Showing posts with label #Pray4MH370. Show all posts
Showing posts with label #Pray4MH370. Show all posts

Wednesday, 19 March 2014

Misteri Kehilangan MH370 Hari Ke12!!! Petunjuk Baru Ditemui??? #PrayForMH370

Misi mencari dan menyelamat antarabangsa untuk MH370 masuk hari ke 12 dengan Thailand sekarang mengatakan tentera mereka mengambil masa 10 hari untuk melaporkan blip radar yang berkemungkinan daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang “kerana kami tidak memberikan perhatian kepadanya.”

India juga mengatakan Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang itu berkemungkinan tidak berjaya dikesan melalui Lautan Hindi yang jarang melakukan semakan radar.

Kedua-dua laporan tidak memberikan petunjuk baru untuk mencari pesawat hilang itu yang dikatakan “misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini” selepas hilang di udara pada awal pagi 8 Mac dalam perjalanannya ke Beijing.

Pegawai tentera Thailand mengatakan semalam, radar tentera mengesan sebuah pesawat yang dipercayai mungkin pesawat MH370 terbang melalui Selat Melaka selepas beberapa minit sistem komunikasi pesawat Malaysia itu dipadamkan.

Jurucakap Tentera Udara Thailand, Naib Marsyal Udara Montol Suchookorn berkata, tentera tidak mengetahui pesawat yang dikesan merupakan pesawat MH370, lapor Canadian Broadcasting Corporation di laman sesawangnya.

Kegagalan Thailand berkongsi maklumat dengan cepat mungkin tidak mengubah apa yang pihak berkuasa Malaysia tahu sekarang, tetapi menimbulkan persoalan bagaimana sesetengah negara berkongsi maklumat ketenteraan mereka, kata portal berita tersebut.

Gabungan 26 negara, termasuk Thailand, sedang mencari pesawat MH370 dengan krew carian mencari di dua lengkok wilayah gergasi sebesar saiz Australia – separuh daripadanya di laut terpencil di selatan Lautan Hindi. Pasukan penyelamat sebelum ini mengadakan operasi pencarian di Teluk Thailand, tetapi menemui kegagalan.

Pencarian untuk pesawat hilang itu merupakan antara yang terbesar dalam sejarah penerbangan.

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengatakan pesawat pengawasan P-3 dan P-8 bergerak melalui lautan dengan kaedah yang dikenali sebagai "memotong rumput," sementara menggunakan radar untuk mengesan sebarang serpihan bergerak di dalam air dan menggunakan kamera beresolusi tinggi untuk mengambil gambar.

Pesawat dan kapal Indonesia dan Australia mencari di kawasan perairan selatan kepulauan Sumatera sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Beberapa kapal tentera laut Malaysia juga sudah memulakan pencarian pesawat hilang itu selepas lebih banyak aset ketenteraan digunakan untuk mencari MH370.

Pesawat MH370 berlepas daripada Kuala Lumpur pada 12.41 pagi waktu Malaysia pada 8 Mac dan transponder yang membenarkan pusat kawalan trafik udara mengenalpasti dan mengesan pesawat itu terputus komunikasi pada 1.21 pagi, kata pihak berkuasa Malaysia.

Montol mengatakan radar tenteranya mengesan isyarat pesawat terbang sekitar pukul 1.28 pagi 8 Mac lalu, pada laluan bertentangan yang sepatutnya dilalui MH370, kembali menuju ke Kuala Lumpur.

Pesawat itu kemudiannya membelok ke kanan, ke arah Butterworth, sepanjang Selat Melaka.

Isyarat radar tidak kerap dan tidak mengandungi sebarang data seperti nombor penerbangan.

Apabila ditanya mengapa Thailand mengambil masa begitu lama untuk mendedahkan maklumat itu, Montol berkata, “Pihaknya tidak memberi perhatian kepada maklumat tersebut. Pasukan Tentera Udara Diraja Thailand hanya memerhatikan sebarang perkara yang memberi ancaman kepada negara ini.”

Portal berita Kanada itu melaporkan beliau sebagai berkata pesawat MH370 tidak pernah masuk ke kawasan udara Thailand dan permintaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat pada awal misi pencarian tidak spesifik.

"Apabila pihak Malaysia bertanya sekali lagi dan adanya andaian serta maklumat baru daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, kami melihat semula maklumat yang ada.

"Ia tidak mengambil masa yang lama untuk kami mengesahkannya, walaupun memerlukan beberapa pakar untuk mengkaji maklumat tersebut," kata Montol.

Sementara pegawai India memberitahu CNN bahawa jika MH370 terbang melalui selatan Lautan Hindi, berkemungkinan besar sistem radar India tidak akan menyedarinya.

Pegawai tentera India mendedahkan sistem radar yang meliputi kepulauan Andaman dan Nicobar tidak dipantau secara dekat oleh tentera India seperti pihak lain.

Ini menyebabkan kemungkinan sistem tersebut tidak sedar pesawat MH370 terbang di kawasan tersebut, lapor stesen televisyen antarabangsa itu.

“Jika pesawat 370 terbang melalui koridor selatan, ia berkemungkinan melalui ‘lubang hitam’ di Lautan Hindi.

“Kemungkinan sistem radar India tidak menyedari pesawat 370 menakutkan, kerana jika mereka menyedari isyarat pesawat tersebut, laluan penerbangannya dan jadual, kawasan pencarian akan menjadi lebih fokus,” kata CNN.

Selain lubang hitam dalam pemantauan radar, pesawat tersebut mungkin juga terbang pada altitud serendah 5,000 kaki bagi mengelak dikesan, lapor New Straits Times Press pada Isnin.

Tetapi pakar penerbangan mengatakan altitud rendah itu tidak cukup untuk mengelakkan radar dikesan, kerana sistem tersebut mampu mengesannya dalam keadaan begitu, dan jika ia terbang rendah, orang yang berada di bawah pasti akan mengesannya.

Komander William Marks, jurucakap 7th Fleet AS mengatakan mencari pesawat tersebut sama seperti mencari beberapa orang di antara New York dan California.

Kawasan pencarian baru meliputi 2.24 juta persegi batu nautika dari Laut Kaspia ke utara dan selatan Lautan Hindi. ~tmi

Tuesday, 18 March 2014

Pendedahan Mengejut - Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?


ANTARA INTIPATI PENDEDAHAN DATUK KAPTEN NIK HUZLAN MENGENAI TRAGEDI MH370?

Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.


Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.


MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 

MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan

Tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Kapten Nik Huzlan, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka.Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.

Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.

Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang

Lagi Pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain : MH370 Dirampas (MH370 Hijacked)?

Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan.Siapakah dia?


MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando.

Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar.

Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.

Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas)
Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ade masa untuk bersedia menghantar isyarat kecamasan.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 hijacked (Mh370 dirampas) oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara.

Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370 jika Mh370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika Mh370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu lautan hindi, baru kata kapal terbang Mh370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat Mh370 ini.
Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.

Saya Percaya Itu Adalah Pesawat MH370!!! - Courtney Love #Pray4MH370


Penyanyi ikon rock, Courtney Love mengaku telah membuat satu penemuan yang serius dalam pencarian global - penerbangan MH370 yang hilang.

Love semalam melalui Facebook dan Twitter saluran rasminya telah menghantar gambar yang menunjukkan apa yang dia percaya adalah bangkai pesawat.

Kawasan laut yang beliau paparkan, dalam bentuk screengrab dari laman pengimejan satelit Tomnod, adalah berhampiran Pulau Perak, Malaysia.

 


Polis Sedang Siasat Kemungkinan Juruterbang MH370 Membunuh Diri??? - Hishammuddin



SEPANG : Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri sebagai punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.

“Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri),” kata Hishammuddin.

Namun, ketika ditanya, Hishammuddin enggan menyatakan jika terdapat mana-mana daripada 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat tersebut mempunyai masalah peribadi.

“Tidak, saya tidak boleh komen buat masa ini,” kata Hishammuddin.

Turut didedahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dimatikan secara sengaja selepas melalui Kota Baru dan transponder dimatikan dekat Igari.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, berkata penghantaran terakhir dari ACARS adalah pada pukul 1.07 pagi, 8 Mac lalu tetapi tidak diketahui bila ia dimatikan.

Ia tidak dihantar 30 minit kemudian seperti diprogramkan.

Siasatan awal juga menunjukkan pembantu juruterbang yang bercakap buat kali terakhir dengan pusat kawalan trafik udara.

Komunikasi terakhir pembantu juruterbang itu adalah kira-kira pukul 1.19 pagi.

MAS turut berkata, ujian pskiometrik adalah prosedur standard untuk juruterbang dan anak kapal serta akan meneliti untuk memperkukuhkan prosedur pengambilan kakitangannya. - mstar-

77 Rawatan & Kaunseling Kepada Anggota Keluarga Penumpang MH370 #Pray4MH370



Gambar mangsa ahli keluarga pesawat MAS MH370 hilang oleh themalaymailonline – Laporan Bernama News Mh370

Sebanyak 77 kes direkodkan sebagai rawatan pesakit luar dan kaunseling kepada anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang menginap di Hotel Everly di sini, sepanjang 10 hari lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata daripada jumlah itu, empat kes dirujuk ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya.

“Dua kecemasan iaitu satu kes asma dan satu lagi sakit dada (namun akhirnya disahkan mengalami masalah serangan panik) dan dua kes biasa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Krisis serta anggota keluarga di hotel berkenaan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes diberi intervensi psikososial yang bertujuan membantu menangani masalah emosi yang dihadapi anggota keluarga penumpang pesawat berkenaan.

Katanya, daripada 17 kes itu, satu kes yang memerlukan rawatan lanjut dalam aspek psikososial iaitu ‘stress induced hyperventilation’ yang menunjukkan tanda keresahan amat teruk dan telah dirujuk ke Hospital Putrajaya.

“Pesakit kini berada dalam keadaan yang stabil dan dipantau Pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial di hotel ini,” katanya menambah petugas dan skop perkhidmatan di pusat tersebut akan ditingkatkan jika kedaan memerlukan.

Sehingga kini, empat sesi terapi kelompok telah dilaksanakan oleh petugas terlibat kepada 51 anggota keluarga penumpang dan anak kapal.

Terapi ini telah membantu melegakan perasaan mereka, ketenangan emosi serta membolehkan mereka lebih yakin untuk memberi sokongan kepada anggota keluarga yang lain, katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyediakan sesi taklimat secara berjadual kepada petugas setiap hari seperti kemahiran asas memberikan bantuan, memaklumkan berita buruk, kematian/kehilangan, penilaian keberkenanan tekanan serta teknik relaksasi.

Sementara itu, di Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya, Subramaniam turut meluangkan kira-kira 15 minit meninjau kemudahan yang disediakan kepada keluarga penumpang MH370 dari China yang ditempatkan di situ, namun tidak mengadakan pertemuan dengan mereka bagi mengelak gangguan emosi.

Katanya, menurut laporan pasukan perubatan, secara keseluruhannya keadaan emosi anggota keluarga pada masa ini adalah terkawal, walaupun pada mulanya reaksi mereka agak mengejutkan.

“Pada masa ini saya pasti tekanan mereka sudah berkurangan. Walaupun demikian kita perlu sentiasa memberi sokongan dan bimbingan kepada mereka… lebih-lebih lagi ketika mereka menunggu dengan penuh harapan akan hasil operasi menyelamat,” katanya.

Subramaniam berkata, keluarga penumpang dari China itu akan terus diberi bimbingan dan kaunseling melalui pasukan yang dibentuk oleh kementerian dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memahami budaya mereka dan boleh berkomunikasi dalam Mandarin.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk NGO dan swasta seperti Kumpulan Tzu Chi dan Hospital Gleneagles yang turut berpusat di Cyberview Resort & Spa untuk membantu keluarga penumpang.

Kira-kira 30 anggota keluarga penumpang MH370 dari China ditempatkan di hotel berkenaan. – Bernama

Semua Yang Ditulis Media Tidak Masuk Akal - Aishah Zaharie #Pray4MH370





Anak perempuan juruterbang Zaharie Ahmad Shah hari ini terbang pulang ke Malaysia dari Australia di mana beliau telah tinggal dan menuntut architecture di Universiti Deakin sejak tahun 2010.

Aishah Zaharie, 27 tahun, telah pulang untuk bersama keluarganya, menurut seorang laman web berita Australia .

Apa yang ditulis oleh media antara bangsa mengenai bapanya itu adalah tidak benar dan tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya."

Sumber laman web itu berkata: "Apa yang media antarabangsa tulis tentang bapanya, Kapten Zaharie adalah sangat mengecewakan.

Dia telah memberitahu rakannya bahawa mereka menunggu masa untuk menuduh bapannya. Spekulasi seperti itu "membunuh keluarga".

Aishah kini berada bersama rakan-rakan dan keluarga di dalam Kuala Lumpur.
SUMBER

Penganalisis Dedah Punca Sebenar MH370 Hilang Hingga Kini #Pray4MH370


Kehilangan misteri penerbangan MH370 berpunca daripada kawalan udara tidak responsif di Malaysia, lapor akhbar Britian, The Guardian.

Kegagalan bertindak cepat apabila menyedari hubungan terputus dan isyarat transponder hilang jelas menunjukkan reaksi di darat lemah.

"Jika kamu terputus hubungan dengan pesawat dan pastinya hilang isyarat transponder, kamu pasti mengganggap sesuatu yang buruk berlaku.

"Saya tidak lihat pihak berkuasa Malaysia responsif dengan apa yang berlaku di ruang udara," kata Professor David Allerton dari University of Sheffield, yang juga pakar teknologi penerbangan kepada The Guardian.

Allerton berkata, sekiranya situasi sama berlaku di Eropah atau Amerika Utara, orang ramai pastinya kecoh dan mengganggap sesuatu yang buruk dan tidak dijangka berlaku.

"Apabila kamu bertanya bagaimana ini boleh terjadi? Jika menara kawalan udara tidak memantau secara teliti, ia pasti mengambil masa tujuh jam sebelum seseorang sedar ia hilang," katanya.

The Guardian juga menjelaskan pesawat Boeing 777 yang dinaiki 239 penumpang tersebut tidak mempunyai perkhidmatan talian telefon satelit bagi membolehkan penumpang menelefon keluar jika mendapati sesuatu buruk berlaku.

Bagaimanapun, The Guardian tidak menolak panggilan telefon boleh dilakukan penumpang pesawat tetapi ia masih bergantung kemampuan luaran telefon bimbit, permukaan daratan dan rangkaian pembekal talian ketika pesawat sedang terbang.

"Ia tidak mengambil masa lama untuk hilang isyarat telefon.

"Ia bergantung kepada altitud dan arah kamu terbang," kata Dan Warren, pengarah teknologi senior di Persatuan GSM yang dipetik dalam The Guardian.

Mengenai kemungkinan pintu kokpit boleh dipecahkan sekirannya berlaku rampasan, Allerton berkata, mustahil kebarangkalian situasi tersebut berlaku.

"Ia a direka supaya tidak ditembusi, enam pengganas tidak boleh mencabutnya. Ia diperbuat daripada keluli bertetulang, dengan mekanisme penguncian kukuh.

"Andaiannya, ada dua atau tiga orang dalam kokpit pesawat dan semuanya hilang akal," kata Allerton.

Allerton berkata, teori pesawat MH370 hilang, tekanan oksigen dan menyebabkan semua penumpang dan anak kapal pengsan tidak munasabah, kerana pesawat masih menghantar isyarat terakhir dan secara tiba-tiba menukar laluan asal.

"Secara faktanya, pesawat menukar laluan asal, transponder dan alat komunikasi lain ditutup, kebarangkalian ini berlaku jauh sekali," kata The Guardian.

Misi mencari dan menyelamat MH370 masuk hari ke-11 hari ini, bagaimanapun tiada sebarang petunjuk terbaru ditemui.

Usaha mencari dan menyelamat MH370 kini masuk fasa kedua melibatkan koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.

MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing. ~tmi

Sepatutnya Suami Saya Yang Memandu Pesawat Yang Hilang - Isteri




Betul atau tidak DAKWAAN Isteri kepada Juruterbang tersebut tidak dapat DIPASTIKAN, kalau mengikut kepada apa yang dikatakan oleh Pihak Malaysia Airlines (MAS) sudah tentu dia orang akan MENAFIKAN  kerana dalam keadaan sekarang habiskan kata-kata Pembantu Juruterbang yang berbunyi "all right, good night". (baiklah, selamat malam) sudah jadi BAHAN SPEKULASI.

Menurut Dakwaan Isteri Juruterbang yang bernama Anas Maslin yang mengatakan KESYUKURAN kepada Allah SWT bahawa suaminya, Anas Mazlin yang pada mulanya DIJADUALKAN untuk TERBANG bagi LALUAN dari Kuala Lumpur ke Beijing pada tengah malam 8 Mac, telah DIGANTIKAN di SAAT AKHIR dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Manakala Mengikut kata-kata Pihak Mas pula "Itu TAK BETUL... sebenarnya ia seperti di ROSTER, seperti yang di JADUAL," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu sidang media pada Isnin. Namun sebuah foto telah di MUATNAIK di LAMAN Facebook pada 8 Mac oleh Noor 'Olya Dollah yang MENDAKWA terdapat PERUBAHAN JADUAL di saat-saat akhir.



Kalau melihat dari Tarikh ianya di Muat Naik iaitu pada 8 March 2014 adalah hari yang sama dimana Kapal Terbang Mas MH370 tersebut telah HILANG. Jadi kalau sudah kata-kata Terakhir Pembantu Juruterbang yang berbunyi "all right, good night" pun boleh dijadikan Spekulasi, maka sudah tentu Dakwaan Isteri Juruterbang Anas Mazlin ini SEMESTI nya MENGUATKAN lagi kata-kata Kehilangan Pesawat Mas tersebut adalah KONSPIRASI TERANCANG. sumber

Pesawat MH370 'Disorok' Di Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Di Lautan Hindi??? - Portal Cabal Times


Hasil siasatan daripada simulator milik juruterbang penerbangan MH370 yang diambil dari rumahnya Sabtu lalu, penyiasat menemui lima landasan latihan dalam perisiannya, dan salah satu daripadanya ialah milik Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Berita Harian.

Selepas 10 hari gagal menemui MH370, penyiasat kini menumpukan siasatan ke arah juruterbang dan anak kapal serta penumpang bagi meneliti punca kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu daripada sudut lain.

"Antara perisian yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia), serta tiga landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter," kata sumber yang dipetik akhbar Berita Harian, hari ini.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, AS menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu, siasatan dilakukan oleh PDRM bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Sumber berkata, penyiasat sedang meneliti kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.

PDRM membuka kertas siasatan pada 8 Mac lalu ke atas anak kapal MH370, termasuk juruterbang dan pembantunya serta kakitangan yang mengendalikan pesawat itu.

Polis menggeledah rumah juruterbang dan pembantu juruterbang selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya petang Sabtu lalu berkata, siasatan kini beralih dan tertumpu kepada anak kapal pesawat berdasarkan kepada petunjuk baru.

Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga memberitahu pihaknya masih menyiasat daripada semua sudut.

Putrajaya juga meminta rakyat tidak terus melakukan andaian berhubung siasatan polis itu.

Usaha mencari dan menyelamat MH370 kini masuk fasa kedua melibatkan koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.

MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing.

- The Malaysian Insider




Pesawat MH370 'Disorok' Di Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Di Lautan Hindi ?, Lapor Portal Cabal Times

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang masuk hari kesepuluh hari ini didakwa ‘disembunyikan’ di Diego Garcia, pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Menurut portal Cabal Times, sekiranya spekulasi pesawat itu terbang ke pangkalan tentera AS di Diego Gracia adalah benar, radar Indonesia sudah pasti mengesan kedudukan pesawat tersebut.

Menurut portal itu, sekiranya pesawat mengalami masalah teknikal, juruterbang seboleh-bolehnya akan cuba mendarat dengan selamat di laut dan tidak akan berpatah balik ke Malaysia.

Cabal Times dalam laporannya mendakwa AS melakukan ‘rampasan pesawat’ itu adalah kerana MH370 membawa sejumlah besar rakyat China dan AS mahu mengeruhkan hubungan Kuala Lumpur dan Beijing........baca lagi.



Sumber


Wednesday, 12 March 2014

MH370 - Pasukan Khas China - DCA Adakan Perbincangan Tertutup!!! #Pray4MH370



Sepang: Sekumpulan 13 delegasi pasukan khas dari China mengadakan perbincangan tertutup dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebentar tadi.

Perbincangan itu dipercayai bagi membincangkan perkembangan terkini misi mencari dan menyelamat (SAR) berikutan kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) MH370 sejak Sabtu lalu. [BH] - Sumber

Tuesday, 11 March 2014

MH370 - Makin Misteri!!! Akaun Online Aktif, Telefon Mangsa Ada Deringan??? #Pray4MH370




Saudara kepada penumpang dalam pesawat yang hilang, Malaysian Airlines MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit ahli keluarga yang terbabit dalam kejadian malang itu, menurut laporan media.

Washington Post berkata, keluarga sebahagian daripada 239 penumpang yang menaiki MH370 mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefon.

“Dalam sebahagian kes lain, ada saudara mendakwa dapat melihat keluarga yang menaiki pesawat itu aktif online menerusi laman jaringan tempatan Cina digelar QQ,” lapor Post.

Perkembangan yang menyeramkan itu timbul dan pihak berkuasa Malaysia juga menggambarkan kehilangan MH370 sebagai misteri.

Seorang lelaki memberitahu Washington Post bahawa akaun QQ abang iparnya menunjukkan bahawa beliau sedang online. ~ tmi

Tentera Malaysia dakwa kesan MH370 di Selat Melaka??? #Pray4MH370



Dalam perkembangan yang memeranjatkan, tentera Malaysia mendedahkan mereka mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang menerusi radar ketika pesawat yang masih hilang itu merentasi Selat Melaka, jauh dari di mana ia melakukan komunikasi terakhir dengan menara kawalan trafik awam di teluk Thailand.

Sumber tentera mengesahkan kepada Reuters Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang bertukar laluan dan menuju ke sebelah lain semenanjung Malaysia.
“Ia mengubah laluan selepas Kota Baru dan mengambil altitude lebih rendah. Ia terbang ke Selat Melaka,” kata pegawai tentera, yang diberi taklimat mengenai siasatan itu, kepada Reuters.

Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia, berada di pantai barat Malaysia. Syarikat penerbangan itu berkata, pada Sabtu lalu, pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal terputus hubungan selepas Kota Baru, bandar di pantai timur Malaysia. - 11 Mac, 2014. - sumber

PT

Benarkah dakwaan ini? Sekali kata terputus hubungan dekat dengan puluau di Vietnam
Hari dapat maklumat dekat Pulau Perak pulak - (Selat Melaka) Jauh sangat melencongnya. Mana satu yang betul ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive