Friday, 7 June 2013

[FOTO] Mayat Mangsa Runtuhan Berjaya Di Keluarkan !!!

Gambar di bawah merupakan keadaan mangsa runtuhan jambatan kedua yang telah di temui oleh pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus mengesan mangsa sejak petang semalam.

Menurut sumber mangsa adalah seorang lelaki Melayu berusia 40-an dari Permatang Damar laut.Pihak polis di katakan telah menghubungi saudara terdekat mangsa bagi membuat pengecaman.

Sejauh mana kebenarannya sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.

Al-Fatihah dan takziah ucapkan kepada keluarga mangsa.

Sebelum itu Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md. Sofar.

Jurucakap polis berkata, bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.

"Kita meminta kerjasama semua pihak yang mengenali pemilik kenderaan itu untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti mangsa," katanya.

Mangsa bagaimanapun belum dapat dikeluarkan lagi dari kereta itu dan kerja mengalih sisa tanjakan konkrit yang telah dipotong itu sedang giat dijalankan.

Semalam, runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di Batu Maung itu menghempap sebuah kereta dan seorang mangsa dipercayai terperangkap di dalam runtuhan itu.

Dalam kejadian itu, dua bahagian konkrit iaitu 180 ton konkrit keras dan 100 ton konkrit lembut runtuh secara tiba-tiba dan menghempap sebuah kenderaan.

Tiga orang iaitu dua pekerja asing dan seorang wanita tempatan cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, kerja mengangkat sisa runtuhan tanjakan konkrit yang dipotong sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat di kawasan kejadian.

Jurucakap bomba berkata, runtuhan tanjakan konkrit dan besi itu terpaksa dipotong lebih kecil bagi memudahkan kerja mengalih dan mengangkut dilakukan.

Katanya, setelah runtuhan tanjakan itu dialih, barulah bomba dapat mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta akibat dihempap tanjakan konkrit itu.

Beliau berkata, lebih 300 anggota pasukan yang terdiri daripada polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam, pekerja syarikat pembinaan dan kontraktor sedang bertungkus-lumus mengalihkan runtuhan konkrit dan besi seberat beratus-ratus tan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive