Saturday 29 June 2013

Pencerobohan Lahad Datu!!! Koperal Hasaan Beri Maklumat Kepada Pengganas Kiram!!!


KOTA KINABALU – Maklumat berhubung pasukan keselamatan akan memasuki Kampung Tanduo, Lahad Datu pada pukul 12 tengah malam, diperoleh melalui pintasan percakapan telefon antara Datu Amirbahar Hushin Kiram dan ketua kumpulan pengganas Kiram, Datu Agbimuddin Kiram.



Saksi kedua yang dilindungi identitinya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa maklumat tersebut diberikan oleh seorang anggota polis cawangan khas.

Dia memberikan keterangan melalui talian terus menggunakan alat komunikasi khas kepada Hakim, P. Ravinthran.

Keterangan tersebut ditaip semula oleh jurubahasa di dalam komputer yang dapat diakses oleh semua peguam dan pendakwaan dalam perbicaraan kes terhadap tertuduh Koperal Hassan Ali Basari didakwa dengan sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas di Lahad Datu. Baca [Sini]

Saksi itu yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan mahir dalam Bahasa Suluk dan Bajau memintas percakapan itu pada pukul 10.31 malam, 25 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan kemudiannya memintanya membacakan catatan itu kepada mahkamah.

“Pada 25 Februari 2013, jam 22:31 (10:31 malam), Datu Amirbahar menyatakan dia mendapat tahu daripada Hassan yang merupakan anggota polis bahawa pihak berkuasa Malaysia akan masuk pukul 12 tengah malam nanti. Raja maklum dan memberitahu mereka telah bersedia. Datu Amirbahar memberitahu Hassan dan Hussin merupakan adik-beradik dan mereka juga merupakan ahli keluarga kita. Raja maklum.”

Hassan yang berasal dari Semporna didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam-peguam Ram Singh, Kamarudin Mohd. Chinki, Syaiful Sufyyan Sidin dan Lo Yun Sin didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Cawangan Khas Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu antara Januari dan 3 Mac lalu.

Datu Amirbahar yang juga anak saudara kepada Jamalul Kiram III dan merupakan komander kumpulan pengganas Kiram berpangkat Jeneral yang menceroboh Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu ditangkap pada 23 Mac lalu di kawasan paya bakau di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna.

Dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lahad Datu pada 19 April lalu atas dua tuduhan, iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas. - Sumber

2 comments:

  1. Harap perigi timur tukar color background.

    ReplyDelete
  2. hahahaha...color background sudah ditukar..haraf maaf tuan anon 10:22

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive