Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Tuesday, 30 December 2014

Hujan Lebat Dijangka Landa Negeri Terjejas Banjir - Palanivel

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Hujan lebat dijangka terus berlaku di negeri-negeri yang sedang terjejas oleh banjir, kata menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata mengikut ramalan, hujan lebat sekejap-sekejap serta ribut petir di sana sini, terutama di kawasan pantai, dijangka berlaku di Pahang antara 1 dan 5 Jan tahun depan.

"Oleh itu, penduduk di Pahang dinasihati supaya bersiap sedia untuk menghadapai sebarang kemungkinan, termasuk dipindahkan dengan segera ketika berlaku ribut petir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Terengganu pula, katanya, dijangka mengalami hujan dalam tempoh tujuh hari akan datang, termasuk hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat. Keadaan serupa juga dijangka berlaku di Kelantan dan Perak, dengan kadangkala hujan sederhana lebat sepanjang beberapa hari akan datang, kata beliau.

Beliau berkata hujan di sana-sini dijangka kerap berlaku di kawasan pesisir pantai Kelantan. Di Johor, hujan lebat dijangka berlaku dua hari lagi.

"Ribut petir di sana-sini diramal berlaku pada tengah hari di negeri paling selatan kita ini. Sekali lagi, rakyat Malaysia dinasihati supaya bersiap sedia dan menjaga keselamatan diri serta sentiasa memberi respons terhadap langkah pihak berkuasa," katanya.

Palanivel juga berkata mereka yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan berisiko tinggi dilanda banjir perlu sentiasa berwaspada dan memantau paras air sungai dengan melayari laman sesawang portal banjir.

BERNAMA

#Pray4PantaiTimur - Kuala Krai Umpama Acheh Semasa Tsunami

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Seorang sukarelawan menceritakan keadaan banjir di Kelantan terutama Kuala Krai sama seperti keadaan selepas tsunami di Aceh pada 2004.

"Keadaan di Kuala Krai memang teruk. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya. Lebih teruk daripada Kota Baharu. Ia mengingatkan saya tentang Aceh semasa saya menyertai misi bantuan di sana 10 tahun lalu," demikian mesej yang dihantar Razi Pahlavi Abdul Aziz, 40, kepada rakan-rakannya.

"Bandarnya (Kuala Krai) tiada penghuni, kereta-kereta rosak tersadai di tengah jalan, rumah kedai dan rumah-rumah musnah, dinding-dinding runtuh, jalan-jalan turut rosak. Saya melihat rumah dibawa arus sejauh 100 kaki.

"Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya... sedih, kecewa dan putus asa melihat bagaimana banjir boleh memusnahkan sebuah bandar, kampung dan orang," katanya menerusi laman Twitternya.

Razi sedang menyelaras misi bantuan kumpulan alumni Akrab Jaya, Gos dan R8 yang bekerjasama rapat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Mercy Malaysia. Pasukan itu menggunakan empat pacuan empat roda meredah Kelantan pada 27 Dis lalu selama 18 jam menuju Kota Baharu beserta tiga buah bot dan barangan bantuan.

Misi mereka ialah untuk membekalkan bantuan logistik kepada HUSM dengan membawa petugas dan bekalan perubatan ke kawasan pedalaman. Menurutnya, pasukan itu yang telah bertugas 48 jam tanpa henti turut mengagih makanan dan minuman kepada mangsa di sekitar Kota Baharu dan kawasan berdekatan bersama pasukan Wataniah HUSM.

Beliau berkata kekangan logistik masih menjadi masalah utama untuk pasukan bantuan sampai kepada mangsa banjir. Namun Razi kagum dengan semangat tinggi yang ditunjukkan pasukan bantuan termasuk Jabatan Pertahanan Awam, Mercy Malaysia dan anggota-anggota sukarelawan lain dalam membantu mangsa banjir.

"Senyuman masih terbayang di wajah mereka, walaupun mereka kelihatan letih. Mereka adalah wira-wira yang bertungkus-lumus siang malam. Mereka berada di sana sebelum banjir gelombang pertama, mereka terputus bekalan makanan, elektrik, air bersih, tetapi mereka tetap bertugas... menggadai segala-galanya untuk menyelamat nyawa orang.

"Mereka menakjubkan, mereka memiliki semangat yang menakjubkan," demikian antara lain bunyi teks mesejnya.

Sumber

#Pray4PantaiTimur - Mangsa Banjir Menurun Kecuali Pahang

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu dilaporkan terus menurun malam ini manakala Pahang menunjukkan peningkatan bilangan mangsa yang dipindahkan.

Di PAHANG, jumlah mangsa terus meningkat kepada 37,389 orang berbanding 35,501 orang petang tadi. Mangsa berada di 244 pusat pemindahan dalam lapan daerah yang masih terjejas. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Temerloh mempunyai mangsa banjir paling ramai iaitu 15,366 orang di 62 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah yang terlibat ialah Jerantut yang menempatkan 6,025 orang di 59 pusat pemindahan, Pekan (5,108 mangsa/ 34 pusat), Maran (3,690 mangsa/ 28 pusat), Lipis (2,468 mangsa/ 31 pusat), Bera (2,426 mangsa/ 14 pusat), Kuantan (2,277 mangsa/ 14 pusat) dan Rompin (29 mangsa/ dua pusat).

Di KELANTAN, jumlah mangsa berkurangan kepada 142,564 orang malam ini berbanding 147,072 pada sebelah petang. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata 43,558 mangsa berada di 63 buah pusat di Kota Baharu, Pasir Mas (23,568 mangsa/35 pusat), Pasir Putih (192 mangsa/dua pusat), Tumpat (26,584 mangsa/32 pusat), Tanah Merah (3,546 mangsa/24 pusat).

Seramai 8,289 mangsa di Machang berada di 34 pusat pemindahan, Kuala Krai (23,500 mangsa/103 pusat) dan Gua Musang (13,327 mangsa/24 pusat).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa juga memperlihat penurunan daripada 32,210 petang tadi kepada 31,805 malam ini. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, Kemaman mencatat 21,874 mangsa, Dungun 9,507, Kuala Terengganu 270 dan Hulu Terengganu 154. Jumlah pusat yang beroperasi adalah 70 iaitu 29 di Dungun, Kemaman 33, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu masing-masing empat, dengan keadaan terkini dilaporkan hujan.

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian menurun kepada 7,408 mangsa daripada 1,948 keluarga malam ini.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Norhafizah Zainuddin berkata semua mangsa ditempatkan di 22 pusat pemindahan di Kuala Kangsar, Perak Tengah 19, Hulu Perak 11 dan satu di Kerian. Perak Tengah mencatat 4,194 mangsa manakala di Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput mempunyai 2,176 mangsa, Hulu Perak 744 dan Kerian 294 mangsa.

Di JOHOR, 171 mangsa melibatkan 49 keluarga berada di lapan pusat pemindahan sehingga malam ini, demikian menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor.

Sumber

Saturday, 12 January 2013

[VIDEO] KEMALANGAN DAN KENDERAAN JPJ DIBAKAR !!!



Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

Pegawai penyiasat trafik polis daerah Manjung, yang bernama Nurul, memberitahu Malaysiakini bahawa 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut, dengan tiga daripadanya dirawat di hospital, kerana cedera parah.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.


 

TAPI INI CERITA SEBENAR YANG BERLAKU DISITU..

Kenderaan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sri Manjung dirosakkan dan diterbalikkan orang awam kerana didakwa punca kemalangan di lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Methodist pekan Air Tawar dekat sini, Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung DSP Ahmad Mat Isa berkata dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner dinaiki tiga anggota JPJ berhenti di lampu isyarat sebelum kemalangan berlaku melibatkan dua lori, dua bas sekolah, empat kereta dan sebuah motosikal.

"Kereta JPJ itu berhenti kerana lampu merah. Semasa menunggu lampu hijau tiba-tiba lori yang membawa kelapa sawit dari arah Ipoh telah melanggar kenderaan JPJ itu kemudian membabitkan pula lapan kenderaan lain di belakang," katanya ketika dihubungi.

Ahmad berkata kira-kira 30 orang awam di kawasan itu menyerbu ke arah anggota JPJ berkenaan dan menuduh mereka menyebabkan berlakunya kemalangan itu.

"Oleh kerana takut kakitangan JPJ lari meninggalkan kereta mereka dan menumpang kenderaan awam untuk membuat laporan di Balai Polis Sri Manjung," katanya.

Beliau berkata 15 orang yang cedera dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Sri Manjung untuk rawatan dan polis sedang menyiasat punca kemalangan.BERNAMA

Tuesday, 1 January 2013

RISALAH FITNAH DIEDAR OLEH REMAJA UPAHAN DAP DI FIESTA PERLANCONGAN PERAK



Dalam keadaan rakyat sedang bersantai bersama keluarga membawa anak-anak bermain di Mini Taman Tema sempena Fiesta Pelancongan negeri Perak, Cina DAP Perak mengupah anjing-anjing suruhannya untuk meyebarkan risalah memfitnah dan menghasut kepada pengunjung yang datang.



Mereka datang menaiki sebuah Van yang diketuai oleh seorang Tok Lebai yang agak veteran sudah tentu pemimpin Pas membawa sekumpulan lebih kurang 10 remaja bawah umur untuk menyebarkan risalah memfitnah ini. Seterusnya [BACA]



NIZAR MASIH IDAM KERUSI MB PERAK LAGI RUPA2NYA ???


Kesian YB Nizar sengaja mencari publisiti murahan untuk menarik perhatian penyokong hapraknya dengan memaparkan dalam twitternya tentang UMNO. Rupanya Nizar seiring dan seperiuk dengan ostazah pening Arbaayah yang sentiasa mencari kesalahan orang lain walaupun diri sendiri penuh dengan keburukan.

Bekas MB Perak yang giler jawatan ni takkan berhenti dari kerja jahat beliau kecuali puak-puak PR kalah teruk dalam PRU ke 13 nanti. Udah-udahlah Nizar buat koje yang tak bergune tu !!!

Monday, 27 August 2012

BIAR BETUL !!! DAGING KUCING SANGAT ENAK - MAT BURMA




DAGING kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari,” kata Jimmy , pemuda berasal dari Myanmar.

Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.

Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.

“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy. Aduhai, tekak kami yang haus kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut mengunyah daging haiwan itu.

Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.

Kucing menjadi makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura.

“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing.

Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti arnab dan hanya dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.

“Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan,” soal kami sambil difikiran terbayang kucing panggang seperti yang diceritakan orang.

Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa bercerita. Ujarnya, dia sudah tujuh tahun tinggal di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.

“Rakan-rakan serumah kamu makan kucing,” tanya kami lagi.

“Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi ‘kembang’.

“Mereka beli kucing itu?” kami memancing satu persoalan.

“Oh, tidak,” jawab Jimmy. Kemudian kami berdua saling berpandangan dan memperoleh jawapan sendiri di atas perbualan singkat dengan pemuda Myanmar itu di saat matahari sedang berada di tengah-tengah langit. - SH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive