Tuesday 7 June 2016

Azmin Tersepit Di Antara Pas Dan Pan. Kemenangan BN Semakin Cerah #prksgbesar #SCS93 #BN4SGB #InilahBudiman #KekakBN

Menteri Besar Selangor Azmin Ali, yang sebelum ini 'diburu' media selepas timbulnya isu dakwaan rasuah dalam kerajaan negeri pimpinannya, akhirnya 'muncul' di Dewan Seri Bernam di sini, hari ini.

Beliau tiba di pekarangan dewan itu kira-kira 15 minit selepas kehadiran rombongan calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar.

Turut mengiringi Azhar ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR meluangkan masa lebih sejam di dewan itu dan bersalaman dengan rombongan dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

PKR kini 'tersepit' dengan perbalahan di antara PAS dan Pakatan Harapan yang dianggotainya dengan DAP dan Amanah.

Azmin baru-baru ini membatalkan kehadirannya ke beberapa majlis di sekitar Selangor dan 'menjauhi' media ekoran tindakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor.

Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujudnya permintaan 'untuk mendapatkan wanita' sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.

Azmin juga tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi PRK Parlimen Sungai Besar pada Rabu lepas.

Wan Azizah ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata ketidakhadiran Azmin pada majlis berkenaan bagi membolehkan beliau lebih fokus kepada pentadbiran kerajaan negeri.

PRK Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon BN Budiman Mohd Zohdi yang juga ADUN Sungai Panjang, Dr Abdul Rani dan Azhar.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Kepada pengundi-pengundi di Sg Besar..inilah masa yang terbaik untuk menilai siapakah yang layak untuk menjadi pemimpin di Sg Besar.Kita mampu mengubahnya!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive