Showing posts with label Kuala Krai. Show all posts
Showing posts with label Kuala Krai. Show all posts

Tuesday, 30 December 2014

#Pray4PantaiTimur - Kuala Krai Umpama Acheh Semasa Tsunami

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Seorang sukarelawan menceritakan keadaan banjir di Kelantan terutama Kuala Krai sama seperti keadaan selepas tsunami di Aceh pada 2004.

"Keadaan di Kuala Krai memang teruk. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya. Lebih teruk daripada Kota Baharu. Ia mengingatkan saya tentang Aceh semasa saya menyertai misi bantuan di sana 10 tahun lalu," demikian mesej yang dihantar Razi Pahlavi Abdul Aziz, 40, kepada rakan-rakannya.

"Bandarnya (Kuala Krai) tiada penghuni, kereta-kereta rosak tersadai di tengah jalan, rumah kedai dan rumah-rumah musnah, dinding-dinding runtuh, jalan-jalan turut rosak. Saya melihat rumah dibawa arus sejauh 100 kaki.

"Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya... sedih, kecewa dan putus asa melihat bagaimana banjir boleh memusnahkan sebuah bandar, kampung dan orang," katanya menerusi laman Twitternya.

Razi sedang menyelaras misi bantuan kumpulan alumni Akrab Jaya, Gos dan R8 yang bekerjasama rapat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Mercy Malaysia. Pasukan itu menggunakan empat pacuan empat roda meredah Kelantan pada 27 Dis lalu selama 18 jam menuju Kota Baharu beserta tiga buah bot dan barangan bantuan.

Misi mereka ialah untuk membekalkan bantuan logistik kepada HUSM dengan membawa petugas dan bekalan perubatan ke kawasan pedalaman. Menurutnya, pasukan itu yang telah bertugas 48 jam tanpa henti turut mengagih makanan dan minuman kepada mangsa di sekitar Kota Baharu dan kawasan berdekatan bersama pasukan Wataniah HUSM.

Beliau berkata kekangan logistik masih menjadi masalah utama untuk pasukan bantuan sampai kepada mangsa banjir. Namun Razi kagum dengan semangat tinggi yang ditunjukkan pasukan bantuan termasuk Jabatan Pertahanan Awam, Mercy Malaysia dan anggota-anggota sukarelawan lain dalam membantu mangsa banjir.

"Senyuman masih terbayang di wajah mereka, walaupun mereka kelihatan letih. Mereka adalah wira-wira yang bertungkus-lumus siang malam. Mereka berada di sana sebelum banjir gelombang pertama, mereka terputus bekalan makanan, elektrik, air bersih, tetapi mereka tetap bertugas... menggadai segala-galanya untuk menyelamat nyawa orang.

"Mereka menakjubkan, mereka memiliki semangat yang menakjubkan," demikian antara lain bunyi teks mesejnya.

Sumber

Monday, 22 April 2013

#PRU13 : [VIDEO] Majlis Daerah Kuala Krai Buang Bendera BN, Tapi Bendera PAS Dibiar Berkibar !!! #tolakPAS #vote4BN


Kelihatan pekerja Majlis Daerah Kuala Krai sedang menurunkan bendera BN. Kuala Krai ini seolah-olah milik peribadi Majlis Daerah Kuala Krai sedangkan mereka hanyalah majlis daerah yang menyelenggara kebersihan dan infrastruktur kawasan bandar Kuala Krai. 




Setiap hari beberapa buah lori akan digunakan untuk memantau banner, bendera dan poster dilokasi tertentu. Kerajaan PAS Kelantan kali ini terdesak menggunakan Majlis Daerah Kuala Krai untuk mencabut dan menanggalkan poster politik dan bendera yang tidak sealiran dengan mereka.

Seterusnya lihat video kerakusan pekerja MDKK di blog Tukar Kelantan

Friday, 15 March 2013

Terkini !!! PM Sudah Tiba DiKelantan #TukarKelantan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lebih kurang pukul 9.00 pagi.


Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Makhtar Mustapha serta Tok Pa mengiringi PM  menaiki helikopter ke Kuala Krai untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada pukul 10 pagi. Terkini, program sedang berlangsung di MRSM Kuala Krai.


Beliau akan menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Batu 11, Tanah Merah diikuti jamuan rakyat pada jam 3 petang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1.



Petang beliau akan ke Kota Baharu bagi merasmikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Mesra Rakyat di Wakaf Mek Zainab sebelum berlepas pulang ke ibu negara.





Tuesday, 11 September 2012

KAIN RENTANG PUNYA PASAL SI PENGANUT PAS UGUT PULAU SOLAT JUMAAT ???


KUALA KRAI - Tindakan segelintir penduduk ‘mengugut’ untuk memulaukan solat Jumaat di Masjid Mukim Bedal, dekat sini, hanya kerana sekeping kain rentang projek pembangunan masjid itu disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak mengenang budi pemberi sumbangan.

Difahamkan, ugutan disuarakan kepada Imam Tua masjid itu, Mohd Din Ismail sebelum dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Bedal, Badaruddin Taharim.

Susulan itu, kain rentang tertera ‘Alhamdulillah, Satu Projek Amal Jariah Menaiktaraf Masjid Hasil Usaha Penyelaras Dun (Dewan Undangan Negeri) Mengkebang, Azizzuddin Hussein’ yang sebelum ini dipasang di pagar masjid itu, dipindahkan ke seberang jalan.

Seorang penduduk tidak bersetuju dengan tindakan itu berkata, dia yakin majoriti penduduk sependapat dengannya kerana ugutan tersebut menggambarkan seolah-olah mereka tidak pandai berterima kasih kepada penderma.

“Sebelum ini, penduduk mengadu masalah ruang solat masjid ini tidak cukup untuk solat Jumaat dan solat sunat hari raya tetapi bila ada pihak sudi bantu hulur sumbangan, begini pula balasannya.

“Saya percaya, ugutan ini timbul sebab ada pihak kurang senang dengan projek ini dan kemungkinan besar ada kaitan dengan unsur politik kerana dilaksanakan pemimpin Umno (Azizzuddin),” katanya yang enggan dikenali kepada Sinar Harian.

Kain rentang itu mula dipasang sebaik sahaja kerja menyiapkan tapak projek melebarkan masjid berkenaan dimulakan pada 28 Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa sebulan.

Azizzuddin meluluskan peruntukan bagi melebar ruang solat dan bina tempat wuduk baru selepas dimaklumkan Mohd Din mengenai masalah ruang solat masjid itu tidak cukup bagi menampung jemaah pada Jumaat dan hari raya.

Penduduk itu berkata, dia tidak faham kenapa ugutan itu timbul sedangkan kain rentang berkenaan langsung tidak mengganggu jemaah beribadah kerana terletak berhampiran pintu pagar masjid.

“Ugutan ini tidak timbul jika penduduk terbabit ada sikap berterima kasih dan mengenang jasa baik pihak yang ingin bantu selesaikan masalah jemaah masjid ini.

“Islam pun ajar kita supaya sentiasa bersyukur dan berterima kasih tetapi apa pertimbangan penduduk terbabit bila sanggup ugut nak pulau solat Jumaat hanya kerana kain rentang papar gambar penderma di pagar masjid,” katanya. - SH


PT

Allah lebih mengetahuai siapa yang benar siapa yang pendusta..siapa kita nak tahu keikhlasan, kebenaran dan kesabaran sesorang tu... seperti kata imam tu, kerja kita hanya lah beterima kasih dan bersyukur...susah ke nak beterima kasih.Pemberian tu ikhlas ke tidak.......yang penting ADA niat nak membantu...

Sesungguhnya ada masa kita kena war2 pemberian supaya ada orang lain turut sama membantu. kenapa nak pulaukn solat Jumaat sadangkn ia Fardhu Ain yang wajib ditunaikn? adakah agenda politik lebih besar penting dari hukum Islam? Adaakh orang2 tersebut nak turut sama berdosa dengan mudahnya seamta2 kerana parti politik yang berlainan sedangkan hakikatnya sama2 beragama Islam???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive