Showing posts with label MB Kelantan. Show all posts
Showing posts with label MB Kelantan. Show all posts

Monday, 22 September 2014

PRK#PengkalanKubor #BN4N01 - Penduduk Pengkalan Kubor Tuntut Janji Pas

Serambi Mekah konon tapi hidup rakyat terseksa. Sepatutnya peranan kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS menjaga kebajikan dan membangunkan negeri dan rakyat.

Sebaliknya, pimpinan PAS lebih banyak berpolitik berbanding menjalan tugasnya memimpin rakyat dan seterusnya membangunkan Kelantan. 

Atas sebab itu tiada yang mustahil apabila ramai rakyat Kelantan terutama penduduk Pengkalan Kubor yang meluahkan perasaan marah mereka di dalam media sosial dengan apa yang sedang berlaku.

Kalau nak diikiutkan banyak lagi janji2 manis Pas yang tidak bergerak langsung dari segi perlaksanaannya termasuklah juga beberapa ptojek mega yang telah dicanang oleh MB yang lama iaitu Nik Aziz.



P

Friday, 11 October 2013

Bajet Kerajaan Pas Kelantan 2014 Satu Penipuan Kepada Rakyat Kelantan???


Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan pembentangan Bajet 2014 oleh kerajaan Pas Kelantan semalam yang mengalami defisit sebanyak RM10.39 juta.


Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Pas Kelantan terus memasukkan hasil tuntutan royalti sebanyak RM200 juta atau 36.41 peratus daripada keseluruhan anggaran hasil negeri tahun depan, merupakan satu pembohongan kepada rakyat negeri itu.

Ibrahim secara sinis turut berpendapat, tema bajet itu wajar ditukar kepada 'kesejahteraan pemimpin Pas dan penderitaan rakyat Kelantan' mengambil kira kegagalan kerajaan Pas membangunkan ekonomi negeri, meskipun telah diberi mandat untuk tempoh 23 tahun.

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu, Kelantan yang kaya dengan hasil, tanah luas dan rakyat yang rajin, berkemampuan menjadi sebuah negeri hebat sekiranya dipimpin dengan baik oleh parti dan pemimpin yang hebat.

"Malangnya, rakyat Kelantan mudah diperbodohkan oleh imej kepemimpinan Pas, tetapi apa hasilnya? Peruntukan pembangunan begitu kecil macam mana rakyat Kelantan nak maju?

"Yang anehnya, balak ditebang dan syarikat kaut untung berjuta-juta tetapi hasil premium kepada kerajaan negeri tak seberapa. Kalau saya jadi pemimpin negeri dengan hasil macam ini malu nak keluar rumah kerana retorik berdegar-degar macam guruh tetapi hasilnya macam mana?," soalnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Antara lain, kerajaan negeri sekali lagi memasukkan hasil royalti sebanyak RM200 juta atau 36.41 peratus daripada RM549.26 juta anggaran perolehan kerajaan pada 2014, biarpun isu tuntutan tersebut masih dalam proses perundangan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, berdasarkan pembentangan bajet itu, jelas kerajaan Pas Kelantan masih lagi gagal mendapat sumber pendapatan baharu disebabkan ketiadaan pembangunan di daerah-daerah apabila terus bergantung kepada sumber lama seperti cukai tanah dan pintu.

"Kelantan jika tidak dibantu Kerajaan Pusat akan jadi padang tekukur, kilang-kilang tidak ada, usaha tarik pelabur tak ada, insentif (pelaburan) tak ada, harap daripada Pusat sahaja," katanya. - Sumber

Friday, 21 June 2013

Masih Ada Rakyat Negeri Berkebajikan Kelantan Hidup Daif???

TANAH MERAH – “Kalau hujan lebat, kami terpaksa menadah besin merata tempat dan kalau kehabisan besin kami terpaksa mengelap air hujan di atas lantai atau biarkan sahaja begitu, sehingga hujan berhenti,” itu luahan kesedihan Rozmi Shafin, 42, seorang penoreh getah di Kampung Mengat, di sini yang terpaksa redha dengan apa yang sedang dialaminya.

Dia yang menoreh getah milik orang lain (pawah) telah beberapa kali mencuba untuk merubah nasibnya namun tidak berjaya. Justeru, dia memohon kalau diberikan sebuah rumah PPRT bagi melindungi keluarganya dari panas dan hujan.

“Saya dah lama memohon untuk memiliki rumah tersebut (PPRT), namun sehingga hari ini saya belum menerima apa-apa jawapan lagi,” katanya yang mempunyai empat orang anak.

Katanya, keseluruhan perkakas rumah yang didiami sekarang berkayu bulat dari jenis kayu gelugur pasir, beratap bata tanah sangkut, berusia hampir 90 tahun. Menurutnya, papan lantai rumahnya sudah patah di sana sini dan papan dinding rumahnya banyak yang sumbing terutama di bahagian dapur.

“Kalau boleh dipercepatkan permintaan saya itu lagi baik. Saya bimbang kalau-kalau kediaman saya itu tumbang dipukul ribut, kerana rumah pusaka itu sudah terlalu uzur. Kalau hujan air akan masuk ke dalam kediaman saya dari atap yang bocor dan papan dinding rumah yang sumbing,” katanya.

Hasil perkongsian hidup Rozmi dengan isterinya, Suria Abdullah, 40, mereka dikurniakan empat cahaya mata yang berusia antara 11 hingga 18 tahun. 

Anak sulungnya, Nurul Azwa, 18, menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mohd Amirul,17, dengan adiknya, Nurallynanalisa masih belajar di Sekolah Menengah Dato Mahmud Paduka Raja 2, manakala anaknya yang bongsu, Nurulazlyn belajar di Sekolah Kebangsaan Kulim. 

Sementara itu, Suria juga mengharapkan agar harapan mereka untuk mempunyai sebuah rumah PPRT menjadi kenyataan.

“Bila hujan ribut, kami berasa takut. Apa pun itulah rumah kami dan kami berlindung juga di atas rumah uzur itu. oleh itu saya harap, hajat kami nak miliki rumah tersebut dapat ditunaikan pihak yang berwajib,’ katanya.SH

Saturday, 11 May 2013

Alkisah - Pejabat Menteri Besar Kelantan Setiap Saat Diganggu Panggilan ???

Tergelak sangat-sangat kawe baca cerita di bawah dari blog putramerdeka, jadi kawe nak kongsi la dengan pembaca...
Seorang pegawai berkata bahawa dia diganggu dan dikacau sejak hari pertama lagi MB baru mengangkat sumpah..!


Seorang lagi pegawai berkata bahawa dia menjadi takut untuk mengangkat telefon...

Ini semua berlaku apabila negeri Kelantan menerima Menteri Besar baru menggantikan memanda Mursyidul am PAS si Nik Aziz.

Dilaporkan sejak dari Isnin 6 hb Mei yang lalu, deringan telefon terus menerus menggangu pejabat Menteri Besar.

Diberitakan bahawa...

Telefonis - Selamat pagi, Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Pemanggil - Selamat pagi, boleh bercakap dengan YAB Menteri Besar Dato Nik Aziz.

Telefonis - maaf encik, MB dah bertukar, Dato Nik Aziz sudah tidak lagi menjadi Menteri Besar.

Pemanggil - ooo gitu...takper la, terima kasih.

Beberapa minit berselang, pemanggil tetap membuat panggilan dan mengemukakan soalan yang sama hingga telefonis dan pegawai di pejabat MB berang dengan tindakan pemanggil tersebut.

Kejadian itu menyebabkan pemanggil disergah dan dimarahi oleh telefonis dan pegawai di pejabat MB...

Telefonis - awak tak faham ke? awak tak reti bahasa ke yang Dato Nik Aziz sudah tidak lagi menjadi MB Kelantan. Kenapa awak terus telefon bertanya hal yang sama?

Pemanggil - sebenarnya encik...saya suka dengar ayat yang Dato Nik Aziz tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan, itu yang saya telefon lagi tu...jangan marah..!!!

wakakakaka....

Kedengaran suara pemanggil ketawa lalu meletakkan telefon...! namun panggilan yang sama tetap akan terus dibuat..! sebab apa ya?

Wednesday, 31 October 2012

SAMPAI BILA2 SAYA BOLEH BERKHIDMAT - NIK AZIZ


Add caption
KOTA BHARU – Isu peletakan jawatan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam politik semakin hangat diperkatakan apabila timbul desas-desus mengatakan beliau semakin uzur dan akan bersara tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu menyangkal dakwaan yang mengatakan beliau akan bersara setelah 22 tahun memegang jawatan tersebut.

“Syukur saya sihat dan masih boleh berkhidmat dan kita hanya perlukan akal yang bijak dan tajam untuk melakukan sesuatu perkara, bukan sahaja tubuh badan yang sihat.

“Badan sihat dan pemikiran yang tajam dan matang perlu untuk semua ini demi memartabatkan slogan negeri ini 'Membangun Bersama Islam'.

"Kami selalu berbincang pelbagai cara untuk memartabatkan slogan ini selaras dengan tindakannya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan 2012 di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Mursyidul Am Pas itu turut menegaskan, beliau masih lagi mampu untuk menerajui pucuk kepimpinan Pas dalam usaha menyatupadukan umat Islam.

"Saya bersedia untuk Pilihan Raya Umum akan datang kerana saya yakin Pas mempunyai kekuatan yang sendiri dan saya akan berundur bila tiba masanya nanti," katanya.

Nik Aziz berkata, isu kesihatan beliau bukanlah satu perkara yang perlu diketengahkan kerana apa yang penting adalah kekuatan minda dan fikiran untuk berjuang.

Beliau berkata, Islam secara asasnya menggalakkan budaya kreatif dan inovasi di kalangan umatnya dan perkara itulah yang perlu diketengahkan pada zaman sekarang.

"Hasil inovasi dan kreativiti ini nanti diharap dapat memberikan pulangan yang bermutu untuk perkhidmatan awam khususnya dan seluruh rakyat Kelantan amnya," katanya.


PT
Kalau nik aziz cakap lagu tu aku tak da komen dah , nampaknya tak merasalah orang lain nak jadi MB , INGATLAH KATA ORG TUA2 MAKAN SEBELUM KENYANG, berundurlah selagi orang masih menyayangi kita sebelum kita diundurkan dengan kebencian,..berpeganglah pada janji , dulu kata bila mahadir bersara maka saya akan ikut bersara kata nik azis , rupa2nya  nik aziz pun hanya reti berjanji tapi tunai jangan harap la.....IKUT DEMO LA TOK GURU WEH....DEMO PEGANGLAH JAWATAN SAMPAI BILA-BILA....

Tuesday, 17 July 2012

FOTO TERKINI !!! 'INDUSTRI AREA' PENGKALAN CHEPA LENGANG??






Kilang untuk dijual - Lori pun kasi angkat juga..


Petikan dari ucapan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa..

“Penduduk Pengkalan Chepa sebenarnya rugi besar sebab dulunya kawasan ini ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) merupakan salah satu kawasan perindustrian. Sebut sahaja Pengkalan Chepa inya satu kawasan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat mendapatkan peluang pekerjaan. Dulu mempunyai banyak kilang besar…hari ini kebanyakannya dah tutup….Kenapa berlaku sedemikian? - Ketua UMNO bahagian Pengkalan Chepa, - Datuk Dali Husin 

Pusat servis tayar juga akan di 'lego'

Tetapi apa yang di nayatakan oleh Datuk dali Husin telah berlalu beberapa dan sekarang ternyata Kerajaan pas Kelantan gagal dalam menjana ekonomi untuk Kelantan. Kebanyakan kilang2 di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa sudah banyak di tutup. Kerana apa?

Tinggal papan tanda kedai..tokey dah chow...

Kegagalan kerajaan negeri menyediakan intensif kepada pelabur dan keduanya menyediakan prasarana yang lengkap juga tidak digunakan sebaik mungkin oleh Kerajaan dibawah pimpinan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Kilang untuk disewa - murah pun tak apa..wa mau balik kampung..

Sepatutnya kawasan berkenaan yang merupakan kawasan Menteri Besar dimajukan dengan pembangunan yang pesat dan berdaya maju.Contohnya di Terengganu….Datuk Seri Idris Jusoh daripada Besut ketika menjadi MB Terengganu membangunkan kawasan berkenaan. Besut dulunya yang jauh ketinggalan hari ini membangun dengan pesat.

Nama hebat !!! Darul Naim auto City..tapi hanya 3 buah kedai je yang beroperasi..
yang lain sudah 'bungkus'...

Begitu juga di Perak, Gerik dulu tidak dikenali tetapi apabila Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali menjadi MB maka Gerik dimajukan dan menjadi jalan utama penghubung antara pantai Timur dan Utara. Tetapi di Kelantan kawasan MBnya hidup segan mati tidak mahu…itulah realitinya yang berlaku kepada kita rakyat Kelantan.

Megah berdiri deretan kedai...tapi hanya jadi tempat tinggal ....???

KB Arena Futsal dahulunya sebuah kilang..
 diubah menjadi padang futsal..

Apa pun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Pandai2 lah buat pilihan agar apa yang kita pilih nanti akan memberi keamanan dan keharmonian kepada generasi akan datang dan jangan kita buta dan dibutakan !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive