Showing posts with label #SCS93. Show all posts
Showing posts with label #SCS93. Show all posts

Thursday, 9 June 2016

Billboard 'Cina Babi'??? Polis Akan Panggil Tony Puah Untuk Siasatan.#prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman

Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Besar, ACP Khalil Ariffin berkata pihaknya akan memanggil Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua untuk siasatan berhubung pengakuan beliau terhadap pemasangan papan iklan yang menghina Barisan Nasional selain berbaur perkauman di pekan Sekinchan, Selangor semalam.

Menurut Khalil beliau juga akan memanggil Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu bersama beberapa individu berkaitan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terhadap pemasangan papan iklan berkenaan sebagai kempen kepada Parti Amanah Negara (PAN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

“Dia (Tony Pua) mengaku? Kalau dia mengaku kita akan panggil dia untuk kita siasat dan kita tunggu siasatan sebab kita nak kena tengok juga siapa yang naikkan, siapa yang buat, siapa yang pasang benda ni. Kalau dia mengaku dia pasang tapi dia tak ada kat situ,” kata Khalil.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, Selangor pada Khamis. Menurut Khalil kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta 500 Kanun Keseksaan.

Susulan pemasangan poster dan papan iklan provokasi oleh PAN di Pekan Sekinchan, Selangor semakan, satu laporan polis diterima IPD Sungai Besar menyentuh tindakan parti itu yang sengaja menyentuh sensiviti parti BN selain berbaur perkauman.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang turut menafikan beliau pernah membuat kenyataan ‘Panggil Cina babi tidak salah’ seperti yang tertera di poster berkenaan.

Inilah jadinya bila terlampau inginkan kuasa sehinggakan undang-undang diketepikan. Yang ajaibnya  parti Amanah sanggup menjadi 'keldaian' kepada Dap demi meraih kemenangan.

Kepada pengundi-pengundi parlimen Sg Besar gunalah akal yang waras dihari mengundi nanti. Jangan sesekali tersilap langkah dengan memangkah pemimpin yang tidak harus dipangkah. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Pengundi-pengundi Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!

Tuesday, 7 June 2016

Petanda Pembangkang Bakal Bungkus Di Sg Besar #prksgbesar #InilahBudiman #scs93 #BN4SGB

Selepas pembangkang menerima pukulan ‘KO’ daripada BN dalam PRN ke-11 Sarawak pada 7 Mei lalu, kekalutan terus berlaku dalam blok itu untuk menghadapi PRK Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Selepas berjaya menidakkan majoriti dua per tiga BN dan mendabik dada memenangi undi popular pengundi dalam PRU13 tiga tahun lalu, penyokong pembangkang mula sedar tiada cara sebenarnya untuk parti pembangkang bersatu hati membentuk sistem dua parti sebagai kaedah paling ideal menumbangkan BN dan UMNO.

Petanda pembangkang bungkus di PRK Sungai Besar tersebar luas. PAS-PKR-DAP-AMANAH tidak mungkin dapat duduk semeja membentuk barisan kerajaan pemerintah menggantikan BN dan segala cita-cita rakyat Malaysia melihat kesepaduan serta kesepakatan antara parti ini, seperti 'retak menanti belah’.

Walaupun BN terutamanya UMNO adalah ‘underdog’ dalam PRK Sungai Besar memandangkan penyandangnya, allahyarham Datuk Noriah Kasnon hanya menang majoriti 399 undi, jentera kerajaan Selangor yang ditunjangi PKR dikepalai Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali tetap terpaksa berdepan pelbagai serangan, bukan saja dalam kalangan pembangkang tetapi dalam parti sendiri.

Dengan sikap keras PAS yang tidak mahu berundur memberikan laluan kepada parti pembangkang lain terutama AMANAH, kepada surat terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi kata dua mengenai Deklarasi Rakyat ditunjangi Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah kebocoran ‘Whatsapps’ Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengenai rasuah wanita dan duit dalam kerajaan Selangor.

Semua faktor itu bukanlah ‘winning point’ untuk pembangkang terutama sekali kepada Azmin dalam memenangi PRK Sungai Besar apatah lagi PAS tidak akan berkompromi menyerahkan Sungai Besar serta Kuala Kangsar kepada Pakatan Harapan.

Itulah ujian paling besar yang perlu dihadapi Azmin bagi mengemudi Pakatan Harapan dan PAS bagi mengurangkan bilangan kerusi Parlimen yang dimiliki BN.

PKR sudah pasti tidak boleh mengharapkan DAP untuk turun berkempen jika parti Islam itu bertanding menentang BN daripada UMNO dan tekanan akan wujud dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya blok pembangkang itu turut meletakkan calon.

Pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar seperti sudah mengangkat sebelah tangan tanda kemenangan kepada calon UMNO dan membuatkan Datuk Seri Najib Razak mengukuhkan cengkaman selaku perdana menteri dan presiden UMNO.

Satu-satunya senjata yang dimiliki Azmin ketika ini ialah Mahathir, yang kerjasamanya dengan pembangkang terutama sekali Pakatan Harapan tidak direstui langsung Anwar hingga turut membuatkan PKR terbelah dua.

Tak heran kut kalau betul pun calon Umno BN akan menang lebih besar. Kalau ikut dapatan kajian, calon Umno BN bakal menang dengan majoriti hampir 4,000 undi.

Kalau Pakatan Rakyat masih ujud dan sokongan kepada parti-parti pembangkang tu dicampur maknanya calon Pakatan Rakyat dah dapat 45.5% undi, boleh la dapat majoriti dibawah 500 undi.

Walaupun Umno BN sekarang ni penuh dengan isu dan skandal besar tapi parti-parti pembangkang pun tak kurang bangangnya pulak, tak habis-habis berperang sesama sendiri termasuk dalam kalangan Pakatan Harapan yang belum pun setahun jagung ditubuhkan.

Apapun diharapkan pengundi-pengundi di Parlimen Sg Besar membuat pilihan yang bijak dengan memilih YB Budiman Mohd Zohdi sebagai wakil rakyat anda. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Kita mampu mengubahnya!!!

Azmin Tersepit Di Antara Pas Dan Pan. Kemenangan BN Semakin Cerah #prksgbesar #SCS93 #BN4SGB #InilahBudiman #KekakBN

Menteri Besar Selangor Azmin Ali, yang sebelum ini 'diburu' media selepas timbulnya isu dakwaan rasuah dalam kerajaan negeri pimpinannya, akhirnya 'muncul' di Dewan Seri Bernam di sini, hari ini.

Beliau tiba di pekarangan dewan itu kira-kira 15 minit selepas kehadiran rombongan calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar.

Turut mengiringi Azhar ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR meluangkan masa lebih sejam di dewan itu dan bersalaman dengan rombongan dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

PKR kini 'tersepit' dengan perbalahan di antara PAS dan Pakatan Harapan yang dianggotainya dengan DAP dan Amanah.

Azmin baru-baru ini membatalkan kehadirannya ke beberapa majlis di sekitar Selangor dan 'menjauhi' media ekoran tindakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor.

Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujudnya permintaan 'untuk mendapatkan wanita' sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.

Azmin juga tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi PRK Parlimen Sungai Besar pada Rabu lepas.

Wan Azizah ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata ketidakhadiran Azmin pada majlis berkenaan bagi membolehkan beliau lebih fokus kepada pentadbiran kerajaan negeri.

PRK Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon BN Budiman Mohd Zohdi yang juga ADUN Sungai Panjang, Dr Abdul Rani dan Azhar.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Kepada pengundi-pengundi di Sg Besar..inilah masa yang terbaik untuk menilai siapakah yang layak untuk menjadi pemimpin di Sg Besar.Kita mampu mengubahnya!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive