SUNGAI BESAR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengakui Pakatan Harapan yang diwakili Parti Amanah Negara (Amanah) menghadapi laluan sukar mendekati pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.
Beliau yang ditemui Bernama ketika berkempen bagi calon Amanah di Pasar Awam Sungai Besar di sini pada Sabtu berkata sukar bagi parti baharu seperti Amanah untuk menembusi pasaran dan jentera Pakatan Harapan perlu bekerja keras untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
"Jadi pada saya, kerana itulah kita kena bertungkus-lumus dan petugas kami pun memakai baju Amanah untuk memperkenalkan logo calon dan juga kita (Pakatan Harapan) pilih calon tempatan," katanya.
Menurut Nurul Izzah, Pakatan Harapan akan lebih sensitif dalam berkempen ketika bulan puasa ini terutama selepas insiden papan iklan bersifat provokatif yang didirikan oleh sekutunya DAP di sekitar pekan Sekinchan. Pada PRK itu, calon Amanah Azhar Abdul Shukur selaku Pengerusi Amanah Sungai Besar ditentang calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi manakala PAS mempertaruhkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman.
Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dengan 67.16 peratus pengundi Melayu, 30.70 peratus pengundi Cina, 1.92 peratus pengundi India dan 0.22 peratus pengundi kaum-kaum lain.
Takkan begitu mudah pemimpin tertinggi PKR mengaku Amanah bakal tewas. Pakatan Harapan atau pakatan Hancuran??? Sudah terang lagi bersuluh bagi pengundi parlimen Sg Besar... jangan biarkan diri anda memangkah calon dari parti yang sudah menunggu saat kehancuran.Guna akal dan fikiran dalam menentukan wakil anda semua. Fikir - fikir dan renung - renungkan. Pengundi - pengundi parlimen Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!
No comments:
Post a Comment