Showing posts with label exco pemuda. Show all posts
Showing posts with label exco pemuda. Show all posts

Friday, 11 October 2013

[FOTO] Semakin Panas!!! Kenapa Kami Perlu Sokong @MukhrizFuad ??? #Mukhriz4Exco #PemilihanUMNO @NajibRazak @Khairykj

Apapun sebelum kita menilai seseorang kita harus mengenali individu tersebut dari pelbagai segi dan adakah individu tersebut benar-benar layak untuk duduk seiring dengan para pemimpin lain yang seangkatan dengannya. Jadilah seorang perwakilan yang bijak dan pemilihan ini untuk menzahirkan barisan pemimpin muda untuk menyahut cabaran yang akan datang. 



Berikut merupakan antara gambar-gambar "panas" yang kami terima:

1) Tahun 2009: Pemuda dari Pekan yang dikenali sebagai Mukhriz Fuad ini dikesan bekerja keras berkempen untuk BN di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.





2) Sekitar Tahun 2011: Mukhriz Fuad dikesan aktif menyusun dan melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di seluruh Parlimen Pekan yang melibatkan golongan belia, selain menjayakan Sambutan Hari Belia dan Karnival Youthnity 2011.







3) Tahun 2012: Mukhriz Fuad dikesan terlibat dalam demonstrasi jalanan bagi membantah filem yang menghina Islam, The Innocence of Muslim yang didalangi NGO 'rasis' seperti PERKASA dan JATI. Beliau juga dikurniakan gelaran DATO' pada usia 33 tahun sekitar penghujung tahun ini.







4) Tahun 2013: Dikesan bekerja keras berkempen bagi kemenangan BN di Parlimen Pekan dan Negeri Pahang.





Jelas sekali, tidak seperti apa yang disangkakan, calon EXCO Pemuda No 11 ini bukannya muncul secara 'tiba-tiba' ketika musim Pemilihan UMNO 2013 ini. Beliau tampak telah bekerja keras membina asas perjuangannya sebagai anak muda bermula dari tempat asal beliau sendiri, dan kini menawarkan khidmat baktinya di peringkat Pusat pula.

Bukankah testimoni di atas telah melayakkan beliau beyond reasonable doubt untuk diberikan peluang sebagai pemimpin pelapis kerana berupaya bekerja keras atas hasil usaha sendiri, tanpa perlu menumpang nama tokoh tertentu? - Sumber


PT
Akhir kata, diucapkan selamat mengundi dan memilih kepada seluruh perwakilan seluruh Malaysia. Kuasa memilih calon-calon berada ditangan anda semua. Pastikan pemilihan UMNO 2013 ini tidak berlalu sia-sia. Bijak memilih dan pastikan yang terbaik untuk pemilihan kali ini. Untuk semua sahabat jangan lupa dan pastikan sokongan padu untuk Dato Ahmad Mukhriz untuk salah seorang Exco Pemuda!!!!

Thursday, 10 October 2013

Pastikan Kemenangan Milik Datuk Ahmad Mukhriz #PemilihanUmno #Mukhriz4Exco @NajibRazak @Khairykj

Sikap toleransi sesama penyokong UMNO hari ini adalah rahsia kestabilan politik dalam UMNO yang diimbangi oleh golongan senior dan muda.

Beberapa nama yang disebut dan diperkenalkan didalam pemilihan yang bakal tiba menunjukkan bertapa suburnya demokrasi di Malaysia yang ditunjangi UMNO sebagai parti yang memerintah sebagai contoh dengan adanya Pemilihan Agung UMNO.


MUKHRIZ!!! Nama yang tak asing lagi buat perwakilan atau ahli UMNO bila mana disebut sahaja nama MUKHRIZ maka muka yang terlintas di ruang kotak pemikiran kita adalah Datuk Mukhriz Mahathir anak kepada mantan Perdana Menteri yang kita segani Tun M. 

Tambahan pula Datuk Mukhriz kini memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Namun, nama beliau sekali lagi menjadi "terhangat di pasaran" bila beliau menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang.

Tapi bukan Datuk Mukhriz Mahathir ini yang ingin diperkatakan tapi insan yang juga mempunyai nama yang sama dengan Datuk Mukhriz Mahathir iaitu Datuk Ahmad Mukhriz dari Bahagian Pekan.


PT tidak melihat kenapa kita perlu memilih beliau dalam barisan Panglima Pergerakkan Pemuda Umno Malaysia. Suara baru , fikiran baru , dan ketokohan yang ada pada Dato Ahmad Mukhriz yang berkelulusan Bachelor of Engineering(Hons) Electronics ini di lihat mampu membantu pemuda dalam memartabatkan Agama, bangsa dan negara kita .

Gaya pemikiran matang yang di tunjukkan pemuda ini amat menarik hati sesiapa sahaja yang mengenalinya. Mungkin kita lihat dari raut wajahnya mungkin agak sombong tetapi bila makin dekat makin kita kenal pemuda ini.

Untuk semua sahabat jangan lupa dan pastikan sokong padu untuk  Dato Ahmad Mukhriz!!!! 


Wednesday, 9 October 2013

Sudah Sampai Masanya Ahmad Mukhriz Diberi Peluang Anggotai Exco Pemuda #Mukhriz4Exco #TF4MT

Sebelum PT mengenali beliau, PT juga merasakan mungkin Dato' Ahmad Mukhriz bin Ahmad Fuad ni sombong dengan segala yang ada pada dirinya.


Maklumlah dengan pangkat dan segala kemampuan, mana mungkin anak lelaki muda yang sudah mendapat gelaran Dato ' atas segala sumbangan yang beliau berikan mahu bergaul dan berceloteh bersama sama dengan pemuda pemuda marhain.

Namun apa yang PT sangkakan itu jauh meleset sebenarnya, apabila memulakan bicara dengan pemuda dari Pekan Pahang ini ternyata beliau tidak sombong dan mahu bergaul dengan rakan rakan tidak mengira pangkat dan darjat.

Perlakuan ini telah membuatkan PT tertarik untuk menyokong beliau sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan yang akan berlangsung pada 12 Oktober nanti dan bagi Sangkakala, adalah satu kerugian jika Dato' Ahmad Mukhriz tidak diberi mandat untuk berada dalam barisan pergerakan pemuda UMNO Malaysia.

Dengan sikap ramah tamah dan tidak meninggi diri, beliau amat sesuai untuk berada di saf kepimpinan sayap UMNO tersebut.

Mungkin ada yang pernah merasakan sepertimana yang PT rasa tetapi percayalah, anggapan tersebut tidak benar sama sekali dan jika mahukan buktinya cibalah rapat dengan calon no 11 pergerakan pemuda UMNO Malaysia ini dan anda semua akan merasai kemesraan yang beliau tunjukkan terhadap rakan rakan walaupun baru sahaja mengenali beliau.

PT harap agar beliau diberi peliang untuk bersama sama membantu pergerakan pemuda UMNO Malaysia demi kebaikan seluruh ahli pemuda dan demi untuk kesinambungan survival pemuda itu sendiri. - Sumber

PT
Antara petikan kata-kata beberapa pemimpin UMNO yang mahukan golongan muda diberi peluang membarisi kepimpinan UMNO di masa hadapan...

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata golongan muda perlu diberikan peluang untuk memimpin UMNO bagi memastikan parti itu terus dapat bersaing dengan cabaran yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Mantan Perdana Menteri Tun M menegaskan jawatan yang disandang ketika ini ada penghujungnya dan jika pemimpin itu sendiri tidak berhenti bermakna UMNO tiada pemimpin baharu untuk diketengahkan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula mengingatkan agar perwakilan memilih calon yang 'berjiwa rakyat' pada pemilihan parti Oktober ini, serta menepati hasrat pucuk pimpinan yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Sunday, 6 October 2013

K-Pop RM1.6j vs Artis Malaysia RM1.60 Sen - Zed Zaidi

Presiden Seniman, Zed Zaidi dikatakan pernah mempertikaikan bayaran RM1.6 juta untuk artis K-Pop -U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet tahun lalu. Namun begitu dia berjaya disenyapkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada ketika itu kerana dimaklumkan ada penaja yang menanggung perbelanjaan mereka.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan perbelanjaan itu sebenarnya ditanggung kerajaan dengan kos RM1.6 juta ternyata mengejutkan industri seni. Zed Zaidi berkata, tindakannya itu ternyata berasas apabila sudah terang lagi bersuluh ia adalah satu pembaziran dalam program berkenaan.

“Bayangkan dengan peruntukan RM1.6 juta, KBS ketika itu boleh membayar kepada kita-kira 1 juta artis Malaysia.”

Malah peruntukan RM1,000 untuk penyanyi solo dan RM3,000 untuk berkumpulan untuk artis tempatan juga boleh dinaikkan jika mereka ada peruntukan sebanyak itu.

“Ketika saya mempertikaikan dahulu, wakil KBS beri alasan tindakan mereka bawa artis Korea adalah untuk menarik belia dari kaum Cina. Tapi pada saya, mereka sepatutnya mempertaruhkan artis Cina tempatan untuk persembahan, apatah lagi, artis Korea bukannya membawa budaya yang elok,” dipetik Sinar Harian.

“Malah, sepatutnya kerajaan sendiri mengutamakan artis Malaysia dan saya sokong tindakan KBS yang sudah memansuhkan kemasukan artis Korea dalam program belia selepas ini,” ujarnya kepada Zass.

Zed Zaidi juga berkata sepatutnya SPRM boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang didapati membelanjakan wang lebih daripada yang sepatutnya. Cantiklah Zek Zaidi dah mengutuk pembaziran tersebut, sekurang-kurangnya pengundinya melihat dia berani bersuara.

Namun sempoi sedikit la calon Exco Pemuda Umno ni, takkan artis Malaysia nak diberi RM1.60 untuk setiap persembahan. Lihat ayatnya, “dengan peruntukan RM1.6 juta, KBS ketika itu boleh membayar kepada kita-kira 1 juta artis Malaysia”. Tak apalah, mungkin dia nak sebut seribu, mungkin juga dia tengah bersemangat nak bersuara!

Sumber

Friday, 27 September 2013

#PemilihanUMNO - Ahmad Mukhriz Calon Paling Layak Untuk Exco Pemuda #Mukhriz4Exco



Kepimpinan UMNO perlu diimbangi dengan kehadiran pemimpin yang mampu berkhidmat sepenuh masa bagi memastikan keberkesanan parti itu.

Pemimpin-pemimpin yang sudah mempunyai jawatan dalam kerajaan seperti Menteri Besar dan menteri sudah tentu mempunyai kekangan masa untuk melaksanakan tugas-tugas parti kerana pada masa yang sama mereka mempunyai tugas sebagai anggota kerajaan.


Anggota Jawatankuasa Unit Pidato Pemuda Umno Pusat Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad telah bersedia bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat pada pemilihan parti Oktober ini.

Ahmad Mukhriz, 34, yang juga bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Pekan berkata beliau menawarkan diri bertanding bagi membolehkannya bergerak lebih aktif dalam pergerakan Pemuda Umno bagi membela bangsa Melayu dan agama Islam.

"Saya juga akan berusaha membawa suara orang muda ke atas agar pemimpin kita dapat dengar luahan hati mereka, sekali gus mengambil tindakan yang sewajarnya," kata anak kelahiran Pekan itu. 

Kata beliau lagi kombinasi kepimpinan lama dan baru penting bagi kesinambungan perjuangan dalam UMNO.

Beliau yang sudah lapan tahun bergelar anggota Umno berharap penglibatannya di peringkat pusat nanti sedikit sebanyak dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan tugasnya sebagai Anggota Parlimen Pekan. 


Apa-apa pun PT ucapkan selamat berjaya dan mudah-mudahan Dato' Ahmad Mukhriz Fuad diberi peluang untuk menggalas tugas dan mengisi kekosongan kerusi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Sesi Pemilihan UMNO kali ini.

Monday, 23 September 2013

Mengapa @AriffHakimi Perlu Dipilih Perwakilan Sebagai KP UMNO Pasir Puteh #AriffHakimi4Exco




Kepimpinan UMNO perlu diimbangi dengan kehadiran pemimpin yang mampu berkhidmat sepenuh masa bagi memastikan keberkesanan parti itu.

Pemimpin-pemimpin yang sudah mempunyai jawatan dalam kerajaan seperti Menteri Besar dan menteri sudah tentu mempunyai kekangan masa untuk melaksanakan tugas-tugas parti kerana pada masa yang sama mereka mempunyai tugas sebagai anggota kerajaan.

Calon Ketua Pemuda Pasir Puteh dan Exco Pemuda Malaysia UMNO, Ariff Hakimi bin Zulkifli merupakan seorang anak muda yang bergiat aktif dalam beberapa NGO pro kerajaan serta pergerakaan lain. 


Antaranya ialah:

1- Ketua Pegawai Eksekutif, Tabung Orang Muda Berbakti Kelantan (TOMBAK).

2- Naib Presiden, Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK).

3- Timbalan Presiden, Kelab Alumni Senibina Landskap UPM (KASEL).

4- Exco, Majlis Belia Negeri Kelantan.

5- Pengarah Eksekutif, Gerakan Destini Anak Bangsa.

6- Naib Presiden, Angkatan Generasi Melayu Muda (AGENDA).

7-Presiden, Kelab Sukarelawan Belia Pasir Puteh (KRISPATEH)

Katanya, apabila beliau diumumkan bertanding jawatan itu respons daripada ahli seperti ada keterujaan dan sokongan untuk calon anak muda menerajui pemuda Pasir Puteh.

Kata beliau lagi kombinasi kepimpinan lama dan baru penting bagi kesinambungan perjuangan dalam UMNO.
Ariff Hakimi bin Zulkifli 34 merupakan seorang Arkitek Landskap. Beliau berkelulusan B.L.Arch(UPM), M.B.A.(UUM) dan sekarang sedang belajar secara sambilan di UUM utk ijazah Doctor of Business Administration.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive