Sunday 27 April 2014

Wajib Baca Untuk Lelaki - Petua Melayan Isteri

Ini kena dengan time gini...time masing2 dah ngantuk nak tidur...

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you ebih mudah.
3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik.

Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.. Sumber - rakangroup Salam Ukhuwah..

Misteri MH370!!! - Tun M Salahkan Boeing & Pihak Ketiga

[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet semalam dan hari ini telah disekat kerana mungkin terlalu lantang dan bercakap benar. mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines yang hilang - MH370] MH 370

1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.

2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA.

Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya.

3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan.. jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.

4. Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha.

Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa juga)?

5. Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya.

Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya.

6. Saya yakin dan percaya terdapat peralatan di dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan – mungkin GPS.

7. Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identity manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing)

8. Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah dilumpuhkan.

9. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak mampu menjelaskan isu terbabit.

10. Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti rampasan dan keganasan?

Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh?

11. Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun?

12. Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa meninggalkan sebarang petunjuk)

13. Sudah menjadi amalan kebiasaan, apabila pesawat terhempas, sepasukan pakar akan tiba ke lokasi dengan segera untuk mencari punca terhempasnya peawat. Boeing dan pihak berkuasa SEPATUTNYA berusaha mencari kapal terbang tersebut. TETAPI Boeing langsung tidak menunjukkan minat mencari, dan sebenarnya seperti langsung tidak menolong proses pencarian.

14. Syarikat penerbangan nasional MAS telah mengendalikan pelbagai pesawat dan ada rekod yang cemerlang. Juruterbang MAS juga amat terlatih. Jika sekiranya juruterbang ingin membunuh diri sekalipun, sudah tentu pembantu juruterbang dan kru kabin tidak akan membenarkannya berbuat demikian (demi keselamatan penumpang). Tetapi kali ini, ada kemungkinan kesemua kru penerbangan sudah ‘dilumpuhkan’ sama sekali (melalui cara yang tidak kita ketahui)

15. Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut menanggung tanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja secara total di tengah-tengah udara.

16. MAS tidak bersalah. MAS terlah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah bekelakuan luar dari kebiasaan. SIapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation. - Sumber

Wednesday 23 April 2014

Misteri MH370!!! Dakwa Penulis Kanada - Amerika Tembak Jatuh MH370???

Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya. 

 Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan: 

"Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut? Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. 

Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku.

 "Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara pegunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui. 

 Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam. 

 Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk 

Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit). 

 Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang masih tidak diketahui. 

 Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan. 

Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy. 

 "Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan komunikasi MH370, menukar haluan, dan kemudian terbang rendah, tetapi saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar pengetahuan mata dan telinga para tentera risikan Amerika.

" MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat. Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan. 

Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Sumber - OpedNews/Mirror

Tuesday 22 April 2014

Tun M Desak Tambak Johor Dirobohkan

Tambak Johor sudah tidak lagi relevan dalam dunia moden sekarang kerana ia dilihat menyekat laluan di Selat Tebrau. Malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tambak Johor juga menyebabkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan pembinaan jambatan baru antara Malaysia dan Singapura yang dikenali sebagai ‘Jambatan Persahabatan’ seperti yang dicadangkan kerajaan.

“Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor”.

“Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina,” katanya selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Leaders in Today’s Society: Issues, Challenges and Way Forward’ di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Perak pada Rabu.

Beliau juga berharap kerajaan tidak akan membina jambatan di tempat lain dan kemudian meninggalkan Tambak Johor di tempatnya kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Johor.

“Ia (Tambak Johor) perlu dirobohkan, jika tidak tak adalah persahabatan,” katanya. Dr Mahathir juga melahirkan kekecewaan beliau berhubung pembatalan projek pembinaan ‘Jambatan Bengkok’ di Selat Johor, sebelah Malaysia menghubungkan Tambak Johor ke Singapura.

Beliau berkata sewajarnya jambatan berkenaan dibina kerana Tambak Johor menghalang pergerakan aliran air timur-barat yang boleh digunakan bagi tujuan komunikasi.

Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan ‘Jambatan Persahabatan’ semasa sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di Putrajaya.

Sumber

Saturday 19 April 2014

Isu Berkemban!!! Erma Rela Masuk Neraka???


DATUK Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Erma Fatima mempertahankan adegan berkemban dalam filem Takhta sebagai tidak wajar. Bekas Mufti Perlis berkata, walaupun niatnya ingin mempertontonkan kehidupan orang Melayu ketika zaman lalu namun dia harus memikirkan cara lain yang lebih rasional dan sesuai dengan keadaan masyarakat sekarang. Katanya adegan sebegitu tidak perlu dalam filem Malaysia.

“Kenapa mesti ada adegan yang melanggar nilai kita (orang Islam). Lihat sahaja negara Iran mereka sering memenangi Anugerah Filem Antarabangsa tanpa perlu menggadai nilai yang mereka pegang contohnya filem Children of Heaven.

“Adegan itu boleh disampaikan dengan cara lain,” katanya.

“Saya minta dia perbetulkan balik kenyataan, saya rasa caranya mempertahankan adegan itu tidak kena,” nasihatnya. Malah katanya filem itu untuk tontonan masyarakat Malaysia dan seharusnya sensitiviti sebegitu perlu dijaga.

“Penonton pula adalah rakyat Malaysia dan saya tahu tidak ramai masyarakat kita yang mahu menonton adegan seperti itu. Sebelum ini, Erma memuatnaik gambar beberapa pelakonnya di Instagram yang mengenakan kostum berkemban bagi memenuhi watak dalam filem terbarunya, Takhta.

Namun tindakan itu mendapat kritikan pengikut laman sosialnya yang mendakwa adegan itu tidak sesuai untuk dipertontonkan. Ia mengundang kontroversi apabila pengarah berkenaan bertindak mempertahankan tindakan dan mengeluarkan kenyataan dalam kapsyen instagramnya.

“Aku salah kerana melanggar hukum kemban. Andai kemban membawa aku ke neraka, aku redha,” katanya dalam laman sosial instagram.

Mengulas mengenainya, Dr. Asri berkata, mungkin Erma didorong emosi sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Saya yakin dia tidak berniat untuk tulis begitu..mungkin dia sedang beremosi..siapa yang mahu masuk neraka?” katanya. Dalam pada itu beliau turut menasihati penggiat filem supaya sedar dan akur bahawa seni yang ditonjolkan harus ada perbezaan dengan filem Barat.

Malah beliau turut meminta mereka supaya tidak terlalu leka dengan memaparkan adegan yang melanggar nilai agama.

“Semua orang mahu mengekalkan identiti malah negara yang maju dan berjaya masih menonjolkan nilai masyarakat yang baik dalam menghasilkan filem mereka.” katanya kepada The Rakyat Post.

Thursday 17 April 2014

Karpal Maut Dalam Nahas

Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.

Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera. Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk. Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005. Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.

Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'. Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut.

Tuesday 15 April 2014

Isu Azan!!! Cerita Sebenar Di Sebalik Laporan Polis

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita terkejut.

Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim. Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya.

Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.

Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku.

Jom baca penerangan beliau dibawah:

Assalamualaikum Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi : Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu.

Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun

Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi. Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah.

Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain.

Fikir-fikirkanlah Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah. Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam. ~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang.

Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said. - Sumber

Monday 7 April 2014

Tragedi MH370!!! Betiulkah Kotak Hitam Sudah Ditemui???

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata bahawa denyut nelum dikenal pasti dan disahkan betul ianya bunyi dari kotak hitam yang semakin habis baterinya.

Kedua dua kapal ini belum mengesahkan bunyi yang dikesan oleh kedua kapal ini. jarak kedua kapal adalah antara 300 batu nautika. mungkin kedua kapal ini mengesan bunyi yang sama tapi belum disahkan ia adalah bunyi kotak hitam.

Persoalannya apakah data kotak hitam boleh diubah suai atau tidak??. dimana sebenarnya kotak hitam ini dipasang? di dalam kokpit atau dibelakang ekor kapalterbang. berapa lama ia merekodkan kejadian yang terjadi di dalam kapalterbang?

Apakah situasi nya tulen atau boleh diubah suai. suara atau apa yang direkodkan. jika berlaku kebakaran dalam kokpit apa yang direkodkan.

Bagaimana ia merekodkan segala kejadian dalam kapalterbang. ia ada imej atau hanya suara direkodkan dalam kotak hitam ini. apakah kotak hitam yang dimiliki oleh kapalterbang malaysia dilengkapi adalah yang terlatest atau yang lama? jika yang lama apakah yang akan diperolehi jika ditemui?

Banyak mana kotak hitam boleh merungkai misteri kehilangan kapalterbang ini. keseluruhan misteri kehilangan mh370 tidak akan terurai walaupun dengan penemuan kotak
hitam ini.

Mengapa seluruh dunia mencari kotak hitam, dan mengapa sampai sekarang tiada satu cebisan fizikal yang ditemui walaupun sudah dilakukan penyedutan besar - besaran.  -Sumber

Tragedi MH370!!! Adakah Rahsia Sebenar Yang Kerajaan Mahu Simpan???

Topik ini sedang hangat di laman sosial berdasarkan peristiwa semasa yang berlaku antara Taliban-US-China. Apakah mungkin perkongsian beliau ini merupakan salah satu daripada kejadian sebenar dan rahsia yang disimpan oleh pihak kerajaan seperti yang didakwa media antarabangsa?

Nasihat kami di MyBuletin anda boleh baca perkongsian ini tetapi hendaklah berfikir banyak kali sebelum membuat sebarang konklusi. Kami hanya menyampaikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan dan kemudaratan kerana artikel ini.

BONGKAR !!!

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel yang matikan transponder pesawat MH370?? 

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (Command N Control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti.

Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. Sila Rujuk (http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html.)

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.

Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu. Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan.

Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka.

Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga “Iran” dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.  Sumber

Sunday 6 April 2014

Tragedi MH370!!! Isyarat Konsisten Dengan Kotak Hitam - Ketua JACC

Isyarat yang dikesan sebuah kapal peronda China di kawasan pencarian di Lautan Hindi adalah “konsisten” dengan jenis yang dipancarkan daripada kotak hitam kapal terbang, kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston (gambar), lapor AFP.

Menurut agensi berita antarabangsa itu, Houston berkata, ciri-ciri isyarat itu “adalah konsisten dengan sebuah kotak hitam pesawat”.

Semalam, kapal peronda China itu mengesan isyarat di selatan Lautan Hindi mungkin petunjuk isyarat dari kotak hitam sebuah pesawat.

Sebuah pengesan kotak hitam digunakan kapal Haixun 01 mengesan isyarat “ping” di sekitar 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.

Bagaimanapun, masih belum disahkan sama ada ping berkenaan ada kaitan dengan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang dan anak kapal. – The Malaysian Insider

Saturday 5 April 2014

Tragedi MH370!!! Semakin Jelas Peranan Amerika Sebagai Dalang???

SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.

“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.

“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penv yelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.

“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.

Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini. Selain itu…

SHAH ALAM - Teori dan spekulasi tentang misteri kehilangan pesawat MH370 tidak boleh disangkal kerana pesawat terbabit masih belum lagi ditemui sehingga kini. Ini termasuklah teori pesawat itu disembunyikan kuasa besar dunia yang mempunyai kepentingan terhadap kargo yang dibawa ataupun penumpang 'penting' yang dikatakan menjadi rebutan kumpulan tertentu yang kini menjadi antara berita yang tersebar di dunia maya.

Bagi sesetengah pihak, teori ini masih boleh diguna pakai kerana setakat ini masih tiada sebarang petunjuk dan bukti positif berhubung penemuan pesawat itu hingga ke hari ini. Malah ada yang mengaitkan MH370 pernah mendarat di Pengkalan Tentera AS di Diego Garcia dengan kawalan tentera AS sebaik sahaja ianya hilang dari radar.

Pegawai Dasar dan Perancangan Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim ), Kepten Norhaizad Ismail berkata, kecanggihan teknologi yang dimiliki negara-negara maju dalam operasi mencari pesawat berkenaan mampu membawa petanda positif kepada penemuan pesawat itu.

“Jika berlaku kebakaran dan letupan, kemungkinan besar serpihan pesawat akan dijumpai.

“Seandainya pesawat berada di dasar lautan itu, pasti kita akan menemuinya walaupun mengalami kesukaran dari segi cuaca dan kedalaman Lautan Hindi,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Samsuni Mohd Nor. Norhaizad berkata, negara barat menganggap kehilangan pesawat itu merupakan peristiwa yang misteri kerana hanya mengetahui lokasi terakhir dikesan oleh satelit Inmarsat di selatan Lautan Hindi.

“Sebelum ini Persatuan Penerbangan Udara Antarabangsa (IATA) turut mengakui kerumitan yang berlaku dalam hal ini dan akan mengkaji apa juga sistem di dunia ini untuk mengesan kapal terbang itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Maritim, Kepten Maritim Ang Cheng Hwa berkata, seandainya benar teori rampasan pesawat MH370 berlaku dan disorokkan di sebuah lokasi, pasti satelit mampu mengesannya.

Menurutnya apa yang berlaku ketika ini begitu pelik, seolah-olah ada pihak tertentu yang mendalangi kehilangan pesawat itu.

“Pengalaman kami di Laut Cina Selatan dan teknologi yang dimiliki seperti ROV mampu membantu kami mencari objek di bawah dasar laut sekiranya ia benar-benar terhempas,” katanya.

Ditanya mengenai bateri litium yang dibawa dalam kargo MH370, beliau menyifatkan bateri tersebut merupakan barang yang mudah terbakar sekiranya berlaku kerosakan.

“Seperti sedia maklum bateri litium berbeza dari bateri lain dan ia disimpan secara bertekanan tetapi mempunyai cara memadamkan bahan kimia dalam bateri itu.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan seandainya berlaku kebakaran pasti juruterbang berjaya mengesannya di peringkat awal,” katanya. - Sumber

Wednesday 2 April 2014

Tragedi MH370!!! Punca Kehilangan MH370 Didedah???

Pakar Dedah Punca Misteri Kehilangan MH370 Selepas lebih tiga minggu, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 terus membingungkan penyiasat, dan panel pakar yang bermesyuarat semalam masih tidak dapat jawapan pasti walaupun membayangkan enam kemungkinan menjelaskan apa yang berlaku dalam pesawat itu, lapor Sky News.

Dalam satu majlis anjuran Royal Aeronautical Society (RAeS), pakar terdiri daripada juruterbang, syarikat penerbangan, pengilang dan pengawal selia bertemu di London dan mengemukakan analisis berdasarkan teori berikut -

Hilang tekanan rendah dalam kabin, asap toksik, kebakaran, rampasan, juruterbang membunuh diri atau kegagalan simulator. 


1. Tekanan rendah dalam pesawat tetapi masih meneruskan penerbangan Apabila berlaku tekanan rendah, pesawat akan terbang secara automatik sehingga kehabisan minyak.

Perkara ini menjelaskan perubahan awal dalam altitud dan laluan pesawat serta terputus komunikasi. Bagaimanapun ia tidak menjelaskan mengapa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) serta transponder dalam pesawat tersebut dipadamkan, lapor Sky News.

Untuk memadamkan kedua-dua isyarat ini, hanya seseorang yang mahir dalam penerbangan sahaja tahu mematikannya. Kesan ke atas penumpang akan berbeza-beza bergantung kepada ketinggian. Jika pesawat itu di atas 35,000 kaki, ia akan mengambil masa kira-kira seminit sebelum semua orang tidak sedarkan diri. 


Topeng oksigen sepatutnya turun secara automatik yang boleh bertahan selama 15 minit. Anak kapal boleh menggunakan topeng oksigen paling lama, bergantung sama ada mereka menggunakan oksigen tulen atau oksigen campuran. KESIMPULAN: Ia mungkin.

2. Pesawat itu tercemar dengan asap toksik Juruterbang sepatutnya mampu menghantar panggilan kecemasan dan, sekali lagi, ia tidak menjelaskan mengapa ACARS dan transponder dimatikan, lapor Sky News. KESIMPULAN: Sukar berlaku.

3. Berlaku kebakaran papan litar yang menyebabkan kerosakan sistem komunikasi Ia mungkin menjelaskan kekurangan komunikasi dengan pesawat, tetapi tidak mungkin pesawat masih terus terbang semasa api terus membakar, lapor Sky News.

Sistem komunikasi pesawat boleh juga dimatikan jika kuasa gagal berfungsi atau disebabkan oleh sabotaj. Terlanggar burung boleh berlaku, tetapi tidak mungkin menyebabkan kerosakan sedemikian teruk. KESIMPULAN: Sukar berlaku.

4. Pesawat dirampas Pesawat itu tidak diterbangkan ke destinasi lain, mahupun digunakan sebagai senjata untuk serangan pengganas berani mati. Jika berpunca daripada rampasan berseorangan, tidak ada seorang atau motif dijumpai dan jika ia dilakukan oleh mana-mana kumpulan, sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab, lapor Sky News. KESIMPULAN: Ia mungkin.

5. Pesawat sengaja dilencongkan oleh juruterbang atau pembantunya Punca ini belum dikenal pasti. Jika ia percubaan membunuh diri mengapa pesawat terus terbang untuk tempoh yang lama?

Satu persoalan lagi,mengapa tidak ada panggilan telefon atau teks daripada penumpang atau anak kapal, memandangkan Peta bergerak IFE menunjukkan pesawat terkeluar daripada landasan.

Satu penjelasan lagi, sistem IFE juga mungkin dipadamkan, lapor Sky News. Kedua, penumpang tertidur atau tidak sedar perkara buruk berlaku sehingga terlambat untuk melakukan sesuatu.

Penjelasan ketiga, penumpang dan anak kapal mengalami hipoksia sehingga lali, ia mungkin disebabkan tekanan rendah dalam kabin. KESIMPULAN: Ia mungkin.

6. Kegagalan secara serentak Seorang pakar teknikal menegaskan bagi setiap senario yang kemungkinan berlaku, terdapat sekurang-kurangnya satu kenyataan bercanggah, lapor Sky News.

"Jika ia adalah hipoksia, siapa yang lencongkan pesawat?" soal beliau. "Jika ia terbakar, mengapa ia terus terbang? Jika ia berpunca daripada juruterbang, mengapa anak kapal tidak campur tangan?"

Beliau mencadangkan, mungkin lebih daripada satu senario berlaku pada masa yang sama - seperti api pendawaian dan tekanan rendah.

Sehingga lebih banyak bukti ditemui, tiada apa yang boleh dibuktikan. ~tmi

Tragedi MH370!!! Transkrip Penuh Perbualan Antara MH370 & Kawalan Trafik Udara

Transkrip Penuh Perbualan Antara MH370 Dan Kawalan Trafik Udara Berikut transkrip penuh dalam bahasa Inggeris komunikasi antara Malaysia Airlines MH370 dan Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan

PT
Apa cetita di sebalik transkrip ni pula...sama-sama kita fikir dan renung-renungkan....

Tragedi MH370!!! Hishammuddin Kecewa Boeing Gagal Tolong Malaysia

Putrajaya Kecewa Dengan Boeing Kerana Gagal Tolong Malaysia Ekoran ketegangan yang terpaksa dihadapi dalam misi pencarian Malaysia Airlines MH370, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluahkan kekecewaan terhadap agensi-agensi antarabangsa dan pengilang Boeing 777-200ER apabila gagal menjelaskan misteri kehilangan pesawat itu.

Pemangku menteri pengangkutan itu berkata dalam satu temubual dengan stesen television China, CCTV, kritikan tidak adil dilontarkan kepada MAS mengenai cara berkomunikasi dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"MAS sentiasa akan melakukan tugas terbaik dalam berinteraksi bersama keluarga."Namun meletakkan MAS di kandang saksi masih tidak mencukupi, kita juga perlu sentiasa ingat apakah peranan dan tanggungjawab Rolls-Royce, Boeing dan semua agensi pakar.

Apakah pandangan mereka?" katanya dalam temubual bersama CCTV semalam. Petikan temuramah itu dimuat naik melalui akaun YouTube kepunyaan CCTV. Pada 8 Mac, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing terputus hubungan dengan pengawal trafik udara sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pencarian pesawat itu masuk hari ke-23. Hishammuddin juga turut mempersoalkan tindakan syarikat penerbangan itu menghantar kiriman pesanan ringkas (SMS) dalam bahasa Inggeris minggu lalu menyatakan tiada penumpang yang terselamat.

"Amat senang untuk kita menyalahkan orang. Saya tidak mempertahankan MAS. Mereka perlu menjawab mengenai SMS itu dan bagaimana mereka berhubung dengan ahli keluarga.

"Tapi pada masa sama, saya mahu melihat agensi antarabangsa turut tampil, kerana kita membayar jutaan ringgit membeli kapal terbang dan kepakaran mereka. Kini teknologi tersebut dipersoalkan seluruh dunia," katanya.

Boeing dan Rolls-Royce – syarikat yang membekalkan enjin bagi pesawat itu – dilihat tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai kehilangan MH370 itu biarpun difahamkan kedua-dua agensi itu bekerjasama dengan siasatan keselamatan udara Amerika Syarikat.

Minggu lepas, Wall Street Journal melaporkan pihak Amerika Syarikat berkata Boeing menyatakan kekesalan apabila kerajaan Malaysia mengambil masa tiga jam untuk melaporkan kepada wakil syarikat mengenai kehilangan pesawat itu. Tempoh tersebut jauh lebih panjang daripada biasa.

Pasukan Boeing dikatakan “agak kecewa dan tidak mempercayai proses”, menurut seseorang yang biasa dengan pandangan syarikat itu. Hishammuddin juga berkata Malaysia masih mencari motif jenayah yang mungkin berkaitan dengan kehilangan pesawat seperti pengganas, rampasan oleh anak kapal atau masalah psikologi.

Beliau berkata dalam kenyataan hari ini bahawa pasukan siasatan antarabangsa dan Malaysia masih berpegang pada perjanjian bahawa pergerakan MH370 konsisten dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam pesawat.

"Sehingga saat pesawat itu hilang dari radar tentera, pergerakan MH370 adalah konsisten dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu," katanya.

Tuesday 1 April 2014

Tragedi MH370!!! Adakah Israel Sudah Tahu Apa Yang Bakal Terjadi Pada MH370???


Ingat tak lagi seramai 4000 orang pekerja WTC terselamat dalam serangan 9/11 kerana tidak datang bekerja pada hari tersebut. Nampaknya macam ada kebetulan juga apabila terdapat penumpang Israel terselamat dari nahas MH370. Lapuran freemalaysiantoday juga mempersoalkan pesawat tersebut dapat memuatkan seramai 300 orang penumpang, tetapi siapakah dalam senarai menunggu yang tidak mengambil penerbangan tersebut.

Kebetulannya peristiwa 9/11 berlaku pada hari sambutan selichos dan yang menyebabkan ramai pekerja yahudi lewat datang bekerja kerana terlebih dahulu melakukan acara sambutan tersebut. Kerana kelewatan itulah yang menyelamatkan semua pekerja yahudi tersebut.

Seperti diilapurkan oleh timesofisrael penumpang tersebut terselamat kerana ejen pelancungannya di Israel enggan mengambil tempahan kerana hari tersebut jatuh pada hari Sabbath. Mengikut kepercayaan yahudi orthodox membantu perjalanan seseorang pada hari sambutan tersebut ditegah dan dikira bersubahat mencemari hari sambutan tersebut.

Berikut ialah petikan email antara salah seorang penumpang yang dikenali sebagai Andy dengan ejen pelancungan Israel tersebut antara 13 dan 14 Januari lalu:

Andy: One amendment, I need the KUL-PEK flight a day later. I need the extra day in Kuala. once that is set you can lock in.

Travel Agent: I wish I can give you a day later, but you know I just don’t like flying Jews on Shabbat. I can take that leg out if you want and you book yourself.

Andy decides to book the flight himself but later changes his mind:

Andy: I reconsidered, you are right I should be more observant, I’ll manage without that day in Kuala. Since I’ll have an extra night in PEK Any recommendations for a good Friday night dinner in Beijing?

Agent: Ok, glad to hear. Try this: http://www.chabadbeijing.com/
Then, on March 8, Andy writes:

Holy God,
You sure heard what happened to MH370
I cannot stop thinking about this.
This is a true miracle for the books. You are a true life saver…
I cannot think anymore! We’ll talk later this week. Don’t know how to thank you enough

Portal berita timesofisrael mendapatkan pengesahan dari Daniel Eleff dari syarikat Dan's Deal, dan mendapat maklum balas seperti berikut:

“At this time the travel agent and the passenger are opting to remain anonymous. There has been a fair amount of negative feedback and they are choosing to wait until the fate of the flight in known to determine if they’ll go public.

“I have personally verified the story and can vouch for its authenticity. The emails I posted with time stamps are unaltered except to remove identifiable information.”


Berikut adalah butiran terperinci penumpang tersebut:

On 01/13/14 Andy emailed his travel agent his desired itinerary:



The travel agent, an Orthodox Jew, proposed the following business class itinerary, slightly altering the Kuala Lumpur-Beijing flight from Saturday to Friday.





Andy loved the price, but again requested the Saturday morning flight from Kuala Lumpur to Beijing:



The travel agent responded that he would not be able to book travel for him over the Sabbath, but that he was free to book that flight by himself:



Andy agreed with that and planned to book the flight by himself:



And the travel agent noted that if he changed his mind to just let him know:



Shortly afterward Andy did just that:




And the travel agent recommended a place to get a nice kosher meal and booked him the originally proposed itinerary, flying from Kuala Lumpur to Beijing on Friday early morning instead of Saturday.




Fast forward to 2 days ago. The travel agent is in Israel and reads this email once Shabbos is over. The email was sent after shabbos, at 7:15pm Beijing time/1:15pm Israel time:



And the travel agent wrote back, equally in shock at the realization of Shabbos saving his client’s life.



Sumber: petunjukzaman

5 penumpang tak naik diganti orang lain??

SEPANG - Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan lima penumpang yang didakwa mendaftar masuk tetapi tidak menaiki pesawat MH370 itu tidak benar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, empat penumpang yang tidak muncul meskipun telah membuat tempahan untuk penerbangan ke Beijing itu telah digantikan dengan penumpang lain.

"Daripada 239 penumpang yang sepatutnya menaiki pesawat itu, empat daripanya tidak muncul. Maksudnya empat orang ini tidak pernah muncul.

"Kami ada penumpang yang 'standby' jadi mereka ganti," katanya pada sidang media, hari ini.

Seorang lagi dilaporkan membatalkan penerbangannya ekoran kesilapan pada tarikh tempahan.

Sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata bagasi lima penumpang yang telah mendaftar masuk namun tidak menaiki pesawat itu telah dikeluarkan daripada pesawat dan didapati 'bersih'.

Sabtu lalu, pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal itu hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi.

Hari ini merupakan hari kelima MH370 hilang dan masih tidak dapat dikesan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan ke 27,000 batu nautika di kawasan Selat Melaka dan Laut Cina Selatan. - Sumber

Tragedi MH370!! Hakim Amerika Tolak Permohonan Firma Guaman Mahu Bukti MH370

Hakim Illinois semalam menolak permohonan firma guaman Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan bukti reka bentuk dan kecacatan pembuatan berkemungkinan daripada Boeing Co dan Malaysia Airlines (MAS) berkaitan kehilangan penerbangan MH370 tiga minggu lalu, lapor Reuters.

Hakim Kathy Flanagan juga mengancam mengenakan sekatan terhadap Ribbeck Law Chartered, memetik contoh sebelumnya di mana firma guaman berpusat di Chicago “tidak wajar memfailkan” petisyen, seperti nahas kapal terbang Asiana Airlines di San Francisco tahun lepas.

“Di sebalik arahan ini, firma guaman sama sekali lagi memfailkan petisyen walaupun mengetahui mereka tidak mempunyai asas untuk melakukannya,” kata Flanagan dipetik laporan agensi berita antarabangsa itu.

“Jika firma guaman ini memilih untuk meneruskannya, mahkamah akan mengenakan sekatan kepada permohonan mereka.”

Ribbeck Law minggu lalu memfailkan tindakan undang-undang pertama di Mahkamah Illinois berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum hilang pada 8 Mac lalu. TMI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive