Bonus Bajet 2015 : Seperti biasa, menjelang Pengumuman Bajet 2015 yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2014 nanti, CUEPACS akan mengeluarkan tuntutan bagi “membela” nasib kakitangan awam, melalui Presiden yang terkini, Azih Muda, telah pun membuat tuntutan bonus sehingga dua bulan, sebagai “hadiah” kepada 1.4 juta kakitangan awam kerajaan yang telah berkhidmat dengan baik sekali.
Antara alasannya yang dikemukakan kenapa Kerajaan Malaysia perlu memberikan bonus sebanyak 2 bulan adalah: Ekonomi Malaysia dilihat semakin memberangsangkan dengan pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada lebih daripada 5% dan dilihat tidak menyusut dalam tempoh 6 bulan.
Pemberian dan pembayaran bonus Bajet 2015 untuk kakitangan awam adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan kalangan penjawat awam di Malaysia yang terlibat secara langsung dalam memacu perkembangan pembangunan dan pengurusan negara.
Kita tidak dapat menolak, sebenarnya, sudah agak lama juga kakitangan awam tidak diberikan bonus.Tetapi, dalam keadaan sekarang, pada kami, tuntutan bonus sebegini tidak perlu.
Pada kami, daripada diberikan bonus yang hanya sekali atau secara “one-off”, lebih baik sekiranya CUEPACS memperjuangkan kenaikan Elaun Perumahan serta Elaun Sara Hidup diselaraskan.Ini pada kami, lebih berguna dan memberikan kesan yang lebih baik pada kewangan.
Dia org ni tak ada idea kreatif lain ke? Yg jangka panjang bukannya adhoc!
ReplyDeleteKakitangan Kerajaan terlebih, buang-buangla sikit yang tak produktif tu....
ReplyDelete