Monday 17 June 2013

Solidariti Anak 'Monyet' Malaysia (SAMM) Tetap Berhimpun Di Padang Merbok???

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shahrin menjelaskan perhimpunan Black505 akan diteruskan sepertimana yang dirancangkan sebelum ini iaitu di Padang Merbok.



Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard menjelaskan, Pakatan Rakyat dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah menyatakan sokongn untuk menyertai himpunan yang akan diadakan pada 22 Jun nanti itu.

"Perhimpunan akan diteruskan sepertimana yang dirancangkan dan dipersetujui oleh Pakatan Rakyat dan juga NGO iaitu 22 Jun nanti di Padang Merbok.

"Kita telah mengikuti peraturan yang telah ditetap di dalam Akta Perhimpunan Aman yang menetapkan pemberitahuan 10 hari notis sebelum sesuatu program itu dilaksanakan.

"Perkara ini telah pun dilakukan dan kita maklumkan kepada pihak polis dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau menegaskan perhimpunan ini akan berlangsung dengan aman bagi tujuan untuk menegakkan keadilan serta kebenaran pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

"Ini perhimpunan aman bukannya 'Malaysian Spring' ataupun 'Arab Spring' kita menuntut keadilan serta kebenaran bukan hendak menjatuhkan kerajaan.

"Kita harap ada kerjasama baik dari pihak polis sewaktu himpunan tersebut sedang berlangsung," kata beliau lagi.

Chegubard turut memberitahu, terdapat kelompok anak muda akan berkhemah di Padang Merbok pada 22 Jun nanti sehingga hari pembukaan Dewan Rakyat 24 Jun.

"Kita akan ikut serta dalam perkhemahan tersebut, dijangkakan lebih seratus buah khemah akan disediakan untuk ahli SAMM.

"Kita anggarkan lebih 500 orang dari SAMM akan menyertai perkhemahan tersebut dan jumlah ini tidak termasuk dari anak-anak muda," katanya. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive