Sunday 23 June 2013

#BlackOut505 - 10 NGO Dirikan Khemah Haram Di Padang Merbok!!!

KUALA LUMPUR:  Usaha parti pembangkang mengadakan perhimpunan hari ini untuk membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kini melarat hingga wujudnya kumpulan yang berkemah di kawasan Padang Merbok.

Ini amat bertentangan dengan cadangan asal parti pembangkang yang hanya mahu mengadakan perhimpunan sehari di beberapa bandar di negara ini, dan ia sepatutnya berakhir hari ini setelah mereka bersetuju untuk mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Rakyat Isnin ini di Parlimen.

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan Badrul Hisham Shahrin berkata sebanyak 10 badan bukan kerajaan (NGO) mendirikan 60 khemah di Padang Merbok, di sini selepas tamat perhimpunan haram Blackout 505 adalah untuk menyatakan bantahan mereka terhadap cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan PRU13.

Mereka yang terdiri daripada 245 anggota NGO serta anggota politik termasuk Anggota Parlimen Batu yang juga Naib Presiden PKR Tian Chua, akan berkemah di situ sehingga tuntutan mereka supaya pemimpin tertinggi SPR meletak jawatan.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata antara 10 NGO yang terlibat ialah SAMM; Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM); Asalkan Bukan Umno (ABU); Gabungan Profesional Menuntut Royalti; Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti); Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit);  Ambang 13;  Parti Sosialis Malaysia (PSM); Amuk; Pembebasan Bangsa; dan Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima).

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada perhimpunan itu berkata pihaknya akan terus mengadakan perhimpunan seperti hari ini sehingga tuntutan pembangkang dipenuhi SPR.

Beliau berkata tiga tuntutan itu ialah meminta pemimpin tertinggi SPR meletak jawatan; mengadakan pilihan raya kecil di tempat-tempat yang didakwa oleh pembangkang berlaku penipuan; dan menghentikan usaha untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali, Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Dr Chua Jui Meng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Walaupun keadaan berjerebu, ibu bapa masih membawa anak-anak mereka tanpa rasa bimbang mengenai kesan jerebu terhadap kesihatan anak-anak mereka.

Selain itu, tindakan mereka juga telah melanggar peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu kanakkanak di bawah 15 tahun menyertai perhimpunan, merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jika disabit kesalahan mereka boleh didenda antara RM10,000 dan RM20,000.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive