Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Tuesday, 30 December 2014

Hujan Lebat Dijangka Landa Negeri Terjejas Banjir - Palanivel

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Hujan lebat dijangka terus berlaku di negeri-negeri yang sedang terjejas oleh banjir, kata menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata mengikut ramalan, hujan lebat sekejap-sekejap serta ribut petir di sana sini, terutama di kawasan pantai, dijangka berlaku di Pahang antara 1 dan 5 Jan tahun depan.

"Oleh itu, penduduk di Pahang dinasihati supaya bersiap sedia untuk menghadapai sebarang kemungkinan, termasuk dipindahkan dengan segera ketika berlaku ribut petir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Terengganu pula, katanya, dijangka mengalami hujan dalam tempoh tujuh hari akan datang, termasuk hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat. Keadaan serupa juga dijangka berlaku di Kelantan dan Perak, dengan kadangkala hujan sederhana lebat sepanjang beberapa hari akan datang, kata beliau.

Beliau berkata hujan di sana-sini dijangka kerap berlaku di kawasan pesisir pantai Kelantan. Di Johor, hujan lebat dijangka berlaku dua hari lagi.

"Ribut petir di sana-sini diramal berlaku pada tengah hari di negeri paling selatan kita ini. Sekali lagi, rakyat Malaysia dinasihati supaya bersiap sedia dan menjaga keselamatan diri serta sentiasa memberi respons terhadap langkah pihak berkuasa," katanya.

Palanivel juga berkata mereka yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan berisiko tinggi dilanda banjir perlu sentiasa berwaspada dan memantau paras air sungai dengan melayari laman sesawang portal banjir.

BERNAMA

#Pray4PantaiTimur - Kuala Krai Umpama Acheh Semasa Tsunami

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Seorang sukarelawan menceritakan keadaan banjir di Kelantan terutama Kuala Krai sama seperti keadaan selepas tsunami di Aceh pada 2004.

"Keadaan di Kuala Krai memang teruk. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya. Lebih teruk daripada Kota Baharu. Ia mengingatkan saya tentang Aceh semasa saya menyertai misi bantuan di sana 10 tahun lalu," demikian mesej yang dihantar Razi Pahlavi Abdul Aziz, 40, kepada rakan-rakannya.

"Bandarnya (Kuala Krai) tiada penghuni, kereta-kereta rosak tersadai di tengah jalan, rumah kedai dan rumah-rumah musnah, dinding-dinding runtuh, jalan-jalan turut rosak. Saya melihat rumah dibawa arus sejauh 100 kaki.

"Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya... sedih, kecewa dan putus asa melihat bagaimana banjir boleh memusnahkan sebuah bandar, kampung dan orang," katanya menerusi laman Twitternya.

Razi sedang menyelaras misi bantuan kumpulan alumni Akrab Jaya, Gos dan R8 yang bekerjasama rapat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Mercy Malaysia. Pasukan itu menggunakan empat pacuan empat roda meredah Kelantan pada 27 Dis lalu selama 18 jam menuju Kota Baharu beserta tiga buah bot dan barangan bantuan.

Misi mereka ialah untuk membekalkan bantuan logistik kepada HUSM dengan membawa petugas dan bekalan perubatan ke kawasan pedalaman. Menurutnya, pasukan itu yang telah bertugas 48 jam tanpa henti turut mengagih makanan dan minuman kepada mangsa di sekitar Kota Baharu dan kawasan berdekatan bersama pasukan Wataniah HUSM.

Beliau berkata kekangan logistik masih menjadi masalah utama untuk pasukan bantuan sampai kepada mangsa banjir. Namun Razi kagum dengan semangat tinggi yang ditunjukkan pasukan bantuan termasuk Jabatan Pertahanan Awam, Mercy Malaysia dan anggota-anggota sukarelawan lain dalam membantu mangsa banjir.

"Senyuman masih terbayang di wajah mereka, walaupun mereka kelihatan letih. Mereka adalah wira-wira yang bertungkus-lumus siang malam. Mereka berada di sana sebelum banjir gelombang pertama, mereka terputus bekalan makanan, elektrik, air bersih, tetapi mereka tetap bertugas... menggadai segala-galanya untuk menyelamat nyawa orang.

"Mereka menakjubkan, mereka memiliki semangat yang menakjubkan," demikian antara lain bunyi teks mesejnya.

Sumber

#Pray4PantaiTimur - Mangsa Banjir Menurun Kecuali Pahang

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu dilaporkan terus menurun malam ini manakala Pahang menunjukkan peningkatan bilangan mangsa yang dipindahkan.

Di PAHANG, jumlah mangsa terus meningkat kepada 37,389 orang berbanding 35,501 orang petang tadi. Mangsa berada di 244 pusat pemindahan dalam lapan daerah yang masih terjejas. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Temerloh mempunyai mangsa banjir paling ramai iaitu 15,366 orang di 62 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah yang terlibat ialah Jerantut yang menempatkan 6,025 orang di 59 pusat pemindahan, Pekan (5,108 mangsa/ 34 pusat), Maran (3,690 mangsa/ 28 pusat), Lipis (2,468 mangsa/ 31 pusat), Bera (2,426 mangsa/ 14 pusat), Kuantan (2,277 mangsa/ 14 pusat) dan Rompin (29 mangsa/ dua pusat).

Di KELANTAN, jumlah mangsa berkurangan kepada 142,564 orang malam ini berbanding 147,072 pada sebelah petang. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata 43,558 mangsa berada di 63 buah pusat di Kota Baharu, Pasir Mas (23,568 mangsa/35 pusat), Pasir Putih (192 mangsa/dua pusat), Tumpat (26,584 mangsa/32 pusat), Tanah Merah (3,546 mangsa/24 pusat).

Seramai 8,289 mangsa di Machang berada di 34 pusat pemindahan, Kuala Krai (23,500 mangsa/103 pusat) dan Gua Musang (13,327 mangsa/24 pusat).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa juga memperlihat penurunan daripada 32,210 petang tadi kepada 31,805 malam ini. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, Kemaman mencatat 21,874 mangsa, Dungun 9,507, Kuala Terengganu 270 dan Hulu Terengganu 154. Jumlah pusat yang beroperasi adalah 70 iaitu 29 di Dungun, Kemaman 33, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu masing-masing empat, dengan keadaan terkini dilaporkan hujan.

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian menurun kepada 7,408 mangsa daripada 1,948 keluarga malam ini.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Norhafizah Zainuddin berkata semua mangsa ditempatkan di 22 pusat pemindahan di Kuala Kangsar, Perak Tengah 19, Hulu Perak 11 dan satu di Kerian. Perak Tengah mencatat 4,194 mangsa manakala di Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput mempunyai 2,176 mangsa, Hulu Perak 744 dan Kerian 294 mangsa.

Di JOHOR, 171 mangsa melibatkan 49 keluarga berada di lapan pusat pemindahan sehingga malam ini, demikian menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor.

Sumber

Sunday, 9 February 2014

Gaduh - Polis Nafi Penyokong Pahang Maut???

Polis Pahang hari ini menyangkal dakwaan yang disiarkan dalam beberapa laman sosial kononnya seorang penyokong bola sepak Pahang maut dalam pergaduhan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

"Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan khabar angin sedemikian lebih-lebih lagi apabila disiarkan di laman sosial.

"Provokasi seperti ini tidak harus terjadi dan ia wajar dihentikan kerana boleh menjurus kepada pergaduhan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, polis hanya menerima empat laporan berkaitan pergaduhan yang berlaku di Kuantan serta Pekan dan siasatan terperinci masih dijalankan bagi mencari punca kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman turut menafikan perkara yang sama dan meminta pihak terbabit berhenti menyebarkan perkara itu di laman sosial.

"Tohmahan dan dakwaan itu tidak benar malah ada beberapa gambar yang dimuat turun di laman sosial itu juga adalah palsu. Perkara ini harus dihentikan segera kerana ia bakal mengundang kemarahan masyarakat khususnya peminat bola sepak negara kita selain boleh menyebabkan pergaduhan berpanjangan," katanya.

Jumaat lepas berlaku provokasi antara penyokong dua pasukan itu selepas tamat perlawanan Liga Super mengakibatkan berlaku pergaduhan di luar Stadium Darul Makmur dan hadapan IPD Pekan sehingga mencederakan beberapa orang penyokong dan orang awam.

Polis bagaimanapun berjaya meleraikan pergaduhan dan mengawal situasi berkenaan sebelum semua penyokong JDT kembali menaiki bas diiring pulang ke Johor. -

PT
Penyokong JDT seakan sudah merancang untuk melakukan pergaduhan dengan memakai penutup muka. Apakah para penyokong JDT terlalu kebal untuk diambil tindakan oleh FAM????

Tuesday, 12 November 2013

Inikah Syiah Yang Terbabit Pembunuhan Ketua Penguatkuasa JAIP???

Ramai yang terkejut dengan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),Ahmad Raffli Abdul Malik yang dilaporkan maut ditembak oleh seorang lelaki kelmarin.Kejadian berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Paling memeranjatkan ialah,ada yang mengatakan pembunuhan Allahyarham Ahmad Raffli sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan penguatkuasa JAIP yang sebelum ini dilihat begitu aktif cuba membanteras perkembangan ajaran sesat Syiah di negeri itu.

Menurut sumber polis,tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut dan dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.Suspek juga dipercayai memakai pakaian jubah berwarna hitam dan berkopiah. 

Analisa awal mengatakan berdasarkan warna pakaian yang digunakan,ada asas untuk mengaitkan pembunuhan tersebut dengan ajaran sesat Syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini.

Malah usaha proaktif yang dijalankan mangsa terhadap ajaran sesat Syiah,juga dikatakan sebagai punca utama menyebabkan kemarahan pengikut fahaman tersebut yang akhirnya menyebabkan mereka cuba mengambil pendekatan mudah dengan membunuhnya.

Ini kerana pengikut ajaran sesat Syiah dikatakan amat menyukai warna hitam berbanding warna-warna lain,kerana ramai di kalangan ulama besar ajaran sesat itu sering menjadikan warna hitam sebagai warna rasmi mereka.Malah terdapat beberapa kes,di mana pengikut ajaran sesat itu yang meninggal dunia dikatakan turut dikapankan dengan kain yang berwarna hitam yang dibeli dari Iran.

Seterusnya ketika PRK Sungai Limau baru-baru ini,banyak kelihatan bendera Pas yang dikontraskan dengan latar belakang berwarna hitam.Sedangkan kebiasaannya Pas hanya menggunakan warna hijau-putih sebagai bendera rasmi mereka.Bagi mendapatkan kepastian beberapa orang penduduk tempatan yang ditemui mengatakan bendera yang berwarna hitam-putih itu telah dipasang oleh penyokong Pas yang berfahaman Syiah.

Paling menarik,Harakahdaily yang merupakan media rasmi Pas ketika melaporkan pembunuhan ini turut menyatakan Allahyarham Ahmad Raffli dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang.

Seolah-olah bersetuju dengan andaian ia mungkin berpunca dari pengikut Syiah.Tidak cukup dengan itu, ruangan komen yang dikirim pembaca di dalam portal tersebut turut merasakan Syiah mungkin dalang di sebalik pembunuhan ini.JAIP sebelum ini dilaporkan telah menahan seorang imam 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran sesat Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur,Muadzam Shah.

Hasil maklumat awam,serbuan yang dijalankan berjaya merampas beberapa buah buku berkaitan Syiah selain tasbih daripada tanah Karbala,sebungkus tanah Karbala,tiga biji batu turba dan sehelai kain kapan yang digunakan penganut ajaran itu.Di dalam serbuan tersebut,JAIP turut menangkap seorang peneroka yang berasal dari Kelantan di Felda Selancar 1 kerana dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun dan menjadi imam di masjid ladang di situ lebih 20 tahun lalu.

Kesemua alatan dan barangan berkaitan Syiah itu diperoleh oleh imam berkenaan ketika mengikuti lawatan ke Iran empat tahun lalu.Sebelum menyertai Syiah,lelaki tersebut dipercayai telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan Syiah di beberapa buah lokasi antaranya di Gombak, Selangor dan Segamat,Johor.

Kerajaan negeri Pahang pada 12 September yang lalu telah mewartakan pengharaman ajaran sesat Syiah di negeri itu.Selain Syiah,Allahyarham Raffli turut dikatakan sedang mengendalikan sekurang-kurangnya 2 kes besar yang melibatkan kes TUHAN HARUN dan OPERASI KELAB MALAM.Pada 12 Mei lalu,beliau telah membuat sidang akhbar berhubung pemburuan seorang ketua ajaran sesat, HARUN MAT SAAD dan para pengikutnya setelah mereka gagal tampil di mahkamah untuk dibicarakan. 

Harun sebelum ini didakwa kerana menyebar ajaran sesat dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan Harun atau Tuhan 2013.Kesimpulannya,sama ada Syiah benar-benar terlibat atau tidak dalam pembunuhan ini,biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap mereka yang bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan.

Thursday, 3 October 2013

Projek Mega Tokong Di Gambang Satu Pembohongan Besar!!! Agenda Burukkan Kerajaan???


Sebelum ini kita dikejutkan dengan satu projek pelancongan yang didakwa bernilai 10 bilion ringgit bakal dilaksanakan di Bukit Gambang, Pahang oleh sebuah syarikat bernama Enchant Acres Sdn Bhd.


Projek yang dinamakan ’1 Malaysia Spiritual Tourism’ ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 500 ekar. Baca [SINI]

Dalam sebuah video, Pengerusi MMEC Global KB Tan berkata, projek bertemakan pelancongan keagamaan (spiritual tourism) ini mahu menonjolkan Malaysia sebagai sebuah negara yang multi-nasional dengan pelbagai agama, masyarakat, budaya yang hidup dalam keamanan, keharmonian dan perpaduan.
Katanya lagi, projek pelancongan ini bukanlah suatu perkara baru kerana sebelum ini konsep ‘spiritual tourism’ telah digunakan di beberapa tempat pelancongan seperti Kek Lok Si dan Sleeping Buddha di Pulau Pinang, Sam Po Thong Cave dan Perak Tong di Perak, Tian Hou Kong di Kuala Lumpur dan Batu Caves di Selangor.


Projek ini kononnya disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan Tourism Malaysia dengan objektif untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia.Fasa pertama projek ini dijangka siap pada tahun 2016.

Di bawah adalah jawapan kepada isu tersebut :

Projek membina pusat pelancongan kerohanian pelbagai agama di Gambang, dekat sini seperti yang diuar-uarkan sebuah syarikat pemaju, Enchant Acres Sdn. Bhd. tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan,projek tersebut tidak akan dibuat di negeri ini dan apa yang ditimbulkan sebelum ini adalah satu bentuk penipuan. - UM 

Sebelum ini, Menteri Pelancongan telah berkata, beliau tidak tahu mengenai projek tersebut. Begitu juga pegawai Tourism Malaysia Pahang.

Sumber - DR MIM
Difahamkan Kerajaan Pahang sudah membuat laporan Polis mengenai pembohongan ini.

Friday, 27 September 2013

MENGAPA PROJEK Enchant1MST Di Rahsiakan Dari Rakyat!!! Apa Kerajaan Najib Buat???

Semalam PT terbaca dalam blog rakan blogger yang menulis tentang satu projek yang dinamakan Enchant1MST yang akan dibina di kawasan Gambang yang melibatkan tanah seluas 500 ekar lebih kurang seluas kawasan KLIA.

Projek yang menelan kos berbillion ringgit ini sebenarnya akan menempatkan segala gala yang terbesar dalam dunia termasuklah kuil dan patung tokong juga yang terbesar didunia akan dibina di kawasan tersebut.

Menurut rakan blogger, Din Turtle upacara pecah tanah akan diadakan pada bulan November nanti.

Lebih lanjut baca [DISINI].


Apa yang  di kesalkan disinibialah, mengapa Najib seperti merahsiakan projek mega ini kepada rakyat jelata, kalau setakat untuk membina kompleks perniagaan terbesar atau apa apa yang besar sekali pun, janganlah sampai projek tersebut diselitkan sekali dengan binaan berhala, tokong dan rumah penyimpanan abu mayat terbesar di kawasan tersebut.

Tapi tak terbaca pula ada pembinaan masjid terbesar di dunia dan ditempatkan di kawasan tersebut.

Dalam perlembagaan negara ada menyatakan bahawa agama Islam adalah agama persekutuan dan sepatutnya Masjid adalah keutamaan dalam pembinaan di kawasan tersebut.

Walaupun untuk tujuan pelancongan, adalah amat tidak sesuai untuk kerajaan membina kawasan tersebut dengan pelbagai binaan yang pelik pelik termasuklah Piramid yang juga kononnya terbesar didunia.


Sedangkan beberapa tahun dahulu kisah kerajaan langit Ayah Pin juga merisaukan masyarakat Malaysia dan telah mengambil tindakan menghancurkan monumen monumen Ayah Pin bagi menyelamatkan pegangan agama penduduk negara ini..

Dengan keluasan seluas 500 ekar, ianya tidak akan mampu dilawati hanya dengan 4 atau 5 jam, mungkin ianya akan mengambil masa lebih dari itu dan Sangkakala tidak pula melihat bahawa ada binaan masjid di kawasan tersebut, dan jika kawasan ini dilawati oleh orang Islam, adakah mereka ini perlu melakukan solat di tepi jalan?

Satu lagi persoalan yang ingin persoalkan ialah, adakah kerajaan Malaysia akan mengubah lanskap kehidupan rakyat dengab mewujudkan tempat sebegitu atau adakah perlembagaan negara perlu kita tukar dengan tidak lagi meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan?

Bukanlah  hendak menghalang kemajuan negara tetapi pembinaan ini perlu DIBANTAH dan DIHALANG sepenuhnya oleh orang Islam demi menjaga maruah agama Islam di negara ini.

Mungkin Najib sekarang dah tak berapa nampak tentang Islam dan keperluan serta sensitiviti masyarakat beragama islam itu aendiri kerana sudah terlalu taksub dengan slogan mengampu iaitu 1Malaysia.
PT
Lihat kembali kepada agama suci Islam. Rasulullah s.a.w. memperjuangkan agama ringkas tanpa kelas. Baginda menolak sebarang amalan khurafat dan syirik. Tauhid mengehendaki ibadat yang suci dan bebas daripada berhala.

Berhala-berhala di keliling Kaabah diruntuhkan. Masjid Nabawi yang didirikan amat ringkas. Ia digunakan bukan saja sebagai tempat ibadat tetapi juga seperti dewan serba guna, atau town hall untuk membincangkan masalah politik, sosial, ekonomi dan ilmiah.
PT menyeru kepada semua umat Islam khasnya badan badan bukan kerajaan yang meletakkan agama Islam sebagai asas perjuangan mereka supaya sama sama menentang pembinaan tersebut sebelum ianya terlambat.

#PemilihanUMNO - Ahmad Mukhriz Calon Paling Layak Untuk Exco Pemuda #Mukhriz4Exco



Kepimpinan UMNO perlu diimbangi dengan kehadiran pemimpin yang mampu berkhidmat sepenuh masa bagi memastikan keberkesanan parti itu.

Pemimpin-pemimpin yang sudah mempunyai jawatan dalam kerajaan seperti Menteri Besar dan menteri sudah tentu mempunyai kekangan masa untuk melaksanakan tugas-tugas parti kerana pada masa yang sama mereka mempunyai tugas sebagai anggota kerajaan.


Anggota Jawatankuasa Unit Pidato Pemuda Umno Pusat Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad telah bersedia bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat pada pemilihan parti Oktober ini.

Ahmad Mukhriz, 34, yang juga bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Pekan berkata beliau menawarkan diri bertanding bagi membolehkannya bergerak lebih aktif dalam pergerakan Pemuda Umno bagi membela bangsa Melayu dan agama Islam.

"Saya juga akan berusaha membawa suara orang muda ke atas agar pemimpin kita dapat dengar luahan hati mereka, sekali gus mengambil tindakan yang sewajarnya," kata anak kelahiran Pekan itu. 

Kata beliau lagi kombinasi kepimpinan lama dan baru penting bagi kesinambungan perjuangan dalam UMNO.

Beliau yang sudah lapan tahun bergelar anggota Umno berharap penglibatannya di peringkat pusat nanti sedikit sebanyak dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan tugasnya sebagai Anggota Parlimen Pekan. 


Apa-apa pun PT ucapkan selamat berjaya dan mudah-mudahan Dato' Ahmad Mukhriz Fuad diberi peluang untuk menggalas tugas dan mengisi kekosongan kerusi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Sesi Pemilihan UMNO kali ini.

Wednesday, 9 January 2013

LIGA SUPER !!! TAHNIAH TOK GAJAH KERANA DAPAT KALAHKAN TEAM SERIBU BINTANG ???



Gol terhasil 

Safiq Rahim 1
Norshahrul Idlan Talaha 1
Fauzi 2
R.Surendran 1

Nasib baiklah Mario T dapat score juga 1 gol dengan Sapik Rahim..kalau tidak malu la bro....berderet pemain tersohor. Apa yang menjengkelkan ialah sebelum sepak mula Liga Super para pemain berstatus bintang ni cakap besar...sekarang apa dah jadi ???





Friday, 31 August 2012

KES SUMBANG MAHRAM !!! SUSPEK BUKAN AHLI PKR - FAUZI ABDUL RAHMAN



KUANTAN - Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menegaskan, tiada pemimpin daripada parti itu terbabit dalam kes sumbang mahram yang dilaporkan berlaku di negeri awal minggu ini.

Menurutnya, jika suspek yang dikatakan itu adalah ahli PKR, beliau menafikan kerana pemimpin tersebut sudah keluar dari parti sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

"PKR Pahang menafikan sekeras-kerasnya cuba mengaitkan pemimpin yang terlibat dengan perbuatan itu (sumbang mahram) dengan parti ini.

"Pemimpin itu bukan ahli PKR lagi dan sudah keluar parti selepas PRU12 lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai seorang pemimpin kanan sebuah parti bersama anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sumbang mahram di Jerantut.

Pemimpin itu dikatakan pernah bertanding pada PRU12 namun tewas pada pencabarnya dalam pilihan raya tersebut.

Wednesday, 29 August 2012

SUMBANG MAHRAM PEMIMPIN PEMBANGKANG - FAUZIAH MEROYAN SAKAN HENTAM BLOGGER PRO BN ???



DARI BLOG ANAK SUNGAI DERHAKA

Boleh dikatakan hampir seluruh Blogger-blogger Pro UMNO memainkan isu kes sumbang mahram yang melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan anaknya ditahan  Polis.

Berbagai-bagai tajuk mereka keluarkan, walaupun apa tajuknya tujuannya hanya satu iaitu memburukkan Pakatan Rakyat terutama sekali PKR..

Kebanyakkan dari mereka menuduh ianya dilakukan oleh Pemimpin dari PKR, ini kerana suspek dilaporkan telah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas.

Tetapi suspek telah kalah kepada calon Barisan Nasional..

PapaGomo mengeluarkan satu nama.. menariknya kali ini beliau bukan menuduh tapi bertanya.. mungkin takut kena saman kot..



Sebelum korang baca apa kata Fuziah Salleh yang merupakan Naib Presiden PKR dan juga Ahli Parlimen Kuantan baca dulu apa yang dilaporkan oleh BERNAMA di bawah ini..

Kes sumbang mahram: Pemimpin kanan parti pembangkang, anak ditahan

JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - Bernama

 Ini jawapan dari Fuziah Salleh melalui Twitter..


Dan jawapan kepada soalan PapaGomo itu pula ialah..

Tidak ada calon PKR yang bernama Mohd Noor Yaacob yang bertanding di DUN Jerantut pada PRU12 lalu.. yang ada ialah Mohd Nor Jaafar.

Beliau adalah abang kepada Calon PAS yang bertanding di Kerusi Parlimen Jerantut iaitu  Dr Hamzah. 

Pada PRU12 lalu  Mohd Nor Jaafar telah tewas ditangan calon BN .. Beliau tekah mendapat 5165 undi manakala calon BN mendapat 5674 undi..

Manakala Mohd Noor Jaafar bukanlah seorang Ahli PKR lagi kerana beliau kini adalah Pengerusi KITA Jerantut... 

YANG BETULNYA BELIAU ADALAH BELAAN ATAU BEKAS PEMIMPIN PAS LOMPAT KE PKR DAN LOMPAT KE KITA UNTUK JADI CALON. KALI INI LOMPAT KE DALAM LUBANG ANAK SENDIRI , ITULAH PERANGAI PEMBANGKANG DIBAWAH KETUANYA ANWAR YANG SUKA LOMPAT IKUT BELAKANG!!!


Sumber : helangbuana

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! PEMIMPIN PR DITAHAN KES SUMBANG MAHRAM ???



JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive