Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Friday, 2 January 2015

Kelantan Hebat!!! RM23 Untuk Sepinggan Nasi Berlauk Ikan Kembung???

TANAH MERAH: Harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan segelas air teh panas mencecah RM23 di bandar yang dilanda banjir baru-baru ini.

Penulis terkejut apabila perlu membayar harga makanan hampir lima kali ganda daripada harga biasa juadah itu dalam sekitar RM5 pada waktu biasa selepas mengalas perut di sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah bandar ini semalam.

"Saya terkejut dan bila ditanya peniaga itu memohon maaf dan menyatakan kesukaran mendapatkan bahan mentah dan terpaksa pergi ke Kota Baharu yang terletak kira-kira 70 km dari sini.

"Saya faham kalau mahu menaikkan harga tetapi jangan sampai ia jadi tidak munasabah dan saya sungguh terkejut dengan harga itu," kata penulis.

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati hanya beberapa buah kedai makan sahaja yang telah beroperasi di bandar ini selepas banjir buruk yang menenggelamkan keseluruhan bandar berkenaan baru-baru ini.

Pasar Besar Tanah Merah di sini yang telah kembali beroperasi dilihat sesak dengan orang ramai yang mahu membeli barangan basah itu. Seorang suri rumah, Rahaya Samsudin, 47, bagaimanapun berkata tidak banyak barangan basah yang dijual dan jika ada pun ia agak mahal sedikit dan berharap keadaan itu akan pulih segera.

"Ayam sekilogram pun hampir RM8. Harga mahal ini sedikit membebankan kami. Mana nak bersih rumah dan mahu guna duit membelikan perkara yang perlu dibebani pula dengan harga barangan yang mahal,' katanya.

Kekurangan bekalan minyak petrol dan diesel di bandar ini menjadikan bahan api itu perniagaan segera yang paling laris di jajahan ini sehingga ada menjualnya dalam botol. Perniagaan itu tumbuh bak cendawan selepas hujan di sepanjang perjalanan antara Pasir Mas ke Tanah Merah.

Seorang peniaga yang enggan disebut nama dan berusia 20-an berkata sebotol besar 1.5 liter minyak petrol dijual sebanyak RM15. Harga petrol RON95 kini RM1.91 seliter manakala RON97 RM2.11 seliter.

Tuesday, 30 December 2014

Hujan Lebat Dijangka Landa Negeri Terjejas Banjir - Palanivel

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Hujan lebat dijangka terus berlaku di negeri-negeri yang sedang terjejas oleh banjir, kata menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata mengikut ramalan, hujan lebat sekejap-sekejap serta ribut petir di sana sini, terutama di kawasan pantai, dijangka berlaku di Pahang antara 1 dan 5 Jan tahun depan.

"Oleh itu, penduduk di Pahang dinasihati supaya bersiap sedia untuk menghadapai sebarang kemungkinan, termasuk dipindahkan dengan segera ketika berlaku ribut petir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Terengganu pula, katanya, dijangka mengalami hujan dalam tempoh tujuh hari akan datang, termasuk hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat. Keadaan serupa juga dijangka berlaku di Kelantan dan Perak, dengan kadangkala hujan sederhana lebat sepanjang beberapa hari akan datang, kata beliau.

Beliau berkata hujan di sana-sini dijangka kerap berlaku di kawasan pesisir pantai Kelantan. Di Johor, hujan lebat dijangka berlaku dua hari lagi.

"Ribut petir di sana-sini diramal berlaku pada tengah hari di negeri paling selatan kita ini. Sekali lagi, rakyat Malaysia dinasihati supaya bersiap sedia dan menjaga keselamatan diri serta sentiasa memberi respons terhadap langkah pihak berkuasa," katanya.

Palanivel juga berkata mereka yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan berisiko tinggi dilanda banjir perlu sentiasa berwaspada dan memantau paras air sungai dengan melayari laman sesawang portal banjir.

BERNAMA

#Pray4PantaiTimur - Kuala Krai Umpama Acheh Semasa Tsunami

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Seorang sukarelawan menceritakan keadaan banjir di Kelantan terutama Kuala Krai sama seperti keadaan selepas tsunami di Aceh pada 2004.

"Keadaan di Kuala Krai memang teruk. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya. Lebih teruk daripada Kota Baharu. Ia mengingatkan saya tentang Aceh semasa saya menyertai misi bantuan di sana 10 tahun lalu," demikian mesej yang dihantar Razi Pahlavi Abdul Aziz, 40, kepada rakan-rakannya.

"Bandarnya (Kuala Krai) tiada penghuni, kereta-kereta rosak tersadai di tengah jalan, rumah kedai dan rumah-rumah musnah, dinding-dinding runtuh, jalan-jalan turut rosak. Saya melihat rumah dibawa arus sejauh 100 kaki.

"Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya... sedih, kecewa dan putus asa melihat bagaimana banjir boleh memusnahkan sebuah bandar, kampung dan orang," katanya menerusi laman Twitternya.

Razi sedang menyelaras misi bantuan kumpulan alumni Akrab Jaya, Gos dan R8 yang bekerjasama rapat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Mercy Malaysia. Pasukan itu menggunakan empat pacuan empat roda meredah Kelantan pada 27 Dis lalu selama 18 jam menuju Kota Baharu beserta tiga buah bot dan barangan bantuan.

Misi mereka ialah untuk membekalkan bantuan logistik kepada HUSM dengan membawa petugas dan bekalan perubatan ke kawasan pedalaman. Menurutnya, pasukan itu yang telah bertugas 48 jam tanpa henti turut mengagih makanan dan minuman kepada mangsa di sekitar Kota Baharu dan kawasan berdekatan bersama pasukan Wataniah HUSM.

Beliau berkata kekangan logistik masih menjadi masalah utama untuk pasukan bantuan sampai kepada mangsa banjir. Namun Razi kagum dengan semangat tinggi yang ditunjukkan pasukan bantuan termasuk Jabatan Pertahanan Awam, Mercy Malaysia dan anggota-anggota sukarelawan lain dalam membantu mangsa banjir.

"Senyuman masih terbayang di wajah mereka, walaupun mereka kelihatan letih. Mereka adalah wira-wira yang bertungkus-lumus siang malam. Mereka berada di sana sebelum banjir gelombang pertama, mereka terputus bekalan makanan, elektrik, air bersih, tetapi mereka tetap bertugas... menggadai segala-galanya untuk menyelamat nyawa orang.

"Mereka menakjubkan, mereka memiliki semangat yang menakjubkan," demikian antara lain bunyi teks mesejnya.

Sumber

#Pray4PantaiTimur - Mangsa Banjir Menurun Kecuali Pahang

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu dilaporkan terus menurun malam ini manakala Pahang menunjukkan peningkatan bilangan mangsa yang dipindahkan.

Di PAHANG, jumlah mangsa terus meningkat kepada 37,389 orang berbanding 35,501 orang petang tadi. Mangsa berada di 244 pusat pemindahan dalam lapan daerah yang masih terjejas. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Temerloh mempunyai mangsa banjir paling ramai iaitu 15,366 orang di 62 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah yang terlibat ialah Jerantut yang menempatkan 6,025 orang di 59 pusat pemindahan, Pekan (5,108 mangsa/ 34 pusat), Maran (3,690 mangsa/ 28 pusat), Lipis (2,468 mangsa/ 31 pusat), Bera (2,426 mangsa/ 14 pusat), Kuantan (2,277 mangsa/ 14 pusat) dan Rompin (29 mangsa/ dua pusat).

Di KELANTAN, jumlah mangsa berkurangan kepada 142,564 orang malam ini berbanding 147,072 pada sebelah petang. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata 43,558 mangsa berada di 63 buah pusat di Kota Baharu, Pasir Mas (23,568 mangsa/35 pusat), Pasir Putih (192 mangsa/dua pusat), Tumpat (26,584 mangsa/32 pusat), Tanah Merah (3,546 mangsa/24 pusat).

Seramai 8,289 mangsa di Machang berada di 34 pusat pemindahan, Kuala Krai (23,500 mangsa/103 pusat) dan Gua Musang (13,327 mangsa/24 pusat).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa juga memperlihat penurunan daripada 32,210 petang tadi kepada 31,805 malam ini. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, Kemaman mencatat 21,874 mangsa, Dungun 9,507, Kuala Terengganu 270 dan Hulu Terengganu 154. Jumlah pusat yang beroperasi adalah 70 iaitu 29 di Dungun, Kemaman 33, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu masing-masing empat, dengan keadaan terkini dilaporkan hujan.

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian menurun kepada 7,408 mangsa daripada 1,948 keluarga malam ini.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Norhafizah Zainuddin berkata semua mangsa ditempatkan di 22 pusat pemindahan di Kuala Kangsar, Perak Tengah 19, Hulu Perak 11 dan satu di Kerian. Perak Tengah mencatat 4,194 mangsa manakala di Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput mempunyai 2,176 mangsa, Hulu Perak 744 dan Kerian 294 mangsa.

Di JOHOR, 171 mangsa melibatkan 49 keluarga berada di lapan pusat pemindahan sehingga malam ini, demikian menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor.

Sumber

Monday, 29 December 2014

#Pray4PantaiTimur - Sesi Persekolahan Di Tangguh Seminggu - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

"Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

"Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu," katanya dalam satu kenyataan.

Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing. Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Sumber

Sunday, 28 December 2014

#Pray4PantaiTimur - Penipuan Banjir Di WhatsApp & Facebook Menjadi2!!!

Cuba kita senaraikan kes-kes penipuan banjir yang tersebar melalui whatsapp, facebook dan lain-lain.

Yang dapat ingat adalah seperti berikut:

1. Surat tarik diri sukarelawan penyediaan makan minum.

2. Bantuan dari NGO ataubpersendirian yang ditahan sebab nak tampal sticker BN.

3. Surat dari anggota tentera (kebuluran kerana bantuan tidak sampai.

4. Sekolah Kebangsaan Manik Urai yang runtuh.

5. Puisi ibu darwish 'tidurlah sayang'

6. Sewa helikopter tentera RM4500

7. Gambar budak mati akibat bumbung
runtuh (hakikat sebenar adalah di Indonesia)

8. Keluarga 10 orang mati akibat terperangkap dalam rumah di Kuala Krai.

9. Kelantan terputus terus hubungan jalanraya.

10. Empangan Thailand yg melepaskan air.

11. Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja

Kalau ada yang tertinggal, bolehlah tambah dan sila nyatakan antara 11 di atas yang manakah anda tidak pernah dengar lagi.

P/S: Mengapa kesemua sebaran palsu di atas berpunca dari penyokong parti tertentu sahaja dan mengandungi mesej untuk menyalahkan kerajaan sahaja?

#AwasBanjir #Pray4PantaiTimur #Banjir

#Pray4PantaiTimur @PDRMsia - King Jason Tunjuk Gedeber #SKMM Jangan Duduk Diam???

Nampaknya makin melampau sesetengah pihak yang seolah olah mencabar kewibawaan pihak berkuasa.
Rasanya beberapa pihak telah mengeluarkan kenyataan serta amaran supaya jangan ada berita palsu disebarkan tambahan pula yang melibatkan mangsa banjir.

Tapi kali ni nampaknya masih ada yang tidak peduli dengan amaran tersebut dan rasanya pihak SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak boleh lagi buat buat tak nampak atau nak buat tak tau sebab  rasa dah melampau puak puak ni.

Dengan memuat naik gambar yang menunjukkan seorang kanak kanak dijumpai meninggal dan mengatakan bahawa gambar berkenaan di ambil di Kelantan, PT rasa dah tak boleh lagi nak dimaafkan.

Dan untuk makluman, gambar tersebut adalah gambar lama kejadian tanah runtuh di negara jiran. Ini sengaja mendatangkan keresahan dan kebimbangan dikalangan masyarakat tambahan pula mereka yang ditimpa bencana.

Harap pihak yang berkenaan tampil membuat siasatan dan membawa haram jadah ni ke muka pengadilan.

Sumber

#Pray4PantaiTimur - RM1.5 Juta Untuk Bantuan Banjir - Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan RM1.5 juta untuk membantu negeri-negeri yang dilanda banjir. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh dalam satu kenyataan berkata, wang itu telah dipindahkan ke Akaun Amanah atas arahan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Saya telah diberi kuasa untuk mengeluarkan RM500,000 bagi setiap transaksi untuk membeli kelengkapan seperti susu tepung, tuala wanita dan air. Dokumen akan dibentangkan pada mesyuarat EXCO akan datang.

"Ini juga dengan persetujuan ahli-ahli EXCO," katanya. Satu pasukan bantuan bencana juga akan digerakkan ke Kelantan pada Isnin.

"Terdapat satu kumpulan terdiri daripada 18 pegawai kebajikan dan sukarelawan sosial yang akan dihantar ke Kelantan pada hari Isnin.

"Mereka mempunyai pengalaman berkhidmat di pusat pemindahan semasa banjir di Pahang," kata Phee. ADUN Sungai Puyu itu juga berkata kerajaan negeri itu sedang mengatur logistik dan pengangkutan kerana banyak tempat tidak boleh diakses disebabkan paras air yang semakin meningkat.

Sumber
.

Saturday, 27 December 2014

#Pray4PantaiTimur - Bantuan Khas RM500 Juta Bagi Mangsa Banjir

KOTA BARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara yang akan diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata berikutan situasi banjir yang semakin meruncing, kerajaan berharap bantuan tersebut akan membantu mengurangkan beban mangsa banjir.

"Untuk terus membantu mereka, bayaran BR1M yang dijadualkan hujung bulan depan dipercepatkan ke pertengahan Januari 2015," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, Sabtu.

Mengulas lanjut, Najib berkata dana RM500 juta itu merangkumi bantuan bagi mangsa yang kediaman dan kenderaan mereka rosak akibat banjir. Beliau bagaimanapun berkata ia tidak meliputi peruntukan yang akan ditentukan kemudian untuk membaiki kerosakan kepada institusi pendidikan, bangunan kerajaan, masjid, surau dan lain-lain.

"JKR (Jabatan Kerja Raya) akan menyelaraskan kerja baik pulih (infrastruktur awam) yang perlu dilakukan sebaik sahaja banjir ini selesai nanti," katanya.

Beliau menegaskan segala usaha bantuan perlu dilakukan pada tahap semaksimum mungkin oleh semua pihak termasuk agensi kerajaan berkaitan.

Najib berkata beliau dimaklumkan MKN bahawa bencana kali ini amat serius memandangkan ada lokasi tertentu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, kali ini terjejas teruk.

"Saya diberitahu keadaan amat kritikal yang mana sesetengah tempat air masih naik, dan ada juga tempat yang tak pernah banjir, kini mengalami keadaan banjir yang begitu serius. "...dan ada juga tempat di mana mereka (penduduk) terpaksa lari ke atas bukit dan lereng bukit, dan (ada) juga tempat pemulihan banjir yang secara mendadak diwujudkan kerana keadaan banjir di luar dugaan yang berlaku kali ini," kata Najib.

Sehubungan itu, perdana menteri berharap semua agensi terlibat memastikan tumpuan diberi sepenuhnya kepada usaha menyelamat dan memberi bantuan kepada mangsa banjir.

"Saya amat berharap kerjasama semua pihak untuk pastikan bahawa fasa pertama ini kita dapat beri tumpuan iaitu menyelamat dan beri bantuan seperti makanan, selimut, tikar, lilin dan sebagainya," katanya.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa keadaan lebih runcing kerana air naik begitu tinggi disertai arus begitu deras selain terputus bekalan elektrik.

"Ini bererti bekalan air bersih juga tak dapat disampaikan dan mangsa banjir di tempat pemindahan sementara terpaksa berada dalam gelap tanpa bekalan elektrik," katanya.

Sumber

#Pray4PantaiTimur - Banjir Di Kelantan Makin Meruncing

KUALA LUMPUR: Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah hari ini.

Di KELANTAN, 26,000 mangsa direkodkan di Tumpat, menjadikan jajahan itu paling teruk terjejas diikuti Kota Bharu dengan 24,034 mangsa.

Jajahan Pasir Mas juga masih mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi iaitu 12,332 orang, Kuala Krai (5,200 orang) Gua Musang (5,150), Machang (4,039), Tanah Merah (3,548) Jeli (1,430) dan Pasir Puteh (192).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata kesemua mangsa daripada 20,177 keluarga itu di tempatkan di 254 pusat pemindahan.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sepanjang laluan utama dari bandar Kota Bharu ke Pengkalan Chepa telah dinaiki air, dan kebanyakan kawasan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda. Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Sabak, Jalan Pengkalan Chepa, dan Jalan Tok Guru.

Di KEDAH, keadaan dilaporkan beransur pulih dengan baki 13 mangsa telah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan terakhir di daerah Bandar Baru telah ditutup.

Berbeza di TERENGGANU, 35,246 penduduk melibatkan 6,750 keluarga masih berada di pusat pemindahan. Daerah Kemaman masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan 25,055 orang, diikuti Dungun (8,725 orang), Kuala Terengganu (1,247 orang) dan Hulu Terengganu (219 orang).

Sebanyak 99 pusat pemindahan masih dibuka iaitu 50 di Kemaman, Dungun (35), Kuala Terengganu (9) dan Hulu Terengganu (5).

Di PAHANG, jumlah mangsa meningkat kepada 35,564 orang dengan daerah Raub turut terkesan dengan 666 penduduk dipindahkan ke 17 pusat pemindahan yang dibuka pagi tadi.

Menurut laporan Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, lapan lagi daerah yang terjejas ialah Kuantan dengan 15,072 mangsa, Jerantut (5,802), Temerloh (4,522), Maran (3,335), Pekan (3,128), Lipis (2,470), Bera (528) dan Rompin (41).

Jumlah mangsa di PERAK turut meningkat kepada 6,730 orang melibatkan daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hulu Perak dan Kerian. Daerah Perak Tengah mencatat jumlah mangsa paling tinggi dengan 3,311 orang diikuti Kuala Kangsar (2,711), Hulu Perak (657) dan Kerian (51), demikian menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak.

Di JOHOR, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa menurun kepada 1,096 orang di 14 pusat pemindahan. Di PERLIS, jumlah mangsa berbaki 195 orang di tiga pusat pemindahan iaitu di Dewan Seri Malau, Beseri, Dewan Beseri Dalam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Kangar.

Di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa semakin berkurangan daripada 331 orang pagi tadi kepada 80 tengah hari ini setelah paras air semakin surut.

Di SELANGOR, dilaporkan 85 orang terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Klang selepas beberapa kawasan dilanda banjir sejak dua hari lepas.

Antara kawasan terlibat ialah Jalan Datuk Abdul Hamid, Taman Sentosa; Kampung Budiman; Persiaran Hamzah Alang; Batu 5; Jalan Meru dan Jalan Paip di Meru.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan jangkaan hujan lebat pada masa ini mungkin boleh menyebabkan paras air di kawasan berkenaan meningkat semula.

Sumber
.

#Pray4PantaiTimur - PM Diberi Taklimat Banjir Di Kelantan

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meminta semua agensi terlibat dalam kerja-kerja membantu mereka yang terlibat banjir di Kelantan mempastikan segala usaha diteruskan dengan lancar termasuk menentukan bekalan makanan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Semasa majlis taklimat yang turut dihadiri Pengerusi Masjlis Tindakan Persekutuan Kelantan Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan Menterui Besar kelantan, Dato’ Haji Ahmad Yaakob, Perdana Menteri banyak mengajukan pertanyaan kepada pihak-pihak terbabit tentang permasalahan yang dihadapi ketika kerja-kerja menyelamat dan menghulur bantuan dilakukan.

Antara aspek yang diperjelaskan kepada Perdana Menteri ialah kesukaran penerbangan helikopter ekoran cuaca buruk serta ketiadaan tempat-tempat sesuai untuk pendaratan.

Dato’ Seri Najib menaiki helikopter untuk meninjau kedaan keseluruhan banjir sekitar Kelantan dan cuba mendarat di mana-mana pusat pemindahan termasuk Tumpat dan Jeli jika keadaan mengizinkan untuk pendaratan.

Beliau dijangka membuat kenyataan pada satu sidang media sebelum berlepas pulang ke ibu negara lewat petang ini.

Sumber

Wednesday, 20 August 2014

Al-Fatihah - ADUN BN Pengkalan Kubor Meninggal Dunia Di China

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia pagi ini kerana kanser.
Allahyarham meninggal dunia jam 5.45 pagi tadi di China ketika mendapatkan rawatan di negara berkenaan.
Allahyarham juga adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.
Al- Fatihah

Thursday, 29 May 2014

Kelantan Hebat!!! 12 Ekor Manusia Ditahan Kes Rogol Dan Liwat Budak 12 Tahun


KOTA BARU: Polis sudah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas pukul 4 pagi Selasa di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.

Perintah reman terhadap tiga lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun serta gadis berkenaan bermula pada Rabu, katanya yang ditemui pemberita di luar mahkamah majistret, di sini, Rabu.

“Polis pada hari ini (Rabu) telah menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada pukul 4 pagi dan 10.30 pagi ini di sekitar Ketereh,” katanya.

Katanya polis akan mendapatkan perintah reman terhadap kesemua lapan suspek berusia 20 hingga 30-an itu Khamis.

Semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sementara gadis itu pula dipercayai membantu suspek lain dalam kejadian tersebut, katanya.

Sementara itu, Azham tidak menolak kemungkinan remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diliwat.

Katanya, polis turut akan meneliti laporan perubatan mangsa bagi membantu siasatan.

“Kami menjangkakan kes itu ditutup dalam masa terdekat kerana suspek berusia diantara 20 hingga 30 tahun dipercayai berasal dari kampung yang sama.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan remaja perempuan itu turut diliwat.

“Polis mempunyai alasan untuk percaya bahawa hampir kesemua suspek berada pada pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu,” katanya.

Menurut Azham, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan saki-baki suspek dalam kes yang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Friday, 15 November 2013

Kenapa Timbalan MB Berdolak Dalik Tentang Hudud Di Kelantan???

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) enggan mengulas lanjut kenyataan Jabatan Kehakiman Syariah negeri yang mendakwa jabatan itu sudah bersedia melaksanakan hukum hudud.

Mohd. Amar berkata, hanya pihak jabatan kehakiman mengetahui apa yang diperlukan termasuk bilangan hakim dan sebagainya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad semalam yang menyatakan pihaknya sudah mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksana hukum itu.

"Saya tak tahu nak komen apa dah kalau dia cakap macam itu, tetapi dia perlu jelaskan apa maksud dengan sudah bersedia.

"Hanya jabatan mahkamah tahu apa yang mereka perlukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Daud yang menyatakan Mahkamah Syariah sudah bersedia pada bila-bila masa melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Namun, Daud berkata, kerajaan Pas Kelantan perlu menambah bilangan hakim sekiranya mahu hukum itu dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Mohd. Amar ketika ditanya perkembangan kertas kerja yang dirangka pakar undang-undang Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari mengenai bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dapat dilaksanakan dalam kerangka bidang kuasa negeri, beliau berkata, pihaknya masih menunggu hasil kerja yang dimaksudkan.

Baru-baru ini beliau memberitahu, kerajaan negeri meminta Abdul Aziz membuat cadangan bertulis bagaimana hudud boleh dilaksanakan tanpa sekatan undang-undang.

UPSR 5A - Tokey Ayam Bagi Mini Cooper Kepada Anaknya???




Seorang pelajar di Sekolah Zainab Kota Bharu berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR yang diumumkan semalam , namun yang menjadi sensasi nya kisah adik yang cermelang ini adalah , beliau di khabar kan mendapat hadiah sebuah kereta Mini Cooper bernilai RM 210 ribu dari keluarganya sebagai hadiah kejayaan itu , hadiah tersebut di sampaikan kepada nya di Sekolah tersebut selepas mengetahui keputusannya semalam.


Ramai yang memperkatakan kisah adik ini di laman-laman sosial , di khabarkan bapa kepada adik ini adalah seorang peniaga ayam di Kota Bharu , namun sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat admin pastikan , senadainya betul berita ini , tahniah untuk adik ini kerana mendapat hadiah yang mungkin jarang perolehainya oleh orang lain. sumber fb.

Giliran Peniaga Pasar Malam Pula Ditembak Di Kelantan

Gambar kes tembak di Bachok Kelantan pada 14 November 2013. Kejadian dipercayai berlaku pada khamis 8.45 malam melibatkan kematian seorang peniaga pasar malam. Mangsa Alias Yusof, 58, maut ditembak tiga das tembakan yang dipercayai dilepaskan oleh seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah. 



Sebelum insiden, mangsa dilaporkan menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga. Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan. 


Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) Kota Bharu untuk bedah siasat.

PT
Pada 11 Oktober 2013 lepas seorang wanita telah ditembak di persimpangan lampu isyarat di depan balai Polis Binjai..bermakna kes tembak di Kelantan berlaku hampir setiap bulan. Sila baca selanjutnya di [SINI]. Baca juga di [SINI] guru ditembak di Bachok dan jangan lupa baca [SINI] pesara tentera ditembak dan ditetak juga di Bachok.






Sumber

Tuesday, 29 October 2013

Jurulatih Malaysia - Kelantan Bakal Juara Piala Malaysia 2013???

Kehangatan Final Piala Malaysia 2013 makin terasa , pegumuman harga tiket sudah di putuskan , 75,000 tiket telah di putuskan oleh FAM untuk di jual untuk Final Piala Malaysia edisi kali ini.


Namun yang paling hangat adalah ramalan -ramalan jurulatih tempatan , rata -rata antara mereka meramalkan Kelantan akan menjadi juara untuk edisi kali ini .

Ikuti kata jurulatih tersebut :

B. Sathianathan ( Jurulatih ATM ) - penentuan juara ibarat bergantung kepada kemahuan Kelantan mahu atau tidak untuk bergelar juara lagi,

Beliau meramalkan perlawanan akhir itu akan berakhir dalam 90 minit masa sebenar yang memihak Kelantan 1-0 atau 2-1.

Tidak mungkin terheret ke masa tambahan biarpun saya puji Pahang yang memiliki Azamuddin Akil, Matias Conti dan R. Gopinathan. Ramai pemain Kelantan yang boleh dikatakan susah nak dikawal tetapi jika Kelantan main lewa atau ambil mudah, keputusannya boleh berubah, katanya.

Ismail Zakaria ( Jurulatiah Sime Darby ) - Kelantan ada pengalaman dan ramai pemainnya kerap beraksi pada perlawanan akhir,katanya, bahagian tengah dan serangan mereka juga lebih baik dan berkualiti,mungkin keputusannya Kelantan menang 2-0 dalam 90 minit.

Namun, jangan pandang rendah Pahang kerana jika Kelantan berbuat begitu dan mengambil ringan lawan, boleh berulang seperti ATM mendahului mereka 2-0 pada separuh akhir di Kota Bharu (Jumaat lalu).

"Mungkin ramai meletakkan Dickson Nwakaeme (pemain import Nigeria) yang menjadi perhatian tetapi saya lebih menggemari dua pemain tempatan Kelantan, Nor Farhan Muhammad dan Badhri Radzi sebagai bintang perlawanan akhir itu, katanya.

Menurut Ismail, Pahang hanya mampu mengubah ramalan keputusannya itu dengan bersandarkan keinginan meluap-luap barisan pemain mudanya untuk menjulang Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada 1992 dengan menewaskan Kedah 1-0.

Setelah sekian lama Pahang tidak memasuki perlawanan akhir, sudah pasti semangat dan keazaman pemain mereka lebih tinggi berbanding Kelantan yang sudah dua kali juara Piala Malaysia (2010 dan 2012).

Pemain muda ini juga mempunyai motivasi lain iaitu untuk menghadiahkan Sultan Pahang sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-83, Khamis lalu," katanya yang membawa Sime Darby menceburi Liga Super musim depan, bergelar naib juara Liga Perdana dan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2013.

Azraai Khor Abdullah ( Bekas jurulatih Perak ) - Beliau meramalkan Kelantan menang dengan keputusan 3-1 tanpa memerlukan masa tambahan 30 minit,ramai pemain Kelantan sudah berpengalaman perlawanan akhir Piala Malaysia (2009, 2010 dan 2012) dan barisan yang hampir sama akan bermain lagi.

Kualiti Kelantan sudah terbukti ketika separuh akhir kedua menentang ATM apabila dalam 10 minit terakhir pemain mereka masih boleh menyengat. Badhri bakal menyerlah lagi kerana dia mampu mengawal dan mencipta rentak permainan malah menjaringkan gol.

Kelantan terlalu bagus untuk ditewaskan sedangkan Pahang mungkin terlalu bergantung kepada Conti, Alex (Azamuddin) dan Fauzi Roslan (penjaring gol penyamaan separuh akhir kedua menentang Sarawak, Sabtu lalu) katanya.

Apa-apa pun itu pandangan mereka sama -sama kita tunggu perlawanan tersebut Ahad nanti siapakah akan muncul JUARA PIALA MALAYSIA 2013. - Sumber

PT
Tapi yang peliknya ada juga jurulatih di Malaysia ni masih tak reti-reti menilai mutu dan kebolehan permaianan PIYA!!! Tersangat Pelik!!!

Sunday, 27 October 2013

[FOTO] Yang Patut Ahli Pas Lihat!!!




Dengan bola sepak dapat manjalinkan ukhwah antara 2 pemimpin PAS dan UMNO,Politik ada medannya,jadi mengapa kita nak bermasam muka antara sesama muslim..


Tetapi dulu-dulu semasa Kelantan dibawah Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz pernah mengeluarkan kenyataan seperti dilaporkan dalam Harakah...

29 Mei 2013

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

May 17, 2013
Ini pulak kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas

Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.

"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.


PT
Tapi sekarang Kelantan dibawah MB yang baru Datuk Ahmad Yaakob yang ternyata jauh lebih cerdik dan berpandangan kedepan demi penyatuan sesama muslim....Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Syukur Alhamdulillah.. semoga bibit-bibit penyatuan ini dipanjangkan demi Allah, demi Rasulullah, demi ummah ahli sunnah wal-jammaah dan demi kalimah Laa-ila-ha-illallah Muhammadar-Rasulullah.

Saturday, 19 October 2013

Pengundian UMNO Pengkalan Chepa Berjalan Lancar, Tiada Sebarang Kekecohan

Proses pengundian melibatkan 691 perwakilan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa  di Dewan Besar Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan di sini pukul 9.00 pagi berjalan lancar.

Pemilihan Bahagian Pengkalan Chepa merupakan antara pemilihan yang panas kerana bagi jawatan Ketua Umno Bahagian menampilkan 4 calon yang bertanding iaitu  Zaluzi , Che Rosli, Rafli  & Rahim .

Sekarang ini proses pengiraan sedang berlangsung & PT akan update keputusan dari semasa ke semasa.

Friday, 11 October 2013

Lagi Kes Tembak Di Kelantan!!! Wanita Mangsa Terbaru Dan Dilaporkan Selamat




Seorang wanita yang memandu proton Persona mengalami saat-saat mencemaskan apabila ditembak ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berdekatan Balai Polis Binjai.

Butiran lanjut dari sumber :

KES MELEPASKAN TEMBAKAN DI TEPI BALAI POLIS BINJAI.

KEJADIAN BERLAKU L/KURANG 1840 HRS.
MANGSA 1 (PEREMPUAN/MELAYU)
NAMA : NURUL ATIKAH XXXXX
K/P : 9xxxx.xx.xxx6.
ALAMAT : KG. XXXX BINJAI.

MANGSA MENAIKI M/KAR JENIS PERSONA NO PENDAFTARAN : W** 5**9 DARI RUMAH KG KARANG UNTUK KE K/KERIAN.

APABILA SAMPAI DI TRAFIK LIGHT BINJAI DALAM KEADAAN BERHENTI KERANA LAMPU MERAH,MANGSA TELAH DI TEMBAK 2 DAS TEMBAKAN DIBAHAGIAN LENGAN KANAN DAN TAPAK TANGAN KANAN.

MANGSA TELAH DIBAWA KE WAD KECEMASAN DI ZON KUNING HUSM UNTUK RAWATAN LANJUT.

SUSPEK DIPERCAYAI 2 (L) (M) MENAIKI M/SIKAL JENIS YAMAHA 135 LC WARNA MERAH DAN BERTOPI KELEDAR WARNA HITAM NO PENDAFTARAN TIDAK PASTI.

TINDAKAN : TELAH MAKLUM KEPADA KJSJ DAN T/KJSJ.



Kereta mangsa


PT sempat merakam beberapa keping gambar semasa melalui persimpangan lampu isyarat tersebut selepas kejadian. Gambar- pihak polis sedang menyiasat tempat kejadian tersebut. Apapun kes tembak menembak di Kelantan tidak akan berhenti begitu saja sehingga tertangkapnya si penembak upahan!!!



Orang ramai melihat kejadian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive