Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

Tuesday, 12 November 2013

Inikah Syiah Yang Terbabit Pembunuhan Ketua Penguatkuasa JAIP???

Ramai yang terkejut dengan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),Ahmad Raffli Abdul Malik yang dilaporkan maut ditembak oleh seorang lelaki kelmarin.Kejadian berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Paling memeranjatkan ialah,ada yang mengatakan pembunuhan Allahyarham Ahmad Raffli sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan penguatkuasa JAIP yang sebelum ini dilihat begitu aktif cuba membanteras perkembangan ajaran sesat Syiah di negeri itu.

Menurut sumber polis,tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut dan dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.Suspek juga dipercayai memakai pakaian jubah berwarna hitam dan berkopiah. 

Analisa awal mengatakan berdasarkan warna pakaian yang digunakan,ada asas untuk mengaitkan pembunuhan tersebut dengan ajaran sesat Syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini.

Malah usaha proaktif yang dijalankan mangsa terhadap ajaran sesat Syiah,juga dikatakan sebagai punca utama menyebabkan kemarahan pengikut fahaman tersebut yang akhirnya menyebabkan mereka cuba mengambil pendekatan mudah dengan membunuhnya.

Ini kerana pengikut ajaran sesat Syiah dikatakan amat menyukai warna hitam berbanding warna-warna lain,kerana ramai di kalangan ulama besar ajaran sesat itu sering menjadikan warna hitam sebagai warna rasmi mereka.Malah terdapat beberapa kes,di mana pengikut ajaran sesat itu yang meninggal dunia dikatakan turut dikapankan dengan kain yang berwarna hitam yang dibeli dari Iran.

Seterusnya ketika PRK Sungai Limau baru-baru ini,banyak kelihatan bendera Pas yang dikontraskan dengan latar belakang berwarna hitam.Sedangkan kebiasaannya Pas hanya menggunakan warna hijau-putih sebagai bendera rasmi mereka.Bagi mendapatkan kepastian beberapa orang penduduk tempatan yang ditemui mengatakan bendera yang berwarna hitam-putih itu telah dipasang oleh penyokong Pas yang berfahaman Syiah.

Paling menarik,Harakahdaily yang merupakan media rasmi Pas ketika melaporkan pembunuhan ini turut menyatakan Allahyarham Ahmad Raffli dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang.

Seolah-olah bersetuju dengan andaian ia mungkin berpunca dari pengikut Syiah.Tidak cukup dengan itu, ruangan komen yang dikirim pembaca di dalam portal tersebut turut merasakan Syiah mungkin dalang di sebalik pembunuhan ini.JAIP sebelum ini dilaporkan telah menahan seorang imam 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran sesat Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur,Muadzam Shah.

Hasil maklumat awam,serbuan yang dijalankan berjaya merampas beberapa buah buku berkaitan Syiah selain tasbih daripada tanah Karbala,sebungkus tanah Karbala,tiga biji batu turba dan sehelai kain kapan yang digunakan penganut ajaran itu.Di dalam serbuan tersebut,JAIP turut menangkap seorang peneroka yang berasal dari Kelantan di Felda Selancar 1 kerana dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun dan menjadi imam di masjid ladang di situ lebih 20 tahun lalu.

Kesemua alatan dan barangan berkaitan Syiah itu diperoleh oleh imam berkenaan ketika mengikuti lawatan ke Iran empat tahun lalu.Sebelum menyertai Syiah,lelaki tersebut dipercayai telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan Syiah di beberapa buah lokasi antaranya di Gombak, Selangor dan Segamat,Johor.

Kerajaan negeri Pahang pada 12 September yang lalu telah mewartakan pengharaman ajaran sesat Syiah di negeri itu.Selain Syiah,Allahyarham Raffli turut dikatakan sedang mengendalikan sekurang-kurangnya 2 kes besar yang melibatkan kes TUHAN HARUN dan OPERASI KELAB MALAM.Pada 12 Mei lalu,beliau telah membuat sidang akhbar berhubung pemburuan seorang ketua ajaran sesat, HARUN MAT SAAD dan para pengikutnya setelah mereka gagal tampil di mahkamah untuk dibicarakan. 

Harun sebelum ini didakwa kerana menyebar ajaran sesat dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan Harun atau Tuhan 2013.Kesimpulannya,sama ada Syiah benar-benar terlibat atau tidak dalam pembunuhan ini,biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap mereka yang bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan.

Tuesday, 29 October 2013

#PRKSgLimau - Syiah Kembali Bantu Pas Berkempen???

Petang semalam, banner yang memaparkan sokongan Syiah kepada calon PAS, Azam Samad masih ada lagi di simpang masuk ke Kampung Sungai Kering. Banner tersebut jelas memaparkan ciri-ciri Syiah yang amat ketara terutama pada seruan kepada Ali yang dianggap oleh Syiah sebagai TAJALLI ALLAH TAALA yang kemudian dilunakkan agar dapat diterima oleh umat Islam sebagai WALI ALLAH.


Malam tadi, ketika tinjauan dibuat di sekitar Sungai Limau, banner Syiah di Sungai Kering sudah tiada. Sayangnya, gambar yang dirakamkan tidak begitu sesuai untuk disiarkan kerana terlalu gelap.

Nampaknya, PAS sudah semakin gementar. Rahsia sudah terdedah. Tembelang dah pecah. PAS tidak sahaja dikaitkan dengan Syiah bahkan calon PAS sendiri pun, mempunyai masalah yang cukup besar berdasarkan latar belakang dan kerja-kerja jahatnya terhadap Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika bekas Pesuruhjaya PAS dan Menteri Besar Kedah itu masih hidup.

Apakah PAS fikir, dengan menurunkan, mencantas atau merosakkan banner yang dipercayai dibuat oleh penyokong-penyokong Syiah Kedah itu, mereka akan dapat menghilangkan atau menyembunyikan perkara sebenar?

Selama ini pun, PAS kerap membuat penafian berhubung pembabitan parti tersebut dengan Syiah tetapi dari sehari ke sehari, bukti-bukti yang dipaparkan semakin jelas dan sangat meyakinkan.

PRK DUN Sungai Limau sudah pun membuktikan kebenaran berkenaan.

PT
PAS dan SYIAH kan ke adik beradik, kalau tak masakan waktu proses pengundian Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang lalu 9 ADUN PAS mengundi menentang rang undang-undang tersebut. Tanpa SYIAH, PAS tak perolehi undi yang banyak pun, malah tersungkur jatuh teruk menyembah bumi terus. Tu sebab terpaksa naikkan Timb. Presiden yang terang-terangan menyokong SYIAH untuk tagih undi demi kuasa.


Syiah ni dah lama bertapak di Kedah ,Mat Sabun memang Syiah pun tapi Pas kata syaitan pun demo terima janji sokong Pas, inikan pulak Syiah no hal punya, kalau kerajaan langit ayah pin sokong Pas, silap-silap demo kata perjuangan ayah pin halal.....Kalau umno menang di Sungai Limau ,bererti kepercayaan rakyat disana sudah terhakis..tambah-tambah lagi DAP masih akrab dengan PAS, walaupun demo tu terang-terang menentang penubuhan negara Islam kalau dapat Putrajaya....

Tuesday, 18 June 2013

Bongkar!!! Pelancaran Markas Syiah Melayu Di Klang Selangor


Sejarah telah membuktikan di mana ada syiah maka di situ akan muncul masalah. Kini terjadi di syria, bahrain, pakistan dan di merata tempat. Masalah juga akan tetap berlaku di malaysia dengan kehadiran syiah. Jurang pemisah antara sunni dan syiah kini akan lebih membesar dan yang pasti hanya satu yang benar. Keyakinan kita hanya kepada ahli sunnah waljamaah yang benar. Ya Allah jauhkan malaysia dari puak-puak syiah!

Sepatutnya Jabatan Agama Islam kena hentikan benda ni.ajaran sesat ni.tapi nak buat macam mana. Tak ada akta, selagi tak mengganggu ketenteraman awam, dibenarkan. Kecewa dengan pihak berwajib samada jabatan kemajuan islam, jabatan agama,pihak polis etc yang langsung tidak pro aktif dalam menangani ajaran sesat dari berleluasa dalam negara. 
Video Pendedahan Pelancaran Markas Syiah Melayu di Klang,Selangor - 2013 Video ini di telah diupload didalaman youtube oleh seorang pengikut SYIAH MELAYU dan pada tarikh 12 JUN 2013. 

Perhatikan :
1. Cara Syiah Melayu - Iqamat (minit 1:33)

Friday, 7 June 2013

Sesat !!! Kholid Ismath Dakwa Kahtib Baca Teks Merapu Semasa Khutbah!!!


Bukan bertujuan mahu mengaibkan beliau. Tetapi sekadar menghebahkan kepada golongan yang berpegang teguh kepada Aqidah 'Ahlus Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ) yang cintakan Nabi SAW dan mendokong para Khulafa' al-Rasyidin seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khatab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, agar berwaspada dengan si Khalid Ismath Syiah ni.



Lihat sendiri apa yang telah budak syiah ni di dalam tweet beliau beberapa jam sebelum seluruh umat Islam mengerjakan solat Jumaat di neagara ini tengahari tadi.




Siapa Khalid Ismath sebenarnya??


Khalid Mohd Ismath dari pemuda Parti Sosialis ini sangat bahaya. Beliau bekas pelajar UiTM Merbok dalam jurusan diploma undang-undang pada tahun 2010. . Beliau terlibat secara aktif sebagai pengikut syiah tegar semasa beliau belajar di peringakat sekolah menengah. Khalid sangat licik bergerak masuk dalam pergerakan pelajar.


Beliau cuba mencari pengaruh untuk mendapat sokongan ramai khususnya pelajar IPT. Kita sedia maklum, ajaran syiah sesat "Imamiah Ithna Asyariyyah" adalah suatu ajaran sesat lagi kafir yang terkeluar dari ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Bagi mereka menipu kepada ASWJ adalah halal dan mendapat pahala. Khalid berpura-pura menjadi pejuang kebebasan akademik dan kebebasan suara pelajar. Bagi yang tidak faham apa itu ajaran syiah sesat yang sebenarnya, mudah tertipu dan ditipu.

Tidak ada iman bagi yang tidak bertaqiyyah. Inilah rukun iman orang-orang syiah. Lebih kurang 90% taqiyyah dengan menipu orang-orang sunni. Khalid boleh menipu orang-orang yang tidak belajar kitab-kitab syiah dan tidak boleh menipu kami yang arif pasal ajaran syiah yang sesat lagi kafir. Di sini, kami tidak perlu jelaskan apa itu syiah dan ajaran pembohongannya. Anda boleh semak penjelasan dalam blog bahaya syiah.

Khalid sudah mula menggunakan pentas parti politik dengan alasan berjuang untuk meruntuhkan kerajaan zalim BN/UMNO, supaya rakyat percaya bahawa beliau adalah pejuang tulin. Sebenarnya, khalid dan rakan-rakan syiahnya tetap membenci orang sunni yang mereka panggil dengan nama Nasibi @ Nawasib (najis tidak boleh disucikan dan kafir).





Untuk mencari pengaruh dan cuba mempengaruhi orang-orang sunni yang jahil terhadap syiah, maka mereka akan gunakan bermacam-bermacam pendekatan dan strategi menarik minat ASWJ ke ajaran syiah yang sesat. Mereka sanagguap berpura-pura dan sanggup berada dibarisan hadapan supaya masyarakat nampak bahawa orang syiah sahaja yang berani dan menjuarai pejuangan rakyat.

Sama juga Iran yang tunjuk garang dan seolah-olahnya benci terhadap Amerika dan Israil sedangkan Amerika dan Yahudi bebas bergerak di Iran. Inilah yang dikatakan orang munafiq sepertimana Abdullah bin Saba yang merupakan pelupur gerakan syiah sesat semenjak zaman Saiyidina Ali r.a.. Sifat mereka yang munafiq ini boleh dirujuk dalam al-Quran, ayat 8-20 dalam surah al-Baqarah.




Gerakan pelajar, NGO dan parti politik kena hati-hati dengan gerakan kumpulan si khalid yang sesat lagi menyesatkan ini. Jangan bagi dia peluang masuk mana-mana organisasi, jika anda mahu selamat. Jika tuan-tuan masih degil dan percaya dengan Khalid ini, silakan ... selepas ini jangan sesal apabila si munafiq ini buat kacau dan merosakkan organisasi di negara ini.

Adakah pihak berkuasa mengikuti gerak-gerinya yang banyak bertaqiyah. Jangan negara kita ini jadi macam di Iraq dan kini di Syria. Perdana Menteri Syria dengan sokongan Iran dengan membunuh sekian ramai orang-orang suni di sana, kerana bagi mereka halal darah orang suni untuk dibunuh apabila ada peluang. Harus diingat dan difahami, syiah bukan mazhab dan bukan ajaran Islam.

Sunday, 10 February 2013

[VIDEO] MAT SABU AGUNGKAN KARPAL DAN DAP ???



Video yang memaparkan Mat Sabu di majlis makan malam Dap dan mengagung-agungkan Dap. Mat Sabu menyatakan beliau tidak mahu orang lain selain dari Dap menjadi rakan Pas. Inikah seorang manusia yang terang-terang menyokong perjuangan Dap untuk menjadi Presiden Pas satu masa nanti?

Ternyata penyokong Pas masih sayang dan mahu presiden mereka dari penyokong Syiah yang sesat. Antara keburukan Syiah adalah melaga-lagakan Ahli Sunnah sesama sendiri, sama seperti apa yg dilakukan oleh Yahudi. Ramai pengikut PAS & UMNO telah termakan dakyah ini iaitu mereka saling benci membenci antara satu sama lain. 

Friday, 7 September 2012

VIDEO !!! DR MAZA DEDAH KESESATAN SYIAH



Seorang Syiah bernama Al Ghafiqi telah membunuh Khalifah Syaidina Uthman r.a. dan memotong jari isterinya Na'ilah dihadapan mata Hassan dan Hussein r.a. dan ratusan sahabat. Al Ghafiqi sepatutnya diadili menurut Al Quran kerana membunuh Syaidina Uthman r.a. namun Al Ghafiqi sipembunuh ini telah dilindungi oleh kumpulan Syiah yang melantik Ali sebagai Khalifah. Ali tidak mampu menghukum Al Ghafiqi yang di lindungi Syiah. Akibatnya Ali disyaki bersubahat membunuh diperangi oleh Muawiyah r.a.

FOTO !!! PERAYAAN SYIAH IRAN YANG PALING KELAKAR DAN BANGANG










Upacara sempena sambutan ulangtahun Revolusi Iran 1979. Beginilah cara mereka menyambut 'kepulangan' tokoh Revolusi Syiah dan wakil Imam Mahdi Syiah (Messiah Dajjal) - Khomeini dari Perancis untuk mengasaskan kerajaan wilayah al-faqih di Iran pada tahun 1979. 'Kepulangan' Naib Imam (penghubung penganut Syiah dengan Messiah Dajjal mereka) ini disambut dengan 'penuh penghormatan' dan lakonan yang menggelikan hati..

Khomeini digelar sebagai 'The Man of The Year' oleh majalah terkenal milik Yahudi - Times setelah berjaya menggulingkan Shah Iran yang sebenarnya waktu itu kehilangan seluruh sokongan rakyat. 


Kejatuhan Shah Iran direncana bersama oleh pihak Barat (Amerika dan Britain) dengan pihak Revolusi Khomeini - bekas presiden Bani Sadr di tempat persembunyian Khomeini di Perancis. Revolusi ini mendapat liputan dan publisiti yang meluas media-media utama dunia khususnya media Barat milik Yahudi termasuk BBC.

Barat bertanggungjawab mempopularkan revolusi ini bagi menutup kerjasama rahsia mereka bersama kelompok Revolusioner di Iran yang dilakukan menerusi General Huyser, pegawai CIA Amerika di Iran. Ini kerana Shah Jehan telah melakukan dosa terhadap Amerika. Antaranya, Shah Jehan melanggar pantang larang Amerika dengan bertindak menjalinkan hubungan dengan Russia, musuh utama Amerika di Asia Tengah. 

Bagi menutup kerjasama ini juga Khomeini telah membunuh sekelian ramai pegawai tentera Shah Jehan yang telah belot dan memihak kepada kelompok Revolusioner pimpinan Khomeini selepas Revolusi Iran berjaya. Setelah berjaya mengasaskan kerajaannya, Khomeini telah ditentang oleh sebahagian tokoh besar agama Syiah yang melabelkan beliau sebagai diktator dan kejam. 

Khomeini dituduh mengasaskan sebuah sistem yang telah meletakkan beliau sebagai penguasa mutlak di Iran dan menyekat orang lain berkuasa. Kerajaan Revolusi Iran era Khomeini juga telah terlibat dalam skandal Iran-Contra yang mendedahkan pihak Amerika telah menghantar senjata ke Iran menerusi Israel semasa perang Iran-Iraq 1980-1988 dahulu. Skandal berkenaan tidak pernah luput dalam sejarah dunia moden kerana mendedahkan tembelang sebenar Iran adalah kawan rapat Israel dan bukannya musuh kepada Israel.

Sumber

VIDEO !!! RITUAL SESAT SYIAH MENGELILINGI KA''ABAH PALSU DI IRAN



Syiah harus ditolak 100% kerana banyak perkara yang bertentangan dengan Islam dan perjuangan Nabi Muhammad SAW. Syiah adalah puak yang menafikan Para Sahabat Nabi.Sepatutnya puji-pujian untuk Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, ni pada Ali. Ali bukan Tuhan dan Ali bukan orang yang sebar kan Islam agama yang indah. Ali jugak bukan sesiapa pun yang akan bantu mereka di akhirat nanti!!!

Tuesday, 28 August 2012

SYIAH PENYEBAB KEJAYAAN PAS ???



PT terpanggil  dengan  komen2 yang mengaitkan PAS dengan perjuangan Syiah.  Katanya, ia ada kaitan dengan beberapa siri pertemuan antara ulama PAS dan ulama Syiah yang semakin kerap kebelakangan ini.
Walaupun tidak secara terang, tapi fahaman Syiah adalah fahaman yang sememangnya ditolak dalam Islam malah diakui sebahagian besar ulama sebagai menghampiri sesat.  Hanya syahadah itu sahaja yang mengelakkan puak Syiah ini dari menjadi betul-betul sesat.
Rasanya tidak perlu dijelaskan kenapa fahaman Syiah ini ditolak, semua orang tahu.  Cuma kalau nak ditambah, begitu banyak konflik di kalangan dunia Arab yang berlaku hari ini terutama di Syria sebenarnya adalah membabitkan pertelingkahan antara penganut faham Sunni dengan puak Syiah.
Justeru, apabila PAS dikatakan mendokong fahaman ini secara senyap dan berjaya meletakkan salah seorang pelopor Syiah di kedudukkan yang agak tinggi di dalam parti tersebut, maka sudah ramai pihak yang mula merasa sangsi dengan arah tujuan parti tersebut yang sebenarnya.
Sila klik Selanjutnya Di suarapakatanrakyat.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive