Sunday 17 August 2014

Betulkah Keputusan Mesyuarat AJK PAS Yang Bakal Berlangsung Hari Ini Sudah Bocor???

Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini mempunyai 4 kemungkinan dalam menentukan masa depan parti Islam itu dan dijangka PAS akan memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat (PR), namun menolak cadangan PKR meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Antara 4 kemungkinan pilihan parti itu adalah: Kekal bersama Pakatan dan menyerahkan nama calon lain sebagai menteri besar Selangor kepada PKR. Meninggalkan Pakatan dan berdiri sebagai sebuah parti secara individu.

Meninggalkan Pakatan dan menyertai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membentuk kerajaan Selangor; atau Menyokong pilihan calon PKR, Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar dan kekal bersama Pakatan.

Seramai 38 anggota jawatankuasa pusat parti itu dijangka memilih pilihan pertama berdasarkan keputusan Majlis Syura sebelum ini yang menyuarakan sokongan kepada Khalid.

Selepas pemecatan Khalid daripada PKR, PAS bagaimanapun perlu berkompromi antara kehendak parti dan keperluannya untuk kekal dalam Pakatan.Ini kerana selain menyokong Khalid, Majlis Syura juga mahu PAS kekal dalam pakatan pembangkang, seperti mana Muktamar PAS sebelum ini memutuskan – untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Ustaz Hadi bersetuju untuk menggantikan Khalid tetapi PKR perlu berkompromi dan meletakkan calon lain selain Dr Wan Azizah," kata pemimpin kanan PAS, merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Jika Anwar (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkeras mahukan Dr Wan Azizah, ini menunjukkan beliau bukan tidak mahukan Khalid, tetapi tetap mahukan Dr Wan Azizah.

"Pandangan ini bagaimanapun dirosakkan sedikit apabila PKR menarik 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – untuk menghadiri sidang media Dr Wan Azizah pada Khamis dan menyuarakan sokongan membentuk majoriti 30 Adun kepadanya, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Nathaniel Tan, seorang penganalisis politik yang sebelum ini bekerja di pejabat menteri besar berkata, "Khalid khianat parti, PKR pecat. Kemudian jika ahli PAS ingkar arahan parti... err", merujuk kepada keputusan PKR menarik 2 Adun
PAS untuk menyokong Dr Wan Azizah.

Kesan daripada perkara itu, PAS boleh jadi akan mengambil pendirian kedua, iaitu meninggalkan PR kerana tidak begitu senang dengan tindakan PKR.Tindakan itu mencetuskan kemarahan dalam PAS. Sebahagian dalam PAS dilihat memihak kepada "pro-UG" (kerajaan campuran) yang mahukan PAS bekerjasama dengan Umno.

Tindakan PKR menarik Hasnul dan Saari menjadi senjata utama kumpulan pro-UG untuk mengajak kepimpinan PAS meninggalkan Pakatan, sama ada bersama Khalid dan Umno membentuk kerajaan di Selangor atau berdiri sendiri.

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan dalam komen di laman Facebook miliknya berkata:

"Budaya ancaman politik merebak ke dalam PAS. Adakah proses tapisan dilakukan secara semulajadi?"Sementara itu, pemimpin PAS yang lain berkata:

"Jika PAS berhenti memikirkan rasional dan marah dengan tindakan PKR, PAS akan meninggalkan Pakatan dan berjuang bersendirian.

"Apa sahaja keputusan kepimpinan PAS hari ini, ahli jawatankuasa pusat menjangkakan isu meninggalkan Pakatan pasti hangat diperdebatkan memandangkan perbezaan antara pemimpinnya berlarutan terlalu lama.

"Saya pasti akan ada percanggahan antara mereka yang mahu kekal bersama Pakatan dan mereka yang marahkan PKR dan DAP," kata pemimpin PAS yang akan menyertai pertemuan itu hari ini kepada The Malaysian Insider.

Ekoran itu, mereka dijangka fokus terhadap tindakan Hasnul dan Saari.Satu kumpulan berkata, kedua-dua Adun itu mahu menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini ditadbir Khalid, manakala satu kumpulan lain mendakwa mereka mendahului keputusan parti yang hanya bakal ditentukan hari ini.

Sentimen ini dicerminkan dalam kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menggesa semua pihak menantikan keputusan mesyuarat 17 Ogos.

"Melawan keputusan jawatankuasa tidak akan mendapat restu dan jika ada sebarang masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya dipetik media PAS Harakahdaily.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS berkata kepada The Malaysian Insider, tindakan kedua-dua Adun itu adalah untuk menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat yang kini dimusnahkan Khalid.

Ini kerana tindakan mereka berdua memusnahkan sama sekali harapan Khalid untuk mendapat majoriti mudah apabila harapannya kini tinggal 26 kerusi sahaja dari 56 kerusi dalam DUN iaitu 12 BN, 13 PAS dan Khalid sendiri. - Sumber

3 comments:

  1. Mana boleh PAS keluar pakatan, rugi la. Soal maruah ? Bukan boleh dimakan maruah tu. Jadi cacai ? Cacai pun cacai la, cacai yg boleh hidup mewah, income puluh puluh ribu, boleh duduk umah banglo, boleh bawak kete besar, cacai pun tak apa.

    ReplyDelete
  2. Untuk mengelak masalah sakit kepala dgn rakan2 pakatan yang tak berapa sepakat, elok bersendirilah. Tiada lagi kecelaruan pendapat,keputusan dikalangan pemimpin serta ahli. Terus istiqomah dlm perjuangan, klau tak jadi kerajaan pun jadilah pembangkang yg berwibawa sebagai pengimbang kepada kerajaan. Jadi segala keputusan boleh buat ikut acuan sendiri dan tiada lagi statement 'itu pendapat peribadi polan si polan dan bukan pendapat parti'. Bosan..bosan..bosan dgn ayat macam tu setiap kali disanggah oleh rakan2 yg tak sepakat. Tanpa rakan pun, Kelantan dapat pegang sejak 80'an lagi. Nak buat hudud di Kelantan pun rasanya tiada halangan lagi.Hikmah bila krisis ni berlaku , Pas dapat mengesan spesis musang berbulu ayam. Lepas ni siapa yg tak setuju dgn presiden, sila angkat kaki. Jangan parti dikotori oleh kaki2 yg bernajis.

    ReplyDelete
  3. Tgk kepada senarai AJK Pas Pusat , Naib Presiden dan Timbalan Presiden , kemungkinan besar keputusan akan berpihak kepada Presiden PKR .

    Tiada langsung kemungkinan Pas tinggalkan PR . Tapi ada kemungkinan AJK Pas yang tidak sehaluan dengan PKR dan DAP diminta berundur secara terhormat atau tersingkir dengan cara paling aib seperti mana YAB Khalid .

    Hulubalang TGHH seperti Ustaz Nasa dan Dato' Hasan Ali , awal2 lagi telah di sembelih . Orang PKR cakap ....hahaha ...kan dah kena ....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive