Berkongsi nama bapa tapi orangnya lain lain, itu le yang membuatkan satu masa dulu orang beranggapan bahawa Khalid dan Anwar amat baik dan rapat.
Sekarang secara terang terangan kita dapat melihat bagaimana rupa sebenar Anwar yang akan melakukan apa sahaja demi untuk kepentingan kaum keluarga beliau.
Seperti langkah Kajang yang dicetuskan sebenarnya bukanlah untuk menghampiri Putrajaya, tapi yang sebenarnya adalah untuk meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor seterusnya menidakkan mandat yang diberikan oleh rakyat serta kepercayaan Tuanku Sultan kepada Khalid untuk menerajui negeri Selangor.
Tapi sekarang kita sudah dapat mendengar kenyataan kenyataan Khalid yang memberikan amaran kepada Anwar tentang kehendak beliau untuk menurunkan Khalid dari kerusi Menteri Besar.
Khalid juga nampaknya mendapat beberapa sokongan dari parti dalam pakatan sendiri dan PAS sebagai contoh masih mahukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor walaupun baru baru ini.
Mat Sabu menghadiri mesyuarat bersama sama dengan Anwar dan Lim Kit Siang dan PAS dikatakan bersetuju dengan keputusan Anwar untuk menyingkirkan Khalid.
Tapi kenapa Mat Sabu dan bukannya Haji Hadi sebagai Presiden Parti yang mempunyai kuasa untuk menentukan setuju atau tidak. Kalau diikutkan, PAS Selangor dilihat menyokong Khalid sebagai Menteri Besar bagi menerajui negeri tersebut dan ada kemungkinan Anwar dan Wan Azizah akan gigit jari melihat kerusi Menteri Besar dan ianya akan jadi seperti angan angan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Kita tunggu apa keputusan nya nanti sama ada PAS Selangor masih seperti lembu yang dicucuk hidung dan mengikuti apa sahaja kehendak Anwar walaupun kita mengetahui bahawa PAS mempunyai kerusi melebihi PKR.
Sumber
tahniah rakyat selangor....
ReplyDeleteSeeloknya lantik nurul jadi MB ..jinah jadi timbalan...bang non jadi punaisihat ..baru ngan....
ReplyDeleteKat Sarawak, Anwar kata Sarawak for Sarawakians. Tetapi kat Selangor, lain pula ceritanya, Selangor for whom? Penangites? Penyamun2 PKR?. Sedarlah rakyat Selangor sekelian, Anwar nak guna duit rakyat Selangor untuk bayar hutang PKR. Sedangkan Khalid Ibrahim telah bersumpah untuk menjaga hartabenda rakyat Selangor. Semoga Allah berada di pihak yang benar.
ReplyDelete