Showing posts with label Stadium. Show all posts
Showing posts with label Stadium. Show all posts

Monday, 28 January 2013

[VIDEO] HOT !!! PENYOKONG KELANTAN DI HAMBAT DARI STADIUM LARKIN ???

Tengok sendiri macamana gu kito telah di hambat keluar dari Stadium Larkin sebab gu kito ni pakai jersey TRW !!!

Gu  kito ni DIHAMBAT keluar dari STADIUM hanya kerana memakai Jersey KELANTAN (The Red Warriors). 

Menurut maklumat, kejadian ni berlaku di STADIUM LARKIN, JOHOR. Betul ke berita yang  dapat ni? Macam ni pun ada ke? Macam tak boleh terima dek akal la rasanya..

Kalau kena HAMBAT sebab takdok tiket ko, bolehlah jugak di terima AKAL ... Kalau macam ni, lepas ni baik tak payah adakan acara sukan kalau semuanya nak TIMBULKAN PERBALAHAN. Guano ore Johor  terrr???


Insiden memalukan di Malaysia apabila penyokong Johor mengherdik, menghina & mencaci seorang rakyat Kelantan yang juga membayar tiket untuk menyaksikan perlawanan bolasepak.  

Sumber dari manusia di bawah...


bro 'close up' utk tatapan semua... ad geng langau plak dtg stadium larkin td pkai jersi dye lpz tu kne halau.... weee
 — at Taman Perling Johor bahru.
Share · Friday via mobile
Title:Jan 25, 2013 11:38pm
Shared with


Tiada tatasusila warga Johor yang sebelum ini taksub menghentam rakyat Kelantan ketika bertandang ke Kota Bharu. Namun kali ini , sudah boleh beza siapa yang lebih zalim dalam menghormati tetapi. Beliau bukan setakat dimaki, tetapi di halau keluar dari Stadium Larkin.

Jika inilah anda melayan tetamu bolasepak, insyallah bolasepak jugalah yang akan menghancurkan apa saja yang kita banggakan !! Apa pulak ulasan FAM ???

Monday, 8 October 2012

GOMO KLATE GOMO !!! PENYOKONG KELATE BERJEMAAH DI PADANG BOLA, TIADA DIALAM AKHBAR ???

Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.


Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.






Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)

"Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya."
(QS Asy Syams 91:8).

"Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu"
(QS: Al-Baqarah 2:185)

Sumber

Thursday, 12 July 2012

DARI FAIL LAMA !!! BULAN MAC TAHUN 201.....? STADIUM YANG DIJANJIKAN OLEH HUSAM AKAN SIAP DIBINA

KOTA BHARU, 18 Mei 2011 : Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

“Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

“Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh,” .


Tetapi sampai sekarang apa yang dijanjikan oleh PAS bagaikan berlalu begitu sahaja..Sehingga sekarang sudah pun akhirMei 2012. Bayang bayang manusia sedang sibuk dengan pembinaan projek tersebut hilang entah kemana. Mungkin juga PAS menggunakan makhluk halus untuk menyiapkan projek tersebut. Tapi yang pasti sekali lagi rakyat Kelantan di beri 'janji manismu' oleh PAS.

Rupa2nya betul juga apa yang dikatakan oleh YB Husam Musa yang menyatakan Kompleks Sukan tersebut akan mula dibina pada bulan Mac. Tetapi beliau tidak pernah menegaskan yang stadium itu ka dibina pada Mac 2012.. Pembelit betul la si Husam ni. Nampaknya sekali lagi rakyat Kelantan terutama penyokong tegar Pas telah di 'kencingkan' oleh Husam. Sia baca entri di bawah tentang laporan yang berkaitan..


Perincian projek kemudiannya dinyatakan oleh EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Husam Musa, semasa Sidang DUN Kelantan (Bajet 2012) pada bulan Oktober tahun yang sama. Menurut beliau, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) telah menerima cadangan pembangunan yang berasaskan BOT (Bina, Urus dan Pindah) daripada empat (4) buah syarikat. Syarikat yang akan menjalankan projek berkenaan yang dijangka bermula pada Mac 2012, akan turut bakal membina projek komersial lain di kawasan berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat dana untuk menampung kos.



Pas menjangkakan mereka boleh menipu Rakyat Kelantan dengan janji-janji manis mereka untuk mengundi PAS dan PR di dalam PRU13. Sekarang, tembelang dan kelentong mereka sudah pecah. Rakyat Kelantan seharusnya mendesak Kerajaan PAS Kelantan menunaikan janji-janji mereka. 

Sekarang sudah bulan Julai..Tidak nampak satu pun bayang jentera berat atau peralatan untuk membina kompleks sukan serta stadium yang dijanjikan oleh Kerajaan Pas Kelantan.Bayangkan kalau seluruh rakyat Kelantan yang bukan penyokong pas tuntut di akhirat dan apa yang harus dijawab oleh Nik Aziz? Atau inikah stadium yang bakal dibina pada bulan Mac tahun...........



pT 
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Thursday, 26 April 2012

Dataran Merdeka di tutup 48 jam!!! Tapi Ambiga tetap BERSIH juga!!!

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

DBKL telah menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Perbadanan Stadium Malaysia juga dilaporkan bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan manakala pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust, juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu sebagai lokasi perhimpunan.

Pengerusi Bersama Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga berkata, pihaknya tetap akan mengadakan perhimpunan walaupun permintaan mereka telah ditolak oleh DBKL dan polis.-Sinar Harian-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive