Sunday 12 June 2016

'Kepala Perang' Ghaib @PRK Sg. Besar #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Entah kenapa dan mengapa....Azmin Ali ternyata berjaya dighaibkan apabila hanya kelihatan pada hari penamaan calon. Hairan bin ajaib, kerana pada ketika seminggu sebelum penamaan calon, Azmin Ali boleh ditemui di sekitar Sungai Besar.

Penulis masih ingat, betapa Azmin sangat prihatin dengan warga Sungai Besar, apabila turun melawat hasil pertanian Sungai Besar. Boleh dikatakan, Azmin telah “berkampung” di Sungai Besar.

Apa yang sebenarnya terjadi? Selaku watak utama yang menjadi perhatian, sudah tentu Azmin Ali, Menteri Besar dari Pakatan Harapan, yang mana koalisi partinya bertanding kali ini, diharap dapat menjadi “kepala perang” dalam misi merampas Parlimen Sungai Besar.

Namun, di mana Azmin sebenarnya? Tiba-tiba ghaib, seolah-olah pilihan raya ini tidak penting baginya. Apakah Azmin kecewa kerana tidak dapat meletakkan calon dari PKR untuk bertanding di Sungai Besar?

Ada desas desus mengatakan bahawa Azmin cuba menawarkan kerusi Sabak Bernam kepada PAS untuk PRU yang akan datang sebagai galang ganti untuk PRK kali ini. Manakala di kalangan jentera Pakatan pula, mereka terpinga-pinga apabila mendakwa banyak program yang sepatutnya melibatkan Azmin Ali telah dibatalkan.

Jika benar dakwaan ini, maka jauh benar merajuknya si Azmin, sehingga hilang dalam terang, ghaib entah ke mana. Harus juga penulis memuji juga tindakan jentera Pakatan, yang mula menaikkan kain rentang dengan gambar Azmin Ali, sebagai salah satu cara untuk meleraikan kekusutan yang melanda jentera mereka.

Mungkin ada yang berpendapat masih ada baki seminggu untuk berkempen, namun jika itulah “standard” kepala perang, maka rakyat Sungai Besar dan Selangor perlu tahu, mereka tidak pernah bersungguh untuk berjuang demi rakyat. Demi rakyat kononnya, walhal jika dilihat dari senario diatas, mereka hanya mementingkan kepentingan parti sendiri.

Apabila kehendak peribadi gagal dipenuhi, merajuklah membawa hati, membawa diri. Usahlah pengundi Sungai Besar gundah gulana. Kalaupun bukan ditarik hidung oleh dap sekurangnya azmin bukanlah pembela rakyat. Poket dia lebih penting dari semua itu.

Perlu diingat azmin sentiasa akan mencari jalan selamat kalau tak gitu mana mungkin dia dapat jadi MB dan kemudian Dato Seri seperti yang dia idam-idamkan selama ini. Anwar..anwar hanya platform untuk Azmin menyinar walaupun Azmin sendiri tahu beliau bukanlah manusia yang dapat mencorakkan politik Malaysia. Azmin tidak lebih umpama pemakan dedak yang memerhati dan kemudian memilih dedak mana yang terbaik.

Rakyat Sg Besar perlu lebih waras dalam mengundi.. jangan sesekali kata mana-mana parti pun sama kerana apa yang anda pilih hari ini akan pasti meninggalkan parut yang dalam kepada generasi akan datang. Khususnya jika anda masih lagi mengundi PH. UMNO yang perlu difikirkan. Tiada yg lain..noktah! Fikir-fikir dan renung-renungkan.  Pengundi-pengundi parlimen Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive