Monday, 17 June 2013

Sudah Sampai Masanya Husam Berundur Dari Politik???

TIGA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan telah gagal menghadiri upacara angkat sumpah sebagai ADUN dalam sidang pertama DUN Kelantan semalam. Ketiga-tiga mereka ialah Datuk Husam Musa, Datuk Seri Mustafa Mohammad dan Datuk Abdullah Che Rawi. Sudah tentu yang paling mencuri perhatian ialah ketidak hadiran Husam Musa yang juga ADUN bagi kawasan Salor.

Dua yang lain itu diberitakan ada alasan yang munasabah untuk menjustifikasikan ketidak hadiran masing-masing semalam, hanya 'kehilangan' Husam sahaja yang dikatakan menjadi sedikit misteri.

'Kehilangan' Husam ini sudah tentu ada kaitan dengan keputusan kerajaan negeri dibawah Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaakub untuk tidak melantik semula Husam di dalam barisan Exco kerajaan negeri yang baru, atas alasan tidak mendapat perkenan Sultan - setidak-tidaknya itulah yang hebat diperkatakan orang.

Husam dikatakan merajuk dan kecewa dengan keputusan tersebut kerana dia fikir dia telah banyak berjasa kepada kerajaan Kelantan sepanjang tempoh pemerintahan penggal yang lepas. Maka tidak hairanlah kenapa para penyokong Husam mengadakan beberapa siri demonstrasi bagi menyatakan bantahan atas keputusan tersebut.

Pakatan Rakyat memandang tindakan Husam ini sebagai satu tindakan yang serius. Kalau dilakukan bersama-sama dengan ADUN Pakatan Rakyat yang lain, itu cerita berbeza, tapi sekarang hanya Husam sahaja yang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah, seterusnya menimbulkan persoalan sama ada Husam akan membiarkan kerusi DUN Salor kosong secara automatik selepas tempeh 6 bulan.

Seterusnya membuka laluan kepada pilihanraya kecil.

Atau ini semua hanya helah Husam supaya dia dilantik semula sebagai Exco? Kita tidak pasti, tapi mana-mana satu sekalipun, PAS dan Pakatan Rakyat tidak seharusnya diletakkan dalam keadaan serba salah seperti ini, hanya kerana tindakan Husam seorang. Sepatutnya, Husam menggunakan masa ini untuk muhasabah dirinya dan memperbaiki kelemahannya supaya di masa hadapan, dia akan kembali menjadi Exco kerajaan negeri, bukan merajuk macam budak-budak.

Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan tunduk kepada ugutan dan tekanan dari Husam. Apatah lagi, soal perlantikan Exco adalah dalam bidang kuasa Sultan yang memerintah dan kerajaan Negeri tidak ada pilihan, selain akur kepada ketetapan tersebut.

Justeru, penulis mencadangkan agar Husam bersara sahaja dari politik.dan membuka laluan kepada pemimpin lain yang mengutamakan kepentingan parti lebih dari kepentingan dirinya sendiri. Penulis yakin, pemimpin seperti itu ada ramai di Kelantan, hanya menunggu masa untuk Husam membukakan jalan. Kalau macam inilah gayanya, Husam memang terbukti seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan hanya mementingkan diri sendiri.

Tapi dalam mengendalikan soal Husam ini, PAS perlu bijak.

Jangan sampai pilihanraya kecil terpaksa diadakan semula kerana jika itu berlaku, ada kemungkinan besar PAS akan kalah kepada calon BN melihat kepada momentum perubahan yang berlaku selepas pilihanraya umum yang lepas. Walaupun dalam kempen tersebut Husam berjaya meningkatkan majoriti undinya dari 3,232 undi pada 2008 kepada 3,683 undi pada 2013, tapi perkara tersebut banyak dibantu oleh simpati pengundi kepada Husam berikutan kematian ibunya, beberapa hari sebelum hari pengundian pada 5 Mei.

Statistik tersebut kalau ditambah dengan faktor pengunduran Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan, sudah tentu akan mengurangkan lagi peluang Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tersebut. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive