Tuesday, 11 June 2013

N Surendran PKR Dakwa Amaran TS Pandikar Amin Mulia Menyalahi Undang2???


Naib presiden PKR N Surendran berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak sepatutnya “mengancam” untuk turut memulaukan upacara mengangkat sumpah bagi ahli dewan Pakatan Rakyat.



Katanya, walaupun Pandikar berkata demikian secara berjenaka, tindakan memulaukan upacara mengangkat sumpah itu menyalahi Perintah Tetap dan juga Perlembagaan.

Upacara mengangkat sumpah itu melibatkan MP Pakatan Rakyat yang enggan berbuat demikian pada pertama persidangan Parlimen bagi penggal ini pada 24 Jun.

Katanya, Perintah Tetap itu antara lainnya mewajibkan setiausaha Dewan Rakyat menerima angkat sumpah dari mana-mana ahli dewan yang ingin melafazkan sumpah.

"Ini jelas daripada Perintah Tetap 5(2) yang menyatakan bahawa ahli yang belum pernah angkat sumpah boleh menghadirkan diri dalam sidang dewan dan boleh mengangkat sumpah.

"Di bawah Perintah Tetap, setiausaha Dewan Rakyat terikat untuk mengendalikan sumpah kepada mana-mana Ahli Parlimen yang belum lagi mengangkat sumpah.

"Yang Dipertua dan BN tidak mempunyai kuasa apa pun untuk menolak angkat sumpah daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat," kata Surendran. - Sumber


Ahli Parlimen PR awal hari ini telah diberi amaran oleh Pandikar mereka akan digugurkan sebagai wakil rakyat sekiranya memboikot proses mengangkat sumpah pada 24 Jun ini.

“Kalau ahli Yang Berhormat tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan, selama enam bulan maka secara automatik gugur sebagai ahli Parlimen,” katanya.

Jelas Pandikar Amin lagi, atas semangat demokrasi juga, speaker dan timbalan speaker berhak memboikot upacara mengangkat sumpah wakil rakyat PR.

“Tidak boleh angkat sumpah hari lain ... kecuali tidak datang atas sebab kesihatan yang tak boleh dielakkan,” katanya.

“Apabila kita angkat sumpah baru kita jalankan fungsi sebgai wakil rakyat,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive