Showing posts with label Nabi Muhammad SAW. Show all posts
Showing posts with label Nabi Muhammad SAW. Show all posts

Friday, 5 October 2012

FOTO !!! LAGI PERANGAI SIAL KAFIR LAKNATULLAH HINA ISLAM !!!


Para penghina Islam ini sengaja membuat provokasi, mungkin mereka tahu umat Islam tidak akan berbuat apa-apa. Mereka tahu negara Islam tidak pernah bersatu, dan banyak berkiblat kepada kuasa besar dunia.

Pendek kata sudah macam-macam penghinaan terhadap agama Islam dilakukan, bukan secara tersembunyi, sebaliknya terang-terangan.



Para penghina Islam ini sengaja membuat provokasi, mungkin mereka tahu umat Islam tidak akan berbuat apa-apa. Mereka tahu negara Islam tidak pernah bersatu, dan banyak berkiblat kepada kuasa besar dunia.


Mereka tahu sesama negara Islam – termasuk sesama Islam di Malaysia! – sering bercakaran, malah sering serang-menyerang dalam peperangan. Mereka tahu banyak negara Islam yang miskin dengan rakyat hidup melarat. Sebab itu orang kafir berani kurang ajar dan membuat provokasi berterusan.

Selagi Islam tidak bersatu, penghinaan terhadap agama itu akan berterusan. Apakah kita masih tidak insaf?

Thursday, 20 September 2012

MAJALAH PERANCIS PUN TUMPANG SEKAKI HINA NABI MUHAMMAD S.A.W ???

Sementara protes filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.



Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.

Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogelnya.

Editor majalah itu berkata pihaknya “akan mengejutkan” mereka yang mahu dikejutkan.
Majalah Perancis Siar Gambar Hina Nabi, Umat Islam Bertambah MarahMuka Hadapan Majalah Tersebut
Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti – Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara – negara Islam.

Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut.

“Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?” katanya.

“Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya,” katanya.

Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru umat empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang.

“Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam,” kata beliau.

“Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak,” katanya.

Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang.

Sumber

Saturday, 15 September 2012

Video Hina Nabi dan Islam, Google enggan padam di you tube !!!


Laman web Google, enggan memadam video hina nabi dan Islam di youtube walaupun menerima banyak aduan dan kecaman.


SAN FRANCISCO – Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam kenyataannya, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. – Reuters

Friday, 7 September 2012

VIDEO !!! RITUAL SESAT SYIAH MENGELILINGI KA''ABAH PALSU DI IRAN



Syiah harus ditolak 100% kerana banyak perkara yang bertentangan dengan Islam dan perjuangan Nabi Muhammad SAW. Syiah adalah puak yang menafikan Para Sahabat Nabi.Sepatutnya puji-pujian untuk Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, ni pada Ali. Ali bukan Tuhan dan Ali bukan orang yang sebar kan Islam agama yang indah. Ali jugak bukan sesiapa pun yang akan bantu mereka di akhirat nanti!!!

Saturday, 18 August 2012

HINA NABI - DJ RADIO DITIKAM 15 KALI


Seorang juru hebah radio dikejarkan ke hospital setelah ditikam dengan pisau sebanyak 15 kali oleh lelaki yang tidak dikenali. Juru hebah itu bernama Sergey Aslanyan 46 itu dibawa ke hospital Moscow, Rusia, dengan luka tikaman di dada, leher, dan lengan. Menurut saksi, Aslanyan dipukul setelah sebelumnya menghina Nabi Mumammad SAW.

Menurut laporan polis, pada Isnin 28/05 yang lalu, pada waktu petang seorang lelaki tak dikenali memanggil Aslanyan keluar dari apartmennya. Ketika juru hebah radio itu keluar dari rumahnya,dia terus dipukul dengan benda keras di bahagian kepala dan ditikam di leher, dada, dan lengan.

Asnyalan menjelaskan, lelaki yang menyerangnya berteriak "kamu adalah musuh Allah" sambil melancarkan serangan.


Polis mengatakan, lelaki yang menyerangnya berusia sekitar 30 tahun dan berbadan kurus, sementara beberapa saksi lain mengatakan penyerangnya ada beberapa orang.
Menghina NabiDua minggu sebelum kejadian ini, dalam sebuah siaran radio Sergey Aslanyan telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Sergey mengatakan "Nabi Muhammad yang kita kenal adalah bukan seorang yang taat beragama. Ia adalah seorang usahawan, setelah ia mendapat kekayaan dia merancang bagaimana caranya supaya dikenali dunia".

Penyiar itu juga menuduh bahawa Nabi Muhammad "menulis semula Al-Quran", sehingga orang akan tahu bahawa Nabi Muhammad bukanlah seorang penjaga kedai di pasar, tetapi seorang tokoh politik yang luar biasa. "

Meski sudah diberitakan bahawa Sergey Aslanyan meminta maaf atas ucapannya itu, namun itu tidak mengubah pendapat masyarakat yang berakhir pada serangan ke atas dirinya.

Sumber

Tuesday, 7 August 2012

Renungan !!! Nabi Isa akan diturunkan kembali ke bumi....



Nabi Isa as. sehingga kini masih hidup dan hanya Allah SWT saja tahu dimana Nabi Isa ditempatkan. Dari keterangan hadis Nabi Muhammad saw. diceritakan bahawa menjelang hari kiamat / akhir zaman, Nabi Isa akan di turunkan oleh Allah SWT dari langit ke bumi (The Second Coming dalam versi Kristian).

Peristiwa itu tergambar dari hadis berikut :

“Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit), apabila kamu telah melihatnya,maka ketahuilah;bahwa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang,berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah,kepalanya seakan-akan meneteskan air walaupun ia tidak basah”. (HR Abu Dawud)

“Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat,sehingga turunlah Isa Ibn Maryam ,maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi) : “ Kemarilah dan imamilah shalat kami”. Ia menjawab;”Tidak, sesungguhnya sebagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)”. (HR Muslim & Ahmad)

“Tiba-tiba Isa sudah berada diantara mereka dan berkumandangkanlah solat,maka dikatakan kepadanya, majulah kamu (menjadi imam solat) wahai roh Allah.” Ia menjawab:”Hendaklah yang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah dia yang mengimami solat kamu”. (HR Muslim & Ahmad)

Hal pertama yang dilakukan Nabi Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis-hadis di atas. Nabi Isa akan menjadi makmum dalam solat yang diimamkan oleh Imam Mahdi.

Adapun lokasi turunnya Nabi Isa dijelaskan oleh Rasulullah saw. dalam sebuah hadist berikut :

“Isa ibn Maryam akan turun di ‘Menara Putih’(Al Mannaratul Baidha’) di Timur Damsyik”. (HR Thabrani dari Aus bin Aus)

Kedatangan Nabi Isa akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan & peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia, setelah itu kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum muslimin, kemudian kemunculan dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahdi , setelah dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari , maka Nabi Isa akan diturunkan dari langit untuk menumpaskan dajjal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive