Saturday, 19 July 2014

Tragedi MH17 - US Dan Rusia Serta Ukraine Mesti Bertanggungjawab!!!

Siapa yang menembak jatuh pesawat MH 17 itu? Kalau hendak mendapat jawapannya ia mestilah dari salah satu dari dua pihak yang sedang berperang, iaitu tentera Ukraine dan pihak pemisah yang di kuasai oleh Russia. Ia tidak mungkin ditembak oleh tentera Jepun atau tentera Saudi Arabia.

Mungkin pihak pemisah pro Russia adalah pihak yang bertanggungjawab kerana beberapa hari sebelumnya pihak pemisah yang di sokong Russia ini telah menembak kapal terbang pengangkutan Ukraine. Maka ada pihak yang menyangka pesawat MAS itu adalah kapal terbang pengangkutan yang besar dan terus menembaknya.

Apa pun dan siapa yang menembaknya mestilah dari salah satu puak yang sedang berganyang dan berperang untuk meluaskan kuasa. Tetapi penyebab peperangan itu adalah punca sebenarnya kenapa MH 17 ini disangkakan sebagai pihak musuh mereka dan hanya setelah pesawat itu terhempas dengan 295 orang nyawa terkorban itu bukanlah satu pihak yang sedang berperang.

Pesawat itu kepunyaan sebuah negara yang tidak mahu perang dan tidak berkemampuan untuk berperang. Dalam isu ini bukan sahaja pihak pemisah pro Russia atau tentera Ukraine yang patut bertanggungjawab, ia sepatutnya di pertanggungjawabkan kepada pihak Amerika Syarikat juga kerana peperangan saudara di Ukraine.

itu adalah di sebabkan AS campur tangan dalam hal ehwal Ukraine sehinggakan ia menjadi isu besar kepada Russia dan bertindak menggunakan pengaruh dan kekuatan tentera mereka untuk menyekat pengaruh AS di negara jiran Russia, Ukraine itu.

Ukraine Air Traffic Services Enterprise memberi kenyataan yang tidak ada masalah yang dihadapi oleh anak kapal MAS itu semasa memasuki ruang udara Ukraine dan terhempasnya pesawat ini tidak lain dari kesilapan mengenali pesawat ini sebagai pesawat Ukraine dan ditembak jatuh oleh pihak pemisah yang di sokong Russia itu.

Jika mereka mengenali pesawat itu adalah pesawat ‘commercial’ MAS tidak ada sebab mereka mengarahkan ‘ground-to-air missile’ kepada MH 17 itu. Dunia wajar mengambil ‘accountability’ terhadap insiden pedih ini dan tidak wajar masing-masing diantara yang berperang itu memperlihatkan ‘blame trading’ diantara satu dengan lain.

Masing-masing yang berperang wajar bersatu seketika dan mengambil tanggungjawab terhadap pesawat dan negara yang tidak bersalah ini. Di sini juga kita harapkan tidak ada ‘blame game’ diantara yang tidak bersetuju diantara satu dengan lain dan adalah kejam serta tidak bertamadun diantara kita jika kita menggunakan isu ini sebagai isu politik diantara dua atau lebih pihak yang sedang gila bermain politik ini.

Semua pihak sekarang perlu bersatu sehingga ke pentas antarabangsa untuk mencari penyelesaian muktamat terhadap 'act of terrorism' yang tidak berperi kemanusiaan ini. Hanya yang kita mahu lihat tindakan kerajaan kita dengan ‘diplomatic language’ yang tidak memalukan negara.

Ini merupakan isu yang sangat mencabar bagi kerajaan kita dan diharap isu ini akan di usahakan melalui saluran diplomatik yang paling bersesuaian.

Negara-negara yang terlibat dengan peperangan di Ukraine ini wajar tampil dengan solusi yang terbaik dan di senangi oleh keluarga mangsa korban pesawat ini yang banyak dari negara dan bangsa ini.  - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive