Showing posts with label Dap. Show all posts
Showing posts with label Dap. Show all posts

Monday, 13 June 2016

Pelik!!! Nelayan Sekinchan Terabai Di Bawah BN #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Semalam dalam satu sidang media TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan menggunakan kaedah diplomatik untuk membebaskan nelayan-nelayan yang kini ditahan oleh penguatkuasa Indonesia.
Kebanyakkan nelayan tersebut adalah dari Sekinchan, Sungai Besar yang ditahan di Indonesia sebelum ini ketika mereka keluar menangkap ikan.

Usaha TPM melalui KDN untuk membebaskan nelayan yang ditahan di Indonesia bukan untuk mendapatkan sokongan pengundi Cina dalam PRK Sungai Besar semata-mata.
Sebelum ini pada 4 Mac 2016, Pengerusi BN Sungai Besar, Dato Jamal Yunos serta beberapa pemimpin parti kompenen BN Bahagian Sungai Besar telah pun perjuangkan nasib nelayan-nelayan di Sekinchan.

Pengumuman TPM semalam yang menyatakan kerajaan sedang berusaha menggunakan kaedah diplomatik untuk membebaskan nelayan yang ditahan merupakan tindakan susulan usaha yang dibuat oleh pemimpin BN.

Ini bukti bahawa nasib nelayan di Sekinchan, Sungai Besar lebih terbela di bawah BN bukannya di bawah PAN/DAP.
Justeru, diharap masyarakat nelayan di sekitar Sekinchan yang terdiri daripada kaum Cina dapat membuat penilaian yang baik dalam PRK Sungai Besar pada 18 Jun nanti. 

Jika PAN/DAP diberikan peluang oleh pengundi Cina dalam PRK Sungai Besar kali ini, belum pasti nasib nelayan di Sekinchan akan terbela. Begitu juga dengan nasib penduduk Sg Besar amnya, belum pasti segala pembangunan dan pembaharuan dapat dilaksanakan jika memilih untuk memenangkan pembangkang. Fikir-fikir dan renung-renungkan. PT yakin dan percaya pengundi- pengundi parlimen Sg Besar mampu mengubahnya!!!

Monday, 6 June 2016

Hot!! Hari Malang Buat Teresa Kok!! Terima Hadiah Cemohan Dan Makian Penyokong PAS #prksgbesar #SCS93

Malang sungguh nasib Teresa Kok hari ini boleh pulak tersalah jalan termasuk ke pintu masuk penyokong PAS yang mungkin pada asalnya beliau mahu menyertai kumpulan penyokong calon PAN ketika waktu pencalonan calon PRK Sungai Besar pagi tadi di bawah Pakatan Baru gabungan PKR, DAP dan PAN.

Malu besarTeresa kerana telah di"boo" oleh penyokong PAS menyebabkan beliau menjadi takut untuk keluar dari kumpulan penyokong PAS serta terpaksa berlakun kononnya masih sayangkan PAS. Inilah dia perangai serikandi komunis sejati.

Tapi sayang penyokong PAS tidak percaya langsung Teresa Kok malah menjadi bahan cemuhan dan sorakan parti pengkhianat, kawan makan kawan, komunis dan pelbagai lagi. 

Penyokong PAS ni jenis keras hati, nak juga berkawan dengan DAP, mereka itu komunis dan sekarang apa dah jadi DAP berjaya pecah belahkan PAS. DAP sekarang sanggup biayai calon proksi PAN yang terdiri dari orang luar bahkan beliau juga merupakan pengundi Parlimen Temerloh ketika kempen PRK Sungai Besar dengan bajet besar untuk menghancurkan PAS.

Sampai bila PAS hendak terus dihina sebergini rupa.Ini satu lagi kisah liciknya Pakatan Baru yang dikuasai DAP yang mempergunakan pemimpin PKR seperti  Azmin Ali yang tidak tahu dia dilarang menghadiri hari pencalonan PAN kerana 2 sebab!!!

1 - Untuk mengurangkan kemarahan PAS sebagai satu strategi peperangan psikologi.
2 - Kerana krisis Azmin Ali - Wan Azizah masih panas terutama penglibatannya bersama Pakatan Rakyat.Tetapi Azmin juga sedar kerajaan pimpinannya terbabit dalam krisis pentabiran dikaitkan dengan rasuah dan pemerdagangan wanita dalam urus tabir kerajaaan Negeri Selangor.

Lain pula dengan PAS, sekarang PAS boleh fikir-fikirkan sama ada parti PAS masih bersama dalam kerajaan Selangor atau bakal menjadi orang buangan Selangor. Apa guna menyokong kerajaan Selangor untuk menjadikan PKR Menteri Besarnya?

PAS sudah terkena 3 kali :
1- Dikhianati DAP.
2- Dipecah-belahkan DAP hingga PAS berpecah menjadi PAN.
3- PKR mula tunjuk taring yang PAS hanya sesuai sebagai mangsa untuk diperalatkan bukan sahabat untuk susah senang bersama.

PAS ibarat patung dalam Dewan Undangan Negeri. Itupun masih PAS sayangkan PKR... kepada pengundi di Sungai Besar gunalah akal dalam menentukan undi anda fkir-fikir dan renung-renungkan. Kita mampu mengubahnya!!!

Saturday, 27 September 2014

Berkuburnya PR Di Pengkalan Kubor???

Kecelakaan yang dilalui oleh PR di Selangor berterusan di Kelantan apabila kekalahan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor kepada Barisan Nasional dengan peningkatan majoriti daripada 1,736 kepada 2,635 undi kali ini.

PAS sebenarnya dihukum oleh rakan-rakan gabungannya sendiri. Ketidakhadiran Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sepanjang kempen PRK ini menimbulkan tanda tanya, ditahap mana sebenarnya semangat pakatan mereka.

Menariknya, yang beria-ria dengan Langkah Kajang adalah PKR dan DAP, yang mahukan Khalid Ibrahim berundur adalah PKR dan DAP, yang menerbitkan tohmahan dan tuduhan palsu terhadap Khalid Ibrahim adalah PKR dan DAP.

Yang mahu jadikan Wan Azizah sebagai MB Selangor adalah PKR dan DAP, yang mencabar Istana Selangor dengan menghantar satu nama calon MB adalah PKR dan DAP tetapi beban kesalahan diletakkan pada empat bekas Exco daripada PAS yang membantu pentadbiran Khalid Ibrahim ketika itu untuk memastikan tiada pilihanraya kecil negeri malah mereka dilabel pula sebagai pengkhianat oleh DAP.

Harus diakui bahawa kemenangan dengan majoriti yang besar oleh BN juga menjadi isyarat kuat pengundi yang menolak mainan persepsi PR melibatkan isu-isu semasa seperti GST, kenaikan kos sara hidup, royalti minyak dan sebagainya.

Pengundi mahukan pembangunan dan soalnya apakah Kelantan dibawah pentadbiran PAS begitu lemah dalam soal pembangunan hinggakan pengundi menolak PAS? Ironinya, PR cuba dan mahu untuk kuburkan BN tetapi ditimbus liang lahad yang digali oleh mereka sendiri.

Saturday, 13 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - PAS Disula DAP & PKR Di Pengkalan Kubor??? PAS Bakal Berkubor!!!



Pagi tadi suasana muram di gerombolan Pas kerana langsung tiada seorang pun pemimpin besar DAP sama ada dari peringkat pusat mahupun negeri yang hadir memberikan sokongan kepada calon PAS pad hari penamaan calon.

PKR juga yang tengah bengong dengan PAS atas isu MB Selangor yang tidak kelihatan pemimpin besar mereka pagi nanti. PAS dilihat bersendirian kali ini dalam misi mereka menentang BN untuk merampas DUN Pengkalan Kubor.


Dengan kemelut yang melanda dan isu calon mereka orang luar semakin merumitkan PAS untuk berhadapan dengan rakyat apatah lagi untuk menang dalam PRK kali ini. Di tambah pula dengan isu terkini dimana Haji Hadi mahu TS Khalid kekal sebagai MB Selangor!!!

Walaupun PKR telah serah kerusi Pengkalan Kubor kepada PAS untuk ditandingi, jelass penyerahan ini bukanlah sesuatu yang ikhlas. PKR tetap cuba untuk kacau PAS dengan hantar calon mereka melalui tiket bebas.

Punyalah jahat akal Anwar Ibrahim. Dia sanggup tipu kawan sendiri untuk kepentingan politik dia dan anak beranak dia. Apapun, calon BN sudah cukup baik dan wajar dipilih oleh pengundi pada 25 September ini.

PT
Baru  PAS kenal siapa PKR dan DAP! Bila UMNO ajak bersaudara dimaki cacinya UMNO. Padahal UMNO tak meletak apa2 syarat. DAP ni bukan saja PAS, asal nama Melayu DAP sicelako ni dah benci...Wahai pengundi Pengkalan Kubor inilah masa yang sesuai untuk kekalkan BN terus menerajui DUN Pengkalan Kubor!!!!

Thursday, 28 August 2014

Terkini!!! Surat Dari Sultan Untuk 3 Parti Lapar Kuasa???

TERKINI - Surat Daripada Sultan Selangor Kepada Wan Azizah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titahnya menegaskan sekali lagi, setiap parti dalam Pakatan Rakyat (PR) perlu mencadangkan lebih daripada dua nama untuk menentukan calon yang layak untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

Dalam surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Abdul Munir Bani ke ibu pejabat PKR, calon berkenaan perlu berbangsa Melayu, menganut agama Islam dan mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor.

"Nama calon hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 3 September ini," katanya dalam surat yang salinannya di kirim kepada Omak Kau melalui kotak mesej FB.

Surat yang dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismai itu turut dihantar salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pada Selasa, Sultan Selangor bertitah agar keputusan perletakan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditangguh sehingga perlantikan pengganti menteri besar yang baharu ditentukan.

Ia bagi memastikan proses pertukaran menteri besar berjalan lancar dan teratur. Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan, Keadilan dan DAP dilaporkan hanya akan mencalonkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut kenyataan itu, ia sejajar konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 selain Wan Azizah yang mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

PT
Tak sabar nak tengok manusia jadi gila sebab kempunan jawatan MB...

Wednesday, 27 August 2014

Jenis Muka Tak Reti Malu Manusia PKR & DAP Ni, Tetap Mahukan Jijah Jadi MB???

PKR dan DAP tetap hanya akan mencalonkan satu nama sebagai menteri besar Selangor iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun Sultan Sharafuddin Idris Shah menghendaki Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih daripada dua nama.

Melalui satu kenyataan lewat malam ini, dua parti itu berkata, hanya nama Dr Wan Azizah akan dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan PR pada tahun lepas.


"Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.

"Ia juga memandangkan Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang ahli Dewan Undangan Negeri Selangor," menurut kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Kenyataan berkenaan turut melampirkan surat dari istana bertarikh 7 Mei, 2013 berkenaan pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
Sambil merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara Sultan Selangor, Pua dan Saifuddin berkata, keputusan berkenaan diambil dengan mengambil kira titah Sultan dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Khalid apabila parti dalam PR mencadangkan beliau pada 2013.

"Pencalonan ini diperkenankan dan diterima pakai oleh Sultan Selangor.
"Oleh yang demikian, PKR dan DAP menjunjung titah Sultan dan akan mempersembahkan pencalonan Dr Wan Azizah untuk dipertimbangkan sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh PR dalam tahun 2013," kata mereka dalam kenyataan itu.

Sultan Selangor hari ini menangguh peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga pelantikan menteri besar baru dibuat.

Baginda mahu PAS, DAP dan PKR setiap satu mengemukakan lebih daripada dua nama bagi memudahkannya menentukan calon yang layak.

Khalid berkata, beliau menghantar surat peletakan jawatannya kepada Istana Kayangan, Shah Alam hari ini, namun ia ditolak Sultan.

"Ini ialah tatacara yang pernah dilakukan oleh istana bukan saja semasa PR, tetapi juga semasa Barisan Nasional (BN) ingin menamakan mereka yang dicadangkan untuk dilantik menjadi menteri besar," katanya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) petang tadi.

Khalid dipecat keahlian PKR pada 9 Ogos lalu selepas enggan berundur dan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar.

Beliau kemudiannya memecat enam anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) daripada PKR dan DAP dan mentadbir Selangor dengan empat exco PAS.

"Sultan Selangor menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR, dan DAP mencadangkan lebih dua nama daripada parti-parti PR sebagai calon menteri besar Selangor bagi memudahkan Sultan Selangor menentukan calon berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak.

"Ini adalah sejajar dengan konvensi yang diamalkan secara berterusan dalam perlantikan menteri besar Selangor sebelum ini," katanya dalam kenyataan yang dibacakan Khalid.
Khalid dalam pertemuannya dengan sultan memohon maaf kepada baginda atas suasana politik masa kini sehingga menyebabkan pihak istana terheret sama.

Katanya, beliau menyerahkan kepada baginda untuk mencari penyelesaian terbaik sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi beraja dan pentadbiran awam. – Sumber

Terkini!!! Senarai 6 Nama Calon MB Selangor Yang Dihantar PR



Berikut senarai nama 6 Calon MB dipersetujui PAS,PKR & DAP. Tuanku Sultan Selangor titah ketiga tiga parti Pakatan menghantar 2 nama calon dari setiap parti untuk diperkenan Baginda bagi menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Malam tadi PAS,PKR & DAP bermesyuarat dan memutuskan 6 orang calon pilihan mereka untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

6 calon Pakatan setelah dikenal pasti

1. Dr Wan azizah
2. Wan azizah
3. Azizah
4. Jijah
5. Kak Wan
6. Kak Jah

PT

Dipetik dari blog pembangkang. .yang peliknya blogger mereka sendiri pun boleh mempersenda bini ketua umum pkr.. memang betulla anwar ni.. sikit pun takda rasa malu dan aib...hahaha. ..

Monday, 25 August 2014

Rafizi Gelisah Krisis MB Tiada Penyudah!!!

Arena politik negara bakal mengetahui apakah kesudahannya episod krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor yang dicetuskan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan menyeret sama sekutu mereka, Pas dan DAP.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang jawatan itu dijangka menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk berbincang langkah seterusnya selepas beliau dipecat daripada PKR dan kehilangan sokongan daripada Pas.

Namun begitu Abdul Khalid masih berhak terus memimpin kerajaan negeri dengan sokongan empat Exco kerajaan negeri daripada Pas yang sememangnya mengiktiraf kepimpinan dan integriti beliau.

Ketika Abdul Khalid begitu tenang menghadapi tekanan daripada PKR dan menghormati keputusan Pas menarik sokongan kepada beliau, pemimpin-pemimpin PKR pula khususnya Penasihar parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presidennya, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bagaikan 'cacing kepanasan'.

Ada sahaja kenyataan yang mereka buat untuk memastikan Abdul Khalid berada dalam tekanan dan pada masa sama berusaha memperkukuhkan hujah kenapakah Wan Azizah paling layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Sememangnya, biarpun gembira dengan sokongan DAP untuk mencalonkan Wan Azizah, namun ia bukanlah satu ketenangan kepada pemimpin-pemimpin PKR khususnya Anwar.

Selain pendirian Pas yang terus konsisten untuk menghantar dua nama kepada istana, pemimpin-pemimpin PKR juga memahami Abdul Khalid masih mempunyai 'peluru terakhir' yang cukup ditakuti oleh parti tersebut iaitu menasihatkan Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pembubaran DUN bagaikan mimpi ngeri kepada PKR kerana ia akan meranapkan impian mereka untuk menjayakan 'langkah malang dari Kajang' dan 'paling memilukan' kemungkinan impian untuk 'mentabalkan' Wan Azizah sebagai Menteri Besar tidak akan kesampaian.

Oleh itu awal-awal lagi pemimpin PKR khususnya Rafizi memberi amaran kepada Abdul Khalid jangan membubarkan DUN. Soalnya, apa hak Rafizi untuk melakukan tindakan itu?

Abdul Khalid bukannya ahli PKR dan beliau juga masih Menteri Besar Selangor yang sah selagi empat Exco daripada Pas berada dalam pentadbiran kerajaan negeri. Sebagai seorang yang kononnya dianggap 'pakar strategi' untuk PKR, Rafizi sepatutnya tidak takut menyediakan strategi untuk parti itu berhadapan dengan pilihan raya sekali lagi.

Sepatutnya sebagai seorang yang kononnya bijak mengatur strategi politik untuk PKR, Rafizi perlu cerdik dan bukannya membuat kenyataan yang dilihat awal-awal lagi sudah menyerah kalah? Cerdikkah Rafizi???

Apa pun Rafizi perlu ingat beliau hanyalah pengarah strategi yang dilantik oleh PKR dan Ahli Parlimen Pandan. Beliau tidak berhak sama sekali untuk mengajar Abdul Khalid bagaimana hendak menguruskan kemelut politik di Selangor.

Abdul Khalid juga berwibawa berbanding Rafizi dalam apa juga perkara, mungkin juga termasuk integriti. Rafizi seharusnya hanya membuang masa untuk menasihatkan Abdul Khalid itu pun kalau beliau betul-betul seorang pakar strategi!

Lawaknya Wan Azizah pula, menunjukkan sikap bengongnya dengan membaca teks ucapan Dasar Presiden di Kongres Nasional PKR Ke-10 di Shah Alam yang menyelar pentadbiran Abdul Khalid yang didakwa menyimpan dana negeri sehingga mengabaikan rakyat.

Jika soal mengabaikan rakyat mahu diambil kira, Wan Azizah sepatutnya menuju ucapan itu kepada diri sendiri dan pemimpin-pemimpin PKR khususnya Anwar kerana merekalah yang lebih layak menerima kecaman tersebut.

Sepanjang pentadbiran Abdul Khalid, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat Selangor, sebab itulah mereka terus memberikan sokongan kepada beliau dalam pilihan raya umum lalu.

Sokongan itu diberikan kerana mereka yakin Abdul Khalid mampu menjadi Menteri Besar terbaik untuk negeri tersebut. Tetapi Wan Azizah seperti juga pemimpin-pemimpin PKR lain sentiasa sahaja mengamalkan sikap 'tuding kain orang lain terkoyak, kain sendiri sudah terkoyak'.

Apapun sama-samalah kita menanti kesudahan episod krisis politik di Selangor itu dan ia perlu diselesaikan segera kerana rakyat sudah bosan dengan karenah pemimpin-pemimpin PKR yang mahu berpolitik sepanjang masa.

PT
Semakin  hari semakin bengong pemimpin 2 PKR, apa tidaknya krisis perebutan MB tiada kesudahan..

Saturday, 23 August 2014

Bang Non "Kebengongan" Menunggu Al-Sultan Pulang!!!

Baru baru ni kita dikhabarkan bahawa DYMM Sultan Selangor telah memendekkan tempoh becuti baginda apabila kemelut yang melanda negeri Selangor dalam perebutan kerusi Menteri Besar makin meruncing.

PR mengatakan bahawa mereka mendapat sokongan penuh dari semua ADUN PR termasuk PAS dan DAP serta PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.

Tapi adakah benar semua ADUN ADUN dari PR menyokong kehendak nafsu Anwar Ibrahim dengan menamakan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru?

Apa yang terdengar, ADUN PAS seramai 13 orang masih lagi enggan untuk menurunkan tanda tangan mereka menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ini sudah pasti membuatkan Anwar Ibrahim bertambah gundah kerana masih tidak boleh membeli ADUN-ADUN PAS seramai 13 orang untuk memberikan sokongan walaupun kononnya keputusan PAS pusat telah menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru.

Tapi kalau dilihat semula persetujuan diantara ketiga tiga parti gabungan PR, PAS bersetuju untuk menamakan 2 orang sebagai calon Menteri Besar iaitu Azmin dengan Wan Azizah.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa ini adalah permainan yang dicipta oleh Anwar dan PKR namun persetujuan ini telah diuar uarkan oleh pemimpin PKR walaupun hakikatnya majlis Syura telah bersetuju untuk terus menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Mungkin 13 ADUN ini masih mengikut keputusan Majlis Syura PAS yang masih dengan pendirian mereka iaitu Khalid Ibrahim tidak perlu ditukar memandangkan beliau tidak pernah didapati bersalah oleh mana mana pihak berkuasa dalam urusan pentadbiran.

Sumber

PT
Setakat bengong takpe bang non..jangan gila tak tentu pasal sudahlah...manalah tahu kadang2 manusia boleh jadi gila jika kehendak dan impian tidak tercapai...dahlah angan2 nak jadi PM tak kesampaian....alahai bang non bang non...

Thursday, 21 August 2014

Pemimpin Pas Memang Pandai Bermuka2???

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegur segelintir pemimpin yang hanya berselindung di sebalik perjuangan Pas namun sebenarnya tidak setia dan menyokong kumpulan lain.
Menurut Nasrudin, perjuangan sebenar memerlukan istiqamah iaitu aktif dan komited berdasarkan kasih sayang kepada jemaah bukannya secara bermuka-muka atau melibatkan diri dalam jemaah tetapi hati bersama kumpulan lain.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, kerjasama politik tahaluf siyasi Pas dengan pakatan pembangkang bukan bermaksud para pemimpin parti itu perlu patuh sepenuhnya kepada gabungan berkenaan melebihi ketetapan oleh parti sendiri.
"Kalau nak berjuang pastikan istiqamah iaitu aktif dan berada di jalan yang lurus. Komited dengan ketetapan dan peraturan jemaah. Semestinya jangan bermuka-muka. Contohnya, sudut depan kata bersama Pas tapi sudut belakang bercengkerama dengan kumpulan lain pula.
"Tahaluf ertinya kerjasama. Siyasi ertinya dinisbahkan kepada politik. Tahaluf siyasi ertinya kerjasama dalam aspek politik. Maka, ia bukan hubungan yang menyerahkan wala' kepada rakan tahaluf. Ia juga bukan hubungan intima' yang mengikat diri dalam segala aspek termasuk prinsip agama, perjuangan dan wadahnya.
"Letakkan kasih sayang kepada jemaah mengatasi segalanya. Jangan tubuh dalam jemaah tetapi hati dalam kumpulan lain," kata Nasrudin dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini. Walaupun tidak menyebut nama pemimpin terbabit, kecaman Nasrudin itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendirian Pas berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor yang sedang berlaku ketika ini.
Pendirian Pas berhubung kemelut berkenaan dilihat tidak konsisten apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada Ahad lalu memutuskan untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, pada sebelah petangnya, Pas akur dengan ketetapan pakatan pembangkang yang tetap menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal.
Sehari selepas itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tetap berpendirian mencalonkan dua nama itu sehingga mencetuskan pelbagai persoalan bagaimana parti itu boleh mengeluarkan pendirian yang berbeza dalam tempoh singkat.  - Sumber
PT
Betullah pemimpin pas ni...seorang kata jangan bermuka2 ..tetapi yang realitinya memang pak lebai dan pemimpin pas tersangat hebat bermuka2...

PKR Rela Bagi Laluan Kepada PAS Jika Wan Azizah Ditolak Sultan???

PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana.

Selain nampak terdesak.. kenyataannya itu jelas menunjukkan bahawa beliau tidak memberikan pilihan langsung malah lebih bersifat memaksa Sultan Selangor supaya menerima Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Seolah-olah beliau menganggap Sultan itu adalah seorang ahli PKR yang boleh diarahkannya supaya mengikut kehendak parti sedangkan untuk memilih dan melantik itu adalah hak Sultan.

Malah sanggup berhadapan dengan pilihanraya meskipun ramai yang sudah sedia maklum jika diadakan pilihan raya negeri risiko PR Selangor untuk kehilangan majoriti lebih dari 2/3 adalah tinggi.

Rasanya adalah lebih baik jawatan Menteri Besar itu diserahkan kepada PAS jika PKR benar-benar tiada nama lain untuk dikemukakan kepada Sultan... Ini lebih baik dari dibazirkan beratus juta RM untuk diadakan Pilihanraya Negeri yang akibatnya akan menyebabkan beberapa ADUN yang ada kehilangan jawatan.

Laporan berkaitan...

PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana.

"Kita tidak bincang langsung mengenai perkara itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai langkah seterusnya jika Sultan menolak presiden PKR tersebut.

Saifuddin berkata mereka menanti maklum balas daripada pihak istana selepas nama Dr Wan Azizah dihantar sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim. "Kita cuma tunggu sahaja maklum balas daripada Tuanku," katanya.

Mengenai kemungkinan Dr Wan Azizah ditolak, Saifuddin berkata langkah susulan belum diputuskan kepimpinan ketika ini. "Ia masih belum berlaku dan belum bincang," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata mereka akan melalui proses mengikut perlembagaan dan undang-undang dalam usaha menggantikan Khalid.

"Kita akan guna proses perlembagaan dan undang-undang. Prosesnya adalah dengan menghantar nama terlebih dahulu dan dalam isu ini, majoriti sokongan kepada Dr Wan Azizah adalah jelas," kata Rafizi, Rafizi juga tidak memberitahu mengenai langkah seterusnya jika Sultan Selangor menolak Dr Wan Azizah, sambil berkata tidak mahu membuat "spekulasi".
"Tidak apa, kita guna dahulu proses Perlembagaan. Buat ketika ini, kita tidak mahu berspekulasi," katanya. Awal hari ini, The Malaysian Insider memetik pakar perundangan sebagai tidak menolak Sultan Selangor masih boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan semula.

Peguam Abdul Shukor Ahmad berkata merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan pada 2010 melibatkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Zambry Abdul Kader, sultan mempunyai pilihan mengarahkan peletakan jawatan MB kerana hilang sokongan majoriti ahli DUN.

Shukor berkata Sultan juga boleh memanggil sidang tergempar dan mengarahkan MB menguji sokongan di DUN.

"Sekiranya menteri besar hilang sokongan undi, beliau perlu meletakkan jawatan. Sultan juga boleh membubarkan DUN sekiranya Tuanku menerima saranan menteri besar," katanya kepada The Malaysian Insider.

PT
Nampak sangat PKR lapar kepada jawatan. .

Monday, 18 August 2014

Terkini!!! Kenyataan Media Khalid Ibrahim

Menu1 EkELEH.COMSiasah Sosial Semasa Malaysia Menu2 Kenyataan media Khalid Ibrahim Posted on 18/08/2014 Leave a comment KENYATAAN MEDIA 17 OGOS 2014 SAYA AKAN MOHON MENGHADAP DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAAN STATUS MENTERI BESAR Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Sa-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya. Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor. Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang. Insya’Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT. TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR DEALER diperlukan, JUAL SEKALI income SELAMANYA… Baca DULU… Khalid Ibrahim nak tubuh parti baru!! Wan Azizah calon tunggal PR, Azmin tolak pencalonan PAS Esok PAS reject Khalid Ibrahim dan Wan Azizah? Terbaik dari Naib Presiden PAS, Husam Musa untuk Khalid Ibrahim Lagi berita gembira untuk Pakatan Leave a comment Your email address will not be published. Required fields are marked * Name * Email * Website Comment « Khalid Ibrahim nak tubuh parti baru!! DEALER diperlukan, JUAL SEKALI income SELAMANYA… Baca DULU… MyAnnur.com Petua Imam Syafie untuk lelaki Tanda 100, 40, 7 dan 1 hari sebelum saat kematian 5 Gangguan Syaitan Semasa Solat Koleksi Hubungi Kami Profil Privasi © Copyright of Ekeleh Media 2013

Nasib Wan Jijah Masih Ditangan TS Khalid Dan Sultan Selangor???

Apabila Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di dalam mesyuaratnya pada 17 Ogos 2014 bersetuju menarik balik sokongan yang diberikan oleh PAS terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dan apabila Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di dalam mesyuaratnya pada 17 Ogos 2014 bersetuju mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar yang baru maka, secara moralnya, kemelut politik di Selangor boleh dijangkakan akan selesai melalui pengunduran Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun, para pemimpin dan para penyokong Pakatan Rakyat tidaklah boleh terlalu bergembira dengan jangkaan selesainya kemelut politik di Selangor ini kerana nasib Pakatan Rakyat di Selangor sebenarnya masih tertakluk kepada budi bicara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor.

Secara undang-undangnya, jika Tan Sri Khalid Ibrahim masih mahu melawan maka, selama mana beliau tidak diminta meletakkan jawatan oleh Sultan Selangor dan jika Sultan Selangor meminta penarikan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim dibuktikan di dalam Dewan Undangan Negeri.

Beliau boleh sahaja meneruskan kemelut politik ini dengan menghalang Pakatan Rakyat dari mengemukakan usul tidak percaya terhadap beliau sehingga kira-kira empat bulan lagi dengan tidak menasihatkan Sultan Selangor untuk memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang di dalam tempoh itu berdasarkan peruntukan Artikel 70(1) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut ...

“His Highness shall from time to time by Proclamation published in the Gazette summon the Legislative Assembly and shall not allow six months to elapse between the last sitting in one session and the date appointed for its first sitting in the next session”, juga peruntukan Artikel 55(1) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut ...

“In the exercise of his functions under this Constitution or any law... His Highness shall act in accordance with the advice of the State Executive Council or of a member thereof acting under the general authority of the Council”.

Secara undang-undangnya juga, jika Tan Sri Khalid Ibrahim masih mahu melawan di sebalik kewujudan bukti nyata penarikan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri terhadap beliau maka beliau boleh sahaja memohon kepada Sultan Selangor supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membuka jalan kepada satu pilihan raya semula diadakan berdasarkan peruntukan Artikel 53(6) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut ...

“If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the State Executive Council”.

Melainkan jika Sultan Selangor menggunakan kuasa budi bicara Baginda untuk menolak permohonan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya Baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri berdasarkan peruntukan Artikel 55(2)(b) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut ....

“His Highness may act in his discretion in...the withholding of consent to a request for the dissolution of the Legislative Assembly” maka kemungkinan untuk rakyat Selangor berpilihan raya semula masih ada.

Sumber

PT

Sunday, 17 August 2014

Terkini!!! TS Khalid Ternganga, Pas Tekan Brake Tengah Jalan???

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda tentang langkah seterusnya untuk diambil berikutan keputusan terbaru PAS hari ini.

Beliau berkata menerima dengan hati terbuka keputusan PAS Pusat berkenaan status menteri besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang dibuat melalui mesyuarat selama 90 minit pagi ini.

"Dengan perkembangan terbaru ini, saya akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

"Sehingga Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli Exco daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pada mesyuaratnya pagi ini, PAS memutuskan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid. Parti Islam itu juga turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini, menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membaca kenyataan yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Sumber

PT

Memang sudah dijangka Pas tidak akan menyokong TS Khalid Ibrahim. Siapa tak kenal parti Pas..parti yang yang hanya reti mengikut apa saja arahan dalam pakatan. Parti yang tiada prinsip...

Betulkah Keputusan Mesyuarat AJK PAS Yang Bakal Berlangsung Hari Ini Sudah Bocor???

Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini mempunyai 4 kemungkinan dalam menentukan masa depan parti Islam itu dan dijangka PAS akan memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat (PR), namun menolak cadangan PKR meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Antara 4 kemungkinan pilihan parti itu adalah: Kekal bersama Pakatan dan menyerahkan nama calon lain sebagai menteri besar Selangor kepada PKR. Meninggalkan Pakatan dan berdiri sebagai sebuah parti secara individu.

Meninggalkan Pakatan dan menyertai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membentuk kerajaan Selangor; atau Menyokong pilihan calon PKR, Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar dan kekal bersama Pakatan.

Seramai 38 anggota jawatankuasa pusat parti itu dijangka memilih pilihan pertama berdasarkan keputusan Majlis Syura sebelum ini yang menyuarakan sokongan kepada Khalid.

Selepas pemecatan Khalid daripada PKR, PAS bagaimanapun perlu berkompromi antara kehendak parti dan keperluannya untuk kekal dalam Pakatan.Ini kerana selain menyokong Khalid, Majlis Syura juga mahu PAS kekal dalam pakatan pembangkang, seperti mana Muktamar PAS sebelum ini memutuskan – untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Ustaz Hadi bersetuju untuk menggantikan Khalid tetapi PKR perlu berkompromi dan meletakkan calon lain selain Dr Wan Azizah," kata pemimpin kanan PAS, merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Jika Anwar (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkeras mahukan Dr Wan Azizah, ini menunjukkan beliau bukan tidak mahukan Khalid, tetapi tetap mahukan Dr Wan Azizah.

"Pandangan ini bagaimanapun dirosakkan sedikit apabila PKR menarik 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – untuk menghadiri sidang media Dr Wan Azizah pada Khamis dan menyuarakan sokongan membentuk majoriti 30 Adun kepadanya, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Nathaniel Tan, seorang penganalisis politik yang sebelum ini bekerja di pejabat menteri besar berkata, "Khalid khianat parti, PKR pecat. Kemudian jika ahli PAS ingkar arahan parti... err", merujuk kepada keputusan PKR menarik 2 Adun
PAS untuk menyokong Dr Wan Azizah.

Kesan daripada perkara itu, PAS boleh jadi akan mengambil pendirian kedua, iaitu meninggalkan PR kerana tidak begitu senang dengan tindakan PKR.Tindakan itu mencetuskan kemarahan dalam PAS. Sebahagian dalam PAS dilihat memihak kepada "pro-UG" (kerajaan campuran) yang mahukan PAS bekerjasama dengan Umno.

Tindakan PKR menarik Hasnul dan Saari menjadi senjata utama kumpulan pro-UG untuk mengajak kepimpinan PAS meninggalkan Pakatan, sama ada bersama Khalid dan Umno membentuk kerajaan di Selangor atau berdiri sendiri.

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan dalam komen di laman Facebook miliknya berkata:

"Budaya ancaman politik merebak ke dalam PAS. Adakah proses tapisan dilakukan secara semulajadi?"Sementara itu, pemimpin PAS yang lain berkata:

"Jika PAS berhenti memikirkan rasional dan marah dengan tindakan PKR, PAS akan meninggalkan Pakatan dan berjuang bersendirian.

"Apa sahaja keputusan kepimpinan PAS hari ini, ahli jawatankuasa pusat menjangkakan isu meninggalkan Pakatan pasti hangat diperdebatkan memandangkan perbezaan antara pemimpinnya berlarutan terlalu lama.

"Saya pasti akan ada percanggahan antara mereka yang mahu kekal bersama Pakatan dan mereka yang marahkan PKR dan DAP," kata pemimpin PAS yang akan menyertai pertemuan itu hari ini kepada The Malaysian Insider.

Ekoran itu, mereka dijangka fokus terhadap tindakan Hasnul dan Saari.Satu kumpulan berkata, kedua-dua Adun itu mahu menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini ditadbir Khalid, manakala satu kumpulan lain mendakwa mereka mendahului keputusan parti yang hanya bakal ditentukan hari ini.

Sentimen ini dicerminkan dalam kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menggesa semua pihak menantikan keputusan mesyuarat 17 Ogos.

"Melawan keputusan jawatankuasa tidak akan mendapat restu dan jika ada sebarang masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya dipetik media PAS Harakahdaily.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS berkata kepada The Malaysian Insider, tindakan kedua-dua Adun itu adalah untuk menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat yang kini dimusnahkan Khalid.

Ini kerana tindakan mereka berdua memusnahkan sama sekali harapan Khalid untuk mendapat majoriti mudah apabila harapannya kini tinggal 26 kerusi sahaja dari 56 kerusi dalam DUN iaitu 12 BN, 13 PAS dan Khalid sendiri. - Sumber

Saturday, 16 August 2014

Dua Adun Pas Gedeber Bakal Dipecat???

PAS Selangor telah membayangkan dua Adun yang mengkhianati parti akan dipecat keahlian mereka. Pas Selangor telah menyerahkan kepada kepimpinan pusat parti untuk mengambil tindakan disiplin terhadap dua Adun yang mengkhianti parti apabila menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat/Isteri Anwar Wan Azizah Wan Ismail dan menolak arahan Presiden parti Pas Datuk Seri Abduk haji Hadi Awang.
Jika mereka dipecat keahlian sudah tentu Pas akan mencalonkan pemimpin lain dalam Pas untuk bertanding di Hulu Kelang dan Dun Morib jika Dun dibubarkan. Kita tahu Saari Sungib adalah bekas ahli PKR yang rapat dengan Anwar Ibrahim, jika mereka menyertai PKR adakah PKR akan mencalonkan mereka ini apabila Dun dibubarkan.
Pada Khamis, Hasnul dan Saari telah menandatangani surat akuan sumpah bahawa mereka akan menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar yang baru untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Susulan tindakan kedua-dua Adun itu, PAS Selangor memberi tempoh 24 jam kepada mereka untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Dr Wan Azizah atau bakal berdepan tindakan disiplin. - Sumber
PT
Pas bukan berani pun nak ambik tindakan kepada dua Adun yang mengkhianati parti...bukan kita tak kenal pas adalah parti pak turut. Sangat takut kepada pkr dan dap....kita tunggu dan lihat apa kesudahan kemelut politik Selangor.

Dewan Ulama Pas Mahukan Azmin Jadi Calon MB??? - Astro Awani

KUALA LUMPUR: Nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali disebut-sebut bakal dicalonkan oleh PAS sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu semasa Mesyuarat Jawatankuasa PAS pada Pusat Ahad ini.

Ia dilihat satu keputusan yang sangat signifikan selain beberapa keputusan status dua Ahli Undangan Negeri (ADUN) yang berpaling tadah kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan empat exco mereka yang kekal di dalam Kerajaan Menteri Besar Selangor,

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang akan turut dibincangkan. Menurut sumber dalaman PAS, nama Azmin akan dicadang Dewan Ulama PAS kerana dianggap calon paling berwibawa untuk menyelesaikan krisis Selangor sekali gus menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu mewakili Pakatan Rakyat.

"Dewan Ulama juga dikatakan telah menyatakan pandangan mereka kepada beberapa NGO Islam untuk mendapatkan pandangan mengenai krisis Selangor dan cadangan menamakan Azmin sebagai menteri besar.

"Ia dikatakan mendapat respon positif dan akan diputuskan pada 17 Ogos ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini. ‎Dalam pada itu kata sumber berkenaan, laporan beberapa portal mengenai keputusan mesyuarat Lajnah Politik PAS pada Khamis yang tidak bersetuju menamakan Wan Azizah untuk menggantikan Abdul Khalid membuktikan nama Azmin akan 'naik' pada Ahad ini.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mempengerusikan sidang media berkenaan tidak menyebut nama lain bagi menggantikan Abdul Khalid. Sementara itu jelas sumber, kenyataan media yang dikeluarkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada Khamis memberi tamparan hebat kepada PKR yang dilihat 'gelojoh' dalam menyelesaikan kemelut yang melanda Negeri Selangor.

"Salahuddin sejak awal meminta semua pihak berkaitan bersabar dan menegaskan bahawa PAS akan membuat satu keputusan yang sangat signifikan pada 17 Ogos di mana Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat akan berbincang mengenai krisis Selangor, jadi bersabarlah," ujarnya.

Salahuddin sebelum ini meminta pihak berkenaan untuk bersabar sementara PAS memperincikan pendirian yang akan dijelaskan pada Ahad ini. Kata Salahuddin, isu menukar menteri besar dilihat sukar dan bukan semudah menukar ketua kampung.  - Sumber 

Wednesday, 13 August 2014

Kenyataan Presiden PAS Hadapi Krisis Perebutan Jawatan MB!!!

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya semua ahli di dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya bertenang menghadapi krisis yang semakin meruncing berkenaan isu pertukaran Menteri Besar Selangor. Kemelut yang dihadapi PR berlaku apabila terdapat percanggahan pendapat antara Presiden PAS dan Ketua Umum PKR,

Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar telah mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baharu, sebaliknya mempertahankan Khalid untuk kekal di posisi yang dipegang beliau sekarang ini.

“Saya menyeru kepada semua ahli supaya bertenang dan meminta pertolongan daripada Allah dengan bersabar dan sembahyang. “Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah-45),” katanya di dalam laman Facebooknya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata keempat-empat Exco PAS Selangor akan menjalankan tugas seperti biasa. “Kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa sebelum menunggu keputusan yang akan diumumkan daripada PAS Pusat.

“Kepada semua pemimpin parti, ahli dan para penyokong dinasihatkan supaya bertenang menghadapi konflik politik yang sedang melanda Selangor,” ujarnya. ~ Sumber

PT
Senario politik Selangor semakin parah, serang menyerang antara satu sama lain dalam pakatan.  Dap mahukan Pas tidak menyokong MB tetapi dalam masa yang sama exco pas yang baru dilantik diarahkan oleh pucuk pimpinan pas supaya mengikut arahan lantikan.

Apa yang pasti perebutan jawatan MB ini tidak akan tamat dalam tempoh terdekat. Jadi kita sama2 tunggu dan lihat siapa yang kecundang dan siapa yang menang???

EXCO2 PAS Yang Baru Dilantik Tunjuk GEDEBER!!!

Desakan yang dilakukan oleh DAP dan PKR agar EXCO PAS memulaukan mesyuarat EXCO selepas pemecatan Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR nampaknya tidak diterima dan mereka (exco pas) tetap menghadiri mesyuarat tersebut.

Dalam undang undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar cuma memerlukan 4 orang EXCO untuk menjalankan tugas sebagai seorang Menteri Besar dan nampaknya kekuatan tersebut akan terus kekal apabila kehadiran EXCO EXCO PAS ini adalah kerana mereka mengatakan bahawa mereka dipilih oleh Sultan serta atas arahan parti.

Dalam situasi sekarang ni agak agaknya apa yang ada dalam fikiran Anwar ye? Mungkin juga Anwar sedang MENGHARAM JADAHKAN Khalid Ibrahim tak habis habis.

ADUN PAS pun kali ni nampaknya degil sikit sampai apa yang DAP dan PKR minta pun puak puak PAS ni buat tak peduli. Mungkin juga ini hadiah kepada PKR dan DAP yang sejak akhir akhir ni biadap dengan mengeluarkan beberapa saman terhadap pemimpin PAS.

Kali ni kamu rasa la pulak wahai DAP dan PKR macam mana kalau PAS dah mula nak nampakkan mereka pun ada kuasa dan mereka juga ada maruah.  - Sumber

PT
KeGEDEBERan exco-exco pas semakin menyerlah dengan mengingkari amaran rakan kongsi mereka si dap dan pkr. Tahniah wahai exco2 pas yang baru dilantik kerana anda berani mengubah keadaan senario politik Selangor. ..

Thursday, 24 July 2014

Hebat!!! Kholid Ibrahim Warning Bang Non???

Berkongsi nama bapa tapi orangnya lain lain, itu le yang membuatkan satu masa dulu orang beranggapan bahawa Khalid dan Anwar amat baik dan rapat.

Sekarang secara terang terangan kita dapat melihat bagaimana rupa sebenar Anwar yang akan melakukan apa sahaja demi untuk kepentingan kaum keluarga beliau.

Seperti langkah Kajang yang dicetuskan sebenarnya bukanlah untuk menghampiri Putrajaya, tapi yang sebenarnya adalah untuk meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor seterusnya menidakkan mandat yang diberikan oleh rakyat serta kepercayaan Tuanku Sultan kepada Khalid untuk menerajui negeri Selangor.

Tapi sekarang kita sudah dapat mendengar kenyataan kenyataan Khalid yang memberikan amaran kepada Anwar tentang kehendak beliau untuk menurunkan Khalid dari kerusi Menteri Besar.

Khalid juga nampaknya mendapat beberapa sokongan dari parti dalam pakatan sendiri dan PAS sebagai contoh masih mahukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor walaupun baru baru ini.

Mat Sabu menghadiri mesyuarat bersama sama dengan Anwar dan Lim Kit Siang dan PAS dikatakan bersetuju dengan keputusan Anwar untuk menyingkirkan Khalid.

Tapi kenapa Mat Sabu dan bukannya Haji Hadi sebagai Presiden Parti yang mempunyai kuasa untuk menentukan setuju atau tidak. Kalau diikutkan, PAS Selangor dilihat menyokong Khalid sebagai Menteri Besar bagi menerajui negeri tersebut dan ada kemungkinan Anwar dan Wan Azizah akan gigit jari melihat kerusi Menteri Besar dan ianya akan jadi seperti angan angan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Kita tunggu apa keputusan nya nanti sama ada PAS Selangor masih seperti lembu yang dicucuk hidung dan mengikuti apa sahaja kehendak Anwar walaupun kita mengetahui bahawa PAS mempunyai kerusi melebihi PKR.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive