Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts
Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts

Sunday, 12 June 2016

Kekalahan Amanah Semakin Hampir @PRK Sg Besar-Nurul Izzah #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

SUNGAI BESAR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengakui Pakatan Harapan yang diwakili Parti Amanah Negara (Amanah) menghadapi laluan sukar mendekati pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Beliau yang ditemui Bernama ketika berkempen bagi calon Amanah di Pasar Awam Sungai Besar di sini pada Sabtu berkata sukar bagi parti baharu seperti Amanah untuk menembusi pasaran dan jentera Pakatan Harapan perlu bekerja keras untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

"Jadi pada saya, kerana itulah kita kena bertungkus-lumus dan petugas kami pun memakai baju Amanah untuk memperkenalkan logo calon dan juga kita (Pakatan Harapan) pilih calon tempatan," katanya.

Menurut Nurul Izzah, Pakatan Harapan akan lebih sensitif dalam berkempen ketika bulan puasa ini terutama selepas insiden papan iklan bersifat provokatif yang didirikan oleh sekutunya DAP di sekitar pekan Sekinchan. Pada PRK itu, calon Amanah Azhar Abdul Shukur selaku Pengerusi Amanah Sungai Besar ditentang calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi manakala PAS mempertaruhkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dengan 67.16 peratus pengundi Melayu, 30.70 peratus pengundi Cina, 1.92 peratus pengundi India dan 0.22 peratus pengundi kaum-kaum lain.

Takkan begitu mudah pemimpin tertinggi PKR mengaku Amanah bakal tewas. Pakatan Harapan atau pakatan Hancuran??? Sudah terang lagi bersuluh bagi pengundi parlimen Sg Besar... jangan biarkan diri anda memangkah calon dari parti yang sudah menunggu saat kehancuran.Guna akal dan fikiran dalam menentukan  wakil anda semua. Fikir - fikir dan renung - renungkan. Pengundi - pengundi parlimen Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

Monday, 12 May 2014

Pemilihan Parti PKR Atau Pemilihan Kepala Gengstar Ni???

Nampaknya Nurul Izzah amat kecewa dengan pemilihan parti yang dilangsungkan kali ini apa bila banyak terjadi kekecohan seperti pergaduhan dan sebagainya. Izzah juga selaku Naib Presiden PKR mengatakan bahawa kaedah lama perlu dilakukan semula iaitu meletakkan gambar seta nombor pada kertas undi dan dipangkah pada kotak bersebelahan. 

 Tapi bukan ke itu cara yang digunakan oleh SPR dalam setiap kali pilihanraya yang diadakan di Malaysia dan bukankah PKR sendiri yang merungut mengatakan bahawa SPR tidak telus dan sebagainya tapi kali ini Naib Presiden PKR meminta cara SPR digunakan semula, tak ke jadi agak pelik tu. 

Pemilihan PKR sama macam pemilihan nak memilih kepala ganster, dengan kerusi meja melayang, bertumbuk terajang, pukul dengan kerusi dan pelbagai lagi. Semua rakyat Malaysia tahu yang PKR adalah hasil daripada himpunan tepi jalan jadi sampai sekarang masih lagi terbawa bawa perangai lama. 

Video dalam gambar dibawah [klik gambar].. Sepatutnya Nurul serta seluruh kepimpinan PKR berasa amat malu kepada SPR yang selama ini menjalankan pilihanraya secara aman dan jika ada pergaduhan pun, ianya berpunca daripada kumpulan pembangkang sendiri dan ianya masih boleh dikawal. 

 Tapi dalam pemilihan PKR, apa yang kita nampak, pergaduhan sesama sendiri berlaku dan adakah ini sebagai saru contoh tauladan yang baik bagi sebuah parti yang beriya sangat nak menakluki negara? Ahli parti sendiri pun tak dapat nak kawal, adakah PKR mampu untuk mengawal sebuah negara? - Sumber ( sangkakajari9)

Friday, 28 February 2014

Surat Terbuka Dari Anak Bang Non Untuk Hishamuddin???

SAYA merujuk kepada laporan The Malaysian Insider yang mendedahkan beberapa gambar rekahan pada beberapa kawasan landasan, termasuk sebuah ruang pesawat di KLIA 2.

Susulan daripada rekahan ini, sekali lagi saya menyeru kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar memberi penjelasan yang terperinci kepada kesemua rakyat Malaysia, apakah tindakan yang akan diambil ke atas kontraktor projek ini, yang pada ketika ini sudah jelas tidak mampu menghasilkan sebuah lapangan terbang yang berkualiti.

Sekiranya kerosakan seperti ini terjadi sebelum lapangan terbang ini dibuka, bagaimana pula keadaannya selepas dibuka? Saya amat bimbang dengan keselamatan rakyat Malaysia yang menggunakan kemudahan ini apabila ianya dibuka kelak.

Pemangku Menteri juga perlu menjelaskan, adakah kerosakan yang terbaru ini akan menangguhkan lagi pembukaan lapangan terbang ini, yang pada ketika ini dijadualkan akan dibuka pada 2 Mei 2014? Berapakah kos yang bakal ditanggung oleh pembayar cukai untuk membetulkan kerosakan ini?

Dan apakah kerajaan akan memeriksa dengan lebih halus kualiti pembinaan yang telah dijalankan oleh UEMC-Bina Puri, memandangkan pelbagai kelemahan demi kelemahan didedahkan sepanjang projek ini berlangsung?

Sudah tiba masanya kerajaan bertegas mengambil tindakan yang sewajarnya, memandangkan isu rekahan ini melibatkan keselamatan penumpang. Pemangku Menteri Pengangkutan telah membuat kenyataan, “Pihak yang terlibat dalam pembinaan dan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 diminta meletakkan kepentingan nasional bagi menjayakan permulaan operasinya pada 2 Mei ini.”

Dengan mengambil pendekatan yang sama, saya menggesa kerajaan Malaysia agar meletakkan kepentingan nasional dalam tindakan yang bakal diambil atas pendedahan yang terbaru ini.

Demi kepentingan nasional, kerajaan tidak boleh menyembunyikan atau berdiam diri atas kelemahan dalam pembinaan lapangan terbang ini. Pada Julai 2013, Pemangku Menteri Pengangkutan telah berkata satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pengangkutan untuk memantau projek KLIA 2 bagi memastikannya siap dalam tempoh ditetapkan, tanpa sebarang kelewatan lagi.

Beliau menambah jawatankuasa itu akan memberi laporan secara mingguan bagi membolehkan beliau memantau pelaksanaan projek itu secara lebih dekat. Saya ingin menuntut agar laporan-laporan jawatankuasa ini didedahkan untuk penelitian awam.

Pihak-pihak yang berkepentingan, termasuk orang awam, syarikat penerbangan kos rendah dan ahli politik berhak meneliti laporan-laporan ini untuk menyiasat kepincangan-kepincangan projek dan punca ia berlaku.

Seraya dengan itu, saya telah pun mengutuskan sebuah surat kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, memohon sebuah lawatan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat ke tapak projek KLIA 2, agar kami dapat memantau sendiri keadaan projek ini.

Saya menyeru Datuk Seri Hishammuddin agar menyambut baik permohonan saya atas nama ketelusan, dan mengaturkan lawatan ini dengan kadar segera.

Sekali lagi saya menyeru kerajaan agar menubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkenaan isu KLIA 2, dianggotai oleh wakil-wakil dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional – bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan Lapangan Terbang ini mematuhi spesifikasi piawaian keselamatan antarabangsa dan memberikan lebih kawalan kepada penyeliaan kos pembinaan KLIA 2.

Kerajaan tidak lagi boleh berdolak-dalik dalam isu ini, dan mesti membuat sesuatu yang drastik dengan segera, agar kepentingan nasional dapat dipelihara. 


Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Monday, 27 January 2014

Kisah Pernikahan Nurul Izzah Dari Dairi Zulkifli Nordin

MEMANG mengikut peraturan penjara Anwar tidak boleh keluar untuk menikahkan anaknya sendiri. Maka saya diberi arahan untuk mendapatkan pelepasan Anwar daripada Penjara Sg. Buloh dan mengendalikan urusan-urusan berkaitan upacara pernikahan.

Masih ingat lagi masa itu saya membawa seorang bernama Ustaz Shamsul, masa itu Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara masuk ke Penjara Sg. Buloh. Tujuannya untuk mendapatkan perwakilan wali daripada Anwar, dan diwaktu yang sama membuat latihan upacara akad nikah.

Masih saya ingat masa itu saya berlakon jadi pengantin, dan Ustaz Shamsul konon Tok Kadi yang mempersaksikan Anwar menikahkan Izzah. Gelak besar masa itu bila Ustaz Shamsul kata "ini macam mau orang lain jadi menantu ni kang!"

Pada masa itu Tun Mahathir masih lagi menjadi perdana menteri. Dan Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah adalah menteri dalam negeri. Saya ingat lagi diarah berjumpa dengan Pak Lah untuk memohon kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar penjara untuk majlis akad nikah Syahrir-Izzah.

Memang tension masa tu. Turun naik tangga KDN, berulang-alik Penjara Sg. Buloh, panjat tangga Jabatan Agama Islam Wilayah untuk mengurus pernikahan mereka. Alhamdulillah akhirnya Pak Lah memberi kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar untuk menghadiri upacara akad nikah Syahrir-Izzah.

Masih saya ingat lagi suasana masa itu. Sesampai sahaja Anwar dirumah, suasana sedih dan hiba diiringi tangisan sedih bercampur gembira dengan kehadiran Anwar, bapa pengantin. Hasil perkahwinan Syahrir-Izzah, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah (7) dan Raja Jarith (4).

Saya mendengar pelbagai cerita mengenai sebab permohonan perceraian itu difailkan oleh Izzah. Saya percaya tentu ada sebab yang serius untuk menyebabkan perkara ini berlaku.

Namun saya berdoa dan berharap Syahrir dan Izzah akan berusaha keras untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah berusia 10 tahun itu. Kalau boleh, kenangkan betapa susah payahnya kami semua masa itu untuk mengurus perkahwinan kamu berdua.

Pernikahan kamu disempurnakan di atas airmata ramai orang. Memang saya sekarang menentang ayah Izzah, tapi itu atas soal prinsip mempertahankan aqidah dan agama saya.

Saya juga menentang pendirian Izzah dalam soal memberi kebebasan untuk umat Melayu-Islam memilih agama termasuk boleh murtad, sebagaimana yang disebut oleh Izzah dalam Forum 'Islamic State: Which Version: Who's Responsibility' di Gereja Tabernacle USJ pada 03.11.2012 lepas.

Tetapi dalam hal perkahwinan Izzah-Syahrir, saya mengambil pendirian bahawa ini soal peribadi mereka yang tidak sepatutnya digembar-gemburkan, apatah lagi dipolitikkan.

Berilah mereka ruang dan peluang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi menyelamatkan perkahwinan mereka, juga demi anak-anak mereka yang masih kecil.

Nasihat saya kepada Izzah dan Syahrir, berusahalah mencari jalan perdamaian. Carilah kesepakatan. Ingatlah perceraian adalah suatu keharusan yang paling dibenci ALLAH. Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu berdua. Wallahua'lam dan Wassalam. (SH)

Zulkifli Noordin

Thursday, 23 January 2014

Betulkah Nurul Izzah Failkan Penceraian??? Kenapa & Mengapa???

Beberapa laman siber hari ini telah mengeluarkan spekulasi berhubung isu penceraian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nurul Izzah Anwar bersama suaminya. Nurul Izzah dikatakan telah menfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim,yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan,telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu untuk beliau menyediakan kesnya.

Setakat ini,tiada sebarang pengakuan dan keterangan bagi mengesahkan perkara tersebut.Nurul Izzah,33,Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim,35,telah berkahwin pada 9 Mei 2003.Upacara perkahwinan telah diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Bandaraya. Lihat di Rakyat News

Apa pun PT doakan semoga hubungan Nurul Izzah berkekalan hingga akhir hayat. Kalau bergaduh sikit tu biasalah asam garam rumah tangga. Carilah jalan terbaik jangan sampai penceraian. Dalam Islam pun tak galakkan kita bercerai.

Perkara yang Allah S.W.T benci adalah penceraian...hindari diri kita dari perkara yang Allah S.W.T larang dan kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T.

Perkahwinan merupakan satu komitmen yang serius di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama sepanjang hayat. Tujuan berumah tangga ialah untuk “mencari ketenangan dan kedamaian di dalam hidup” - (ar-Rum ayat 21) - Sumber

Saturday, 1 June 2013

"Nurul Izzah Dinafikan Hak Oleh Kerajaan Negeri Sabah" - R Sivarasa


PETALING JAYA: Kerajaan negeri Sabah menyalahgunakan kuasanya atas sebab-sebab politik dalam menyekat kemasukan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, kata naib presiden parti dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Nurul Izzah merupakan yang terbaru di kalangan pemimpin dan penyokong pembangkang yang dilarang memasuki negeri itu selepas beliau dikenakan sekatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis lepas.

Beliau dikatakan melawat Sabah untuk sambutan Pesta Kaamatan yang berlangsung selama sebulan.

Di bawah undang-undang Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa khas untuk menafikan kemasukan pelawat dari Semenanjung Malaysia.

Nurul Izzah, yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau akan mencabar larangan kemasukan itu di mahkamah.

Siravarasa mengkritik kerajaan negeri kerana menyalahgunakan kuasanya atas sebab-sebab politik.

Di bawah seksyen 67 Akta Imigresen, pihak berkuasa negeri Sabah dan Sarawak tidak boleh menafikan kemasukan seseorang sekiranya mereka memasuki negeri itu untuk tujuan melibatkan diri dalam kegiatan politik yang sah,” katanya kepada The Star Online.

Beliau menambah, sementara pembangkang tidak mempersoalkan autonomi Sabah atau Sarawak, kuasa untuk melarang rakyat Malaysia telah disalahgunakan dengan bermotifkan politik.

Aktivis politik, Haris Ibrahim yang sebelum ini juga dilarang masuk ke Sabah dan Sarawak membangkitkan sentimen Sivarasa.

“Nurul Izzah mungkin seorang anggota pembangkang, tetapi beliau adalah seorang ahli politik negara. Ia sesuatu yang tidak boleh diterima untuk menghalang beliau dengan tiada sebab yang diberikan,” katanya.

“Apa yang mereka lakukan kepada Nurul pernah berlaku. Ia sesuatu yang tidak mengejutkan kita. Mereka menyalahgunakan kuasa mereka atas sebab-sebab yang mementingkan diri sendiri.”

Haris tidak dibenarkan masuk pada 2011 apabila beliau mengetuai Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM).

Beliau mendakwa apabila tiba di Kuala Lumpur, beliau mendapti kunci bagasinya telah dibuka dan beg pakaiannya rosak.

Tahun lepas, Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Ahmad Syukri Abdul Razak tidak dibenarkan masuk ke Sabah walaupun ia merupakan negeri kelahirannya.

Rakannya, Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah turut ditahan dan dihantar pulang pada 2012.

Dakwaan mengatakan pegawai Imigresen memberitahu bahawa beliau telah disenarahitamkan kerana beliau bukan rakyat Sabah.

Hilman Idham, pembantu kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak dibenarkan masuk pada 2012 walaupun pernah memasuki negeri itu sekurang-kurangnya empat kali sebelum itu tanpa sebarang isu.

Naib Presiden PKR, Tian Chua tidak dibenarkan masuk pada awal tahun ini atas “faktor keselamatan dan keselamatannya sendiri”, menurut Pejabat Hal Elwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah di Jabatan Ketua Menteri. 
- Sumber

Friday, 31 May 2013

Alahai Nurul Izzah!!! Takkan Ikut Bapak Jugak Jadi Pembohong???


Dari sumber.....
Setibanya Nurul Izzah di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 430 petang tadi dia tidak di benarkan masuk ( Not To Landed ) dan di arahkan pulang semula ke KL jam 810 malam.


Tindakan pihak berkuasa mghalang dia masuk ke Sabah kerana tidak mahu mereka membuat huru hara sesukahati seolah-olah negara ini tiada undang-undang.

Sepatutnya bila pilihanraya dah habis terima sajalah keputusan rakyat dan tidak perlu untuk berkempen atau membuat perhimpunan yg menyusahkan rakyat lagi.. tunggu saja PRU 14 nanti.



Pemimpin2 PR memang penipu besar..!!! NURUL mdakwa dalam Facebooknya semasa di tahan oleh pihak imegresen dia tidak di beri makan minum.

Apa yg sebenarnya beliau di beri makanan dan minuman KFC seperti dalam gambar ini... orang kata kalau berbohong sekali buleh...tetapi kalau banyak kali bohong akan tertangkap akhirnya..

Ingatkan Nurul taklah berbohong macam bapaknya..tetapi sama saja anak dengan bapak..bohong sana dan bohong sini!!!!

Sunday, 26 May 2013

Blackout 505 : Pelik!!! Tiada Ucapan Dari Pemimpin Pas Malam Tadi???

Perhimpunan Blackout 505 11.20pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menggesa orang ramai membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang hilang apabila dibasuk selepas selesai mengundi.

"Kita ikut pertahankan cara yang aman. Kita akan berhimpun dan bergerak bila perlu tapi mulai Ahad dan Isnin, buat laporan dan kita mahu puluhan ribu laporan dibuat," katanya. 11.05pm:

Pengerusi Badrul Hisham Shaharin meminta lampu di Dataran PJ dipadamkan dan meminta hadirin menggunakan telefon dan pemetik api untuk menerangi tempat tersebut. Idea ini ialah untuk meraikan pembebasan Adam Adli, seorang aktivis pelajar yang berdepan dengan tuduhan menghasut. Adam kini berada di Pulau Pinang mengunjungi ibunya yang sakit itu.

Hadirin memenuhi permintaan tersebut dengan menjulang telefon mereka dan suasana di situ kelihatan seperti sekumpulan kelip-kelip. Badrul Hisham menganggarkan jumlah hadirin telah meningkatkan kepada 70,000.

10.45pm: MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengumumkan Pakatan akan mengheret SPR ke mahkamah berhubung isu pilihan raya.

"Mula minggu depan, kita akan saman pimpinan tertinggi SPR berkenaan dakwat kekal. "Kamu (SPR) tidak akan lepas dari cengkaman undang-undang

"Kita akan pastikan mereka bayar harga 'jenayah' mereka dan keadilan ditegakkan.

"Ingat, masa yang sukar tidak kekal lama tapi orang yang kuat dan tegar, kekal lama.

"Kita akan tunjukkan kekuatan kita kepada BN," katanya.

10.40pm - Haris Ibrahim menggesa orang ramai supaya memboikot organisasi media yang berat sebelah atau memihak kepada BN. Berikutan itu, beliau mengumumkan bahawa kumpulan ABU (Asalkan Bukan Umno) telah menyediakan klip video untuk menunjukkan bagaimana BN telah menipu dalam pilihan raya umum.

"Kami mahu anda membawa video ini ke kawasan luar bandar, bagi menunjukkan bagaimana mereka telah ditipu oleh BN," kata Haris.

10.30pm - Selepas berkongsi lokap di Jinjang, Tian Chua (kiri) dan Haris Ibrahim berkongsi pentas pula malam ini.

"Jangan berfikir tangkapan itu akan menakutkan rakyat. Kami tidak akan gentar," katanya.

10.20pm - Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata, beliau tidak dijadualkan untuk berucap hari ini tetapi penahanan Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Datuk Tamrin Ghaffar telah mendorongnya untuk berucap. Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti penipuan pilihan raya supaya mengemukakannya kepada tribunal rakyat BERSIH.

Sehubungan itu, katanya, seandainya SPR masih mempunyai maruah, maka mereka mesti meletakkan jawatan sekarang dan kegagalan penggunaan dakwat kekal merupakan alasan yang sudah cukup untuk mereka berbuat demikian.

9.45pm - MP Pandan Rafizi Ramli  berkata tidak akan ada penjara yang mencukupi untuk kerajaan memenjarakan semua orang yang menyuarakan bantahan terhadap penipuan pilihan raya. Rafizi, yang mempengerusikan jawatankuasa Pakatan menyiasat penipuan pilihan raya, berkata rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPR kerana telah melanggar janji mereka.

"Jika rakyat berkata terdapat penipuan, bukan tugas mereka untuk menyiasat?" tanya Rafizi.

"Mulai minggu depan kita akan failkan 29 petisyen pilihan raya dan kita minta semua istiqamah,. Kita akan berjumpa di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan kita dipenuhi," katanya. Rafizi membayangkan kemungkinan akan adanya himpunan BERSIH 4.0. - Sumber

PT
Dulu papagomo dah buat demo pasal dakwat kekal akan hilang tak kira kekal macam mana pun, tapi SPR dan jawatan kuasa parlimen di tubuhkan dan bersetuju..dan ramai memberi pandangan dakwat kekal akan di jadikan ISU..Sekarang terimalah akibat kerana ikut semua apa cadangan bangang pembangkang.

Dakwat kekal kalau.disental, ditonyoh, bukan setakat dibasuh memanglah akan hilang. Sedangkan permenant maker yang pakai flourecent pun hilang, apatah lagi kalau dakwat.

Satu yang patut kita ambil perhatian, SPR dah bagitau bahawa,.dakwat kekal ni sebagai langkah keselamatan tambahan sahaja, kalau seorang tu memang saja-saja nak discredit atau inscredible SPR memanglah balik rumah pakai sental. Memang hilanglah dakwat tu. Tapi kalau basuh biasa ajer, dekat.seminggu pasti ada lagi di celah jari.

Jadi terpulanglah kepada individu. Nawaitu masing-masing hanya Allah yang tahu.By the way, tidak ada apa di atas dunia ini yang kekal melainkan Allah SWT..

Wednesday, 3 April 2013

Hancur Lebur !!! Nurul Izzah Dihentam Di Pusat Khidmat Lembah Pantai #TolakPR #Vote4BN

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini dibidas dan dikecam oleh pengikut twitternya selepas beliau mengemas kini laman sosial itu dengan kenyataan berhubung Pusat Khidmat Lembah Pantai hari ini.


Menerusi twitter tersebut, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pautan ke laporan sebuah akhbar mengenai lawatan beliau ke kawasan Parlimen tersebut.
Bagaimanapun, beberapa pengikutnya kemudian memberikan maklum balas negatif terhadap tindakan beliau yang baharu sekarang berusaha untuk turun padang melihat kawasan yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.





Seorang pengikut twitternya, Abol (@AbolROY) mempersoalkan Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

"Parlimen dah nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk).

"Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat. A day a late a dollar shot sungguh," kecam beliau.

Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu "ketinggalan bas" untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.

Abol dengan sinis berkata, ramai rakyat Lembah Pantai yang menangis kerana misteri wujudnya pusat khidmat di kawasan itu akhirnya terbongkar hari ini dan tidak kurang juga yang menangis kerana menahan tawa kerana ia melucukan.

Pengikut lain, Quoris Ghani (@quorisghani) turut menempelak Nurul Izzah. Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih layak menyertai Maharaja Lawak Mega berbanding menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

Dax Muhamad (@daxmuhamad) pula berkata, semuanya sudah berlalu dan pusat khidmat tersebut kini bersiap sedia untuk dirobohkan.Bagaimanapun, sehingga kini Nurul Izzah tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan pengikut twitternya itu. - Sumber


Wednesday, 27 March 2013

Siapakah Gadis Di dalam Video Terlarang Nurul Izzah ??? #TolakPR #Vote4BN

Tak pasal-pasal gambar wanita yang tak bersalah ini dijadikan mangsa oleh blogger-blogger pakatan semata-mata cuba menabur fitnah nak menyalahkan UMNO dalam isu video seks..

Ikuti pendedahan yang dibuat oleh Blogger Dr MiM mengenai isu ini...

Memang menghairankan.



Baru-baru ini, Setiausaha Agung PKR mendakwa ada pihak yang 'menjemput beliau' untuk melihat beberapa keping gambar video terlarang yang dikaitkan dengan Nurul Izzah.

Beliau juga mendakwa tidak tahu siapa 'pihak' itu tetapi mereka didakwa 'kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video'. BACA SINI


Yang lebih menghairankan ialah bloggers pembangkang tidak berlapik apabila menulis entri mereka. Menghairankan! 




Foto yang terdapat dalam blog pro-pembangkang sambil memfitnah Najib Razak

Di sini sahaja kita sudah tentu terfikir bahawa foto pelakon video yang didakwa Nurul Izzah itu sebenarnya adalah hasil black op dan karya pro-pembangkang sendiri yang bermaksud untuk memalukan pemimpin mereka sendiri. seterusnya 


Sumber : Dr MiM

Nurul Nuha Bahan Korban Pak Sheikh Cuci Dosa #TolakPR #Vote4BN #PRU13


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak Sendirian Berhad dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak Anwar, iaitu Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti.


Nama Nurul Nuha menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa calon yang dikemukakan sebelum ini iaitu, Dr. Muhammad Nur Manuty, yang juga Pengerusi PKR Perak telah ditolak oleh pengundi di situ. Pantas, Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut.

Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum Anwar maka pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat sentimental atau mungkin juga peribadi bagi keluarga mereka.

Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih? Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri. Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat baginya.

Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih ‘suci’, yang mampu memulihkan imej bapa, ibu dan kakaknya yang sudah sebati dengan imej pengkhianat, pelakon dan peliwat. 


Nurul Izzah, diketahui sudah terlalu banyak menghiris hati orang Melayu dan orang Islam. Kecenderungannya ke arah fahaman liberal amat ketara dan tindakannya mengulas perihal agama dan membenarkan pula umat Islam menukar agama merupakan satu kesilapan yang tidak dapat diperbaiki lagi. Malah, keengganannya untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tetapi sebaliknya memilih untuk menipu dan memutar-belit kenyataan sendiri dalam usaha memperbaiki kesilapan tersebut telah menghancurkan terus imejnya di pihak yang bersetuju dengannya sebelum itu, dan juga di pihak yang menentangnya.

Nurul Izzah juga telah berkali-kali menyerlahkan pengkhianatannya terhadap negara sendiri. Bukan sekali beliau memburukkan Malaysia di luar negara dan bukan sekali beliau seolah-olah sengaja atau sememangnya bodoh dengan membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak wajar mengenai rahsia-rahsia pertahanan negara.

Baru-baru ini ketika insiden Lahad Datu membawa rakyat Malaysia bersatu dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan ketika kita berbangga dengan wira-wira kita, Nurul Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang menunjukkan kepada dunia betapa beliau tidak berkongsi semangat dan sentimen yang sama dan tidak ada pengetahuan langsung mengenai pasukan keselamatan dan pertahanan negara.

Wan Azizah pula, hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan pun sudah tidak boleh lagi. Jika perhiasan tentulah Anwar bangga memakainya tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu sahaja. Iaitu bagi menonjolkan imej Anwar sebagai suami dan bapa yang baik. Selebihnya, Azizah langsung tiada suara, melainkan air mata dan senyum paksa semata-mata.


Maka, kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas baru kepada imej keluarga yang sudah punah ranah ini. Sebagai orang baru, Nurul Nuha belum sempat berbuat silap atau tersalah cakap. Tiada apa yang boleh dikorek atau diburukkan mengenai Nuha, maka sesiapa sahaja tandingannya di Permatang Pauh akan menghadapi kesukaran. Bermodalkan legasi keluarga dan air mata ibu yang pasti akan turun membantu, tidak mustahil Nuha boleh menang.

Satu-satunya ‘setback’ bagi Nuha ialah gambaran nepotisme yang amat jelas dalam parti PKR. Selain itu, oleh kerana belum mempunyai rekod, Nuha perlu meyakinkan rakyat Permatang Pauh bahawa beliau mampu bekerja dan bukan hanya berpolitik seperti bapa, ibu atau kakaknya.


PT
Kemas keming Pak Sheikh mengatur anak beranak dalam senarai hiraki PKR.. mampuslah karear politik pemimpin PKR yang lain bila deretan anak-anak beliau memegang jawatan dalam kepimpinan PKR. Syabas dan tahniah diatas kecerdikan Bang Nuar menipu para pemimpin Pkr yang lain ???

Monday, 18 March 2013

Harakah Pun Hentam Raja Goyang !! Tetiba Artikel Pun Lesap !!!


Artikel lesap.. Terbukti kebebasan media sememangnya di praktikan oleh suratkhabar lidah rasmi Haramkah Daily dengan berani menyiar dan mengiakan bahawa foto seorang lelaki bercumbuan dengan seorang lelaki adalah Anwar Ibrahim. 

Memang Pas berniat memberi tahu penyokongnya bahawa foto individu tersebut adalah Anwar Ibrahim. Tapi sayang selepas beberapa ketika artikel itu sudah pun lesap setelah editornya sudah mengarahkan untuk ditarik balik. - Sumber

Tuesday, 11 December 2012

HEBAT PAK SHEIHK MENGATUR ANAK KEDUANYA KEDALAM SENARAI CALON PKR ???




Nurul Nuha Adik Kepada Nurul Izzah puteri kedua Anwar Ibrahim antara nama yang kuat di canang bertanding bagi kerusi Pkr Nibong Tebal. Ini bagi menggantikan Ahli Parlimen Nibong Tebal sekarang, Otak geliga si Anwar ni..laju beliau memasukkan anak keduanya dalam list calon Pkr.


YB Tan Tee Beng yang telah bertindak keluar parti menjadi calon bebas kerana kecewa dengan permainan politik murahan dan penuh tipu daya dalam pakatan haram.


Calon Ini Dijangka Boleh Memperolehi Undi Besar Dari Kaum Cina Nibong Tebal.
Hebat Anwar Dok Susun Kroni Jadi Calon Pilihanraya. Sumber


PT
Kemas keming Pak Sheikh mengatur anak beranak dalam senarai hiraki 
PKR.. mampuslah karear politik pemimpin PKR yang lain bila deretan anak-anak beliau memegang jawatan dalam kepimpinan PKR. Syabas dan tahniah diatas kecerdikan Bang Nuar menipu para pemimpin Pkr lain ???

Saturday, 24 November 2012

HEBAT !!! MAT SABUN MELELEH AIR LIUR DI SEBELAH NURUL IZZAH ???



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman terhadap Utusan ekoran laporan yang mengatakan beliau ‘menyokong’ kebebasan beragama kepada masyarakat Melayu di negara ini.

Ianya berhubung empat artikel pada 5, 6 dan 7 November 2012 diterbitkan akhbar Umno itu yang didakwa telah memfitnah beliau.

Saman itu menamakan tiga pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, penerbit Utusan Publising dan pencetak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai responden.

Beliau memohon gantirugi am, teladan, teruk dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, selain menuntut perintah injunksi terhadap Utusan Malaysia untuk tidak menerbitkan berita yang boleh menjejaskan reputasinya.

Beliau diwakili peguam Hanifa Maidin dan Sulaiman Abdullah.

Utusan pada muka depannya 5 November lalu, memanipulasi kenyataan Izzah dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’ di Geraja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya.

Laporan tersebut bertajuk “Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu – Nurul Izzah”.

Lanjutan itu, Izzah pada 9 November membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Utusan, dengan dakwaan bahawa akhbar milik Umno itu memutarbelit kenyataannya.

Sementara itu beliau yang juga Naib Presiden PKR turut menyatakan kesediaannya untuk menghadap Sultan Selangor bagi memberikan penjelasan berhubung fitnah Utusan itu.

“Saya sudah menyerahkan surat penjelasan kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.



PT
Nampak sangat dungu MP seorang ni...tapi rakyat yang waras melebihi dari yang sewel macam hang ni...rakyat yang waras melihat ini sebagai saman politik kurang cerdik..persoalannya jika ingin mencari kebenaran kenapa bersifat dayus dalam menegakan kebenaran...yang memulai adalah Malaysiakini dan diri sendiri, kenapa pihak lain yang diprasangka buruk...Sinar harian juga mengeluarkan artikel yang dipetik dari Malasiakini, tetapi kenapa tiada disenaraikan....kalau hang minat politik sekalipun jangan letakkan akal hang dikepala lutut keldai untuk menegakan bendera parti hang..Bengong!!!

Friday, 16 November 2012

HARUSSANI JAWAB KENYATAAN HARUN TAIB



 "Saya sentiasa bertaubat selepas menunaikan solat, sebanyak 10 kali atas apa jua kesilapan yang dilakukan saya." Demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjawab kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib semalam, yang turut meminta beliau bertaubat.

Menurutnya, setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan dan dengan bertaubat, umat Islam tidak akan terus berada dalam dosa di atas kesilapan yang dilakukan.

Harussani, antara pemimpin agama yang mendapat perhatian dana arena politik tempatan khususnya berkaitan idea kerjasama politik Pas-Umno menambah, "jadi, saya hanya meminta (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah bertaubat apabila melakukan kesalahan."

Katanya, orang Islam pasa masa kini hanya berjuang atas kepentingan politik dan saling menabur fitnah sehingga mewujudkan perpecahan dikalangan umat Islam.

"Perjuangan orang Islam terutamanya pemimpin sekarang lebih kepada kepentingan politik sendiri.

"Mereka jauh terpesong, mereka tidak mengikut ajaran Islam dan tidak mengikut sunnah Rasulullah,"
kata beliau. Sumber

PT
Yang penting tanggungjawab sudah dilaksanakan. mereka nak dengar atau apa pun itu cerita lain. Kita sedar, mereka merasakan diri mereka seolah-olah maksum. Pkr dan Dap yang bersama mereka juga turut maksum. Parti mereka sahaja parti Islam. Kalau lawan mereka dikatakan lawan Islam. Pkr dan Dap juga secara automatik lebih Islam daripada parti lain kerana berada dalam kelompok mereka. Tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang boleh menasihati mereka. Mereka sedang seronok kerana merasakan mereka boleh menang. Mereka sedang ditindih dan dibuai oleh perasaan mereka. Apakah mereka bukan golongan yang terpedaya? Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Thursday, 15 November 2012

KES NURUL !!! SAYANG JUGA NIK ABDUH PADA NURUL IZZAH ???



KOTA BHARU - Timbalan Ketua Pemuda Pas, Datuk Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, adalah tidak adil sekiranya Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar terus dipersalahkan dalam isu kenyataan berkenaan kebebasan beragama walhal pemimpin itu sudah pun memberikan penjelasannya.

"Yang penting kita tahu bahawa kenyataannya adalah kenyataan yang sudah dijawab oleh Nurul Izzah dan kita hendak tanya kenapa jawapan beliau itu terus ditolak sedangkan itu adalah ucapan beliau sendiri.

"Saya berpandangan apabila dia sudah jawab, kita pegang kepada itu," katanya kepada media di sini, hari ini.

Nik Abduh ditanya berhubung pendirian perwakilan Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dalam muktamar sayap parti itu yang dilihat langsung tidak menyentuh isu berkenaan Nurul Izzah sepanjang perbahasan.

"Itu hak perwakilan, kita tak pernah suruh apa-apa. Kita nak dengar lagi, kalau nak sebut itu, terserah kepada perwakilan," kata anak kepada Mursyidul Am Pas itu.

Ketika ditanya lagi, apa pendirian beliau berhubung isu Nurul Izzah, Nik Abduh berkata, "saya kekal begitulah dan pimpinan parti pun sudah sebut. Kalau ingat apa yang Datuk Harun sebut, kita serah kepada rakyat untuk menilai, sebab semua pihak sudah baca, tahu, jadi kita serah kepada rakyat."

Kontrovesi bersabit kenyataan Nurul Izzah tercetus 3 November lalu, ketika beliau menyertai wacana mengenai Negara Islam anjuran sebuah pergerakan Kristian di Subang Jaya. - Sumber


PT
Apa nak hairan..bapak Nik Abduh pun diam membisu kes Nurul izzah ni...elok sangat lah tu anak dengan bapak sama-sama membela Nurul Izzah. Bukan nasihat tapi menyalahkan orang lain atas apa yang dilakukan oleh anak Anwar. Alahai puak2 pakatan ni....apa saja puak2 dia lakukan tidak kira halal ke tidak bersepakat menyokong walaupun bertentangan dengan hukum dan sunnah. Maklumlah bukan kesalahan besar kata kumpulan ulamak Pas.

KES NURUL !!! KENAPA ULAMAK PAS MEMBISU - HARUSSANI

Bukan rahsia lagi kalangan ulama PAS kurang senang pada Tan Sri Harussani Zakaria.Label yang mereka dipakai pada Mufti Perak itu sebagai “ulama UMNO” acapkali menyusul khusus di laman maya oleh mereka yang tak tahan dengan komen-komen panasnya.

Namun ia tidak langsung menghalang beliau dari meneruskan perjuangan bersuara meluahkan pandangannya.

Orang-orang PAS bukannya tidak suka pada Mufti Perak kerana beliau dilihat kurang arif tentang hukum hakam atau kerana ilmu agamanya lebih rendah dari mereka tapi kerana komen-komennya sering dilihat tidak menyebelahi PAS.

Bagi Harussani, beliau berbuat demikian kerana bertanggungjawab memurnikan dan mendaulatkan lslam di negara ini.

Begitu juga hal-hal berhubung kait dengan akidah umat lslam, ia sesuatu yang tidak ada komprominya.

Terbaru Mufti Perak sekali lagi terpanggil menegur PAS khusus ulama-ulamanya berhubung komen Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar “mengenai isu kebebasan beragama untuk semua termasuk orang-orang Melayu.”

Sikap mereka yang mendiam diri dari mengeluarkan komen menyebabkan Mufti Perfak rasa keciwa “kerana ia seolah-olah memberi interpretasi bahawa mereka bersetuju dengan anak mantan Timbalan Perdana Menteri itu.”

Bagi setengah pihak sikap PAS ini difahami kerana komen negatif terhadap Nurul Izzah boleh memberi implikasi buruk kepada kerjasama antara PAS dan PKR.

Tambahan pula menjelang PRU ke13, komen mereka boleh memberi “political mileage” kepada UMNO.

Sehingga berita ini ditulis, ulama PAS masih berteka teki dan enggan memberikan komen yang berbentuk “mendakwahkan” anak Anwar.

Mereka bersikap membisu melainkan satu dua orang sahaja.

Justeru tafsiran orang ramai lebih cenderung kepada kepercayaan PAS takut kehilangan Anwar jika mereka mengkritik Nurul secara terbuka.

Apakah isu ini akan menjadi topik perbahasan di Muktamar PAS yang sedang berlangsung sekarang tidak dapat dipastikan.

Harussani yang ditemui wartawan Rabu meluahkan rasa keciwa kerana “mereka masih membisu.”

Beliau tampil dengan satu lagi permintaan—meminta mereka segera membuat kenyataan menolak pendapat Nurul Izzah.

Selain meminta para ulama memandang serius isu ini,, kenyataan Mufti Perak itu turut ditujukan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Murshidul Am PAS.

Kata Harussani orang-orang Islam wajib menasihati Nurul Izzah.

Mereka tambahnya patut meminta orang seperti itu supaya bertaubat kepada Allah.

``Kalau mereka tidak berbuat demikian ertinya mereka juga menyetujui dengan ucapannya, maka setidak-tidaknya ia boleh difahami sebagai bersekongkol dengan pendapat dia (Nurul Izzah).

“Ini adalah salah dan ini akan menimbulkan perpecahan dikalangan umat manusia,’’ ujarnya.

Menurut Mufti Perak lagi, memandangkan kenyataan Nurul Izzah itu amat jelas sekali bertentangan dengan akidah Islam maka Naib Presiden PKR itu harus segera bertaubat.

Katanya sebagai golongan ulama PAS yang bersekongkol dengan parti PKR, ulama mereka ataupun Nik Aziz juga perlu segera menyatakan pendirian mengenai kenyataan Nurul Izzah.

Harussani berkata Nik Aziz dan golongan ulama didalam PAS perlu segera menasihati Nurul Izzah jika tidak ia akan menimbulkan fitnah.

``Saya berharap sama-samalah kita menjaga agama kita dan janganlah kita menyayangi kerusi lebih daripada agama kita,’’ katanya.- Sumber

Saturday, 10 November 2012

SIS MENGIAKAN KENYATAAN NURUL - KEBEBASAN BERAGAMA TERMASUK MENUKAR AGAMA ???



KUALA LUMPUR,— Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini.

Dalam kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut.

“Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit,” menurut SIS dalam kenyataan medianya.

Pengarah program SIS, Suri Kempe menerangkan bahawa NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya.

“Islam bukanlah agama jalan sehala,” kata Suri.

Seterusnya baca di sini.


KES NURUL !!! ZULKIFLI NORDIN AKAN BUAT ANWAR DAN ANAKNYA TERKEJUT BEROK ???


Semalam, Nurul Izzah, menerusi notis yang dikeluarkan peguam bela dan peguam cara Mohamed Hanipa & Associates, menuntut Utusan Malaysia memohon maaf dalam masa 48 jam berhubung penyiaran artikel berkenaan isu kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu yang disifatkan beliau sebagai fitnah.


Peguam Nurul Izzah memberitahu pemberita bahawa saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog akan tetap diteruskan kerana memutarbelitkan kenyataan beliau dalam sebuah forum minggu lalu.

Ini pula kenyataan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin menyatakan kesediaannya untuk menyediakan peguam kepada Utusan Malaysia jika disaman oleh Nurul Izzah.

“Saya baru berbincang dengan peguam kanan untuk mempertahankan Utusan Malaysia jika disaman.

“Saya bersedia jadi peguam untuk Utusan Malaysia tanpa bayaran ... dan saya nak beritahu Anwar, Nurul Izzah, kamu akan terkejut beruk siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia,”
katanya dalam forum anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu.

Tambahnya lagi, tindakan yang dibuatnya itu bukan hanya semata-mata mempertahankan media tersebut, sebaliknya bertujuan menyelamatkan dan mempertahankan masyarakat Melayu dan Islam kerana akhbar itu tegasnya menjadi lidah rasmi perjuangan mempertahankan Islam.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive