Showing posts with label anwar Ibrahim.. Show all posts
Showing posts with label anwar Ibrahim.. Show all posts

Thursday, 16 October 2014

Facebook Bang Non Diserang!!!

Sesuatu yang menarik telah berlaku semalam di laman Facebook milik Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila post beliau yang mengajak rakyat turun berhimpun di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini dengan tema Rakyat Hakim Negara tidak mendapat sokongan.

Tidak seperti zaman reformasi pada 1998, penyokong-penyokong Anwar pantang dicuit, akan bermati-matian membela idola mereka dengan pelbagai hujah.

Namun kini sebaliknya berlaku. Bertambah menarik, penyokong-penyokong beliau sendiri dengan lantang menyuarakan pandangan mereka yang mahukan isu ini diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu mengheret rakyat. Membuang masa dan tenaga semata-mata mempertahankan masalah peribadi beliau.

Sendiri buat sendiri tanggung. Kes yang telah berlarutan sekian lama membuatkan penyokong beliau sendiri meluat dengan sikap cakap tak serupa bikin dan jelas menunjukkan bahawa beliau takut pada bayang-bayang sendiri.

Berani kerana benar takut kerana salah. Mudah nak hadam apa sebenarnya yang Anwar takutkan. Satu fenomena baru. Anwar tidak lagi menerima sokongan seperti sebelumnya.

Penyokong beliau semakin sedar, untuk memilih seorang pemimpin, kualiti moral amat dititik beratkan apatah lagi Malaysia sememangnya diiktiraf seantero dunia sebagai sebuah Negara Islam.  - Sumber

PT
Takkan bakal PM Malaysia pun terkena??

Friday, 15 August 2014

Wan Jijah Putih Mata - Anwar Pilih Calon Lain Untuk MB???

KUALA LUMPUR 15 Ogos - 'Drama' politik Selangor bakal menyaksikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tersingkir dari tercalon sebagai peneraju negeri selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih ADUN Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. 

 Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mat Arip berkata, keputusan tersebut bagi memastikan PAS terus menyokong PKR mendesak Tan Sri khalid Ibrahim meletakkan jawatannya. 

"Anwar kini dikatakan sedang berura-ura untuk mencari calon alternatif bagi jawatan menteri besar yang baru, bukan lagi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tetapi ADUN Ijok Dr Idris Ahmad," katanya kepada RakyatNews, hari ini. 

 Jelasnya, pucuk pimpinan PAS juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan misi Anwar adalah untuk mendapatkan persetujuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 "Saya difahamkan Dr Idris sudah geli-geleman dengan tawaran baru ini. Dr Idris Ahmad dari PKR Ijok ditawarkan sebagai calon alternatif bagi membolehkan PAS bersetuju dengan pelantikan menteri besar baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. 

"Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga telah bersetuju untuk menggantikan Wan Azizah dengan Dr Idris. Apabila ini berlaku maknanya PAS telah 'dikencing' dua kali dengan Anwar," ujarnya. 

 Tegasnya, PAS seharusnya bertindak lebih tegas dengan menegakkan pendiriannya dari terus dipermainkan rakan Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, bagi memastikan Khalid disingkirkan dari pentadbiran Selangor. 

 "Bagi Anwar, PAS hanyalah parti politik hingusan yang boleh diperbudak-budakkan, dikotak-katikkan demi memastikan Tan Sri Khalid tersingkir (dari pentadbiran Selangor). 

"Saya yakin mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos ini akan membuat ketetapan menyokong Dr Idris Ahmad dari ADUN Ijok menggantikan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar," katanya lagi.  - Sumber


Tuesday, 12 August 2014

Giliran KP Pas Pula Bodohkan Bang Non ???

KUALA LUMPUR: “Bagai melepaskan anjing tersepit,” selar Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaman Facebook miliknya, Faizul Abas.

Senario tersebut dilihat berlaku apabila Anwar semalam secara mengejut membuat perjumpaan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang seolah-olah cuba untuk mendapatkan ‘pertolongan’ dan mencari jalan keluar bagi isu menteri besar Selangor.

“Sejak dulu, PAS sangat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan. Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah ramai di kalangan rakan pakatan menyerang dan menyalahkan PAS.

“Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa 'bagai melepaskan anjing tersepit (menolong orang yang tidak tahu membalas jasa),” tulisnya.

Keadaan PKR kini dilihat semakin meruncing apabila calonnya, Dato' Sri Wan Azizah Wan Ismail yang cuba untuk merebut jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat bertambah sukar apabila Abdul Khalid telah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam untuk terus mentadbir negeri tersebut.

Faizul di entrinya dilihat turut membuat kenyataan balas dengan menyindir tindakan Anwar sebagai membelakangkan ulamak-ulamak PAS.

“Orang bodoh ialah orang yang membelakangkan ulamak. Macam Allah sebut gelagat orang munafik, di belakang Nabi S.A.W mereka kata 'Adakah kami nak ikut orang-orang bodoh itu",” ujarnya lagi.

Terdahulu, Anwar dikatakan berjumpa dengan Abdul Hadi bagi mengetahui pendirian PAS yang masih belum menyatakan sokongan kepada PKR terhadap presidennya , Wan Azizah dan dilihat cukup berpuas hati selepas pertemuan tersebut. - Sumber

Anwar Semakin Bengong!!! Haji Hadi Tidak Setuju Wan Azizah Jadi MB???

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus buntu dalam mencari penyelesaian isu pertukaran Menteri Besar Selangor apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap menolak calon yang dikemukakan oleh PKR.
Sumber dalaman PKR Terengganu memberitahu Astro AWANI, dalam pertemuan bersama Anwar dan Hadi di sebuah hotel di Marang petang semalam,
Presiden PAS itu bertegas menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Hadi, yang sebelum ini dilaporkan bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor, mahu PKR menamakan calon lain selain Wan Azizah.
Antara nama yang disebut-sebut menjadi pilihan PAS ialah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.
Sementara itu, Anwar enggan mengulas lanjut hasil pertemuannya dengan Abdul Hadi dan menganggap ia hanya pertemuan biasa.
"Perjumpaan biasa...kita baru dalam proses perbincangan...bincang banyak isu...hasilnya macam biasa," kata Anwar ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, malam tadi.
Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan komen Abdul Hadi masih gagal berikutan Presiden PAS itu turut mengelak bertemu dengan wartawan.
Abdul Khalid yang enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, dipecat daripada PKR pada 10 Ogos lalu atas dakwaan mengingkari arahan parti. Bagaimanapun pada 11 Ogos, Sultan Selangor memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid dalam satu kenyataan menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.
Sementara itu pada petang 11 Ogos, satu kenyataan bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mencabar Abdul Khalid membuktikan sokongan majoriti DUN seperti yang dimaklumkan kepada Sultan Selangor pada pagi Isnin. - Sumber

Monday, 11 August 2014

Kekalkan Khalid, Buang Anwar!!!!

SESAORANG menghantarkan artikel ini dan memberi komen..

Anonymous said...

Artikel: 6 sebab mengapa PKR perlu kekalkan TSKI sbg MB Selangor.

1) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan.

Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM 600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR mebeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!

2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya.

Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan

3) TSKI juga dlm diam dan tanpa diketahui umum malah ahli PKR sendiri jauh sekali Rafizi Ramli nak ambil kisah...beliaulah yg membantu membayar saman, kos guaman serta makan minum para demonstran serta pimpinan PR yg ditahan pihak berkuasa!

4) Dalam menghadapi PRU ke-12 dan ke-13 serta PRK Sabah, Sarawak serta Semenanjung yg ditandingi PKR sejak 2008, tanpa kita ketahui kebanyakan duit poket utk gerak kerja PKR dlm siri pilihanraya tersebut yg hampir mencecah RM 6 juta dtgnya adalah dari insan yg bernama KHALID IBRAHIM bkn Anwar Ibrahim!

Beliau guna wangnya sendiri bg menampung perbelanjaan pilihanraya utk parti yg sdg membunuh karakternya sbg MB yg cemerlang dek kerana nafsu gelora seorang mahkluk Allah utk berkuasa!

5) Tanpa PKR memberitahu kpd ahli mahupun umum tentang kos perbelanjaan bg mengadakan Mesyuarat Agong serta Kongres PKR sejak 2006 hingga 2013, kita tidak akan tahu bahawa SUMBANGAN PERIBADI TSKI shj utk program itu adalah sbyk RM 1.5 juta bro!!! Termasuk juga kos bg mengadakan Konvensyen PR peringkat nasional dan Selangor. Adakah YB Tony Pua tahu hal ini?? Belum tentu tahukan...

6) Dan terakhirnya, sumbangan peribadi beliau yg amat bermakna dan menjadi kegilaan serta kebanggan PKR dan PR tentu kita tidak lupa iaitu BAS serta TRELER Jelajah Rakyat!

Sejumlah RM 600 ribu telah disumbangkan beliau bg tujuan pengubahsuaian dan kemudahan dan tidak termasuk kos selenggara kenderaan itu. Persoalan:

Di manakah kenderaan "transformers" itu sekarang?? Beliau pernah berkata " Jangan ambil kira pemberian sy kerana PKR beri lebih byk daripada itu, bkn harta tetapi peluang utk sy menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin oleh org yg amanah dan bertanggungjawab!

Kalau diambil kira, itu tidak berapa ikhlas. Habislah pahala sy. Biar Allah yg tentukan ganjaran. Sebab itu sy minta sumbangan sy itu tidak diambil kira. Itu kira hangus shj". Katanya dlm membuat pengumuman bertanding jwtn Timb. Presiden PKR.

Walaupun beliau sering dilabel sbg "kedekut" tp dgn sedikit nukilan sy di ats dpt membuka mata dan minda rakyat Selangor utk tahu apa yg perlu dikedekutkan dan apa yg perlu diberi infaq.

Kerana belum tentu semua MB atau pemimpin sanggup berhabis jutaan ringgit utk partinya jika dia tahu partinya sendiri tikam belakangnya!!! Tetapi itulah Tan Sri Khalid Ibrahim. Moga Selangor terus maju, makmur, aman dlm naungan Allah s.w.t.

Lt(B) Kamaruzaman Ahmad Nor Saujana Rawang, Selangor. 11 Syawal 1435 h / 07 Ogos 2014

Kesimpulan: Kalau Macam ni BESAR JASA pun PKR dan DAP TAK PANDANG, kata Masih Tak Betul, Tak dengar arahan Parti, Tak Telus dsbnya… jadi yang lain dlm PKR dan DAP Cuma Hampeh, Sampah Masyarakat,

Malaun Yang Nak Merompak Kekayaan di Negeri Selangor.. LUU PIKIR LAA SENDIRI…Keadilan Jenis Apa yang Kamu nak Tegakkan??? Buang Anwar Ibrahim... PKR akan jadi lagi Kuat dan Maju. - Sumber

Thursday, 24 July 2014

Hebat!!! Kholid Ibrahim Warning Bang Non???

Berkongsi nama bapa tapi orangnya lain lain, itu le yang membuatkan satu masa dulu orang beranggapan bahawa Khalid dan Anwar amat baik dan rapat.

Sekarang secara terang terangan kita dapat melihat bagaimana rupa sebenar Anwar yang akan melakukan apa sahaja demi untuk kepentingan kaum keluarga beliau.

Seperti langkah Kajang yang dicetuskan sebenarnya bukanlah untuk menghampiri Putrajaya, tapi yang sebenarnya adalah untuk meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor seterusnya menidakkan mandat yang diberikan oleh rakyat serta kepercayaan Tuanku Sultan kepada Khalid untuk menerajui negeri Selangor.

Tapi sekarang kita sudah dapat mendengar kenyataan kenyataan Khalid yang memberikan amaran kepada Anwar tentang kehendak beliau untuk menurunkan Khalid dari kerusi Menteri Besar.

Khalid juga nampaknya mendapat beberapa sokongan dari parti dalam pakatan sendiri dan PAS sebagai contoh masih mahukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor walaupun baru baru ini.

Mat Sabu menghadiri mesyuarat bersama sama dengan Anwar dan Lim Kit Siang dan PAS dikatakan bersetuju dengan keputusan Anwar untuk menyingkirkan Khalid.

Tapi kenapa Mat Sabu dan bukannya Haji Hadi sebagai Presiden Parti yang mempunyai kuasa untuk menentukan setuju atau tidak. Kalau diikutkan, PAS Selangor dilihat menyokong Khalid sebagai Menteri Besar bagi menerajui negeri tersebut dan ada kemungkinan Anwar dan Wan Azizah akan gigit jari melihat kerusi Menteri Besar dan ianya akan jadi seperti angan angan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Kita tunggu apa keputusan nya nanti sama ada PAS Selangor masih seperti lembu yang dicucuk hidung dan mengikuti apa sahaja kehendak Anwar walaupun kita mengetahui bahawa PAS mempunyai kerusi melebihi PKR.

Sumber

Wednesday, 23 July 2014

Lawak Sebelum Aidilfitri!!! Bang Non Pilih Bininya Sebagai Calon MB Selangor???

Tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor baharu menunjukkan beliau seorang yang tidak memahami perlembagaan negeri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan ketua pembangkang itu juga menunjukkan seolah-olah beliau mempunyai kuasa penuh dalam menentukan kedudukan menteri besar dan menguasai PAS dan DAP.

Beliau berkata untuk menukar menteri besar perlu ada dua perkara iaitu menteri besar ketika ini (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) secara sukarela meletak jawatan selain undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita lihat Khalid sampai sekarang cakap beliau tidak akan meletak jawatan dan pada masa sama kita lihat kenyataan pemimpin parti politik dalam pakatan pembangkang juga bercanggah antara satu sama lain," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Ihya Ramadan iM4U yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Manggis, Banting hari ini.

Semalam, PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Khalid yang memegang jawatan itu sejak 2008.

Keputusan itu diumumkan Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dekat sini, selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat parti.

Khalid dalam satu kenyataan di sini hari ini bagaimanapun berkata walaupun menghormati keputusan itu beliau berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian menteri besar.

Khalid berkata setakat ini beliau akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilihnya melalui proses pemilihan yang sah.

Mengulas lanjut, Noh berkata pertukaran menteri besar di Selangor tidak boleh disamakan dengan apa yang berlaku di Terengganu berikutan negeri itu (Terengganu) mempunyai dua parti utama dalam DUN iaitu BN dengan 17 kerusi dan PAS (14) manakala Selangor mempunyai empat parti iaitu PAS dengan 15 kerusi, DAP (15), PKR (14) dan BN (12).

"Ertinya adakah 56 Adun di Selangor buat keputusan siapakah yang akan menjadi menteri besar? Kita lihat Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad seperti menyokong Khalid dan Naib Pengerusi DAP negeri Datuk Teng Chang Khim pun nampak sokong beliau (Khalid)

"Ini menunjukkan apa yang berlaku di Selangor hanyalah gimik politik semata-mata dan membuktikan pakatan pembangkang lebih mementingkan politik daripada menjaga kebajikan rakyat," katanya. – Bernama

Wednesday, 25 June 2014

Anak Didik Bang Non Bakal Hadapi Hukuman Penjara???

Bekas pelajar UPSI yang propembangkang/pro Anwar Ibrahim, Adam Adli Abd. Halim diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan di Dewan Perhimpunan Cina, tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah memutuskan demikian setelah berpuas hati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. "Setelah meneliti pertuduhan secara maksimum, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati pertuduhan dan wujud kes prima facie," katanya.

Mahkamah menetapkan 22 Julai ini untuk tertuduh membela diri. Berdasarkan pertuduhan Adam Adli, 24, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) didakwa menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan membangkitkan rakyat negara ini supaya diubah kerajaan yang memerintah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu ketika berceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di No. 1, Jalan Maharajalela, di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei tahun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas mengemukakan empat saksi terdiri daripada anggota polis termasuk Ketua Polis Balai Dang Wangi sepanjang perbicaraan.

Sementara itu, peguam Eric Paulsen yang mewakili Adam Adli berkata, beliau akan mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh sendiri pada prosiding pembelaan. - Sumber

Monday, 12 May 2014

Pemilihan Parti PKR Atau Pemilihan Kepala Gengstar Ni???

Nampaknya Nurul Izzah amat kecewa dengan pemilihan parti yang dilangsungkan kali ini apa bila banyak terjadi kekecohan seperti pergaduhan dan sebagainya. Izzah juga selaku Naib Presiden PKR mengatakan bahawa kaedah lama perlu dilakukan semula iaitu meletakkan gambar seta nombor pada kertas undi dan dipangkah pada kotak bersebelahan. 

 Tapi bukan ke itu cara yang digunakan oleh SPR dalam setiap kali pilihanraya yang diadakan di Malaysia dan bukankah PKR sendiri yang merungut mengatakan bahawa SPR tidak telus dan sebagainya tapi kali ini Naib Presiden PKR meminta cara SPR digunakan semula, tak ke jadi agak pelik tu. 

Pemilihan PKR sama macam pemilihan nak memilih kepala ganster, dengan kerusi meja melayang, bertumbuk terajang, pukul dengan kerusi dan pelbagai lagi. Semua rakyat Malaysia tahu yang PKR adalah hasil daripada himpunan tepi jalan jadi sampai sekarang masih lagi terbawa bawa perangai lama. 

Video dalam gambar dibawah [klik gambar].. Sepatutnya Nurul serta seluruh kepimpinan PKR berasa amat malu kepada SPR yang selama ini menjalankan pilihanraya secara aman dan jika ada pergaduhan pun, ianya berpunca daripada kumpulan pembangkang sendiri dan ianya masih boleh dikawal. 

 Tapi dalam pemilihan PKR, apa yang kita nampak, pergaduhan sesama sendiri berlaku dan adakah ini sebagai saru contoh tauladan yang baik bagi sebuah parti yang beriya sangat nak menakluki negara? Ahli parti sendiri pun tak dapat nak kawal, adakah PKR mampu untuk mengawal sebuah negara? - Sumber ( sangkakajari9)

Monday, 17 February 2014

'Sultan Melaka' Ajak Bang Non Tanding Di Melaka

‘Sultan’ yang suka bertwitter. Kini Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah mempunyai 7, 277 pengikut Twitter.

Salah satu Tweet, Sultan Melaka bertanya apakah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bertanding di Melaka.

“Anwar tak nak bertanding di Melaka? Melaka pun banyak isu. Sultan Melaka setuju kalau Anwar MB. Boleh kautim”.

Dalam salah satu tweet Sultan Melaka yang lain,

“Kalau beta pakai jersi Melaka macam Abg Nuar pakai jersi Selangor, okay tak?”.
Antara Twitt lain darinya,

“Beta nak sambung baca Sulatus Salatin. Rakyat Melaka harus berbangga, sultannya berjuang hingga dipenjara”.

“Beta nak masuk kerja dah ni. Biarlah beta jadi sultan yang faham denyut nadi rakyat. Beta tak ada elaun”.

“Apalah nasib, jadi sultan tak ada negeri”.
Sumber

Zaid Bertanding Demi Khalid & Selangor

KAJANG - Bekas Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim memberitahu keputusannya bertanding pada PRK Dun Kajang adalah kerana ingin menyelamatkan Selangor. Beliau juga yakin jika kemenangan berpihak kepadanya, kerusi menteri besar Selangor yang dipegang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga akan kekal. 

 "Kalau saya menang, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kalah, maka amanlah PR di Selangor. Khalid akan terus jadi menteri besar," katanya pada sidang media sempena pengumuman untuk bertanding sebagai calon bebas di PRK Dun Kajang, semalam. 

 Menurutnya, rancangan Anwar untuk mengangkat dirinya menjadi menteri besar, walau dengan sebab apa pun adalah satu tindakan politik liar yang tidak wajar direstui. 

"Cara dan teknik Anwar menggunakan kedudukan politiknya dalam PKR untuk merampas kuasa Khalid akan membawa perpecahan kepada PR. Jika Anwar menang di Kajang dan Khalid enggan berhenti secara sukarela, maka akan timbul krisis politik dan pentadbiran di Selangor. 

 "Demi menghormati prinsip demokrasi dan kestabilan politik berterusan di Selangor, rakyat Selangor perlu memastikan rancangan Anwar itu gagal," katanya. Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kehadirannya itu bukan untuk merebut apa-apa jawatan seperti yang diidamkan Anwar. 

 Zaid berkata, kewujudan beliau sebagai calon bebas dalam PRK kali ini adalah salah satu tindakan bagi memperkukuhkan PR. 

 "Saya bukan mahu jadi menteri besar atau perdana menteri. Saya mahu demokrasi dan politik sihat subur dalam negara. 

 "PR dalam bahaya di Selangor, permainan politik yang digunakan hari ini akan hancurkan saingan PR pada BN serta rosakkan PR. Maka, kita perlu balik pada (perjuangan) asal," katanya. 

 Ditanya bagaimana untuk PR terus kuat di Selangor, bekas ahli PKR itu berkata, ia boleh dilakukan jika beliau menang kerusi Dun Kajang. Menurut Zaid, mandat dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Khalid tidak boleh dikikis semata- mata menjaga kepentingan individu tertentu dalam PKR. 

 "Jika Khalid dan kepimpinan perlu disingkirkan, biarlah dilakukan melalui proses demokrasi yang sihat," katanya. -Sumber
 

Saturday, 15 February 2014

Khalid Ibrahim Enggan Serah Jawatan - The Star


Akhbar The Star, milik MCA mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan enggan melepaskan jawatan MB untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid dikatakan akan menandatangani surat perletakan jawatannya yang telah disediakan oleh pimpinan PKR, tetapi mengelak untuk berbuat demikian.

Surat tersebut yang dipercayai bertarikh 23 Mac merupakan hasrat parti itu yang mahukan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memegang jawatan tersebut.

Tarikh itu dipilih kerana tarikh pembuangan undi PRK DUN Kajang dan ianya turut mengambil kira andaian bahawa Anwar akan memenangi PRK tersebut.

Andaian tersebut juga mengambil kira bahawa Anwar akan menyertai Majlis Mesyuarat Negeri sebelum diangkat sebagai MB kemudiannya. Khalid yang merasakan dirinya dipermain dan telah memberitahu pihak istana bahawa beliau tidak akan meletakan jawatannya itu menurut laporan itu.

Khalid telah menerangkan situasi politik semasa negeri Selangor kepada Sultan pada perjumpaan mingguannya dengan Baginda pada Rabu lalu. Kata akhbar itu lagi, Khalid kini dalam keadaan ceria dan selalu tersenyum. - Sumber

Azmin Lebih Layak Jadi MB Selangor - Azwan Barpok

Pengacara Azwan Ali menganggap abangnya, Azmin Al, Timbalan Presiden PKR individu yang layak memegang jawatan sebagai MB Selangor. Menurut Azwan, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa itu sudah banyak berjasa kepada PKR dan negeri itu.

“Isu Menteri Besar ini bukan kerana dia abang saya, namun sudah tiba masanya kerusi MB Selangor itu diserahkan kepada orang bernama Azmin Ali. Orang nak cakap apa pun, memang dia layak.

“Pertama, dia antara yang menang majoriti besar di Selangor dan saya jumpa ramai orang dan mereka suka Azmin. Kepada haters Azmin, apa masalah mereka?

Yang mereka sakit hati Azmin Ali naik jadi MB apa hal,”? katanya dalam laporan media Azwan juga menyatakan Azmin orang kanan dan setia kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding sesetengah pegawai-pegawai peribadi (PA).

“Satu lagi, kenapa Azmin layak kerana dialah orang kanan Anwar Ibrahim yang paling setia. Kalau ikut PA lain, semua dah lingkup. Mereka tak kuasa dah dengan Anwar.

“Saya cabar Anwar Ibrahim jawab soalan ini. Lainlah kalau Azmin tak layak, sebaliknya dia memang layak pun. Ramai orang yang nak lihat dia jadi MB,” soalnya.

“Saya menyokong Azmin kerana semangat tinggi dia sebagai seorang abang yang menerima macam-macam cabaran dan cemuhan untuk bertahan dalam politik.

“Hanya sokongan moral sebagai seorang adik kepada abangnya. Tetapi, insha Allah saya tidak menjurus kepada perjuangan partinya”, kata Azwan lagi dipetik Rakyatnews.

Wednesday, 29 January 2014

PRK Kajang - Komen Saifuddin Abdullah Bagi Pihak Anwar????

Perletakan jawatan ADUN PKR di Kajang menimbulkan pelbagai pendapat dari ahli politik, penganalisis dan orang ramai sendiri. 

PKR terpaksa memberi penjelasan tindakan ADUN tersebut meletak jawatan sehingga terpaksa membuat perhimpnan penjelasan khas pagi ini. 

 Bagi pihak Umno, nampaknya bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah sukarela membuat penjelasan bagi pihak PKR dan Anwar yang akan bertanding. 

 Penjelasan Saifuddin di atas di akaun Twitter miliknya menaikkan darah blogger Umno, seolah-olah Saifuddin menjadi jurucakap kepada Anwar, kata mereka. - Sumber

Tuesday, 28 January 2014

Keputusan Papa Homo Vs Papa Gomo 28 Feb!!!

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 28 Feb depan untuk keputusan kes saman penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengendali blog 'Papa Gomo' yang didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkannya dalam video seks dengan seorang lelaki di laman berkenaan.

Hakim Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam N. Surendran dan Lateefa Koya yang mewakili Anwar dan peguam Jasbeer Singh Kawna yang mewakili Wan Muhammad Azri Wan Deris (defendan).

Surendran ketika ditemui pemberita memberitahu bahawa mahkamah menetapkan tarikh itu untuk keputusan selepas kes berkenaan ditutup hari ini.

Jasbeer Singh pula memaklumkan kepada pemberita pihaknya memohon tarikh baharu untuk memanggil saksi terakhir yang sepatutnya hadir ke mahkamah, bagaimanapun ia dibantah peguam plaintif (Anwar) dan mahkamah memutuskan kes itu ditutup," katanya

Pada 21 Mac tahun lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.

Prosiding perbicaraan yang bermula semalam telah memanggil dua saksi plaintif termasuk Anwar dan seorang saksi defendan iaitu Wan Muhammad Azri memberi keterangan. - Bernama

Bang Non Sah Tanding DUN Kajang - MB

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.  - Sumber

Monday, 27 January 2014

Kisah Pernikahan Nurul Izzah Dari Dairi Zulkifli Nordin

MEMANG mengikut peraturan penjara Anwar tidak boleh keluar untuk menikahkan anaknya sendiri. Maka saya diberi arahan untuk mendapatkan pelepasan Anwar daripada Penjara Sg. Buloh dan mengendalikan urusan-urusan berkaitan upacara pernikahan.

Masih ingat lagi masa itu saya membawa seorang bernama Ustaz Shamsul, masa itu Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara masuk ke Penjara Sg. Buloh. Tujuannya untuk mendapatkan perwakilan wali daripada Anwar, dan diwaktu yang sama membuat latihan upacara akad nikah.

Masih saya ingat masa itu saya berlakon jadi pengantin, dan Ustaz Shamsul konon Tok Kadi yang mempersaksikan Anwar menikahkan Izzah. Gelak besar masa itu bila Ustaz Shamsul kata "ini macam mau orang lain jadi menantu ni kang!"

Pada masa itu Tun Mahathir masih lagi menjadi perdana menteri. Dan Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah adalah menteri dalam negeri. Saya ingat lagi diarah berjumpa dengan Pak Lah untuk memohon kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar penjara untuk majlis akad nikah Syahrir-Izzah.

Memang tension masa tu. Turun naik tangga KDN, berulang-alik Penjara Sg. Buloh, panjat tangga Jabatan Agama Islam Wilayah untuk mengurus pernikahan mereka. Alhamdulillah akhirnya Pak Lah memberi kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar untuk menghadiri upacara akad nikah Syahrir-Izzah.

Masih saya ingat lagi suasana masa itu. Sesampai sahaja Anwar dirumah, suasana sedih dan hiba diiringi tangisan sedih bercampur gembira dengan kehadiran Anwar, bapa pengantin. Hasil perkahwinan Syahrir-Izzah, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah (7) dan Raja Jarith (4).

Saya mendengar pelbagai cerita mengenai sebab permohonan perceraian itu difailkan oleh Izzah. Saya percaya tentu ada sebab yang serius untuk menyebabkan perkara ini berlaku.

Namun saya berdoa dan berharap Syahrir dan Izzah akan berusaha keras untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah berusia 10 tahun itu. Kalau boleh, kenangkan betapa susah payahnya kami semua masa itu untuk mengurus perkahwinan kamu berdua.

Pernikahan kamu disempurnakan di atas airmata ramai orang. Memang saya sekarang menentang ayah Izzah, tapi itu atas soal prinsip mempertahankan aqidah dan agama saya.

Saya juga menentang pendirian Izzah dalam soal memberi kebebasan untuk umat Melayu-Islam memilih agama termasuk boleh murtad, sebagaimana yang disebut oleh Izzah dalam Forum 'Islamic State: Which Version: Who's Responsibility' di Gereja Tabernacle USJ pada 03.11.2012 lepas.

Tetapi dalam hal perkahwinan Izzah-Syahrir, saya mengambil pendirian bahawa ini soal peribadi mereka yang tidak sepatutnya digembar-gemburkan, apatah lagi dipolitikkan.

Berilah mereka ruang dan peluang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi menyelamatkan perkahwinan mereka, juga demi anak-anak mereka yang masih kecil.

Nasihat saya kepada Izzah dan Syahrir, berusahalah mencari jalan perdamaian. Carilah kesepakatan. Ingatlah perceraian adalah suatu keharusan yang paling dibenci ALLAH. Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu berdua. Wallahua'lam dan Wassalam. (SH)

Zulkifli Noordin

Sunday, 6 October 2013

Betulkah Pak Sheikh!!! DAP Tak Promosi Kristian???

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk pihak yang menimbulkan dakwaan bahawa DAP cuba menyebar fahaman Kristian di Pulau Pinang.

Anwar yang bercakap kepada pemberita di Seberang Jaya hari ini menafikan dakwaan ke atas DAP dan ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng itu dan menambah, beliau tidak pernah menyaksikan usaha seperti itu dilakukan.

"Dari pertemuan kami dan daripada dokumen yang saya terima atau lihat dari DAP, parti atau pemimpinnya tidak pernah membangkitkan isu seperti itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

“Tentulah jika mereka cuba, PAS dan PKR tidak akan membenarkannya,” katanya.

Anwar berkata hubungan baik antara kaum dan agama pelu dipelihara dan beliau berasa bertanggungjawab untuk memastikan perkara ini.

"Mana-mana kumpulan yang ingin membangkitkan sentimen kaum dan agama perlu ditolak, walaupun jika mereka dari masyarakat Islam,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai pertemuannya dengan Paus Francis I di Rome baru-baru ini selepas menghadiri dialog antarabangsa yang membincangkan soal keamanan dan keadilan.

DAP sebelum ini didakwa cuba mengadakan rancangan untuk menubuhkan negara Kristian apabila beberapa orang wakilnya menghadiri pertemuan tertutup dengan paderi Kristian.

Beberapa laporan polis dibuat ke atas DAP dan paderi tersebut dan kes berkenaan kemudiannya ditutup tanpa apa-apa tindakoan ke atas mana-mana pihak.

Anwar berkata kumpulan pro-Melayu seperti PERKASA mendakwa kerajaan Pulau Pinang menyisihkan orang Melayu dan memberi amaran bahawa satu rusuhan kaum akan berlaku sekiranya keadaan tersebut berterusan.

“Saya ingin tanya, kenapa mereka tidak salahkan Umno kerana sejak pentadbiran mereka (sejak Merdeka) kos petrol, barang keperluan dan pinjaman pelajaran kerajaan meningkat?,” katanya.

Sumber

Tuesday, 17 September 2013

Sesat!!! Hishamuddin Rais MeNABIkan Kematian Chin Peng!!! @LokmanAdam #Lokman4NKP

"Chin Peng WAFAT pada 16 September adalah juga rancangan ALLAH." Begitulah apa yang ditulis oleh Hishamuddin Rais aktivis perosak keamanan Malaysia mengeluarkan kenyataan di twitter beliau.



Semenjak kepulangannya ke Malaysia, hanya dalam tempoh setahun sahaja Hishamuddin Rais tutup mulut. Namun dasar agen subversif sepertinya, tidak akan berdiam diri selama-lamanya. Apatah lagi, kerap kali dia dilihat menerima panggilan telefon misteri dan dia sentiasa cuba bersembunyi apabila panggilan telefon itu dijawab. 


Apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan kerana kesalahan meliwat serta rasuah salahguna kuasa, Hishamuddin Rais mulai tunjuk belang. Bergabung dengan Tian Chua dan kepala-kepala bengkeng yang lain, Hishamuddin Rais merencanakan pelbagai rusuhan dan demonstrasi liar. 

Walaupun kelihatan seperti ingin mendesak Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir agar membebaskan Anwar Ibrahim, tetapi motif sebenar ialah menimbulkan kekacauan dan campurtangan dari Amerika Syarikat ke atas negara ini menjadi realiti. 


Dalam apa juga keadaan, Hishamuddin Rais cuba menunjukkan dan membuktikan dia adalah seorang ilmuwan walaupun hakikatnya dia tidak banyak tahu tentang sejarah negara ini. Kepetahan dan kelicikannya selain persepsi ramai bahawa sepanjang dia menjadi pelarian di negara asing, banyak ilmu yang telah ditimbanya, menjadikan Hishamuddin Rais seperti Sang Dewa yang dipercayai memberi kehidupan baru kepada generasi muda. 

Hishamuddin Rais dan kepercayaannya terhadap Sosialisme dan Marxisme tidak pernah surut meskipun, usianya semakin menghampirkannya dengan liang lahad. 

Selanjutnya baca di [SINI]

Saturday, 22 June 2013

TERKINI!!! Kronologi #Blackout505 Dari Masjid Negara #KL622



Kelibat anggota polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula kelihatan di Padang Merbok. 

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi perhimpunan Black 505 dari Masjid Negara di sini:

2.14 petang: Para peserta himpunan Blackout 505 bersiap sedia untuk berarak ke Padang Merbok, Kuala Lumpur.

2.12 petang: Para peserta melaungkan slogan "Hidup, hidup rakyat. Hancur, hancur kezaliman. Turun (letak jawatan), turun Pengerusi, Timbalan Pengerusi SPR.

2.10 petang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS - Taman Templer, Zaidi Abdul Talib turut memberi ucapan di hadapan para penyokong di perkarangan Masjid Negara.

2.03 petang: Ucapan diikuti oleh Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat, Dr Zulkefly Ahmad.

Beberapa orang makhluk peserta himpunan yang berkumpul di Masjid Negara. 

1.58 tengah hari: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman memberi ucapan di hadapan para peserta di perkarangan Masjid Negara.

1.08 tengah hari: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tiba di perkarangan Masjid Negara.

Azmin turut kelihatan bersama makhluk di Masjid Negara

12.25 tengah hari: Semakin ramai mula membanjiri perkarangan Masjid Negara. Hampir kesemua mereka berpakaian hitam. Keadaan di sini masih terkawal.

10.17 pagi: Sekumpulan anak muda membawa beberapa kepingan kadbod yang antaranya tertera perkataan "SPR Sila Letak Jawatan", Democracy Is Dead" dan "SPR Should Resign".

10 pagi: Jalan Sultan Hishammuddin di hadapan Masjid Negara mulai sesak.

Difahamkan jalan di Dataran Merdeka ditutup.

Makhluk peserta himpunan kelihatan berkumpul di Masjid Negara. 

9.50 pagi: Sejumlah kecil penyokong Black 505 kelihatan duduk di kawasan sekitar perkarangan Masjid Negara.

Lebih 20 gerai beroperasi di tepi jalan sekitar Masjid Negara menjual makanan, minuman termasuk kemeja-T dan bandana Blackout 505.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive