Showing posts with label bajet 2015. Show all posts
Showing posts with label bajet 2015. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Bajet 2015 - Harapan 1.5 Juta Penjawat Awam Mahu 'Buah Tangan' Terbaik Dari Kerajaan

Kenaikan Gaji Naik Tidak Cukup! Naik Elaun Kami & Bantu Nasib 630,000 Kakitangan Awam di Malaysia Termasuk Guru, Jururawat, Polis & Tentera! Cuepacs Malaysia yang mewakili 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia mahukan lebih daripada sekadar kenaikan gaji kakitangan awam naik di Malaysia. Ya…itulah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada Presiden Cuepacs Malaysia ini.



Menjelang pembentangan bajet 2015 Malaysia besarlah harapan 1.5 juta kakitangan kerajaan mahukan “buah tangan” yang boleh ditawarkan kerajaan Malaysia untuk mereka bagi meneruskan kesinambungan hidup bagi 12 bulan yang akan datang. Oleh itu, Cuepacs Malaysia sedang bertungkus lumus dengan kerajaan bagi menyelesaikan beberapa isu-isu yang berkaitan dengan penjawat awam di Malaysia

Berdasarkan kajian & pemerhatian Cuepacs dan majoriti kakitangan kerajaan semakin risau dengan masalah kenaikan kos sara hidup naik di Malaysia, ditambah dengan gelombang bebanan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) 6% bermula April 2015.


Kenaikan Gaji Kakitangan Naik

Kerajaan malaysia perlu membina lebih banyak rumah mampu milik terutamanya melibatkan 630,000 kakitangan awam yang menikmati gaji di bawah RM3,000 sebulan termasuklah polis, askar, jururawat dan guru.

Cuepacs mahu kerajaan kaji semula tindakan kerajaan Malaysia potong 50% elaun kos sara hidup (Cola) & elaun perumahan penjawat awam yang memilih untuk tinggal di kuarters kerajaan. Apa beza dengan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak RM124 sebulan jikalau kerajaan memotong elaun tersebut?

Cuepacs mahu kerajaan umumkan kenaikan elaun kos sara hidup (COLA) daripada di antara RM200 dan RM300 kepada angka yang lebih tinggi bersesuaian dengan sara hidup sekarang.

Kenaikan Elaun perumahan kakitangan awam naik sepatutnya tidak lagi berlegar RM180 sebulan, sepatutnya lebih daripada nilai yang sudah lama tidak berganjak ini.

Realitinya, ada kalangan pegawai kerajaan yang telah lama berkaja di sektor awam selama lebih 10 tahun tetapi masih lagi tidak mampu beli rumah sendiri dek kerana kenaikan harga rumah melonjak lebih laju dibandingkan kenaikan gaji mereka ditambah pula, kadar sewa yang dikenakan ke atas mereka selama ini melibatkan sebahagian besar gaji bulanan mereka.

Sunday, 17 August 2014

Bajet 2015!!! CUEPACS Tuntut Durian Runtuh Dua Bulan!!!

Bonus Bajet 2015 : Seperti biasa, menjelang Pengumuman Bajet 2015 yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2014 nanti, CUEPACS akan mengeluarkan tuntutan bagi “membela” nasib kakitangan awam, melalui Presiden yang terkini, Azih Muda, telah pun membuat tuntutan bonus sehingga dua bulan, sebagai “hadiah” kepada 1.4 juta kakitangan awam kerajaan yang telah berkhidmat dengan baik sekali.

Antara alasannya yang dikemukakan kenapa Kerajaan Malaysia perlu memberikan bonus sebanyak 2 bulan adalah: Ekonomi Malaysia dilihat semakin memberangsangkan dengan pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada lebih daripada 5% dan dilihat tidak menyusut dalam tempoh 6 bulan.

Pemberian dan pembayaran bonus Bajet 2015 untuk kakitangan awam adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan kalangan penjawat awam di Malaysia yang terlibat secara langsung dalam memacu perkembangan pembangunan dan pengurusan negara.

Kita tidak dapat menolak, sebenarnya, sudah agak lama juga kakitangan awam tidak diberikan bonus.Tetapi, dalam keadaan sekarang, pada kami, tuntutan bonus sebegini tidak perlu.

Pada kami, daripada diberikan bonus yang hanya sekali atau secara “one-off”, lebih baik sekiranya CUEPACS memperjuangkan kenaikan Elaun Perumahan serta Elaun Sara Hidup diselaraskan.Ini pada kami, lebih berguna dan memberikan kesan yang lebih baik pada kewangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive