Showing posts with label kapten nik huzlan. Show all posts
Showing posts with label kapten nik huzlan. Show all posts

Monday, 24 March 2014

MH370 - Analisa Terperinci Kapten Nik Huzlan Mengenai Satelit China & Bukti Daily Telegraph!!!


Dan tentunya berita langsung dari negara China melalui Duta China ke Malaysia tentang penemuan oleh satelit China tentang objek yang dikatakan kemungkinan kuat yang ada kaitan dengan objek daripada cebisan pesawat MH370 kira-kira 120 km ke barat daya 2 objek yang ditemui oleh satelit Amerika yang diberikan kepada AMSA di Australia, sekali lagi Datuk Kapten Nik Huzlan terus berkongsi & “mendedahkan cukup maklumat penting” yang boleh dikongsikan bersama kita semua berdasarkan analisanya secara eksklusif.

Yang menariknya…

Yang menariknya penemuan satelit China itu tidak lari jauh daripada jarak maksima dengan bekalan bahanapi yang ada pada MH370 dan juga ping yang diberikan sistem di atas kapal terbang dengan satelit INMARSAT Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan juga terletak berdekatan dengan penemuan terbaru sateliti China kali ini

Jadi apa pandangan dan penilaain Datuk Kapten Nik Huzlan mengenai penemuan terbaru ini?

Ini Antara Pandangan & Analisa Kapten Huzlan :

Penemuan satelit China menguatkan lagi teorinya yang mengatakan pesawat MH370 telah terhempas di laut Hindi iaitu laluan paling sunyi di dunia.

Secara spesifiknya besar kemungkinan terhempas di kawasan yang Kapten Nik Huzlan tandakan seperti di bawah ini :



Pada pukul 8:11 pagi waktu Malaysia (8 Mac 2014), pesawat MH370 menyentuh air di dalam lingkungan kawasan fajar. Ini kerana pesawat Mh370 pada ketika itu mencari fajar supaya tujuannya pesawat Mh370 dapat mendarat dengan lebih selamat dan kurang berisiko dengan kelajuan yang minimal.

Dan dalam pada masa yang sama juruterbang mencari kedudukan yang lebih mudah dilihat oleh peasukan pencari kelak dengan pandangan mata kasar berdekatan dengan kawasan yang ditemui objek oleh satelit China baru-baru ini selain juruterbang kapten Zaharie Ahmad Shah mencari kedudukan yang tidak melawan ombak, berhadapan dengan rintangan angin dengan harapan dapat memperlahankan pergerakan pesawat supaya dapat mendarat dengan hentakan yang minimal.

Pesawat tidak akan meletup disebabkan minyak sudah habis mengambil kita sempanan minyak yang boleh bertahan selama 7 jam sahaja + bekalan simpanan baki minyak yang masih boleh digunakan lagi.

Penemuan objek yang tidak berkecai iaitu tiada serpihan, membuktikan pesawat Mh370 tidak terhempas dengan teruk.

Kapten Nik Huzlan turut menyentuh dan mengulas transkrip (KLIK SINI UNTUK MELIHATNYA) yang dikeluarkan oleh Daily Telegraph yang mengatakan inilah dia transkripnya perbualan antara kokpit dengan pusat kawalan :



“Saya hairan dan ini cerita dongeng” – kata Kapten Nik Huzlan
Ini kerana sepatutnya transkrip seperti ini DCA yang pegang. Jadi macammana boleh sampai ke tangan Daily Telegraph ini?

Apa yang Kepten Nik Huzlan perhatikan, transkrip yang cuba dibongkarkan oleh Daily Telegraph ini seperti terjemahan Inggeris daripada bahasa Mandarin yang diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris. jelas? Mengapa mesti terjemah?

Banyak terma-trma yang digunakan dalam transkrip tersebut banyak kesilapannya di mana tidak tepat yang tidak sama sekali disebut sebegitu dalam radio pesawat dengan menara kawalan.

Sepatutnya terma-terma yang digunakan lebih ringkas, padat tetapi teratur
Tiada terma atau perkataan seperti “Please, please” dalam radio pesawat
Ini kerana banyak kapal terbang yang mahu menggunakan radio, jadi secara mudah kata jikalau menggunakan perkataan yang meleret-leret akan mengakibatkan “sesak radio” tersebut sehingga menggangu orang lain untuk bercakap.

Bahasa yang digunakan dalam transkrip tersebut seperti “Runway from 32R A10, copy that“. Ini bukan bahasa pilot kata kapten Nik Huzlan. Lenggok bahasa yang digunakan ibarat, bahasa yang orang yang nak jadi pilot tetapi tidak tercapai untuk menjadi pilot. Inilah rupa bahasanya….

Bahasa transkrip yang didedahkan Daily Telegraf lebih kepada bahasa imiginasi
Pencarian Pesawat MH370 Lebih Mencabar Kerana….

Kapten Nik Huzlan mengingat dan memberikan pesanan kepada semua, cabaran pasukan SAR lebih mencabar kali ini di sekitar Lautan Hindi terutamanya lingkungan kawasan yang dipercayai terhempasnya MH370. Antaranya ialah :



Awas ombak di sana cukup ganas dan tinggi yang pasti menyukarkan lagi operasi SAR sekitar 40 kaki.

Kedua, Angin cukup kuat.

Faktor keletihan disebabkan pasukan operasi SAR terpaksa berdiri meninjau melalui tingkap dengan keadaan pesawat yang bergoyang-goyang. Dan disebabkan jarak yang agak ja…uuhhhhh menyukarkan lagi keadaan.

Contohnya dikirakan semula pesawat dengan kemampuan bahanapi yang ada, pesawat mengambil masa sekitar 4 jam pergi dan 4 lagi balik jadi akhirnya hanya 2 jam sahaja yang dapat digunakan untuk meninjau kawasan yang menjadi sasaran.

Disebabkan matahari di sana sentiasa condong, menyebabkan ombak di sana ada bayang-bayangnya yang memberikan lebih kesukaran kepada pasukan SAR untuk mencari dengan mata kasar.

Tetapi apabila jumpa sahaja mana-mana debris, untuk jumpa semula lebih mudah di mana pasukan SAR akan jatuhkan bowl untuk tandakan bagi memudahkan debris tersebut dikesan semula pada masa akan datang.

Cuma Kapten Nik Huzlan merasakan semuanya ini akan memberikan “pening baru” kepada pasukan SAR melihatkan situasi sekarang ini sudah melebihi 2 minggu lamanya.

Harapan orang ramai cukup tinggi. Jadi petunjuk kali ini lebih cerah dan meyakinkan tetapi akan timbul satu demi satu cabaran yang lebih besar pada masa akan datang termasuk di manakah kedudukan sebenar pesawat MH370 melihatkan perjalanan arus 2 minggu lebih sebelum ini? Dan juga cabaran mencari keseluruhan pesawat MH370 di dasar laut. - Sumber

Friday, 21 March 2014

Analisa Terperinci Kapten Nik Huzlan Berkenaan 2 Objek di Lautan Hindi!!! #PrayForMH370

Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang. Ini Analisa Terperinci Kapten Nik Huzlan Berkenaan 2 Objek di Lautan Hindi : Satu nama yang cukup popular disebalik tragedi MH370 selain daripada seorang lagi kapten terkemuka (SEPERTI BELIAU)

Sekali lagi Kapten Nik Huzlan menjadi watak penting memberikan penerangan yang mudah kepada seluruh rakyat Malaysia untuk difahami disebalik apa yang dikatakan penemuan “luar biasa”pasukan Australia mencari pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS melalui kaca beliau sebagai orang yang cukup berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia penerbangan.

Dan Datuk Kapten Nik Huzlan telah pun dipanggil sekali lagi ke TV3 untuk ditemuramah pemberita sebentar tadi tentang penilaian & keyakinan Datuk Kapten Nik Huzlan yang mana berita MH370 terkini pesawat MH370 Hilang melibatkan penemuan 2 objek yang dijumpai di kawasan perairan berdekatan Perth Australia di selatan Lautan Hindi adalah sebahagian daripada rangka pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS.

Apa kata Datuk Kapten Nik Huzlan?
“Inilah dia“
 Ingin tegaskan di sini, ini adalah pendapat peribadi Datuk Kapten Nik Huzlan semata. Mungkin ada benarnya, mungkin tidak. Antara beberapa aspek yang diperhalusi Datuk Kapten Nik Huzlan mengenai pengumuman Perdana Menteri Australia sebentar tadi (BREAKING NEWS DISINI), terdapat beberapa “point” yang cukup menarik yang boleh dikongsikan bersama di sini. Antaranya ialah :
Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Analisa Kapten Huzlan VS Pengumuman Tony Abbot

Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan cukup berkeyakinan di hadapan ahli parlimen Australia.


Tidak cukup lagi, disertakan pengumuman Pihak BerkuasaKeselamatan Australia (AMSA) menunjukkan bukti yang cukup spesifik termasuklah peta, koordinat dan dimensi panjang objek.

Malahan, pengumuman dan penemuan kali ini lebih jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan terpinga-pinga & kelu seribu kata untuk bertanya lebih lanjut kerana semua persoalan yang biasa berbangkit telah pun dijelaskan terlebih dahulu
Berdasarkan rekod, negara Australia terkenal dengan profesionalismnya. Australia yang dikenali dunia kerana memiliki pakar-pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka ini, sama sekali tidak akan memaklumkan kepada Perdana menteri Australia mereka sekiranya bukti yang dimiliki belum benar-benar kukuh.
Penilaian Datuk Kapten Nik Huzlan diperkuatkan lagi dengan rekod akauntabiliti & kredibilit pasukan SAR AUSTRALIA amat tinggi walaupun meletakkan info “kemungkinan”
Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesan seperti P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.


Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Lagi Perkongsian Kapten Nik Huzlan
Pemberita TV3 juga sempat bertanya persoalan berkisah tentang apakah sebenarnya objek pada bahagian pesawat tersebut? Ini antara jawapan Kapten Nik Huzlan :

Dimensi objek 24 Meter.
Sama ada sayap kiri, kanan atau ekor pesawat (Pengimbang pesawat)
Ini berikutan imej berbentuk persegi

Sekiranya berlaku soft landing, berkemungkinan besar objek itu ialah ekor pesawat yang patah ketika mencecah lautan
Pakar Oceanografi akan melihat pergerakan arus untuk mengagak pergerakan bangkai rangka pesawat
Pesawat dan bangkai yang ditemui berkemungkinan berjauhan kerana dibawa arus selama 13 hari. Tambahan lagi, minyak akan habis apabila melihat kepada jarak penemuan.
Walaubagaimanapun merujuk kepada perkembangan berita MH370 terkini pesawat MH370 hilang berdasarkan penemuan 2 objek di selatan Lautan Hindi, Kapten Nik Huzlan sekali lagi menegaskan ia adalah merupakan permulaan yang baik bagi operasi SAR mencari pesawat MH370 hilang yang menjadi misteri selama ini.

Dan penemuan terbaru ini, Kapten Nik Huzlan simpulkan sebagai “BAB 1 – Penemuan“. Menurut Kapten Nik Huzlan lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat MH370 hilang, kos dan siasatan tragedi MH370.


- BERITA SEMASA

Tuesday, 18 March 2014

Pendedahan Mengejut - Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?


ANTARA INTIPATI PENDEDAHAN DATUK KAPTEN NIK HUZLAN MENGENAI TRAGEDI MH370?

Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.


Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.


MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 

MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan

Tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Kapten Nik Huzlan, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka.Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.

Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.

Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang

Lagi Pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain : MH370 Dirampas (MH370 Hijacked)?

Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan.Siapakah dia?


MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando.

Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar.

Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.

Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas)
Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ade masa untuk bersedia menghantar isyarat kecamasan.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 hijacked (Mh370 dirampas) oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara.

Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370 jika Mh370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika Mh370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu lautan hindi, baru kata kapal terbang Mh370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat Mh370 ini.
Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive