Showing posts with label Zaid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Zaid Ibrahim. Show all posts

Monday, 17 February 2014

Fitnah Gila Zul Noordin Tidak Berasas - Khalid

KLANG - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan laporan berita bahawa beliau enggan menandatangani surat peletakan jawatan bertarikh tunda sebagai Menteri Besar Selangor untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan itu.

Abdul Khalid berkata tidak ada surat seperti itu dan laporan itu tidak berasas.

"Saya tidak mahu komen isu-isu bersifat spekulasi kerana saya kini memberi tumpuan semata-mata pada pilihan raya kecil Dun Kajang," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan-kawasan di bawah pentadbiran PBT.

Abdul Khalid diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris Sabtu lepas bahawa beliau menghalang usaha itu apabila enggan menandatangani surat peletakan jawatan.

Beliau dilaporkan diminta menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan kepimpinan PKR tetapi beliau enggan berbuat demikian. Surat itu dilaporkan bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari mengundi bagi pilihan raya kecil Dun Kajang.

Sementara itu, Abdul Khalid berpendapat keputusan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dun Kajang sebagai calon bebas tidak akan mempengaruhi keputusan pilihan raya. - Sumber

Zaid Bertanding Demi Khalid & Selangor

KAJANG - Bekas Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim memberitahu keputusannya bertanding pada PRK Dun Kajang adalah kerana ingin menyelamatkan Selangor. Beliau juga yakin jika kemenangan berpihak kepadanya, kerusi menteri besar Selangor yang dipegang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga akan kekal. 

 "Kalau saya menang, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kalah, maka amanlah PR di Selangor. Khalid akan terus jadi menteri besar," katanya pada sidang media sempena pengumuman untuk bertanding sebagai calon bebas di PRK Dun Kajang, semalam. 

 Menurutnya, rancangan Anwar untuk mengangkat dirinya menjadi menteri besar, walau dengan sebab apa pun adalah satu tindakan politik liar yang tidak wajar direstui. 

"Cara dan teknik Anwar menggunakan kedudukan politiknya dalam PKR untuk merampas kuasa Khalid akan membawa perpecahan kepada PR. Jika Anwar menang di Kajang dan Khalid enggan berhenti secara sukarela, maka akan timbul krisis politik dan pentadbiran di Selangor. 

 "Demi menghormati prinsip demokrasi dan kestabilan politik berterusan di Selangor, rakyat Selangor perlu memastikan rancangan Anwar itu gagal," katanya. Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kehadirannya itu bukan untuk merebut apa-apa jawatan seperti yang diidamkan Anwar. 

 Zaid berkata, kewujudan beliau sebagai calon bebas dalam PRK kali ini adalah salah satu tindakan bagi memperkukuhkan PR. 

 "Saya bukan mahu jadi menteri besar atau perdana menteri. Saya mahu demokrasi dan politik sihat subur dalam negara. 

 "PR dalam bahaya di Selangor, permainan politik yang digunakan hari ini akan hancurkan saingan PR pada BN serta rosakkan PR. Maka, kita perlu balik pada (perjuangan) asal," katanya. 

 Ditanya bagaimana untuk PR terus kuat di Selangor, bekas ahli PKR itu berkata, ia boleh dilakukan jika beliau menang kerusi Dun Kajang. Menurut Zaid, mandat dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Khalid tidak boleh dikikis semata- mata menjaga kepentingan individu tertentu dalam PKR. 

 "Jika Khalid dan kepimpinan perlu disingkirkan, biarlah dilakukan melalui proses demokrasi yang sihat," katanya. -Sumber
 

Sunday, 6 October 2013

Mat Zaid Berehim??? Betul Ke Malaysia Bangkrap Tanpa Cina???

Malay Mail baru-baru ini melaporkan kenyataan Zaid Ibrahim yang bertajuk ‘Tanpa Sokongan Cina,Malaysia Akan Bankrap’.Menurut Zaid,negara hanya mampu menjana pendapatan kerana adanya kaum Cina yang berniaga dan membayar cukai terbanyak.Untuk pengetahuan anda wahai Zaid,pembayar cukai terbanyak juga adalah Petronas dan kedudukan Petronas yang begitu kukuh itu adalah hasil dari kebijaksanaan pengurusan Melayu nasionalis tulen,bukan Cina.

Malah,kewujudan Petronas itu juga adalah cetusan idea Melayu nasionalis tulen.Oleh itu,bagi Zaid untuk memberi kredit seratus peratus kepada orang-orang Cina atas kemajuan Malaysia membuktikan bahawa Zaid adalah seorang yang buta ekonomi atau dalam kata lain,tidak bijak.Kita sedia maklum bahawa dayabeli yang besar adalah dari kaum Melayu walaupun peniaga yang paling ramai adalah dari kaum Cina.

Jika Melayu tidak membeli,orang Cina tidak boleh berniaga dan tidak boleh untung besar atau membayar cukai yang banyak.Secara ringkasnya,tanpa Melayu,Cina juga akan bankrap.Perlu diingatkan bahawa ‘sikap’bukanlah segala-galanya dalam memperkatakan tentang ekonomi Melayu dan Cina di Malaysia.

Jika Zaid tidak turut buta sejarah,maka beliau akan tahu bahawa orang-orang Cina mampu melonjak diri ke atas kerana telah diberi peluang luas oleh penjajah,manakala orang-orang Melayu pula ketinggalan jauh kerana mereka telah dihalang penjajah sejak dari awal lagi daripada memajukan diri,bimbang terbangkitnya semangat nasionalis untuk membebaskan negara dari penjajahan.

Zaid Ibrahim sememangnya Melayu yang ‘hilang’dalam mencari tapak untuk mendapat sedikit penghormatan di dunia ini.Sangkanya,penghormatan itu akan datang sekiranya beliau menunjukkan dirinya sebagai ‘bukan Melayu tulen’.Sangkanya,penghormatan itu akan datang sekiranya beliau menyanjung bangsa lain dan sangkanya,penghormatan itu akan datang sekiranya beliau dilihat memandang rendah pada Melayu.

Baginya,Melayu tulin adalah kolot dan bodoh kerana,terutamanya tidak mampu berbahasa Inggeris dengan fasih.Zaid menghabiskan hidupnya dengan ke hulu ke hilir memberitahu dunia betapa ‘terbuka’nya pemikirannya. Cuba meniru lagak Mat Saleh dan bergaul dengan Cina dan India ataupun Melayu yang ‘hilang’ sepertinya juga.Kesal sungguh Zaid Ibrahim kerana dilahirkan sebagai Melayu.

Dari segi psikologi,Zaid bolehlah dikatakan sebagai mengalami ‘inferiority complex’yang teruk kerana tidak punya keyakinan diri untuk berdiri atas kejadian semulajadi dirinya sebagai bangsa Melayu.Hakikat bahawa bangsa yang diagungkan oleh Zaid iaitu Cina amat takut untuk bersaing secara adil tidak pernah disedari oleh Zaid.

Jika Zaid mengambil sedikit masa untuk mengkaji,beliau pasti akan terjumpa dengan mudah di internet,mengenai beberapa kajian termasuk dari kalangan kaum Cina Singapura sendiri,tentang bagaimana kaum Melayu,terutamanya,menjadi mangsa diskriminasi kaum Cina secara terancang,konsisten dan sistematik lagi halus di negeri itu.Ini membuktikan bahawa orang Melayu bukan tidak punya potensi untuk bersaing bersama kaum Cina tetapi selain dari segelintir yang masih mempunyai masalah sikap, mereka yang benar-benar mampu bersaing juga ditekan sehingga sukar untuk bangun apatah lagi melonjak ke hadapan.

Kajian oleh Dr. Michael D. Barr (Department of History,University of Queensland) membincangkan secara terperinci bagaimana kaum Melayu dipinggirkan sejak pemisahan Singapura dari Malaysia lagi.Apa yang berlaku di Singapura ini juga berlaku di Malaysia di mana kaum Cina yang menjadi peneraju ekonomi.Walaubagaimanapun,orang Melayu di Malaysia masih punya harapan untuk meningkatkan ekonomi mereka kerana kita mempunyai kerajaan yang prihatin dan bijak mengesan kepincangan ini serta mengambil langkah untuk menyeimbangkannya iaitu melalui DEB.

Walaupun DEB masih jauh dari mencapai matlamat sepenuhnya,tetapi tidak dapat dinafikan yang ianya telah berjaya menginjakkan ekonomi bangsa Melayu ke tahap yang lebih tinggi dan menyediakan mereka ke arah persaingan yang sama rata di masa depan.Apa yang berlaku ini menyebabkan orang-orang Cina gusar atau lebih tepat,takut.

Seperti yagn dikatakan tadi,kaum Cina cukup takut bersaing secara adil dan telus.Ini kerana mereka sedar bahawa Melayu punya daya saing yang cukup untuk berdiri sama tinggi dengan mereka di mana-mana sahaja sekiranya diberi peluang.Justeru,mereka akan melakukan apa sahaja untuk menutup peluang itu sepertimana yang berlaku di Singapura.

Sebagai seorang yang tergila-gila ingin menjadi pemimpin,Zaid seharusnya lebih bijak menganalisis sesuatu isu sebelum mengeluarkan kenyataan.Kenyataan Zaid jelas bersifat berat sebelah selain tidak bermaruah kerana menonjolkan sikap mengampu kaum Cina yang amat memalukan serta hina.Jika benar Melayu itu bodoh seperti tuduhan kaum Cina,maka ketahuilah bahawa Melayu yang mereka maksudkan itu adalah Melayu seperti Zaid Ibrahim.Melayu seperti Zaid boleh dikuda untuk membantu mereka melawan Melayu lain yang bijak.

Bukti mudah boleh dilihat dari apa yang berlaku di Petronas yang menjadi pembayar cukai tertinggi.Jika Petronas begitu kukuh dan teguh suatu ketika di bawah teraju Melayu nasionalis tuln dahulu,tetapi hari ini,Petronas dikatakan telah goyah sedikit dan mengalami berbagai masalah.Apakah kebetulan yang keadaan ini berlaku sejurus selepas pengurusan atasan syarikat ini ditembusi oleh ‘Melayu tidak tulen’ seperti Zaid dan juga bukan Melayu ??? 

Jika ini benar,bagaimana Zaid boleh menerangkan kenapa ini terjadi sedangkan ‘Melayu tidak tulen’ itu sepatutnya lebih bijak dari ‘Melayu tulen’??? Jika benar bijak,bukankah Petronas harus lebih maju di tangan mereka,bukannya semakin bermasalah ??? Dan jika benar ingin bersaing secara adil,kenapa peniaga Melayu perlu dipinggirkan dan ditekan ??? Kenapa perlu ‘ditakluk’ Petronas yang selamanya di bawah penguasaan Melayu itu ??? Apakah kerana bimbang kaum Cina tidak boleh membuat untung maksima dan membayar cukai untuk menjana pendapatan negara?

Atau apakah kerana tidak senang melihat kejayaan dan potensi orang-orang Melayu ??? Melayu seperti Zaid meletakkan diri mereka di awan dan merasa diri sebagai dewa di awang-awangan. Mereka tidak sedar bahawa terdapat beribu lagi Melayu tulin yang fasih berbahasa Inggeris dan lulusan luar negara tetapi tidak pernah ‘hilang’ jatidiri mereka.Untuk pengetahuan anda juga wahai Zaid,mereka ini juga ramai yang telah berjaya dalam perniagaan tanpa melukut di tepi bahu Cina atau menjilat tapak kaki Cina seperti yang Zaid lakukan.

Mereka ini telah terbukti mampu bersaing dan berjaya dengan sendirinya tetapi Melayu seperti Zaid hanyalah Melayu tidak sedar diri yang tidak mungkin akan berjaya tanpa politik dan tanpa mengampu.

Jika sukar sangat bagi Zaid untuk menemui Melayu seperti ini akibat pergaulan yang dihadkannya sendiri,maka beliau boleh saja melayari blog-blog milik Melayu yang menggunakan berbahasa Inggeris seperti OutsyedtheBox,Another Brick in the Wall atau Bigdog atau Demi Negara yang bukan sahaja mampu berbahasa Inggeris dengan lebih baik dari Zaid tetapi juga mampu menganalisa isu secara terbuka tanpa perlu mengampu bangsa lain.Kesimpulannya,orang yang benar-benar bijak,mempunyai jatidiri yang kuat, tahu di mana bumi dipijak serta tidak melihat keperluan untuk mengampu sesiapa. - Sumber

Monday, 1 October 2012

BIAR BETUL !!! LIM KIT SIANG KATA 13 JUTA KOS MAJLIS KAHWIN ANAK ALI RUSTAM ???





MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.

Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.

Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari wakilnya, Zulhairi Md Zin.

Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta.

"Itu duit siapa?" soal beliau.

Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma.

Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah.


PT
Betul la dengan panggilan PEMBANGKANG kepada sekumpulan manusia yang mewakili parti Pas,Dap,Kita dan juga Pkr. Pelik betul semua perkara dikutip mereka dan dibantah tidak kira asalkan datang dari pemimpin UMNO maka di canangkan gegak gempita seluruh Malaya. Itulah tabiat pembangkang, tidak pernah berubah dulu, kini dan selamanya.

Masalah majlis perkahwinan anak Ali Rustam ini biarlah pihak berkuasa menyiasat samada berlaku salah guna kuasa atau pun tidak.Pembangkang  tidak perlu la berkokok sedangkan taik di bontot mereka masih terpalit !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive