Friday, 28 June 2013

Ketua Wanita UMNO - Azalina Mahu Cabar Kak Ijat????

Pertembungan bagi jawatan Ketua Wanita Umno akan berlaku akhir tahun ini apabila bekas Ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said menyatakan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam pemilihan parti itu akhir tahun ini.



Menurut sumber itu lagi, Shahrizat telah mengesahkan mahu terus mempertahankan jawatannya walaupun terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) pada tahun 2012 sehingga menyebabkan beliau melepaskan jawatan menterinya.

"Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan," kata Azalina yang merupakan ahli Parlimen Pengerang dipetik dari The Star Online.

Walau bagaimanapun, Shahrizat yakin akan terus kekal memimpin Wanita Umno berdasarkan galakan dan sokongan daripada sayap Umno itu.

"Mereka berada di sana untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah kawan-kawan saya dan rakan-rakan adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau dipetik dari The Star Online.

Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Selain itu Umno juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru Umno dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian.

"Adalah wajar Azalina Cabar Shahrizat, dan menngusai jawatan Ketua Wanita UMNO, kerana Shahrizat telah mengesahkan mahu terus mempertahankan jawatannya walaupun terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) pada tahun 2012, sehingga menyebabkan beliau melepaskan jawatan menterinya." - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive