Wednesday, 23 April 2014
Misteri MH370!!! Dakwa Penulis Kanada - Amerika Tembak Jatuh MH370???
Saturday, 5 April 2014
Tragedi MH370!!! Semakin Jelas Peranan Amerika Sebagai Dalang???
SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.
Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.
“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.
“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penv yelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.
“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.
Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini. Selain itu…
SHAH ALAM - Teori dan spekulasi tentang misteri kehilangan pesawat MH370 tidak boleh disangkal kerana pesawat terbabit masih belum lagi ditemui sehingga kini. Ini termasuklah teori pesawat itu disembunyikan kuasa besar dunia yang mempunyai kepentingan terhadap kargo yang dibawa ataupun penumpang 'penting' yang dikatakan menjadi rebutan kumpulan tertentu yang kini menjadi antara berita yang tersebar di dunia maya.
Bagi sesetengah pihak, teori ini masih boleh diguna pakai kerana setakat ini masih tiada sebarang petunjuk dan bukti positif berhubung penemuan pesawat itu hingga ke hari ini. Malah ada yang mengaitkan MH370 pernah mendarat di Pengkalan Tentera AS di Diego Garcia dengan kawalan tentera AS sebaik sahaja ianya hilang dari radar.
Pegawai Dasar dan Perancangan Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim ), Kepten Norhaizad Ismail berkata, kecanggihan teknologi yang dimiliki negara-negara maju dalam operasi mencari pesawat berkenaan mampu membawa petanda positif kepada penemuan pesawat itu.
“Jika berlaku kebakaran dan letupan, kemungkinan besar serpihan pesawat akan dijumpai.
“Seandainya pesawat berada di dasar lautan itu, pasti kita akan menemuinya walaupun mengalami kesukaran dari segi cuaca dan kedalaman Lautan Hindi,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Samsuni Mohd Nor. Norhaizad berkata, negara barat menganggap kehilangan pesawat itu merupakan peristiwa yang misteri kerana hanya mengetahui lokasi terakhir dikesan oleh satelit Inmarsat di selatan Lautan Hindi.
“Sebelum ini Persatuan Penerbangan Udara Antarabangsa (IATA) turut mengakui kerumitan yang berlaku dalam hal ini dan akan mengkaji apa juga sistem di dunia ini untuk mengesan kapal terbang itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Maritim, Kepten Maritim Ang Cheng Hwa berkata, seandainya benar teori rampasan pesawat MH370 berlaku dan disorokkan di sebuah lokasi, pasti satelit mampu mengesannya.
Menurutnya apa yang berlaku ketika ini begitu pelik, seolah-olah ada pihak tertentu yang mendalangi kehilangan pesawat itu.
“Pengalaman kami di Laut Cina Selatan dan teknologi yang dimiliki seperti ROV mampu membantu kami mencari objek di bawah dasar laut sekiranya ia benar-benar terhempas,” katanya.
Ditanya mengenai bateri litium yang dibawa dalam kargo MH370, beliau menyifatkan bateri tersebut merupakan barang yang mudah terbakar sekiranya berlaku kerosakan.
“Seperti sedia maklum bateri litium berbeza dari bateri lain dan ia disimpan secara bertekanan tetapi mempunyai cara memadamkan bahan kimia dalam bateri itu.
“Tetapi apa yang boleh saya katakan seandainya berlaku kebakaran pasti juruterbang berjaya mengesannya di peringkat awal,” katanya. - Sumber
Monday, 31 March 2014
Tragedi MH370!!! Apa Motif Sebenar Israel Miliki Pesawat Menyerupai MH370???
Apa Motif Israel Ada Pesawat Menyerupai MH370 Ini ?
Selain teori konspirasi yang telah melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang sangat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau yang lebih dikenali dengan sebuah negara ISRAEL LAKNAT ini,
Teori ini juga telah dibawakan oleh seorang wartawan dari Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn.
Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara.
Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan.
Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.
Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Pesawat ‘kembar’ MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktobe 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.
Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.
Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.
Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?
Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.
Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:
“What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai).
Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada:
Obama should call Chinese President following today’s incident and say “we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?”
3:50 AM – 8 Mac 2014
777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies.
4:15 PM – 9 Mac 2014
World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden.
2:23 AM – 15 Mac 2014
777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat.
2:26 AM – 15 Mac 2014
Sejak dahulu lagi, Israel sering ‘digosipkan’ sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.
Rancangan ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.
Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.
Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel.
Pada masa yang sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu jadikan Iran sebagai kambing hitam dengan misi utama negara mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan mungkin ala 9-11 menggunakan pesawat MAS yang mungkin berlaku tidak lama lagi? Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. - Sumber
Tuesday, 25 March 2014
Tragedi MH370!!! 8 Saintis Senjata China Antara Penumpang MH370???
Marilah kita sama sama membaca untuk mengetahui kepentingan penumpang Mh370 kepada Amerika. Kita memang tidak percaya walau seinci pun kapal terbang MAS itu terhempas di Lautan Hindi atau mana-mana sahaja. Banyak petunjuk menjurus kepada konspirasi Amerika dengan sokogan propaganda oleh barua-baruanya United Kingdom, Australia dan India
Kita tetap tidak dapat menerima pellet kayu yang dijumpai di Koridor Selatan sebagai bukti MH 370 terhempas di situ. kayu itu siapa pun boleh letakkan.
Jauh di sudut hati kita mempunyai naluri Diego Garcia adalah tempat MH 370 dileraikan seperti tertulis dalam artikel di bawah..
Penumpang yang diperlukan dipindahkan ke destinasi pilihan. Yang tak diperlukan adalah saksi yang jadi liabiliti kepada perampas. Apa nasib mereka???
Have you heard of this conspiracy theory re the disappearance of MH 370? The story goes like this:
What the Talebans want is money. They want to sell the system to the Russian or the Chinese. The Russian is too busy in Ukraine. The Chinese are hungry for the system's technology. Just imagine if the Chinese master the technology behind the command and control system, all the American drones will become useless. So the Chinese sent 8 top defense scientists to check the system and agreed to pay millions for it.
Sometime in early Mar 2014, the 8 scientists and the 6 crates made their way to Malaysia, thinking that it was the best covert way to avoid detection. The cargo was then kept in the Embassy under diplomatic protection. Meanwhile the American has engaged the assistance of Israeli intelligence, and together they are determined to intercept and recapture the cargo.
The Chinese calculated that it will be safe to transport it via civilian aircraft so as to avoid suspicion. After all the direct flight from KL to Beijing takes only 4 and half hours, and the American will not hijack or harm the civilian. So MH370 is the perfect carrier.
There are 5 American and Israeli agents onboard who are familiar with Boeing operation. The 2 "Iranians" with stolen passports could be among them.
When MH370 is about to leave the Malaysian air space and reporting to Vietnamese air control, one American AWAC jammed their signal, disabled the pilot control system and switched over to remote control mode. That was when the plane suddenly lost altitude momentarily.
How the AWAC can do it ? Remember 911 incident ? After the 911 incident, all Boeing aircraft (and possibly all Airbus) are installed with remote control system to counter terrorist hijacking. Since then all the Boeing could be remote controlled by ground control tower. The same remote control system used to control the pilotless spy aircraft and drones.
The 5 American/Israeli agents soon took over the plane, switched off the transponder and other communication system, changed course and flew westwards. They dare not fly east to Philippines or Guam because the whole South China Sea air space was covered by Chinese surveillance radar and satellite.
The Malaysian, Thai and Indian military radars actually detected the unidentified aircraft but did not react professionally.
The plane flew over North Sumatra, Anambas, South India and then landed at Maldives (some villagers saw the aircraft landing), refuelled and continued its flight to Garcia Deigo, the American Air Base in the middle of Indian Ocean. The cargo and the black box were removed. The passengers were silenced via natural means, lack of oxygen. They believe only dead person will not talk. The MH370 with dead passengers were air borne again via remote control and crashed into South Indian Ocean, make it to believe that the plane eventually ran out of fuel and crashed, and blame the defiant captain and copilot.
The American has put up a good show. First diverting all the attention and search effort in the South China Sea while the plane made their way to Indian Ocean. Then they came out with some conflicting statement and evidence to confuse the world. The Australian is the co-actor.
The amount of effort put up by China, in terms of the number of search aircraft, ships and satellites, searching first the South China Sea, then the Malacca Straits and the Indian Ocean is unprecedented. This showed that the China is very concerned, not so much because of the many Chinese civilian passengers, but mainly the high value cargo and its 8 top defense scientists.
Don't believe the story? I don't expect you to but let's wait and see how the episode unveils itself. Or perhaps it will never be known until the next Snowden emerges.
Of all the theories this is the most believable and answers most of the lingering questions..
Tuesday, 18 March 2014
Misi Mencari MH370 Temui Petunjuk Baru??? #PrayForMH370
Memetik seorang pegawai kanan Amerika, seseorang itu dilaporkan pasti mempunyai mengetahui perihal sistem pesawat.
NYT juga memetik pegawai Amerika yang membantu siasatan Malaysia bahawa pemprograman semula mungkin berlaku sebelum Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars) ditutup.
Dan menurutnya lagi, pertukaran haluan pertama ke arah Barat dibuat oleh komputer pesawat. ~mk
Pesawat MH370 'Disorok' Di Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Di Lautan Hindi??? - Portal Cabal Times
Selepas 10 hari gagal menemui MH370, penyiasat kini menumpukan siasatan ke arah juruterbang dan anak kapal serta penumpang bagi meneliti punca kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu daripada sudut lain.
"Antara perisian yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia), serta tiga landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter," kata sumber yang dipetik akhbar Berita Harian, hari ini.
Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.
Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.
Sebelum ini, AS menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.
Menurut sumber itu, siasatan dilakukan oleh PDRM bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.
Sumber berkata, penyiasat sedang meneliti kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.
PDRM membuka kertas siasatan pada 8 Mac lalu ke atas anak kapal MH370, termasuk juruterbang dan pembantunya serta kakitangan yang mengendalikan pesawat itu.
Polis menggeledah rumah juruterbang dan pembantu juruterbang selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya petang Sabtu lalu berkata, siasatan kini beralih dan tertumpu kepada anak kapal pesawat berdasarkan kepada petunjuk baru.
Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga memberitahu pihaknya masih menyiasat daripada semua sudut.
Putrajaya juga meminta rakyat tidak terus melakukan andaian berhubung siasatan polis itu.
Usaha mencari dan menyelamat MH370 kini masuk fasa kedua melibatkan koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.
MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing.
- The Malaysian Insider
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang masuk hari kesepuluh hari ini didakwa ‘disembunyikan’ di Diego Garcia, pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.
Menurut portal Cabal Times, sekiranya spekulasi pesawat itu terbang ke pangkalan tentera AS di Diego Gracia adalah benar, radar Indonesia sudah pasti mengesan kedudukan pesawat tersebut.
Menurut portal itu, sekiranya pesawat mengalami masalah teknikal, juruterbang seboleh-bolehnya akan cuba mendarat dengan selamat di laut dan tidak akan berpatah balik ke Malaysia.
Cabal Times dalam laporannya mendakwa AS melakukan ‘rampasan pesawat’ itu adalah kerana MH370 membawa sejumlah besar rakyat China dan AS mahu mengeruhkan hubungan Kuala Lumpur dan Beijing........baca lagi.
Wednesday, 7 November 2012
SUNTIKAN G-SPOT JADI KEGILAAN DI USA !!!
Dengan kos $ 1,000 dolar (lebih £ 600), satu suntikan Hyaluronan iaitu sejenis kolagen yang disuntik ke kawasan G-spot menyebabkan kawasan G-spot itu membengkak. G-spot yang merupakan Zon nikmat bagi wanita akan lebih mudah dikesan selepas proses pembengkakan ini berlaku.
Walau bagaimanapun, pendapat mengenai prosedur ini terbahagi dua.Walaupun suntikan telah terbukti berjaya, terdapat juga beberapa pihak yang mendakwa suntikan adalah tidak perlu dan bagi sesetengah wanita ianya sia-sia dan menyakitkan.
BatSheva Marcus, pengarah klinikal Pusat Perubatan untuk Seksualiti Wanita di New York, berkata, "bagi sesetengah wanita, ransangan G-spot membuatkan mereka berasa nikmat yang hebat, untuk orang lain tidak begitu,"
"Bagi wanita yang biasanya tidak mendapat ransangan nikmat dari kawasan itu, mereka tidak akan berasa banyak kesan."katanya kepada akhbar New York.
OBAMA MENANG LAGI KEKAL PRESIDEN AMERIKA
Kira-kira 120 juta rakyat Amerika dijangka membuang undi dalam pertembungan kali ini yang dibuat ketika ekonomi Amerika sedang sakit.
Wednesday, 29 August 2012
BEBERAPA NEGARA ASING BIAYAI SUARAM - KUA KIA SOONG (PENGARAH SUARAM)
Beliau berkata Suaram, NGO hak asasi manusia, kini dibiayai beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan beberapa negeri di Malaysiaselain sumbangan daripada individu.
Bagaimanapun, Kua yang mempertahankan mengenai isu pembiayaan itu merahsiakan jumlah yang diterima Suaram sehingga hari ini serta penyumbang dana dan penaja utama.
“Adakah saya perlu memberitahu anda dari mana dana itu datang? Kenapa semua orang ingin tahu dari mana dana kami?,” soal Kua pada majlis pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2011, di sini.
Beliau turut mempersoalkan wartawan tempatan akhbar harian Melayu sama adamereka mengetahui sumber pembiayaan akhbar mereka.
Kua turut menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Suaram agar membuat laporan polis.
Pada Julai, Suaram selaku peranannya sebagai sebuah NGO bebas telah dipersoalkan berikutan menerima peruntukan tahunan secara konsisten dari ‘National Endowment for Democracy’ (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sejak 2006.
Menurut portal AIDC, seperti dinyatakan dalam laporan tahunan NED, Suaram menerima sejumlah US$385,000 (RM1,218,328.65) bagi tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009.
Selain Suaram, NGO Malaysia yang turut dibiayai seperti disenaraikan NED termasuk International Republican Institute, National Democratic Institute for International Affairs, Southeast Asian Press Alliance, Centre for IndependentJournalism, Open Dialogue Centre, Mkini Dot Com dan beberapa yang lain.
Sebelum ini, dilaporkan secara meluas bahawa Suaram tidak pernah didaftarkansebagai NGO dengan Pendaftar Pertubuhan sebaliknya hanya didaftarkan sebagaisebuah syarikat atas nama, Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2 juta.
Sejak itu, Suaram membisu mengenai dakwaan status pertubuhan serta sumber dana pembiayaannya. – BERNAMA
Friday, 10 August 2012
INFO !!! Senjata Baru Negara China Yang Amat Kuat dan Menakutkan Amerika.
Mineral-mineral Rare Earth digunakan untuk kesemua barangan elektronik dan elektrik seperti Computer, TV, Telefon Bimbit, Lampu, Peralatan Rangkaian Telekom dan
Antara mineral-mineral penting Rare Earth ialah Tungsten, Molybdenum, Cerium, Dysprosium, Neodymium dan beberapa lagi. Biar saya contohkan penggunaan Molybdenum : lampu-lampu menggunakannya dan bahan baja kimia juga gunakannya.
China telah mengecilkan quota pengeluaran dan mengecilkan quota pengexportan Rare Earth sejak 2010. Akibatnya, kos pembuatan barangan industri China menurun dan kos pembuatan barangan industri negara lain meningkat.
Pernah sekali China mengharamkan pengeksportan ke Jepun sehingga melonjak harga barangan elektronik di Jepun, lantas mengakibatkan kenaikan kos pembuatan negara-negara lain termasuklah Malaysia.
Kini, Amerika, Jepun dan Eropah telah menggunakan platform WTO untuk memaksa China membatalkan Quota pengeksportan. China tidak mengaku ia telah melaksana QUOTA, namun pada masa yang sama China berkata ia perlu mengenakan QUOTA untuk menjaga alam sekitar.
Perkara di atas semuanya nyata benar dan bukan spekulasi. Sila guna Lebai Google. Di bawah ini sekadar komen saya.
Pada saya, mesej China ialah "NI SEMUA BARANG AKU, suka hati akulah nak buat apa dengannya. Kau orang apahal nak bising pulak?" Namun begitu, China tak boleh berbuat demikian serta-merta kerana EKONOMI DUNIA kini bersangkutan cukup rapat. Ibarat hidup di dalam kejiranan atau komuniti yang memerlukan antara satu sama lain. Jadinya mereka buat test-test dan umpan reaksi.
Tapi, sebagai sebuah negara penuh manusia tamak sejak dulu lagi, mereka peduli apa .... kan? Secara tak langsung makna mesej yang lebih dalam lagi dari Negara China kepada negara-negara lain, terutama sekali kepada ASEAN yang dok claim Paracel dan Spratlys Island di Laut China Selatan mungkin sebegini :
"Aku boleh buat apa yang aku suka dengan sumber aku. Ia kekuatan aku. Dan aku akan gunakannya untuk melemahkan engkau semua. Lambat laun kau akan menyembah aku kalau kau orang nak makanan. Kang aku wajibkan kau orang tarok foto tok pei kong Mao Tze Dong saiz 4 x 3 kaki di depan setiap rumah engkau orang .. baru kau tau ! Dan aku nak jala semua ikan dari Laut China Selatan untuk rakyat aku sebab semua lautan ini AKU yang punya. Lagipun aku dah berjaya hantar rakyat aku ke Langit dan Armada Kapal-Kapal Perang aku semakin besar lagi gagah daripada kau punya. APA KAU ORANG BOLEH BUAT?! Tunggu ajelah. Tak caya China boleh ? Kau orang check tengok berapa banyak Medal Emas Olimpik yang aku menang !
Itu ialah gambaran secara dramatik setelah berinteraksi lalu mengenali mindset beberapa orang rakyat berfahaman komunis di Negara China. Komunis memang cukup benci orang Islam.
Tahu tak kerajaan Negara China mengharamkan warga Muslim di Xinjiang daripada berpuasa dan menunaikan solat Taraweh di situ. Sebab mereka nak buli kaum Muslim di situ. Kawasan lain tak pulak. Balasan serta-merta yang datang menghambat Beijing sehingga ke Shanghai ialah 3 ribut taufan yang melanda berturut-turut serta banjir kuat di persekitaran wilayah Beijing, Heilongjiang, Zhejiang dan Hebei. Semua itu ialah kawasan BAPAK-BAPAK STRATEGIS KOMUNIS yang merancang untuk menyusahkan orang lain untuk menguntungkan diri sendiri. Malapetaka berturutan seperti ini belum pernah berlaku sebelum ini.
Sekiranya China block terus Rare Earth atau mengenakan QUOTA lebih ketat sikit demi sedikit ( kerana sumber itu hak dia ), apa implikasi kepada EKONOMI kita dan siapa yang akan kena tempias besar kelak?:
1. Semua industri elektronik dan automotif?
2. Industri Perkhidmatan, Medical dan Kesihatan?
3. Perniagaan Handphone, Computer, Telekomunikasi dan sebagainya?
4. SEMUA PEKERJA-PEKERJA?
5. Tabungan Cukai Kerajaan dan EPF?
6. Pembangunan negara?
Friday, 27 April 2012
ALLAHHUAKBAR !!! Jutawan Amerika Peluk Islam
Antara tokoh terbaru memeluk Islam, adalah seorang hartawan, jutawan yang dianugerahkan Allah taufik dan hidayah-Nya untuk menjadi insan mulia dengan Islam. Beliau adalah Richard Patterson atau nama Islamnya Abdul Aziz. Kemasukan Abdul Aziz ke dalam Islam bukanlah satu bentuk paksaan, tetapi ia adalah takdir Allah yang menentukan segala-galanya.
Allah berfirman maksudnya: “Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki- Nya.”(al-Baqarah: 272) Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson.
Abdul Aziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi.
Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.
Abdul Aziz menjejakkan kaki di Arab Saudi atas urusan menandatangani kontrak perjanjian dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Saudi untuk melatih para pelajarnya menyediakan bantuan kecemasan ketika di udara.
Semasa tinggal di negara itu, Abdul Aziz keluar makan malam atas pelawaan tiga orang dari Kementerian Hal Ehwal Islam yang juga merupakan ahli kepada projek yang dikenali ‘Guide Me to Islam’. Ketiga-tiganya bercerita dengan Abdul Aziz mengenai Islam dan intipati tentang kebenarannya.
“Tujuan saya datang ke Arab Saudi semata-mata berkaitan urusan perniagaan. Tetapi saya gembira dengan keputusan bijak dalam kehidupan saya ini iaitu bergelar Muslim,” kata Abdul Aziz dalam satu majlis meraikan pengislaman itu.
Abdul Aziz memuji etika berpakaian orang Arab dan mengakui ia cukup selesa dan begitu cantik. Ketika berada di negara asal kelahirannya, Abdul Aziz selalu mendengar cerita-cerita negatif tentang Islam menerusi saluran-saluran media yang boleh dikatakan memburukkan imej Islam.
“Membaca tentang Islam semata-mata adalah tidak mencukupi untuk mengenali dan memahami Islam yang sebenar.
“Lantaran itu peluang bertemu dan berkenalan dengan umat Islam lebih membuatkan saya mengenali roh Islam dengan lebih jelas,” katanya.
Abdul Aziz menganggap dirinya bertuah kerana mengenali Islam menerusi teman-teman Muslim yang bersama-samanya sepanjang berada di bumi Arab itu. Malah beliau turut mengakui Islam adalah agama yang benar dan penuh toleransi.
“Masyarakat Islam dan warga Arab Saudi sangat baik hati, merendah diri dan bersikap terbuka kepada orang luar,” kata Abdul Aziz.
Beliau turut merasa mereka seperti keluarganya sendiri, kerana tidak pernah mengalami perasaan terasing atau dilayan dengan buruk sepanjang berada di Arab Saudi.
Bagi Abdul Aziz, apa yang paling menarik mengenai masyarakat Arab adalah mereka sangat beragama dan menjadikan agama Islam sebahagian daripada kehidupan.
Dia memang berharap untuk membawa rakanrakannya ke Arab Saudi untuk mengalami sendiri apa yang telah dilaluinya, sekali gus mengubah persepsi mereka tentang Islam. Abdul Aziz juga menyeru pengusaha Muslim untuk bekerja keras dan menarik pengusaha asing memeluk agama Islam. Ini kerana ada di antara usahawan Muslim tidak begitu serius dalam melakukan dakwah kepada rakan kongsi yang bukan beragama Islam. Beliau berpendapat, sikap begitu sebenarnya satu kerugian besar buat agama Islam itu sendiri.
“Kita boleh menyediakan buku-buku tentang Islam kepada delegasi semasa pertemuan urus niaga dijalankan. “Dengan cara ini ia dapat membantu menjernihkan imej Islam yang selama ini telah diburukkan oleh pihakpihak tertentu,” tegas beliau.- Detikdaily
ENTRI POPULAR
-
Gambar hiasan "Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetap...
-
SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabn...
Blog Archive
-
▼
2016
(28)
-
▼
June
(28)
- Waibi Budiman Tunaikan Tanggungjawab @PRK Sg Besar...
- BN Bakal Rampas Selangor Jika Menang @PRK Sg Besar...
- Awas!!! Taktik Sampah Pembangkang Di Saat Akhir!!!...
- Kerajaan BN Abaikan Kebajikan Nelayan@Sg Besar #pr...
- Pemimpin Pas Layak Jadi Tukang Karut??? #prkSgBesa...
- Muktamad!!! Azmin Rela Karam Bersama Amanah @PRK S...
- Panas!!! 4000 Cina DiAngkut @PRK Sg Besar Demi Kem...
- Pas Nganga Mulut!!! MB Selangor Sokong Pan???#prkS...
- Hormati Suara Dan Teguran Rakyat-Annuar Musa #prkS...
- YB Budiman Yang Sangat Budiman!!!#prkSgBesar #SCS9...
- Amanah Tabur Janji Kosong??? - Pas #prkSgBesar #SC...
- Biar Betul!!! Hj Hadi Jual Agama @PRK Sg Besar #pr...
- Fokus Utama YB Budiman Hanya Untuk Kesejahteraan R...
- Pelik!!! Nelayan Sekinchan Terabai Di Bawah BN #pr...
- Kekalahan Amanah Semakin Hampir @PRK Sg Besar-Nuru...
- 'Kepala Perang' Ghaib @PRK Sg. Besar #prkSgBesar #...
- Tidak Perlu Pecah Kepala Berfikir @PRK Sg Besar -T...
- Pas Tidak Mampu Untuk Menang @PRK Sg Besar - Amana...
- Azmin Bantu Kempen Calon BN @PRK Sg Besar??? #prkS...
- Panas!!! Calon BN Sg Besar Sombong??? #prkSgBesar ...
- Rugi Jika Pilih Calon Pakatan Harapan #prksgbesar ...
- Tahniah!!! Pas Sudah Mula Menipu #prkSgBesar #SCS9...
- Billboard 'Cina Babi'??? Polis Akan Panggil Tony P...
- YB Budiman Pilihan Yang Tepat Untuk Penduduk Sg Be...
- Petanda Pembangkang Bakal Bungkus Di Sg Besar #prk...
- Azmin Tersepit Di Antara Pas Dan Pan. Kemenangan B...
- Pastikan Kemenangan Milik YB Budiman #prksgbesar #...
- Hot!! Hari Malang Buat Teresa Kok!! Terima Hadiah ...
-
▼
June
(28)
Blog Archive
- June (28)
- January (3)
- December (15)
- October (10)
- September (36)
- August (35)
- July (23)
- June (11)
- May (21)
- April (16)
- March (117)
- February (24)
- January (16)
- December (12)
- November (19)
- October (78)
- September (36)
- August (12)
- July (41)
- June (63)
- May (65)
- April (98)
- March (240)
- February (74)
- January (109)
- December (103)
- November (96)
- October (109)
- September (232)
- August (188)
- July (200)
- June (99)
- May (172)
- April (257)
- March (69)
- February (5)
- January (12)
- December (2)
- November (3)











