkuasa bagi amaran jangan adakah  dengar?...merugikan peniaga di Kuala Lumpur boleh? Mana perginya unit amal pas?.. mana janjinya sentiasa tolong... Bila orang ramai dan peniaga pulak buat demo baru sedar siapa polis,siapa penguatkuasa siapa kerajaan...inilah manusia.. bila susah cari polis bila senang serang polis.. baru tahu baru sakit hati...fikir-fikirkanlah!!!.

BIAR BETUL !!! BUAT MALU MELAYU LA MANUSIA2 NI !!!!

Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tidak tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.

"Secara peribadi tindakan ini kurang matang," kata ketua NGO pesara tentera..

Tuesday, 15 May 2012

AMBIGA - Plan sudah ada BERSIH 4.0



Ambiga
Ambig
SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) belum ada sebarang rancangan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4.0, kata Pengerusi Bersamanya, Datuk S. Ambiga.

“Pihak saya tidak terfikir lagi mengenai sebarang agenda untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4.0,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Katanya, pihaknya tidak mempunyai perancangan rapi atau pelan yang khusus mengenai isu tersebut walaupun telah disarankan oleh banyak pihak bagi menuntut sistem pilihan raya bersih dan adil.

“Saya menyedari yang Bersih 4.0 disokong ramai pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pihak PKR dan badan bukan kerajaan (NGO) lain, tetapi buat masa ini tiada lagi rancangan mengenainya,” katanya lagi.

Justeru tambah beliau, satu sidang media khas akan diadakan bagi mengumumkan "rancangan segera" itu esok.

Selain Nik Abdul Aziz, pendirian keperluan Bersih 4.0 turut dilahirkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Kelmarin, Mohamad menggesa agar lebih sejuta peserta hadir dalam Himpunan Bersih 4.0, sekiranya masih wujud kepincangan sistem pilihan raya.

Menurutnya, rakyat perlu bangkit bagi memastikan sistem negara ini kembali stabil dan bebas daripada penyelewengan dan rasuah.

Beliau turut mengambil contoh, pelajar yang ramai hadir dalam Himpunan Bersih 3.0, 28 April lalu kerana mahu sistem pinjaman pendidikan dihapuskan.

“Pelajar turun dalam perhimpunan Bersih 3.0, telah tunjukkan rasa marah terhadap pemerintah yang biarkan mereka tanggung hutang sebelum mendapatkan pekerjaan.

“Jika kepincangan ini tidak diperbaiki, perlukah kita turun Bersih 4.0? Jika perlu saya gesa lebih sejuta hadir dalam himpunan tersebut,” katanya.

pT
Bersih 4.0 wajib kena buat sebab itu adalah tuntutan agama. Nik Aziz kata. pT tak kata.Satu lagi .anjurkan perhimpuna LGBT pulak... LGBT  telanjang atas jalanraya... baru betul mempertahankan hak asasi... pasti ulamak Pas sokong punya. Fikir-fikirkanlah!!!

Friday, 11 May 2012

Nok Suko Weh!!! Tahu pun nak marah bila kena puak dia!!!



DAP kutuk protes burger depan rumah Ambiga

SHAH ALAM – DAP hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan "protes burger" penyokong pro-BN dan anti-Bersih di luar rumah Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai bantahan terhadap tuntutan kerugian mereka berikutan perhimpunan 3,0 Bersih, bulan lalu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan adakah kedaulatan undang-undang di Malaysia kini digantikan dengan rukun hutan.

“Saya gagal untuk memahami bagaimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh membenarkan sebuah gerai burger dibuka di luar kediaman persendirian dengan sewenang-wenangnya di Kuala Lumpur?

“Hal ini jelas menunjukkan Barisan Nasional (BN) dan DBKL gagal membendung gangguan tidak wajar, ugutan dan pencerobohan privasi seperti ini.

“Adakah pihak DBKL akan membenarkan bantahan yang sama di luar rumah persendirian menteri-menteri ataupun kediaman Datuk Bandar Kuala Lumpur sendiri?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) bersama 20 orang termasuk dari Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tunku Abdul Rahman berkumpul dan membuka gerai burger selama satu jam bermula jam 2 petang di hadapan rumah Pengerusi Bersih itu.

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya memberi tempoh dua minggu untuk Ambiga memberikan respons berhubung ganti rugi berjumlah lebih RM200,000 yang diterima menerusi 200 aduan daripada penjaja kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman pada hari itu.

Dalam pada itu, Gua Eng menambah, sebarang gangguan, ugutan dan pencerobohan privasi tidak sepatutnya berlaku di Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, di mana rakyatnya hidup bersama dalam suasana harmoni dan saling menghormati.

Sebaliknya, kata Guan Eng, perbuatan membuka gerai burger dan memasak burger daging juga melampau kerana tidak menghormati Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam seorang vegetarian.

Sehubungan itu, Guan Eng menyeru BN dan DBKL mengeluarkan gerai di luar rumah Ambiga serta-merta sebagai tanda hormat dan usaha ke arah demokrasi.

Sementara itu, Guan Eng turut menyentuh mengenai tindakan sekumpulan ahli Perkasa yang cuba 'membuat kacau' di pekarangan kediamannya selain mencemarkan kebersihan dengan membuang poster di beberapa jalan di pusat bandar Pulau Pinang, semalam.

"Semalam, keluarga saya sendiri diganggu dan mereka turut melakukan "upacara pengebumian" saya dengan meletakkan kalungan bunga pada bingkai gambar saya di pintu pagar untuk menandakan "kematian" saya.

"Perbuatan ini jelas menunjukkan satu ancaman terhadap seorang Ketua Menteri.

"Apa yang jelas, pihak polis yang hadir juga kelihatan bersikap acuh tak acuh dan tidak menghalang ahli Perkasa dari melanggar privasi saya," katanya.

Guan Eng berkata, ketika kejadian itu beliau sedang bermesyuarat bersama ahli Exco di Komtar dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai tindakan ahli-ahli Perkasa.

Menurutnya, jika ingin meluahkan rasa tidak puas hati, mereka boleh berhimpun di Komtar dan menyerahkan memorandum kepada beliau, namun bukan dengan cara mengganggu ketenteraman di kawasan rumahnya.

"Kalau nak buat apa-apa demonstrasi mereka boleh buat di Komtar sebab mereka dah biasa buat di sini tapi jangan libatkan keluarga saya jika tidak berpuas hati dengan saya," katanya.

Thursday, 10 May 2012

BIAR BETUL !!! Ambiga Jual Burger Depan Rumah???

Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S Ambiga menganggap tindakan sekumpulan peniaga yang mengadakan protes dengan membuka gerai burger di hadapan rumahnya petang ini sebagai perbuatan tidak matang.
NONESekumpulan peniaga sekitar bandar Kuala Lumpur itu 'menerjah' rumah Ambiga di Bukit Damansara dengan membuka gerai burger tersebut mulai jam 2 petang dan beredar kira-kira sejam kemudiannya.

Dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu.

IKHLAS adalah kumpulan peniaga yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama di ibu negara pada 5 Mei lalu bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, gerai burger tersebut juga didirikan sebagai tanda membela nasib peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu, dan memberi masa selama dua minggu untuk respons Ambiga.

Selepas masak, mereka 'menghadiahkan' satu burger kepada Ambiga yang diterima oleh seorang wakilnya.
NONEMereka juga turut mengedarkan burger itu kepada mereka yang berada di situ termasuk, termasuk petugas media.

Turut kelihatan bersama Ambiga ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah dan setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan.

Pada satu ketika, keadaan menjadi agak tegang sedikit apabila salah seorang wanita yang berada bersama Ambiga, meluahkan rasa tidak puashatinya dengan perbuatan kumpulan seramai 10 orang itu membuka gerai burger di situ.

Berikutan itu berlaku sedikit perang mulut antara mereka, tetapi keadaan itu dapat ditenang oleh rakan-rakan lain wanita tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di depan rumahnya, Ambiga berkata perbuatan tersebut telah mengganggu ketenteraman peribadi dan kawasan kejiranannya.

Malah, Ambiga turut kesal dengan tindakan mereka yang dilihat seolah-olah tidak mencerminkan keperibadian rakyat Malaysia.

"Tindakan ini adalah perbuatan yang tidak matang. Adakah patut duduk di luar rumah orang seperti ini?

"Sesiapa sahaja boleh membuat tuntutan tetapi bukan dengan cara datang ke rumah saya seperti ini.

"Perkara begini tidak pernah lagi terjadi di Malaysia kecuali pada (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan saya," katanya kepada media.

Saturday, 5 May 2012

BERSIH 3.0 !!! Ambiga Sila Bayar Kerugian Kami - Peniaga


KUALA LUMPUR: Sekumpulan peniaga di beberapa kawasan perniagaan di ibu negara hari ini menuntut penganjur perhimpunan Datuk S. Ambiga membayar ganti rugi susulan perhimpunan itu Sabtu lepas.

Peniaga tersebut antaranya dari Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India, Kompleks Pertama dan Kampung Baru menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan sederhana.

"Perniagaan kami ini kalau tak kerja sehari susah nak makan, walaupun perhimpunan itu sehari tetapi pelanggan kadang-kadang takut nak datang untuk hari esoknya," katanya kepada pemberita selepas menyertai sekumpulan peniaga membantah perhimpunan Bersih 3.0 di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Katanya kerugian dan kerosakan yang dialaminya, di mana bekas-bekas airnya pecah ditendang oleh peserta perhimpunan, ketika perhimpunan tersebut diadakantahun lepas masih belum mendapat ganti rugi.

Rashid Fazzil, peniaga pakaian dari Kampung Baru berkata hampir 80 peratus peniaga di kawasan itu terpaksa menutup kedai mereka kerana bimbang perhimpunan itu akan bertukar menjadi rusuhan.

"Ambiga harus fikir perkara-perkara ini walaupun ia kecil sebelum bertindakmenganjurkan perhimpunan yang saya lihat akhirnya hura-hara," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah berkata sehingga semalam, beliau menerima anggaran kerugian lebih RM200,000 daripada peniaga.

Katanya jumlah sebenar kerugian akan diketahui selepas seminggu.

Beliau berkata laporan polis akan dibuat selepas semua kerugian itu dikenal pasti.

"Sekiranya tiada tindakan dibuat mengenai tuntutan tersebut, kami (peniaga) akan buat bantahan 'aman' di hadapan rumah Ambiga...tunggulah," katanya.- BERNAMA

Thursday, 26 April 2012

Dataran Merdeka di tutup 48 jam!!! Tapi Ambiga tetap BERSIH juga!!!

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

DBKL telah menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Perbadanan Stadium Malaysia juga dilaporkan bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan manakala pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust, juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu sebagai lokasi perhimpunan.

Pengerusi Bersama Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga berkata, pihaknya tetap akan mengadakan perhimpunan walaupun permintaan mereka telah ditolak oleh DBKL dan polis.-Sinar Harian-

Wednesday, 25 April 2012

Ambiga tak reti nak bezakan BERSIH n KOTOR!!!!



Ambiga
KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga menuntut agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditangguh sehingga kesemua lapan tuntutan yang dikemukakan pertubuhan itu sebelum ini bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil benar-benar menjadi kenyataan.
Katanya, kerajaan Malaysia patut meniru apa yang Bangladesh buat - menunda tarikh pilihan raya selama setahun bagi membersihkan senarai pemilihnya.
Beliau berkata demikian dalam satu debat bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyentuh topik mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di The Club dekat sini, malam ini.
"Saya nak tanya Khairy, bolehkah beliau memberi jaminan bahawa tuntutan ini dapat dilaksanakan sebelum PRU13?" kata Ambiga. -sH=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive