Showing posts with label Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Jumaat. Show all posts

Monday, 6 January 2014

Kekarutan Marina Mahathir??? - Isu Cuti Jumaat

Kekarutan Marina Mahathir tentang yang ini tentunya tak boleh diterima. Marina Mahathir mempertikaikan cuti hari Jumaat dan menganggap sebagai mengarut.

“tlg tunjuk kat mana dlm Quran dikatakan mesti cuti Hari Jumaat?” tulis Marina di laman Twitternya semalam.

Kenyataan mungkin berkaitan dengan negeri Johor yang malaksanakan cuti pada hari Jumaat bermula pada awal 2014.

Friday, 7 June 2013

Sesat !!! Kholid Ismath Dakwa Kahtib Baca Teks Merapu Semasa Khutbah!!!


Bukan bertujuan mahu mengaibkan beliau. Tetapi sekadar menghebahkan kepada golongan yang berpegang teguh kepada Aqidah 'Ahlus Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ) yang cintakan Nabi SAW dan mendokong para Khulafa' al-Rasyidin seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khatab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, agar berwaspada dengan si Khalid Ismath Syiah ni.



Lihat sendiri apa yang telah budak syiah ni di dalam tweet beliau beberapa jam sebelum seluruh umat Islam mengerjakan solat Jumaat di neagara ini tengahari tadi.




Siapa Khalid Ismath sebenarnya??


Khalid Mohd Ismath dari pemuda Parti Sosialis ini sangat bahaya. Beliau bekas pelajar UiTM Merbok dalam jurusan diploma undang-undang pada tahun 2010. . Beliau terlibat secara aktif sebagai pengikut syiah tegar semasa beliau belajar di peringakat sekolah menengah. Khalid sangat licik bergerak masuk dalam pergerakan pelajar.


Beliau cuba mencari pengaruh untuk mendapat sokongan ramai khususnya pelajar IPT. Kita sedia maklum, ajaran syiah sesat "Imamiah Ithna Asyariyyah" adalah suatu ajaran sesat lagi kafir yang terkeluar dari ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Bagi mereka menipu kepada ASWJ adalah halal dan mendapat pahala. Khalid berpura-pura menjadi pejuang kebebasan akademik dan kebebasan suara pelajar. Bagi yang tidak faham apa itu ajaran syiah sesat yang sebenarnya, mudah tertipu dan ditipu.

Tidak ada iman bagi yang tidak bertaqiyyah. Inilah rukun iman orang-orang syiah. Lebih kurang 90% taqiyyah dengan menipu orang-orang sunni. Khalid boleh menipu orang-orang yang tidak belajar kitab-kitab syiah dan tidak boleh menipu kami yang arif pasal ajaran syiah yang sesat lagi kafir. Di sini, kami tidak perlu jelaskan apa itu syiah dan ajaran pembohongannya. Anda boleh semak penjelasan dalam blog bahaya syiah.

Khalid sudah mula menggunakan pentas parti politik dengan alasan berjuang untuk meruntuhkan kerajaan zalim BN/UMNO, supaya rakyat percaya bahawa beliau adalah pejuang tulin. Sebenarnya, khalid dan rakan-rakan syiahnya tetap membenci orang sunni yang mereka panggil dengan nama Nasibi @ Nawasib (najis tidak boleh disucikan dan kafir).





Untuk mencari pengaruh dan cuba mempengaruhi orang-orang sunni yang jahil terhadap syiah, maka mereka akan gunakan bermacam-bermacam pendekatan dan strategi menarik minat ASWJ ke ajaran syiah yang sesat. Mereka sanagguap berpura-pura dan sanggup berada dibarisan hadapan supaya masyarakat nampak bahawa orang syiah sahaja yang berani dan menjuarai pejuangan rakyat.

Sama juga Iran yang tunjuk garang dan seolah-olahnya benci terhadap Amerika dan Israil sedangkan Amerika dan Yahudi bebas bergerak di Iran. Inilah yang dikatakan orang munafiq sepertimana Abdullah bin Saba yang merupakan pelupur gerakan syiah sesat semenjak zaman Saiyidina Ali r.a.. Sifat mereka yang munafiq ini boleh dirujuk dalam al-Quran, ayat 8-20 dalam surah al-Baqarah.




Gerakan pelajar, NGO dan parti politik kena hati-hati dengan gerakan kumpulan si khalid yang sesat lagi menyesatkan ini. Jangan bagi dia peluang masuk mana-mana organisasi, jika anda mahu selamat. Jika tuan-tuan masih degil dan percaya dengan Khalid ini, silakan ... selepas ini jangan sesal apabila si munafiq ini buat kacau dan merosakkan organisasi di negara ini.

Adakah pihak berkuasa mengikuti gerak-gerinya yang banyak bertaqiyah. Jangan negara kita ini jadi macam di Iraq dan kini di Syria. Perdana Menteri Syria dengan sokongan Iran dengan membunuh sekian ramai orang-orang suni di sana, kerana bagi mereka halal darah orang suni untuk dibunuh apabila ada peluang. Harus diingat dan difahami, syiah bukan mazhab dan bukan ajaran Islam.

Wednesday, 19 December 2012

KIAMAT PASTI JUMAAT, TARIKHNYA ADALAH RAHSIA ALLAH



“Umat Islam tak boleh percaya ramalan, tapi perlu ganda amalan,”

Kuala Lumpur: Umat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh atau mempercayai ramalan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata sebagai umat Islam mereka perlu yakin kiamat pasti berlaku pada Jumaat, namun bila tarikhnya itu adalah rahsia Allah.

Katanya, hanya Allah SWT saja yang mengetahui bila tibanya hari itu seperti dijanjikan-Nya.

Namun, beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mempersiapkan diri menghadapi kiamat ataupun hari pembalasan, tetapi tidak perlu meramalkan bila ia akan berlaku.

Tanda kiamat sudah dinyatakan buat persiapan

“Tanda-tanda kiamat yang besar dan kecil sudah dinyatakan sebagai persiapan untuk manusia menghadapinya. Kiamat ada dua iaitu kiamat kecil dan kiamat besar, kiamat kecil yakni kematian. Setiap manusia akan menghadapinya.

“Mengapa kita sibuk meramal tarikh kiamat, sepatutnya kita perlu sibuk untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kiamat kerana ia bakal terjadi.
“Ia adalah perkara ghaib yang mana hanya Allah SWT saja mengetahuinya. Bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda, kalau dengar langit hendak runtuh (kiamat) tetapi di tangan masih ada benih (tanaman), maka tanamlah benih itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Beliau mengulas polemik mengenai hari kiamat, yang mengikut Kalendar Mesoamerican Mayan pusingan bumi selama 5,125 tahun akan tamat pada 21 Disember ini.

Ekoran ramalan itu, segelintir masyarakat di negara ini termasuk umat Islam dikatakan membuat persiapan bagi menghadapi hari terakhir itu termasuk membeli dan menyimpan keperluan makanan.

Mohamad Shukri berkata, jika umat Islam mempercayai ramalan kiamat, bermakna mereka mencampuri urusan Allah SWT.

“Usahlah kita meramalkan bila kiamat akan berlaku sebaliknya menggandakan lagi amal ibadat bagi menghadapi kiamat,” katanya. Sumber

Tuesday, 11 September 2012

KAIN RENTANG PUNYA PASAL SI PENGANUT PAS UGUT PULAU SOLAT JUMAAT ???


KUALA KRAI - Tindakan segelintir penduduk ‘mengugut’ untuk memulaukan solat Jumaat di Masjid Mukim Bedal, dekat sini, hanya kerana sekeping kain rentang projek pembangunan masjid itu disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak mengenang budi pemberi sumbangan.

Difahamkan, ugutan disuarakan kepada Imam Tua masjid itu, Mohd Din Ismail sebelum dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Bedal, Badaruddin Taharim.

Susulan itu, kain rentang tertera ‘Alhamdulillah, Satu Projek Amal Jariah Menaiktaraf Masjid Hasil Usaha Penyelaras Dun (Dewan Undangan Negeri) Mengkebang, Azizzuddin Hussein’ yang sebelum ini dipasang di pagar masjid itu, dipindahkan ke seberang jalan.

Seorang penduduk tidak bersetuju dengan tindakan itu berkata, dia yakin majoriti penduduk sependapat dengannya kerana ugutan tersebut menggambarkan seolah-olah mereka tidak pandai berterima kasih kepada penderma.

“Sebelum ini, penduduk mengadu masalah ruang solat masjid ini tidak cukup untuk solat Jumaat dan solat sunat hari raya tetapi bila ada pihak sudi bantu hulur sumbangan, begini pula balasannya.

“Saya percaya, ugutan ini timbul sebab ada pihak kurang senang dengan projek ini dan kemungkinan besar ada kaitan dengan unsur politik kerana dilaksanakan pemimpin Umno (Azizzuddin),” katanya yang enggan dikenali kepada Sinar Harian.

Kain rentang itu mula dipasang sebaik sahaja kerja menyiapkan tapak projek melebarkan masjid berkenaan dimulakan pada 28 Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa sebulan.

Azizzuddin meluluskan peruntukan bagi melebar ruang solat dan bina tempat wuduk baru selepas dimaklumkan Mohd Din mengenai masalah ruang solat masjid itu tidak cukup bagi menampung jemaah pada Jumaat dan hari raya.

Penduduk itu berkata, dia tidak faham kenapa ugutan itu timbul sedangkan kain rentang berkenaan langsung tidak mengganggu jemaah beribadah kerana terletak berhampiran pintu pagar masjid.

“Ugutan ini tidak timbul jika penduduk terbabit ada sikap berterima kasih dan mengenang jasa baik pihak yang ingin bantu selesaikan masalah jemaah masjid ini.

“Islam pun ajar kita supaya sentiasa bersyukur dan berterima kasih tetapi apa pertimbangan penduduk terbabit bila sanggup ugut nak pulau solat Jumaat hanya kerana kain rentang papar gambar penderma di pagar masjid,” katanya. - SH


PT

Allah lebih mengetahuai siapa yang benar siapa yang pendusta..siapa kita nak tahu keikhlasan, kebenaran dan kesabaran sesorang tu... seperti kata imam tu, kerja kita hanya lah beterima kasih dan bersyukur...susah ke nak beterima kasih.Pemberian tu ikhlas ke tidak.......yang penting ADA niat nak membantu...

Sesungguhnya ada masa kita kena war2 pemberian supaya ada orang lain turut sama membantu. kenapa nak pulaukn solat Jumaat sadangkn ia Fardhu Ain yang wajib ditunaikn? adakah agenda politik lebih besar penting dari hukum Islam? Adaakh orang2 tersebut nak turut sama berdosa dengan mudahnya seamta2 kerana parti politik yang berlainan sedangkan hakikatnya sama2 beragama Islam???

Friday, 4 May 2012

RENUNGAN DI PAGI JUMAAT - Kedasyatan Saat-saat Kematian Iblis



Abu Laits Assamarqandi meriwatkan dengan sanadnya dari Ahnaf bin Qays berkata;
Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Sayyidina Omar bin Al-Akhattab. Tiba-tiba saya bertemu dengan majlis orang-orang sedang mengerumuni Ka'bul Ahbaar yang sedang bercerita:

Ketika Adam Alahissalam akan mati, ia berkata;

"Ya Rabbi, musuhmu pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi tempoh hingga Qiamat."

Allah menjawab;

"Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedangkan si Mal'uun ditunda hingga hari Qiamat supaya merasakan sakit maut sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir."

Maka Adam bertanya kepada Malikulmaut:

"Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut".

Maka sesudah diterangkan, maka berkata Adam;

"Tuhanku...cukup, cukup".

Maka bergemuruhlah suara para hadirin berkata;

"Hai Abu Ishaq, ceritakan kepada kami, bagaimana ia merasa maut".

Pada mulanya Ka'bul ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata:

Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang-orang sibuk di pasr bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengar suara yang sangat keras, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya. Maka tidak sadar kecuali sesudah tiga hari, sedangkan sisanya yang tidak pengsan, bingung bagaikan kambing ketakutan melihat binatang buas. Ketika orang-orang dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan halilintar yang sangat keras. Maka tiada seorang pun melainkan mati kerananya. Maka binasalah dunia dan tidak ada yang tinggal di bumi ini seseorang manusia atau jin atau syaitan atau binatang.

Maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah itu kepada iblis, kemudian Allah Taala berfirman kepada Malakulmaut:

"Aku telah menjadikan untukmu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir, dan aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan penduduk bumi, dan kini aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marahKu kepada si mal'uun yang terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanya kepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang-orang yang dahulu hingga terakhir dari Jin dan Manusia, berlipat-lipat ganda.

Dan hendaklah kamu membawa 70,000 malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan. dan tiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari Neraka Ladha dan cabutlah dengan 70,000 cungkil (bantolan) dari Neraka Ladha dan beritakan kepadsa Malaikat Malik supaya membuka pinu-pintu neraka".

Maka turunlah Malakulmaut dalam keadaan yang sangat mengerikan, sehinggakan andaikan penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk itu, nescaya akan cair semuanya kerana sangat ngerinya.

Maka apabila sampai kepada iblis dan dibentaknya sekali saja langsung ia(iblis) pengsan dan mendengkur dan andaikan dengkur itu didengar oleh penduduk timur hingga ke barat , nescaya pengsanlah mereka.

Lalu Malakulmaut membentak iblis:

"Berhentilah wahai penjahat. Kini aku merasakan kepadamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah kamu sesatkan dalam beberapa abad yang kamu hidup. Dan hari inilah hari yang telah ditentukan oleh Tuhan bagimu. Maka kemanakah kamu akan lari?".

Maka larilah iblis itu ke hujung timur tiba-tiba Malakulmaut telah ada di depannya, lalu ia menyelam ke dalam laut. Maka berlari ia keliling bumi, tetapi tidak ada tempat untuk berlindung baginya.

Kemudian ia berdiri di tengah kubur Nabi Adam Alaihissalam sambil berkata;

"Keranamu aku telah menjadi Mal'uun. Duhai sekiranya aku tidak dijadikan".

Lalu ia tanya kepada Malakulmaut;

"Minuman apakah yang akan akan kau berikan kepadaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku?"

Jawab Malikulmaut;

"Dengan minuman dari neraka ladha dan serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat-lipat ganda".

Maka berguling-gulinglah iblis di tanah sambil menjerit(berteriak) sekeras-kerasnya, kemudian lari-lari dari barat ke timur dan berbalik. Maka sampai ke tempat yang ia pertama diturunkan, sudah dihalang oleh Malaikat Zabaniyah dengan bantolannya, sedang bumi ini bagaikan bara api, sedangkan ia(iblis) dikerumuni oleh Malaikat Zabaniyah yang menikamnya dengan bantolan dari neraka itu sehinggakan merasakan nazak (sakaratulmaut) akan mati itu.

Kemudian dipanggil Adam dan Hawa untuk melihat keadaan iblis. Maka bangkitlah keduanya untuk meilhat itu. Dan sesudah melihat itu, keduanya berdoa;

"Ya Tuhan kami, sungguh Engkau telah menyempurnakan nikmatMu pada kami".

Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi?" [Shad :75] 

Sumber : myEmail

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive