Sunday 22 April 2012

Saya Akan Saman Gani, Musa - Datuk Ramli Yusuff

Saya akan saman Abdul Gani, dan Musa dan yang lain kerana menganiaya saya dan merosakkan sistem kehakiman. Mereka memburukkan nama saya mengenai (dakwaan) pegawai polis RM27 juta sedangkan mereka tahu ini semua penipuan" Demikian yang diisytihar oleh bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff.

Kenyatan itu merupakan susulan laporan memetik naib presiden PAS Salahuddin Ayub bahawa Ramli akan bertanding atas tiket parti itu. Beliau berkata, banyak perkara diperkatakan orang mengenai dirinya tidak tepat.

Beliau berharap individu yang ingin membuat kenyataan berhubung dirinya akan menghubungi beliau terlebih dahulu.

Katanya lagi, tindakan untuk bertanding dalam pilihan raya itu hanya satu platform untuk memperjuangkan perkara yang diyakininya.

Beliau telah dihubungi banyak parti politik, bukan sahaja PAS dan akan mengambil kira perkara itu apabila tiba masanya, kata Ramli lagi. -alHsseyn

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive