Showing posts with label dca. Show all posts
Showing posts with label dca. Show all posts

Monday, 24 March 2014

MH370 - Analisa Terperinci Kapten Nik Huzlan Mengenai Satelit China & Bukti Daily Telegraph!!!


Dan tentunya berita langsung dari negara China melalui Duta China ke Malaysia tentang penemuan oleh satelit China tentang objek yang dikatakan kemungkinan kuat yang ada kaitan dengan objek daripada cebisan pesawat MH370 kira-kira 120 km ke barat daya 2 objek yang ditemui oleh satelit Amerika yang diberikan kepada AMSA di Australia, sekali lagi Datuk Kapten Nik Huzlan terus berkongsi & “mendedahkan cukup maklumat penting” yang boleh dikongsikan bersama kita semua berdasarkan analisanya secara eksklusif.

Yang menariknya…

Yang menariknya penemuan satelit China itu tidak lari jauh daripada jarak maksima dengan bekalan bahanapi yang ada pada MH370 dan juga ping yang diberikan sistem di atas kapal terbang dengan satelit INMARSAT Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan juga terletak berdekatan dengan penemuan terbaru sateliti China kali ini

Jadi apa pandangan dan penilaain Datuk Kapten Nik Huzlan mengenai penemuan terbaru ini?

Ini Antara Pandangan & Analisa Kapten Huzlan :

Penemuan satelit China menguatkan lagi teorinya yang mengatakan pesawat MH370 telah terhempas di laut Hindi iaitu laluan paling sunyi di dunia.

Secara spesifiknya besar kemungkinan terhempas di kawasan yang Kapten Nik Huzlan tandakan seperti di bawah ini :



Pada pukul 8:11 pagi waktu Malaysia (8 Mac 2014), pesawat MH370 menyentuh air di dalam lingkungan kawasan fajar. Ini kerana pesawat Mh370 pada ketika itu mencari fajar supaya tujuannya pesawat Mh370 dapat mendarat dengan lebih selamat dan kurang berisiko dengan kelajuan yang minimal.

Dan dalam pada masa yang sama juruterbang mencari kedudukan yang lebih mudah dilihat oleh peasukan pencari kelak dengan pandangan mata kasar berdekatan dengan kawasan yang ditemui objek oleh satelit China baru-baru ini selain juruterbang kapten Zaharie Ahmad Shah mencari kedudukan yang tidak melawan ombak, berhadapan dengan rintangan angin dengan harapan dapat memperlahankan pergerakan pesawat supaya dapat mendarat dengan hentakan yang minimal.

Pesawat tidak akan meletup disebabkan minyak sudah habis mengambil kita sempanan minyak yang boleh bertahan selama 7 jam sahaja + bekalan simpanan baki minyak yang masih boleh digunakan lagi.

Penemuan objek yang tidak berkecai iaitu tiada serpihan, membuktikan pesawat Mh370 tidak terhempas dengan teruk.

Kapten Nik Huzlan turut menyentuh dan mengulas transkrip (KLIK SINI UNTUK MELIHATNYA) yang dikeluarkan oleh Daily Telegraph yang mengatakan inilah dia transkripnya perbualan antara kokpit dengan pusat kawalan :



“Saya hairan dan ini cerita dongeng” – kata Kapten Nik Huzlan
Ini kerana sepatutnya transkrip seperti ini DCA yang pegang. Jadi macammana boleh sampai ke tangan Daily Telegraph ini?

Apa yang Kepten Nik Huzlan perhatikan, transkrip yang cuba dibongkarkan oleh Daily Telegraph ini seperti terjemahan Inggeris daripada bahasa Mandarin yang diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris. jelas? Mengapa mesti terjemah?

Banyak terma-trma yang digunakan dalam transkrip tersebut banyak kesilapannya di mana tidak tepat yang tidak sama sekali disebut sebegitu dalam radio pesawat dengan menara kawalan.

Sepatutnya terma-terma yang digunakan lebih ringkas, padat tetapi teratur
Tiada terma atau perkataan seperti “Please, please” dalam radio pesawat
Ini kerana banyak kapal terbang yang mahu menggunakan radio, jadi secara mudah kata jikalau menggunakan perkataan yang meleret-leret akan mengakibatkan “sesak radio” tersebut sehingga menggangu orang lain untuk bercakap.

Bahasa yang digunakan dalam transkrip tersebut seperti “Runway from 32R A10, copy that“. Ini bukan bahasa pilot kata kapten Nik Huzlan. Lenggok bahasa yang digunakan ibarat, bahasa yang orang yang nak jadi pilot tetapi tidak tercapai untuk menjadi pilot. Inilah rupa bahasanya….

Bahasa transkrip yang didedahkan Daily Telegraf lebih kepada bahasa imiginasi
Pencarian Pesawat MH370 Lebih Mencabar Kerana….

Kapten Nik Huzlan mengingat dan memberikan pesanan kepada semua, cabaran pasukan SAR lebih mencabar kali ini di sekitar Lautan Hindi terutamanya lingkungan kawasan yang dipercayai terhempasnya MH370. Antaranya ialah :



Awas ombak di sana cukup ganas dan tinggi yang pasti menyukarkan lagi operasi SAR sekitar 40 kaki.

Kedua, Angin cukup kuat.

Faktor keletihan disebabkan pasukan operasi SAR terpaksa berdiri meninjau melalui tingkap dengan keadaan pesawat yang bergoyang-goyang. Dan disebabkan jarak yang agak ja…uuhhhhh menyukarkan lagi keadaan.

Contohnya dikirakan semula pesawat dengan kemampuan bahanapi yang ada, pesawat mengambil masa sekitar 4 jam pergi dan 4 lagi balik jadi akhirnya hanya 2 jam sahaja yang dapat digunakan untuk meninjau kawasan yang menjadi sasaran.

Disebabkan matahari di sana sentiasa condong, menyebabkan ombak di sana ada bayang-bayangnya yang memberikan lebih kesukaran kepada pasukan SAR untuk mencari dengan mata kasar.

Tetapi apabila jumpa sahaja mana-mana debris, untuk jumpa semula lebih mudah di mana pasukan SAR akan jatuhkan bowl untuk tandakan bagi memudahkan debris tersebut dikesan semula pada masa akan datang.

Cuma Kapten Nik Huzlan merasakan semuanya ini akan memberikan “pening baru” kepada pasukan SAR melihatkan situasi sekarang ini sudah melebihi 2 minggu lamanya.

Harapan orang ramai cukup tinggi. Jadi petunjuk kali ini lebih cerah dan meyakinkan tetapi akan timbul satu demi satu cabaran yang lebih besar pada masa akan datang termasuk di manakah kedudukan sebenar pesawat MH370 melihatkan perjalanan arus 2 minggu lebih sebelum ini? Dan juga cabaran mencari keseluruhan pesawat MH370 di dasar laut. - Sumber

Saturday, 22 March 2014

Transkrip Komunikasi MH370 Yang Didedah Tidak Tepat – DCA


SEPANG, 22 Mac – Transkrip komunikasi yang dikatakan berlaku antara penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) dan kawalan trafik udara (ATC) pada malam pesawat dilaporkan hilang pada 8 Mac telah diklasifikasi sebagai tidak tepat dan “tidak sahih”.

“Transkrip itu tidak sahih dan tidak tepat. Saya perlu memaklumkan bahawa transkrip antara menara kawalan dan pesawat adalah tidak tepat,” kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau menyangkal transkrip yang disiarkan hari ini oleh media asing ‘The Telegraph’ semasa sidang media mengenai operasi mencari dan menyelamat pesawat itu yang masuk hari ke-15, di sini hari ini.

Turut hadir pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Ketika ditanya lagi tentang bahagian mana transkrip itu yang tidak tepat, Azharuddin tidak mahu mengulas tetapi berkata: “transkrip itu mengikut prosedur standard tidak boleh didedahkan kepada umum.”

The Telegraph dalam laporan esklusif bertajuk “Revealed: the final 54 minutes of communication from MH370′ mendedahkan komunikasi kokpit bermula semasa pesawat berada di landasan sehingga mesej terakhir pada 1.19 pagi iaitu ‘all right, good night’.

Lihat entri terdahulu di [SINI].

Transkrip komunikasi yang dikatakan antara pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid dan ATC bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang. Perbualan terperinci bermula pada 00.36.

Terdahulu, Hishammuddin berkata transkrip asal komunikasi antara MH370 dan menara kawalan telah diserahkan kepada pasukan penyiasat yang sedang menganalisis transkrip itu.

“Mengikut amalan standard dalam siasatan seperti ini, transkrip tidak boleh didedahkan pada peringkat ini. Saya bagaimanapun dapat mengesahkan bahawa transkrip tidak menunjukkan apa-apa luar biasa,” kata beliau.

Isu mengenai bateri lithium-ion yang dibawa di dalam kargo pesawat MH370 itu sekali lagi dibangkitkan media hari ini, meskipun Ahmad Jauhari telah menjelaskan secara terperinci mengenai perkara itu pada sidang media semalam, selain mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Bateri sebagai kargo adalah tidak berbahaya. Sebenarnya (bateri itu) tidak bahaya selagi dikendalikan mengikut spesifikasi garis panduan ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA),” katanya.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Nasib penumpang MH370 belum diketahui ketika 26 negara menggerakkan usaha mencari pesawat yang hilang itu.

Tuesday, 11 March 2014

MH370 - Beberapa Tanda Tanya Kehilangan Pesawat #Pray4MH370


Pesawat MH370 Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara di Malaysia pada awal pagi Sabtu lalu dan menyebabkan gerakan mencari dan menyelamat besar-besar telah dilakukan melibatkan pelbagai negara.

1. Siapa yang berada di dalam penerbangan MH370?

Terdapat 227 penumpang termasuk 153 warganegara China dan 38 rakyat Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua12 anak kapal merupakan rakyat Malaysia.

Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu,19 daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.

Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi.


2. Bilakah kali terakhir pesawat itu dikesan?

Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 0130.

3. Di mana pesawat ini menghilang?

Pesawat ini menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.

Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba berpatah balik dari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


4. Di mana misi mencari dilakukan?

Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan.

Kini diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.

5. Wujud teori berkaitan kehilangan pesawat ini?

Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang.

Keadaan cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.

Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200 pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula. Kali terakhir pemeriksaan dilakukan adalah pada 10 hari lalu.

6. Adakah kemungkinan berlakunya serangan pengganas?

Pihak MAS tidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitan serangan pengganas buat masa ini.

Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu pemedagangan manusia.


Sebelum ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu dalam perjalanan ke Dubai telah mengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan 10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenalpasti.

7. Mampukah pesawat moden lenyap tanpa meninggalkan jejak?

Pesawat Air France dalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan Pasifik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang.

Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa hampir 2 tahun untuk mencari perakam penerbangan dan juga mayat fiuslaj yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik.

Perakam penerbangan atau kotak hitam berkeupayaan untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer jauhnya.

Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang lebih luas.


8. Dikatakan pesawat MH370 cuba berpatah balik ke KLIA sebelum pergerakkannya hilang dari radar, adakah pesawat mengalami masalah?

Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus.

Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan pesawat tersebut cuba berpatah balik.

9. Apakah negara-negara yang terlibat dalam usaha gerakan mengesan dan menyelamat ini?

Selain Malaysia,gerakan besar-besaran ini juga turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.

Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.


10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370?

Sebarang informasi rasmi dan terkini boleh diikuti menerusi laman Facebook dan Twitter Penerbangan Malaysia (@MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengesan pesawat MH370.

Selain itu juga, saluran berita Astro Awani 501 dan laman sesawangwww.astroawani.comjuga menyiarkan laporan mendalam dan berterusan termasuk siaran sidang media secara langsung berkenaan usaha mengesan pesawat MH370. - Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive