Saturday 11 June 2016

Pas Tidak Mampu Untuk Menang @PRK Sg Besar - Amanah #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

SUNGAI BESAR – PAS terus menjadi ‘punching bag’ atau sasaran bagi Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar apabila pemimpin parti itu secara berterusan mendakwa PAS tidak boleh menang dalam pilihan raya.

Dalam satu ceramah bagi kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di sini malam tadi, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata PAS bercakap untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) hanya dengan semangat, tetapi tanpa ilmu.

Katanya, atas sebab itulah beliau serta pimpinan yang lain keluar daripada PAS dan menubuhkan Amanah kerana merasakan PAS tidak mampu untuk menang secara berseorangan.

“Lalu kita tubuh Amanah, berpakat dengan DAP dan PKR dan tubuhkan Pakatan Harapan,” katanya kepada kurang 100 orang yang hadir.

Beliau turut mengakui bahawa Amanah pada awal lagi berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar selepas kekosongannya. Anggota Parlimen Shah Alam itu berkata Pakatan Harapan khususnya PKR kemudian mengadakan rundingan dengan PAS untuk menentukan calon di situ bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang calon BN.

“Lepas itu kita tunggu, kita beri tempoh sampaikan sudah dekat dengan hari penamaan calon, nampaknya PAS tidak mahu berunding dan PKR mahu berunding lagi, tapi kita kata cukup,” kata Khalid.

Dalam pada itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa sepanjang 38 tahun dalam PAS dan berkempen untuk parti itu, ia tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya sehinggalah menyertai Barisan Alternatif pada pilihan raya 2008 dan Pakatan Rakyat selepas itu.

Katanya, kini PAS yang kembali berseorangan selepas Pakatan Rakyat terbubar dan tidak menyertai Pakatan Harapan dilihat tidak akan mampu untuk menang dalam pilihan raya.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir pula mendakwa PAS tidak bercita-cita untuk menang dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini, sebaliknya hanya mahu meningkatkan jumlah undi yang diperolehi berbanding pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, PAS juga bertanding pada kedua-dua PRK itu hanya untuk memberi laluan kepada calon BN menang dengan memastikan calon Amanah mendapat undi yang kurang.

Barangkali parti Amanah sudah kehabisan modal untuk berkempen di prk Sg Besar. Mereka mula menyerang parti Pas dengan  memburuk-burukkan pemimpin tertinggi Pas. Memang menempah malang bagi penduduk dan pengundi-pengundi parlimen Sg Besar jika memilih calon Amanah untuk menjadi wakil nanti.

Inilah peluang terbaik bagi pengundi-pengundi Sg Besar untuk memilih pemimpin yang benar-benar terbaik bagi meneruskan legasi kepimpinan BN yang lepas. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Pengundi- pengundi parlimen Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive