Sunday, 13 July 2014

Kes Penculikan Di Sabah - Seorang Marin Terbunuh

Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada Pengganas Sulu lewat tengah malam tadi. Kejadian berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESScom,telah mengorbankan seorang Anggota Polis yang ditembak Pengganas Sulu selepas Anggota Polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

Menurut saksi,pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran,bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang Anggota Polis maut dalam kejadian tersebut.

Menurut sumber,seorang anggota Polis turut diculik dalam kejadian tersebut.Pihak Berkuasa ESScom sedang melipatganda usaha mengesan kumpulan Pengganas Sulu tersebut yang dipercayai berada disekitar pulau berkenaan disamping mendapatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran.

Sementara itu keadaan di sekitar Pulau Mabul ketika ini sudah kembali tenang seperti biasa. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive