Saturday 29 June 2013

4 Murid Tahun 2 Dakwa Guru Kemaruk Seks Masukkan Jari....???

BESUT - Empat murid perempuan sebuah sekolah rendah di sini, mengadu dicabul oleh seorang guru di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan pada 9 Jun lalu.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, guru lelaki itu didakwa mencabul murid tahun dua di bilik kesihatan sekolah berkenaan.

Sekadar hiasan

Kisah itu terbongkar pada 21 Jun lalu apabila salah seorang daripada murid tersebut telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perbuatan guru terbabit. Kanak-kanak itu memberitahu, guru berkenaan telah melakukan perbuatan lucah terhadapnya dan dua lagi rakannya.

Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada 24 Jun lalu.

Ketiga-tiga murid tersebut tinggal di kampung sama dan berdekatan dengan sekolah tersebut. Manakala sumber memberitahu, mangsa keempat murid tahun dua sekolah sama tampil membuat laporan kelmarin, mendakwa turut menjadi mangsa guru tersebut.

Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa mendengar kes berkenaan lalu bertanyakan kepada anaknya sama ada dia turut dicabul guru tersebut.

Murid terbabit mengadu menerima nasib sama seperti rakannya dengan mendakwa guru berkenaan telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya selepas menutup mata dan mulut dengan pita pelekat manakala kaki dan tangannya diikat dengan tali.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan. - Sumber

DUN Tergantung Tak Akan Berlaku Selepas PRK Di Terengganu???

Mungkinkah Dewan Undangan Negeri Terengganu berkeadaan tergantung selepas satu pilihan raya kecil diadakan tidak lama lagi jika keputusannya menyaksikan 32 kerusinya dikuasai sama banyak oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat?

Menurut BERNAMA hari ini, beberapa ahli politik berpendapat keadaan itu tidak mungkin berlaku.


"Kematian anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN memerlukan satu pilihan raya kecil diadakan di negeri itu. Kematian beliau menyebabkan BN kini hanya menguasai 16 daripada 17 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi (PAS 14, PKR satu).

"Sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya kecil yang perlu diadakan sebelum 27 Ogos ini, maka kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16. Walaupun ramai berpendapat keadaan seri itu memungkinkan satu pilihan raya baru diadakan, namun ahli politik yang ditemu bual Bernama berkata ia tidak semestinya demikian." Kata BERNAMA.

Lapornya, ketua MCA Terengganu dan bekas anggota exco, Datuk Toh Chin Yaw berkata, undipemutus speaker Dun, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, akan membolehkan BN terus berkuasa di negeri itu.

"Pengerusi mana-mana mesyuarat mempunyai undi pemutus. Sekiranya keputusan undian adalah seri, mengikut peraturan tertentu, pengerusi (speaker) akan melaksanakan undi pemutusnya," kata beliau.

Ertinya, sekiranya jumlah kerusi berada dalam keadaan seri iaitu 16-16, kerajaan BN akan memperoleh satu undi majoriti melalui undi pemutus yang diberi speaker.

Sementara itu, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai, jika BN dan Pakatan masing-masing menguasai jumlah kerusi yang sama banyak, lapor Malaysiakini.


Tambah Abdul Aziz, dalam keadaan seperti itu, pelantikan menteri besar boleh diputuskan oleh Sultan, yang boleh menggunakan pertimbangannya sendiri. Mengikut pertuntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan dalam perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara Sultan.

Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan.

"Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan.

“Ini untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik,” katanya. - Sumber

Pencerobohan Lahad Datu!!! Koperal Hasaan Beri Maklumat Kepada Pengganas Kiram!!!


KOTA KINABALU – Maklumat berhubung pasukan keselamatan akan memasuki Kampung Tanduo, Lahad Datu pada pukul 12 tengah malam, diperoleh melalui pintasan percakapan telefon antara Datu Amirbahar Hushin Kiram dan ketua kumpulan pengganas Kiram, Datu Agbimuddin Kiram.



Saksi kedua yang dilindungi identitinya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa maklumat tersebut diberikan oleh seorang anggota polis cawangan khas.

Dia memberikan keterangan melalui talian terus menggunakan alat komunikasi khas kepada Hakim, P. Ravinthran.

Keterangan tersebut ditaip semula oleh jurubahasa di dalam komputer yang dapat diakses oleh semua peguam dan pendakwaan dalam perbicaraan kes terhadap tertuduh Koperal Hassan Ali Basari didakwa dengan sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas di Lahad Datu. Baca [Sini]

Saksi itu yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan mahir dalam Bahasa Suluk dan Bajau memintas percakapan itu pada pukul 10.31 malam, 25 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan kemudiannya memintanya membacakan catatan itu kepada mahkamah.

“Pada 25 Februari 2013, jam 22:31 (10:31 malam), Datu Amirbahar menyatakan dia mendapat tahu daripada Hassan yang merupakan anggota polis bahawa pihak berkuasa Malaysia akan masuk pukul 12 tengah malam nanti. Raja maklum dan memberitahu mereka telah bersedia. Datu Amirbahar memberitahu Hassan dan Hussin merupakan adik-beradik dan mereka juga merupakan ahli keluarga kita. Raja maklum.”

Hassan yang berasal dari Semporna didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam-peguam Ram Singh, Kamarudin Mohd. Chinki, Syaiful Sufyyan Sidin dan Lo Yun Sin didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Cawangan Khas Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu antara Januari dan 3 Mac lalu.

Datu Amirbahar yang juga anak saudara kepada Jamalul Kiram III dan merupakan komander kumpulan pengganas Kiram berpangkat Jeneral yang menceroboh Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu ditangkap pada 23 Mac lalu di kawasan paya bakau di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna.

Dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lahad Datu pada 19 April lalu atas dua tuduhan, iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas. - Sumber

Friday 28 June 2013

Hadiah Asid Dari Keluarga Mangsa Rogol Kepada Kemaluan Perogol!!!

Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.



“Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.

Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. – Informasi Dot My

Ketua Wanita UMNO - Azalina Mahu Cabar Kak Ijat????

Pertembungan bagi jawatan Ketua Wanita Umno akan berlaku akhir tahun ini apabila bekas Ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said menyatakan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam pemilihan parti itu akhir tahun ini.



Menurut sumber itu lagi, Shahrizat telah mengesahkan mahu terus mempertahankan jawatannya walaupun terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) pada tahun 2012 sehingga menyebabkan beliau melepaskan jawatan menterinya.

"Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan," kata Azalina yang merupakan ahli Parlimen Pengerang dipetik dari The Star Online.

Walau bagaimanapun, Shahrizat yakin akan terus kekal memimpin Wanita Umno berdasarkan galakan dan sokongan daripada sayap Umno itu.

"Mereka berada di sana untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah kawan-kawan saya dan rakan-rakan adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau dipetik dari The Star Online.

Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Selain itu Umno juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru Umno dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian.

"Adalah wajar Azalina Cabar Shahrizat, dan menngusai jawatan Ketua Wanita UMNO, kerana Shahrizat telah mengesahkan mahu terus mempertahankan jawatannya walaupun terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) pada tahun 2012, sehingga menyebabkan beliau melepaskan jawatan menterinya." - Sumber

Saya Tidak Terbabit - Amy Search

Nabila Huda Suhaimi artis yang penuh dengan huru-hara, kontroversi. Pelbagai kontroversi yang ditunjukkan dan diciptakan untuk mencari publisiti. Lepas satu satu menjelma. Apa yang dicari sebenarnya, entahlah tetapi dia seronok dengan dunianya.

Terbaru dia muat naik video dia merokok di Youtube untuk menunjukkan kehebatannya. I’m a SMOKER!!!

Kita lihat pula apa kata bapanya Amy Search yang pernah berhajat membina sekolah pondok tetapi tak kesampaian tentang Nabila Huda.

“Saya tidak pernah ikut campur atau menentukan keputusan yang dibuat Nabila. Maksudnya saya tidak terlibat secara langsung memutuskan apa yang ingin dibuat dia. Dia sudah besar, dia boleh fikir untuk diri dia sendiri.

“Untuk apa saya nak halang dia keluar atau bercinta dengan siapa. Cuma bila ada orang yang dia rapat, tidak kiralah sebagai kawan atau kekasih, dia akan beritahu pada saya. Seperti dulu bekas suami dan juga Johan, memang dia kenalkan dan bawa mereka jumpa saya.

“Dia putus cinta atau sedang bercinta dengan siapa, bukan urusan yang melibatkan saya,”kata Amy Search. –

Murai.com Itulah kata-kata seorang bapa dalam mentarbiah seorang anak. Siapa pula kita nak menyibuk sangat kan… untuk ambil tahu bolehlah!! I

Sumber

Thursday 27 June 2013

Hebat Seorang Cekgu PKR Telah Mencibaikan Orang Lain???


Memang bengong dan tak berapa betul Chigu Bard ni. Nasib baik panggilan chigu kalau tak tak tahu panggilan apa. Tengoklah sendiri kebengongan pemimpin PR  tersebut senang-senang mencibαi orang lain. Sebagai ketua sememang tak eloklah begitu walaupun kita tak bersetuju dengan orang lain. Nasib baik kau tu PKR dan bukannya UMNO.

Kononnya pemimpin Pas menegur tindakan si Chigu gila ni!!!


Tindakannya menyebabkan dia ditegur Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani.

“Memang banyak saluran boleh digunakan bagi menzahirkan sebarang pandangan atau bantahan pada masa kini, tetapi tidak semestinya perlu menggunakan kata-kata kesat.”


“Tidak kisahlah kepada siapa komen tersebut ditujukan sekalipun, yang penting ia perlu dibuat secara profesional dan bukannya mengutuk dari belakang.”

“Bagi kita, salah satu langkah yang boleh diambil adalah berbincang secara face to face atau bersua muka kerana kaedah sebegini dilihat lebih membuahkan hasil berikutan kedua-dua pihak dapat bersuara dan saling membela diri,” kata Taufek kepada Sinar Harian.


Tapi memang tabiat pemimpin PR suka memaki hamun orang lain, Maruah orang nampak maruah sendiri terkoyat rabak tak hirau. Boleh nampak perbezaan orang PR dengan orang UMNO kan????

Sumber

Nasib Terengganu Terletak Di PRK Kuala Besut!!!


PETALING JAYA: Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan tidak menentu kerana kegagalan untuk mengekalkan kerusi itu akan menyebabkan satu keputusan dan keadaan yang tergantung.

Sekiranya berlaku, DUN mungkin perlu dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baru. Pada pilihan raya umum ke-13, BN kembali merampas kuasa membentuk kerajaan negeri dengan 17 kerusi negeri, lebih dua kerusi berbanding 15 yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Dengan kematian Dr A. Rahman Mokhtar, pilihan raya kecil perlu diadakan dan pertempuran untuk Kuala Besut akan menjadi pertandingan hidup atau mati untuk BN kerana PR sememangnya mahu merebut peluang untuk memerintah kerajaan.

Penganalisis politik Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sekiranya keputusan pilihan raya tidak memihak kepada BN, Terengganu akan ditinggalkan dengan DUN yang tergantung, dengan gabungan pakatan pembangkang yang masing-masing mempunyai 16 kerusi negeri.

"Jika ini berlaku, Sultan boleh memberi peluang kepada BN yang merupakan pemerintah pada masa ini untuk membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri. "Jika mereka gagal, Sultan akan memberi peluang yang sama kepada Pakatan. Tetapi jika kedua-duanya gagal, Dewan Undangan Negeri perlu dibubarkan dan pusingan pilihan raya yang baru perlu diadakan bagi negeri ini.

"Dalam erti kata lain, pilihan raya Kuala Besut adalah sangat penting kerana ia akan menentukan nasib Terengganu," katanya. Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Dr Rahman maraih 8,809 undi manakala Napisah Ismail (PAS) mendapt 6,375 untuk memenangi majoriti 2,434.

Terdapat 144 undi rosak dengan kawasan pilihan raya itu mempunyai 17,713 pengundi. Prof Dr Mohamed yang merupakan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) berkata kedudukan DUN yang tergantung akan mengakibatkan krisis kerana parti yang satu lagi boleh mendakwa mereka mempunyai mandat untuk mentadbir negeri.

Beliau berkata, apa yang pasti PR meletakkan satu perjuangan yang baik dan BN perlu bersedia dengan lebih baik untuk mempertahankan kerusi itu. Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Terengganu Datuk Razif Abdul Rahman berkata BN akan melakukan semua yang terdaya untuk mengelakkan DUN digantung.

"Kuala Besut diketahui adalah kubu kuat Umno, tetapi kita tidak akan mengambil ini sebagai perkara yang mudah.

"Keadaan Dewan Undangan Negeri yang tergantung akan menjadi satu tragedi, oleh itu kita mesti melakukan semua yang kita boleh untuk memastikan kemenangan yang meyakinkan," katanya ketika dihubungi.
Razif berkata calon yang dipilih untuk pilihan raya kecil itu adalah yang sama berkaliber seperti Dr Rahman.

Sumber

PT
Khabar angin bertiup kencang mengatakan yang ustad mcdee akan dipilih untuk menjadi calon Pas Kuaka Besut .Apapun kita tunggu dan lihat...

Wednesday 26 June 2013

PRK Yang Kritikal Kepada UMNO - Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut bakal menyaksikan saingan sengit ekoran kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar akibat kanser paru- paru pada pagi Rabu.

"Ini satu pilihan raya kecil yang sangat kritikal, kerana majoriti yang diperolehi oleh Umno di situ (kerusi Kuala Besut) agak membanggakan.

"Namun mereka (Umno) hanya mendapat kelebihan dua kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.

Anwar turut melahirkan keyakinan pilihan raya kecil yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tersebut merupakan peluang terbaik kepada dan Pakatan Rakyat merampas kembali kerusi berkenaan.

"Kita ucapkan takziah kepada keluarga arwah (Adun Kuala Besut). "Saya percaya PAS juga akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.

Dr A.Rahman meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi, Rabu di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi. Pilihan Raya Kecil Kuala Besut bakal menyaksikan saingan sengit kerana Barisan Nasional (BN) memperoleh 17 kerusi sementara PAS mendapat 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu pada PRU-13.

Sumber

ADUN Kuala Besut Meninggal

YB. DR. A RAHMAN BIN MOKHTAR, Ahi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu telah meninggal dunia pada jam 10.18 pagi tadi akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut mengalahkan calon Pas dalam pilihan raya lalu. Menurut Penasihat Agama Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Mohd Zin, jenazah allahyarham akan dikebumikan hari ini selepas asar.

Dilahirkan pada 28 Mac 1958 di Kg. Pulau Perhentian, allahyarham mendapat ijazah kedoktoran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudiannya mendapat ijazah lanjutan Master of Public Helath dari Manila.

YB Dr. Haji A. Rahman selalu mengimbau zaman kanak-kanak yang sederhana tetapi tetap bermakna sebagai seorang anak nelayan di Pulau Perhentian. Kini beliau sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

Antara kenangan yang tidak boleh dilupakan semasa menjadi seorang siswazah, YB Dr. Haji A. Rahman pernah bertanding dan menang dalam pilihanraya kampus perubatan UKM (PERSIAP), lalu menyandang jawatan setiausaha sukan dan kebajikan PERSIAP.

YB Dr. Haji A. Rahman merupakan sahabat karib dengan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Karim Mansor. Bila bertemu, dua sahabat rapat ini akan makan-makan sambil bersembang perihal politik dan kehidupan.

Di masa lapang, YB Dr. Haji A. Rahman juga gemar bersukan dan memukul bola golf. Al-fatihah buat allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat dan Rahim-Nya ke atas Allahyarham. Jasa mu dalam kenangan.

Sumber

Tuesday 25 June 2013

Betina Cina Sally Yeh Hina Nabi!!! Mana Pihak Berkuasa???

Teruk wanita Cina ni hina Islam dan Rasulullah. Kalau sebelum ini wanita Cina ditahan kerana menghina Yang di-Pertuan Agung, kali ini lebih teruk penghinaan yang dibuat.

Seorang wanita yang dikenali Sally Yen bertindak menghina Islam dan Rasullullah di akaun twitternya. Penghinaan yang amat berat jika nak dibandingkan kata-kata menghina Agung sebelum ini.

Pihak polis sepatutnya lebih tersentak dalam isu penghinaan ini dan setakat ini apa tindakan pihak berkuasa? Kita tak bersetuju dengan tindakan buruk dan tak senonoh begini. Janganlah pihak lain, agama lain, bangsa lain mengambil kesempatan menghina Islam dan Rasullullah sesuka hati.

Diharap pihak polis bertindak tegas dalam hal ini. Kita juga bimbang, kalau-kalau masyarakat bertindak sendiri membuat penghakiman.

Sumber

PT
Umat islam hanya akan diam dalam hal macamni Untuk sebab lain  masih bercakaran sesama kita..cuba tanya apa tindakan kita. Mana pergi puak pendemo yang sanggup berkumpul demi makhluk Anwar? ??

Sunday 23 June 2013

#BlackOut505 - 10 NGO Dirikan Khemah Haram Di Padang Merbok!!!

KUALA LUMPUR:  Usaha parti pembangkang mengadakan perhimpunan hari ini untuk membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kini melarat hingga wujudnya kumpulan yang berkemah di kawasan Padang Merbok.

Ini amat bertentangan dengan cadangan asal parti pembangkang yang hanya mahu mengadakan perhimpunan sehari di beberapa bandar di negara ini, dan ia sepatutnya berakhir hari ini setelah mereka bersetuju untuk mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Rakyat Isnin ini di Parlimen.

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan Badrul Hisham Shahrin berkata sebanyak 10 badan bukan kerajaan (NGO) mendirikan 60 khemah di Padang Merbok, di sini selepas tamat perhimpunan haram Blackout 505 adalah untuk menyatakan bantahan mereka terhadap cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan PRU13.

Mereka yang terdiri daripada 245 anggota NGO serta anggota politik termasuk Anggota Parlimen Batu yang juga Naib Presiden PKR Tian Chua, akan berkemah di situ sehingga tuntutan mereka supaya pemimpin tertinggi SPR meletak jawatan.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata antara 10 NGO yang terlibat ialah SAMM; Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM); Asalkan Bukan Umno (ABU); Gabungan Profesional Menuntut Royalti; Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti); Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit);  Ambang 13;  Parti Sosialis Malaysia (PSM); Amuk; Pembebasan Bangsa; dan Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima).

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada perhimpunan itu berkata pihaknya akan terus mengadakan perhimpunan seperti hari ini sehingga tuntutan pembangkang dipenuhi SPR.

Beliau berkata tiga tuntutan itu ialah meminta pemimpin tertinggi SPR meletak jawatan; mengadakan pilihan raya kecil di tempat-tempat yang didakwa oleh pembangkang berlaku penipuan; dan menghentikan usaha untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali, Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Dr Chua Jui Meng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Walaupun keadaan berjerebu, ibu bapa masih membawa anak-anak mereka tanpa rasa bimbang mengenai kesan jerebu terhadap kesihatan anak-anak mereka.

Selain itu, tindakan mereka juga telah melanggar peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu kanakkanak di bawah 15 tahun menyertai perhimpunan, merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jika disabit kesalahan mereka boleh didenda antara RM10,000 dan RM20,000.

Sumber

LIVE 2!!! [FOTO] Penyokong Mahu Husam Musa Dibebaskan Segera Dari Tahanan


Ngo Royalti dari beberapa daerah berhimpun membantah penahanan Husam Kambing yang ditahan di Kuala Lumpur agar dilepaskan segera. Turut hadir beberapa pemimpin Pas dari daerah Pasir Mas serta Ketereh. Isteri dan anak Husam juga turut hadir.

Foto di bawah dirakam di depan Balai Polis Pengkalan Chepa berhampiran pusat serenti. Kelihatan penyokong Husam membawa sepanduk yang menyebelahi perjuangan Husam.

Berita selanjutnya akan menyusul. .



LIVE!!! [FOTO] Penyokong Husam Kambing Berkumpul Di Luar Balai Polis Pengkalan Chepa!!!


Kelihatan beberapa orang penyokong PR terurama penyokong Husam Musa berhimpun di tepi jalan berhampiran Balai Polis Pengkalan Chepa..

Salah seorang penyokong tegar Husam Musa datang dari Kuala Besut Terengganu dan sanggup datang atas semangat melihat Husam dibebaskan.

Kelihatan juga YB Kelaboran Mohd Zaki hadir bersama beberapa orang penyokong.

Berita selanjutnya akan menyusul...



Saturday 22 June 2013

[VIDEO] Pegawai DBKL Dipukul Makhluk #Blackout505!!!



Ini yang puak puak PR haram jadah ni kata perhimpunan aman ??? apa cerita ni ??? kalau aman kenapa pegawai DBKL yang tak bersalah kena belasah ??? Tak payah ambik tindakan..! tak payah tangkap tangkap ler...kalau tangkap hari ini esok lepas apa maknanya? 

AG kata takde kes..betul..!!! mana ada kes? Setakat pukul terajang macam video kat bawah  tu biasa jer..tak salah! Alangkah pukul Polis, terbalikkan kereta Polis, rempuh dan maki hamun Polis, rosakkan barang awam hatta mampu membunuh anggota keselamatan dan rakyat awam pun tak salah..apa pulak tolak tolak tendang macam kat atas tu..! mana ada salah???

Terkini!!! [FOTO] Pertempuran Antara DBKL & Makhluk #BlackOut505

PERKEMBANGAN terkini:-

1. Anwar hadir juga akhir pada 5.24 petang
2. Chegu Bard mengajak rakyat berarak ke Bukit Aman bagi membantah penahanan Husam
3. Pergaduhan antara DBKL dan penyokong pembangkang disahkan – cuba buka khemah. Ada anggota DBKL dipukul perusuh.
4. Kit Siang juga berucap.
5. Kumpulan ABU diketuai Haris Ibrahim menyorak (boo, boo) Anwar kerana memutuskan semua Ahli Parlimen pembangkang akan mengangkat sumpah pada Isnin nanti.

Sumber

[FOTO] Terkini!!! Makhluk Peserta #Blackout505 Semakin Hilang Kawalan???


Kumpulan makhluk perserta berkenaan dijadualkan berhimpun di tujuh lokasi utama yang ditetapkan dan akan berarak dari lokasi masing-masing ke padang itu - sebagai tanda bantahan mereka terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.



Lokasi makhluk himpunan antaranya Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.

Wakil parti politik dan NGO akan mengetuai peserta perhimpunan yang bakal memenuhi padang tersebut petang ini.

Penganjur berkali-kali menegaskan bahawa perhimpunan hari ini akan berlangsung dengan aman, walau polismendakwa peserta akan menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa dan mencetuskan huru-hara.

Kumpulan peserta ini membawa tiga tuntutan utama - menuntut kepimpinan SPR meletak jawatan, mengadakan pilihan raya semula bagi 30 kawasan, dan menghentikan persempadanan semula sehingga kepimpinan SPR baru dilantik.

Cuaca di Kuala Lumpur hari ini cerah, namun agak berjerebu.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan terus ke Padang Merbok dan tidak menyertai perarakan.

Setakat jam 2 petang ini, dianggarkan seramai 15,000 orang telahpun berhimpun di lokasi berasingan dan akan bergabung di Padang Merbok.

LAPORAN LANGSUNG



2.45pm : jalan Parlimen - Kumpulan makhluk peserta yang berarak dari ibu pejabat PAS, Sogo dan Brickfields kini bergabung di Jalan Parlimen dan seterusnya bergerak ke Padang Merbok.

Sementara itu diPadang Merbok, sejumlah kira-kira 3,000 orang sudahpun berkumpul dan mendengar ucapan dari MP Sungai Petani Johari Abdul.

Beliau menasihati para peserta agar tidak memusnahkan harta awam, menjaga kebersihan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

2.42pm: Jalan Parlimen - Lebih 5,000 peserta yang bergerak dari Sogo di Jalan TAR memasuki Jalan Parlimen dan menuju ke Padang Merbok.

Sebahagian dari peserta berkenaan yang terdiri daripada golongan muda menyanyi 'anak muda tolak BN" sambil bertepuk tangan.

2.30pm: Jalan TAR - Kumpulan peserta dari ibu pejabat PAS bergabung dengan peserta di hadapan kompleks membeii-belah Sogo dan bersedia untuk meneruskan perjalanan.

Kumpulan makhluk berkenaan turut melaungkan takbir serta slogan "Tumbang SPR", "SPR penipu" dan "Reformasi".

2.20pm: Jalan Parlimen - Tren komuter KTMB yang sepatutnya bergerak melalui jambatan, yang merentasi Jalan Parlimen berhampiran Bank Rakyat, terpaksa berhenti seketika kerana terdapat peserta himpunan yang berdiri di atas landasan.

Peserta berkenaan memenuhi kawasan landasan itu untuk merakam video dan gambar perarakan peserta lain yang menuju ke Padang Merbok.


2.12pm : Jalan Raja laut - Sekumpulan makhluk seramai 200,000 orang yang diketuai naib presiden PAS Salahuddin Ayub berjalan melawan arus kenderaan menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Mereka akan bergabung dengan kumpulan yang menunggu di hadapan kompleks membeli belah Sogo.

2.10pm: Jalan TAR - Sejumlah 2,000 orang menunggu ketibaan satu lagi kumpulan yang berarak dari ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka seterusnya akan meneruskan perarakan ke Padang Merbok.

2pm: Brickfields - Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengetuai 1,000 orang berarak ke Padang Merbok.


\Nurul menangkis kenyataan polis bahawa peserta perhimpunan akan melakukan provokaasi ke atas pasukan keselamatan.

"Kenyataan itu tidak berasas," katanya yang turut meminta para peserta agar menjaga keselamatan anak-anak, terutama dalam keadaan cuaca berjerebu.

Sementara itu di Jalan Sultan, seramai kira-kira 2000 peserta yang berkumpul juga mula berarak ke Padang Merbo.

Mereka akan melalui Jalan Hang Kasturi, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Tun H.S Lee, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Parlimen dan seterusnya menuju ke Padang Merbok.

Pergerakan kumpulan berkenaan dibantu oleh anggota polis trafik yang membantu mengawal lalu lintas.

1.55pm: Masjid Negara - Sekumpulan 5,000 orang yang berhimpun di Masjid Negara mula berarak ke Dataran Merdeka selepas menunaikan fardu Zohor.

Kumpuian berkenaan dikawal oleh unit amal PAS, dan diketuai timbalan presiden PKR Azmin Ali.

1.20 pm: Dataran Merdeka - Seramai kira-kira 150 orang yang rata-rata berpakaian baju-T hitam sedang duduk-duduk berhampiran Dataran DBKL bersebelahan Dataran Merdeka.

Kumpulan ini menunggu untuk menyertai perarakan kumpulan lain dan seterusnya menuju ke Padang Merbok.

Selain itu, terdapat juga beberapa individu yang mengambil peluang untuk menjual kain selempang dan ikat kepala dengan yang mempromosi perhimpunan 'Blackout 505'.

1.12pm: Jalan Raja Laut - Salahuddin Ayub yang hadir bersama kira-kira 500 orang penyokong berkata PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Saleh yang mendakwa peserta akan melakukan kekecohan dalam perhimpunan ini.


"Kita yakin, kita adakan secara aman, kita ada rekod cemerlang dalam Bersih dan siri Blackout, terbukti aman, dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan tak cetus provokasi... Itu komiten kita, kita tak bawa senjata," katanya.

Turut hadir di perkarangan bangunan ibu pejabat PAS itu ialah ahli parlimen Kuala Terengganu Raja Bahrin.

1:10pm: Jalan Sultan – Jumlah peserta kini bertambah kepada seramai kira-kira 1,500 orang, yang dipimpin pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.


Turut hadir di perhimpunan itu ialah seorang peserta Orang Kurang Upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda, Fennix Lim, 25.

Katanya, beliau datang dari Kluang Johor dengan menaiki van bersama rakannya, semata-mata untuk menyertai perhimpunan ;Black 505'.

Menurutnya, beliau ingin menuunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menolakkan keputusan pilihan raya umum yang lalu.

"Sebagai rakyat Malaysia saya nak tunjuk pasa kerajaan dan SPR yang kita semua menolak SPR. Saya datang demi demokrasi," katanya.

1.10pm: Masjid Negara - Naib presiden PKR Azmin Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman disambut oleh para peserta sebaik tiba di kawasan masjid.

Kumpulan penyokong ini akan menunaikan fardu Zohor sebelum memulakan perarakan ke Padang Merbok.



Kebanyakan daripada peserta tersebut terdiri dari golongan muda dan aktivis siswa, yang akan berarak ke arah Brickfields dan bergabung dengan satu lagi kumpulan di situ.

Beberapa orang pemimpin parti turut menyampaikan ucapan, termasuk MP Bukit Katil Shamsul iskandar Md Akin dan aktivis siswa Adam Adli. - Sumber




TERKINI!!! Kronologi #Blackout505 Dari Masjid Negara #KL622



Kelibat anggota polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula kelihatan di Padang Merbok. 

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi perhimpunan Black 505 dari Masjid Negara di sini:

2.14 petang: Para peserta himpunan Blackout 505 bersiap sedia untuk berarak ke Padang Merbok, Kuala Lumpur.

2.12 petang: Para peserta melaungkan slogan "Hidup, hidup rakyat. Hancur, hancur kezaliman. Turun (letak jawatan), turun Pengerusi, Timbalan Pengerusi SPR.

2.10 petang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS - Taman Templer, Zaidi Abdul Talib turut memberi ucapan di hadapan para penyokong di perkarangan Masjid Negara.

2.03 petang: Ucapan diikuti oleh Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat, Dr Zulkefly Ahmad.

Beberapa orang makhluk peserta himpunan yang berkumpul di Masjid Negara. 

1.58 tengah hari: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman memberi ucapan di hadapan para peserta di perkarangan Masjid Negara.

1.08 tengah hari: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tiba di perkarangan Masjid Negara.

Azmin turut kelihatan bersama makhluk di Masjid Negara

12.25 tengah hari: Semakin ramai mula membanjiri perkarangan Masjid Negara. Hampir kesemua mereka berpakaian hitam. Keadaan di sini masih terkawal.

10.17 pagi: Sekumpulan anak muda membawa beberapa kepingan kadbod yang antaranya tertera perkataan "SPR Sila Letak Jawatan", Democracy Is Dead" dan "SPR Should Resign".

10 pagi: Jalan Sultan Hishammuddin di hadapan Masjid Negara mulai sesak.

Difahamkan jalan di Dataran Merdeka ditutup.

Makhluk peserta himpunan kelihatan berkumpul di Masjid Negara. 

9.50 pagi: Sejumlah kecil penyokong Black 505 kelihatan duduk di kawasan sekitar perkarangan Masjid Negara.

Lebih 20 gerai beroperasi di tepi jalan sekitar Masjid Negara menjual makanan, minuman termasuk kemeja-T dan bandana Blackout 505.

Friday 21 June 2013

Tersengih!!! Penjawat Awam Naik Gaji 1 Julai 2013

Penjawat awam menikmati kenaikan gaji 1 Julai 2013 Seperti telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, memaklumkan bahawa kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji yang akan berkuat kuasa 1 Julai depan Kenaikan gaji itu adalah antara RM80 hingga RM320.

Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan.

Kenaikan satu tangga gaji itu akan dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukan 182,434 penjawat awam yang berada di tangga gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.

Dalam laporan yang disiarkan akhbar, turut layak adalah pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi kerajaan, pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pegawai yang bercuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji serta pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).

Turut tidak layak pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai lantikan baru berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013 dan pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013.

Menurut pekeliling itu, kakitangan yang layak satu KGT mengikut gred jawatan/gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pada 30 Jun 2013.

Sumber

Masih Ada Rakyat Negeri Berkebajikan Kelantan Hidup Daif???

TANAH MERAH – “Kalau hujan lebat, kami terpaksa menadah besin merata tempat dan kalau kehabisan besin kami terpaksa mengelap air hujan di atas lantai atau biarkan sahaja begitu, sehingga hujan berhenti,” itu luahan kesedihan Rozmi Shafin, 42, seorang penoreh getah di Kampung Mengat, di sini yang terpaksa redha dengan apa yang sedang dialaminya.

Dia yang menoreh getah milik orang lain (pawah) telah beberapa kali mencuba untuk merubah nasibnya namun tidak berjaya. Justeru, dia memohon kalau diberikan sebuah rumah PPRT bagi melindungi keluarganya dari panas dan hujan.

“Saya dah lama memohon untuk memiliki rumah tersebut (PPRT), namun sehingga hari ini saya belum menerima apa-apa jawapan lagi,” katanya yang mempunyai empat orang anak.

Katanya, keseluruhan perkakas rumah yang didiami sekarang berkayu bulat dari jenis kayu gelugur pasir, beratap bata tanah sangkut, berusia hampir 90 tahun. Menurutnya, papan lantai rumahnya sudah patah di sana sini dan papan dinding rumahnya banyak yang sumbing terutama di bahagian dapur.

“Kalau boleh dipercepatkan permintaan saya itu lagi baik. Saya bimbang kalau-kalau kediaman saya itu tumbang dipukul ribut, kerana rumah pusaka itu sudah terlalu uzur. Kalau hujan air akan masuk ke dalam kediaman saya dari atap yang bocor dan papan dinding rumah yang sumbing,” katanya.

Hasil perkongsian hidup Rozmi dengan isterinya, Suria Abdullah, 40, mereka dikurniakan empat cahaya mata yang berusia antara 11 hingga 18 tahun. 

Anak sulungnya, Nurul Azwa, 18, menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mohd Amirul,17, dengan adiknya, Nurallynanalisa masih belajar di Sekolah Menengah Dato Mahmud Paduka Raja 2, manakala anaknya yang bongsu, Nurulazlyn belajar di Sekolah Kebangsaan Kulim. 

Sementara itu, Suria juga mengharapkan agar harapan mereka untuk mempunyai sebuah rumah PPRT menjadi kenyataan.

“Bila hujan ribut, kami berasa takut. Apa pun itulah rumah kami dan kami berlindung juga di atas rumah uzur itu. oleh itu saya harap, hajat kami nak miliki rumah tersebut dapat ditunaikan pihak yang berwajib,’ katanya.SH

Thursday 20 June 2013

Pelatih PLKN Muar Lahirkan Bayi Di Tandas!!!

MUAR: Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut pada Rabu.

Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu,manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan. Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.

"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - BERNAMA

Tuesday 18 June 2013

Biar Betul!!! Hairie Othman Mohon Jadi Tukang Kebun Dengan Pakatan???

Kesian...itulah yang boleh dikatakan terhadap nasib Hairie Othman yang kini makin dilupakan dan dipinggirkan oleh PR.


Beliau yang berkeyakinan tinggi bahawa PR dapat menumbangkan BN pada PRU13 lalu, kecewa apabila rakyat terus memberi mandat kepada BN. Kini, beliau terpaksa menanggung akibatnya.

Disebabkan gagal membentuk kerajaan, PR seolah-olah sudah mengenepikannya langsung dan segala janji untuk memberinya 'job' selepas PRU ibarat menanam tebu di pinggir bibir.

Jika dulu sebelum pilihan raya, Hairie tak menang tangan berceramah 4 kali sehari dan dengan pendapatannya itu, beliau mampu menyara keluarganya.

"Saya pelik sebaik selesai PRU13 PR tak lagi menghubungi saya, pada hal mereka diberi mandat memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Harapan saya cuma satu minta PR berikan satu 'job' seperti potong rumput dan sebagainya pada saya" kata Hairie.

Hairie juga sedih dan kecewa, mentang-mentanglah dirinya bukan wakil rakyat, PR langsung tidak mempedulikannnya lagi dan terasa dirinya seperti diperalatkan oleh PR.

Palsu!!! Berita Kahwin Gadis Syria Di Facebook Hanya Rekaan Semata2....


Assalamualaikum w.b.t

KAHWIN DENGAN GADIS SYRIA - BANTU SAUDARA ISLAM DISANA PENGUMUMAN PENTING....

PENGUMUMAN.. Ikhwan mesir umum utk sesiapa yg sanggup utk ambil muzslimat syria sbg isteri hanya usd 40 shj..sekarang ramai berada d masjid2 di sekitar kaherah..masih muda2 lg lingkungan 15-20.. kawin ramai2Mahar - Rm120 Airfare nak bawak dtg sini - Rm2000 Kenduri Kecik2 amik catering ngan 200 org x rm10 - Rm2000 Kadi + paperwork - Rm300 Total - Rm4420 dpt bini lagi sorang! * khas utk member2 yg blum berkahwinAirfare nak bawak dtg sini - Rm2000Kenduri Kecik2 amik catering ngan 200 org x rm10 - Rm2000Kadi + paperwork - Rm300Total - Rm4420 dpt bini .


INI CERITA SEBENAR


Kalau ya pun nak kahwin dengan gadis lawa dan cantik dari Syria kenalah berfikir secara waras dan normal. Takkanlah iklan kahwin gadis macam jual baju. Agak-agaklah wahai kaum adam dari Malaysia weiiii!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive