Wednesday 25 January 2012

Sesungguhnya berdoalah dengan ALLAH SWT agar kita diberi petunjuk dan Hidayah supaya kita tidak melakukan lagi dosa dosa besar mahupun dosa kecil....

Saya solat lima waktu tapi.....
Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja
Dan pada masa lainnya saya lupa padaNya
Jika Sholat saya 10 minit , maka cuma 10 minit itu saja ingat pada Nya
Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain daripada Nya.
Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong...

Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak bersyukur pada Nya
Padahal dulunya saya amat susah,
Allah yang memberi rezeki pada saya
Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah
Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga
Dengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainya
Tapi.. hati saya masih belum puas
Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekurangan

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman teman
Saya sering menyakiti hati mereka
Saya sering menghina mereka
Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baik
Pada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nanti


Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki
Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat
Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan
Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai
Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT


Dengan berbagai macam cara dan berbagai argumen saya berdebat mereka yang tidak sehaluan dengan saya.
Padahal saya sendiri belum tahu,
redhakah Allah SWT dengan apa yang telah saya perbuat itu?

Saya solat lima waktu tapi...
Saya masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh-musuhku
Saya menggunakan wang bahkan harta serta pangkat dan kekuasaan untuk menjatuhkan manusia yang saya tidak suka

Saya solat lima waktu tapi....
Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim piatu kerena saya takut hartaku habis dan jatuh miskin


Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman teman yang sukses dinaikkan pangkatnya atau dinaikan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya,
padahal mereka berusaha dan bekerja sungguh sungguh,
tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan mati tak mau!

Saya solat lima waktu tapi....
Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah,
kerena saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati

Saya solat lima waktu tapi...
masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah,
walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah,
kerana perbuatan dan sikap saya sendiri
seharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?

Saya solat lima waktu tapi....
Menuntut ilmu semata mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari cari yang tidak sehaluan dengan saya,
dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya,
padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya)


Saya solat lima waktu tapi....
Saya enggan melaksanakan serta kurang bahkan tidak faham dengan firman Allah SWT dalam Al Quran QS: 29 : (Al-Ankabut) : 45 yang artinya :-

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat.
Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuata n) keji dan mungkar.
Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat)adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain).
Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Saya solat lima waktu tapi....
]Saya tidak faham dan tidak tahu dan tidak menjalankan dengan benar firman Allah dalamQS 107. (Al Maa´uun) : yang artinya:-

1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama ?
2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim
3. dan Tidak menganjurkan memberi makan orang miskin
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat
5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya
6. orang-orang yang berbuat riya
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna.

KAPAL PENYEBAR AGAMA KRISTIAN BERLABUH DI SELANGOR DAN PULAU PINANG?



Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai kapal penyebar agama kristian yang terbesar di dunia telah mendarat di pelabuhan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Kapal ini mampu membawa ribuan mubaligh kristian yang terlatih dalam pelbagai bahasa bagi menyebarkan Agama Kristian di seluruh Dunia.

Selain itu kapal ini juga telah membawa ratusan ribu buah buku yang boleh mambantu mereka menyebarkan agama Kristian.

Kapal ini juga sarat membawa bantuan makanan untuk membantu mubaligh dalam menggula-gulakan umat Islam di seluruh dunia.

Persoalannya sekarang kenapa kapal ini memilih negeri Selangor dan Pulau Pinang? 

Semuanya ini akan didedahkan dalam Road Show Datuk Dr Hassan Ali bagaimana beliau bertegang urat dengan pemimpin DAP dan beberapa parasit Pas mempertahankan keputusan agar tidak membenarkan kapal ini berlabuh di Selangor dan akhirnya gagal.

Road Show Datuk Dr Hassan Ali akan bermula pada 7 Feb 2012 tempat belum dipastikan lagi.

Tunggu kehadiran Datuk Dr Hassan Ali di tempat anda.

Friday 13 January 2012

UNTUNGLAH DR. RANI...LEPAS TIKAM HASSAN ALI, HAJAT DIA TERCAPAI..


Untung Dr. Rani. Semua jawatan Dr. Hassan Ali dah berjaya dirampasnya. Siapa kata PAS tak ada kaki tikam belakang? Haa inilah muka salah seorangnya. Mungkin blogger Gerakan Timur lebih mengenali beliau. 

Pagi tadi Sultan Selangor telah berkenan atas cadangan Khalid Gap untuk membatalkan perlantikan Dr. Hassan Ali dari Exco Selangor kerana telah dipecat oleh PAS. DAP takut Dr. Hassan Ali akan terus mengganggu semua perniagaan dan kepentingan puak-puak mereka. Jadi inilah jalan penyelesaian nya. Exco Agama terpaksa dikambing hitamkan.
Apa-apa pun tahniah lah Dr. Rani walaupun tidak rasmi lagi. Semoga Dr. Rani terus menjalankan usaha murni seperti yang dilakukan oleh Dr. Hassan Ali.
“Memandangkan Datuk Dr Hasan selalu sangat menggangu gereja, rumah urut, rumah tumpangan dan tempat-tempat judi , saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak lagi boleh menjadi anggota Exco. Saya akan melantik seorang exco yang boleh membiarkan arak dijual dimerata tempat, rumah urut dan tempat maksiat dibiarkan beroperasi.
Sebelum ini, Khalid gagap telah diarahkan oleh Anwar supaya meminta Hasan mengosongkan jawatan Exconya secara sukarela kerana beliau telah dipecat daripada PAS dan tidak lagi mewakili parti itu dalam Kerajaan Negeri.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat daripada PAS pada Ahad lepas kerana tindakannya yang membenteras maksiat dan arak agak keterlaluan.
Hasan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor. 

Sunday 8 January 2012

AZMIN: SAYA SERONOK SEBAB PAS JADI 'BARUA SAYA' PECAT HASAN ALI



“Saya menghormati keputusan Pas kerana saya yakin itu adalah kebaikan untuk PR (Pakatan Rakyat).” Demikian pendirian Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengulas isu Datuk Dr Hasan Ali dipecat serta-merta dari ahli Pas hari ini.


Tetapi disebalik kata-kata itu dalam kepala Hotak Azmin berkata memang elok Pas jadi barua aku sebab daripada Presiden hingga kepada ahli-ahlinya semuanya bengong, dungu dan tua-tua bangka.

Pemecatan itu menunjukkan Pas langsung tiada imej Islam dan tidak berpendirian hanya mengangguk dan menjadi barua kepada Anwar dan DAP sahaja.

Azmin meminta parti Islam itu mengambil tindakan ke atas Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, tidak sampai dua hari tindakan terus diambli oleh pemimpin bengong Pas.

Hasan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia yang terletak dalam bahagian Parlimen Gombak. Azmin merupakan Ahli Parlimen Gombak.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib kesal dengan tindakan Pas terhadap Hasan Ali mungkin juga akan keluar parti mengikut Hasan Ali.

Azmin berkata, kenyataan Hasan yang mengatakan perhimpunan 901 tidak perlu dihadiri kerana ia bertujuan menyokong peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak berasas kerana esok bukan Anwar yang akan dibicarakan tetapi rakyat.

“Bagi saya dan juga DAP, perhimpunan esok bukan berkaitan isu peribadi tetapi adalah untuk tuntutan rakyat yang mahukan keadilan ekonomi, perundangan, pendidikan dan moral.


Sumber : Blogger Pro BN

Thursday 5 January 2012

ANWAR KATA JELAJAH BEBASKANNYA DARI MELIWAT ADALAH UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT







Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah seakan-akan mengetahui bahawa dia akan dipenjarakan berhubung tuduhan meliwat Saiful Bukhari.

Untuk menyedapkan penyokong bengongnya Anwar berkata pakatan tidak akan lenyap tanpanya. Walaupun dia dipenjara pakatan rakyat tetap akan beroperasi seperti biasa.

Anwar juga mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kes liwat yang dihadapinya adalah kes rakyat juga, oleh itu siri jelajah yang dilakukan (kempen 901) bukan soal peribadi tetapi, mengenai soal rakyat, ekonomi dan sebagainya.

Sebagai pemimpin jika tidak melakukan perbuatan liwat kenapa Anwar harus takut dengan bayang-bayangnya atau Anwar sengaja hendak membuat provokasi terhadap keputusan hukumannya supaya nampak dilihat dirancang oleh kerajaan.

Sumber : Blog Pro BN

Wednesday 4 January 2012

Anwar Hasut Mahasiswa bahawa Dia akan ditembak pada 9 Jan 2012..Anwar dah jpanas punggong!!!





Anwar telah hampir sebulan menggerakkan jentera Parti PKR bagi menghasut rakyat terutamanya mahasiswa yang tidak tahu hujung pangkal mengenai Anwar bagi mengajak mereka turun membantah sekiranya hakim menjatuhi hukuman penjara kepadanya.

Semalam Anwar berkata jelajah bebaskannya dari dituduh meliwat bukan urusan peribadi tetapi untuk kebaikan rakyat dari segi ekonomi, moral dan keagamaan.

Bagi Anwar apa yang dilakukan sebelum ini samada masalah moral atau sebagainya adalah masalah rakyat juga dan rakyat perlu diheret bersama

Anwar dan kuncu-kuncunya seperti Azmin Ali, Sam Ketot, Cikgu Bard dan beberapa pemimpin bengong Pas turut serta dalam jelajah bebaskan Anwar 901.

Kini Anwar dan kuncu-kuncunya sudah memasuki fasa terakhir dalam menghasut rakyat dan mereka secara terbuka akan membuat rusuhan sekiranya Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini.

Anwar sengaja membangkit semangat bahawa kemungkinan dia akan ditembak pada 9 Jan 2012 nanti, semasa sesi mensyuarat bersama pemimpin pakatan rakyat yang dihadiri oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah ,Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Apakah sebenarnya niat sebenarAnwar sanggup mengandaikan dia akan ditembak? tidak lain tidak bukan hanya untuk menaikkan semangat muda mahasiswa supaya merusuh pada 9 Jan 2012 nanti.

Sumber :Blog Pro BN

ANDA BOLEH BUANG SERBAN SAYA, BOLEH PIJAK KEPALA SAYA TAPI JANGAN GANGGU ADAM ADLI- NASRUDDIN

Dewan Pemuda Pas mengecam tindakan mengugut kepada mahasiswa upahan Anwar Ibrahim Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib minggu lalu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kalaupun tindakan Adam dianggap sebagai satu kesalahan besar namun, ia perlu diselesaikan secara baik dan anda juga boleh bertindak sebaliknya samada nak menceroboh pejabat Pas, PKR atau DAP.

Atau anda juga boleh bertindak apa sahaja samada membuang serban saya atau serban Haji Hadi atau serban Nik Aziz jika anda mahu kerana semuanya tidak menyalahi undang-undang dan sebagai protes anda.

Menurut Nasruddin tidak salah menurunkan dan memalukan Perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak salah juga menceroboh PWTC dan bangunan UMNO.

Bagaimana jika ada mahasiswa membuang serban Nik Aziz atau Haji Hadi bagaimana agaknya mereka melenting.

Tuesday 3 January 2012

ABAH NUAR MINTA MAHASISWA TERUSKAN BERDEMO HINGGA 9 JAN 2012???


Khalifah Seni Silat Keris Bengkok Anwar Ibrahim bakal menghasut mahasiswa agar mengekalkan momentum berdemo dan mengganas sehingga tarikh hukuman Anwar bakal di jatuhkan pada 9 Januari 2012.

Anwar tidak ada pilihan lain selain menghasut rakyat agar mencetuskan rusuhan kerana beliau tidak dapat menangkis bukti yang telah diberikan oleh pihak pendakwa kepada mahkamah.

Pertubuhan 'perkakas' Anwar Anak Bawah Umur(ABU) pun telah mengeluarkan kenyataan bahawa ada berlaku perbuatan liwat secara suka sama suka.

SAKSI NAMPAK KETUA PENDEMO BERURUSAN DENGAN PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBELUM MERUSUH










Beberapa saksi nampak ketua yang melakukan demo tahun baru di UPSI telah dihubungi oleh beberapa pemimpin politik sebelum merusuh.

Mahasiswa UPSI kesal kerana beberapa pemimpin pembangkang telah memasukkan budaya 'kurang ajar' ke universiti dan menerap budaya politik yang biadap sehingga mengganggu kehidupan siswa yang sepatutnya memberi tumpuan terhadap pelajaran.

"Saya berani katakan majoriti penuntut Upsi tidak mahu kehidupan mereka diganggu. Mereka ada cita-cita untuk belajar hingga dapat genggam ijazah. Itu matlamat mereka," kata saksi.

Kata saksi lagi, apabila insiden seperti itu berlaku, sudah tentu ramai yang tertekan, terutama pelajar perempuan.

"Mereka tidak biasa dengan tindakan seperti ini. Mereka harus beri tumpuan pada pelajaran, apa lagi sekarang adalah minggu ulang kaji terakhir sebelum peperiksaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi 1 Januari lalu, kira-kira 100 pelajar dari pelbagai universiti di Lembah Klang, berhimpun di hadapan Upsi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) selain menggesa penarikan balik tindakan terhadap penuntut Upsi, Adam Adli Abdul Halim yang akan dihadapkan ke perbicaraan tata tertib universiti 9 Januari ini.

Perbicaraan itu adalah susulan tindakannya menurunkan bendera bergambar Perdana Menteri ketika menyertai perarakan sekumpulan mahasiswa menceroboh ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menempatkan ibu pejabat Umno 17 Disember lalu.

Mohd Shahar berkata, hanya dua orang penuntut Upsi sahaja terlibat termasuk Adam Adli dan seorang pelajar wanita yang telah dibuang dari universiti itu kerana menghadapi masalah disiplin yang kronik.

Katanya, perhimpunan tidak mendapat sambutan kerana kebanyakan yang hadir bukan penuntut Upsi tetapi orang luar dan penyokong Anwar Ibrahim.

“Pengacau berkenaan sebenarnya tidak menghormati suara majoriti (pelajar Upsi yang tidak sertai perhimpuan) dalam masa yang sama memanjat pagar menceroboh kawasan universiti.

“Yang saya hairan, kenapa mereka memecah cermin sebuah klinik di depan Upsi? Adakah mereka mahu menganggap kecederaan itu dilakukan pihak berkuasa? “Yang saya dapati laporan perubatan Hospital Slim River, Perak orang luar, iaitu Safwan Anang Talib cedera kerana serpihan kaca,” katanya.

Tindakan yang dilakukan polis dan pihak keselamatan Upsi mendapat sokongan padu daripada mahasiswa UPSI kerana menahan orang luar daripada menceroboh dan melakukan kekecohan di kawasan mereka belajar.



Sumber : Blog Pro BN..

MAJLIS PEGUAM SOKONG DEMONSTRASI HARAM BEBASKAN ANWAR 901??




Majlis Peguam menyokong sepenuhnya kempen demonstrasi haramjalanan Bebas Anwar 901 yang dirancang 9 Januari ini kerana beranggapan perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermotifkan politik.

Presidennya, Lim Chee Wee yang juga penyokong kuat pembangkang mendakwa kononnya Anwar telah tidak diberi perbicaraan adil apabila dilarang melihat dokumen dan maklumat untuk mempertahankan diri.


Lim Chee Wee “Sama seperti demonstrasi yang pernah beberapa kali berlangsung di Parlimen. Ia tidak boleh disekat walaupun kerajaan mempunyai pelbagai alasan seperti menjaga keselamatan awam tetapi itu hanya untuk pembangkang sahaja jika pihak penyokong kerajaan buat seperti yang berlaku di Pulau Pinang Majlis Peguam menentang keras.

Lim Wee Chee juga mengungkit kenapa orang Islam boleh buat demo (bantahan terhadap keputusan mahkamah) pada 8 Januari 2010 yang lalu, orang Islam dibenarkan berkumpul di pekarangan masjid di seluruh negara membantah penggunaan perkataan ALLAH diguna pakai agama lain,apakah kami juga tidak boleh melakukan demikian” katanya.


Sumber : Blog Pro BN

SAYA TERLALU SAYANGKAN ANWAR SEBAB ITU SAYA TURUNKAN BENDERA DS NAJIB - ADAM ADLI??









Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri?

Adam: Saya terlalu sayangkan Anwar Ibrahim dan kami menggunakan kesempatan mengembalikan   kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dengan menurunkan bendera itu tanda kebencian kepada DS Najib. Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan untuk semua mahasiswa adalah membela Anwar Ibrahim yang terseksa kerana konspirasi UMNO

Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

ADAM: Ya memang dipengaruhi oleh PKR iaitu Tian Chua berada dibelakang kami yang sentiasa menunjuk ajar kepada kami cara-cara memalukan UMNO/BN yang ditunjangi oleh pemimpin Melayu. Kami juga mendapat sokongan yang tidak berbelahbagi daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya. Kami sengaja menghantar memo kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang juga merupakan sebahagian daripada pembangkang tapi matlamat kami hanyalah satu untuk memalukan UMNO.
Setibanya di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada apalagi kami pun buat hal dengan penuh. Cuma Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib dihadapan Datuk Saifuddin.
Kami juga dikawal oleh beberapa pemimpin PKR seperti Tian Chua yang sentiasa menghubungi kami untuk mengetahui apakah tindakan yang kami telah buat.


Ramai yang mempertikaikan tindakan Adam ini sebagai provokasi kepada Umno kerana melakukannya di PWTC, adakah tindakan itu matang bagi Adam?

ADAM: Bagi saya ia matang kerana matlamat saya hanya satu untuk memalukan UMNO sebagaimana UMNO memalukan idola saya iaitu Anwar Ibrahim.



Bagaimana pula dengan kehadiran seorang ahli politik ketika kamu menyerahkan memorandum ini?

ADAM: Mengenai kehadiran ahli politik itu, saya tahu dan memang kami seiring dengan PKR yang diterajui oleh idola kami Brother Anwar Bin Ibrahim.

Adakah Adam sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi dari tindakan menurunkan bendera ini?

ADAM: Saya sudah fikir semasak-masaknya, lantaklah saya sudah menjangka bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU13, oleh itu apa yang hendak ditakutkan.
Kenapa pemimpin-pemimpin parti mengeluarkan ugutan kepada saya? Bagi saya sebabnya adalah kerana undang-undang menetapkan saya tidak bersalah. Saya ceroboh PWTC dan saya turunkan bendera tidak menjadi kesalahan pun


Adakah Adam risau dengan sebarang tindakan yang mungkin Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) kenakan selepas ini?
ADAM: Pergi jahanamlah dengan UPSI selepas PRU13 Anwar jadi PM mana-mana Universiti pun saya boleh masuk.



Bagaimana pula penerimaan mak dan ayah Adam dengan apa yang telah berlaku?


ADAM: Ayah adalah orang pertama suruh saya turunkan bendera Najib. Mak pula kata, “mak sokong kamu.” Saya amat kagum dengan ayah dan mak saya kerana menyokong saya menurunkan bendera DS Najib. Mereka kata berjuang mempertahankan Anwar Ibrahim adalah satu perjuangan yang dialu-alukan

Apa tindakan Adam selepas ini sekiranya dikenakan tindakan oleh pihak Upsi?

ADAM: Untuk menggantung saya, pihak universiti perlu fikir 50 kali kerana jika mereka buang saya satu Malaysia akan berdemo bersama Anwar Ibrahim.



Apa yang Adam harapkan daripada tindakan turun bendera ini?

Memalukan UMNO




Sumber : Blog Pro BN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive